Jumaat, 13 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dyana hargai semangat Muslimat PAS bantu kempen

Posted: 13 Jun 2014 07:19 AM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 



 


KOTA BHARU:  Bekas calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud  mengucapkan terima kasih kepada aktivis Muslimat PAS seluruh negara kerana telah membantu kempen pilihan raya beliau.

Menurut Dyana, Muslimat PAS dan Wanita PKR  khususnya dari Kelantan telah bersungguh-sungguh berkempen untuk membantu beliau yang mewakili Pakatan Rakyat.

Berucap pada majlis ramah mesra bersama Muslimat PAS Kelantan, Rabu lalu, Dyana berkata  walaupun tewas di Teluk Intan, usaha bersungguh-sungguh yang ditunjukkan Muslimat PAS dan wanita Pakatan Rakyat membuatkan beliau begitu terharu.

"Semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat yang ditunjukkan Muslimat PAS membuatkan saya kuat.

"Kesepakatan kita ketika berkempen baru-baru ini membuktikan perpaduan kita dalam Pakatan Rakyat benar-benar utuh," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mumtaz Md Nawi, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan para pemimpin Muslimat PAS negeri.

Sah Umno main wayang: Usul hudud ditarik balik

Posted: 13 Jun 2014 07:15 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Bidasan PAS Selangor terhadap cadangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN daripada Umno untuk mengemukakan usul pelaksanaan hukum hudud di negeri ini tepat apabila parti itu membuat pusingan-U apabila menarik balik usul yang dikemukakan.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias (gambar) memberitahu telah menarik balik usul  mengenai kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor hari ini kerana mendakwa "timbul banyak kekeliruan".

Jelas Shamsudin, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Adun Sungai Burong itu berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak).

"Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh sebelum ini mengumumkan menerima tiga usul dikemukakan wakil BN untuk sidang akan datang termasuk pelaksanaan hudud.

Tindakan Hannah itu dilihat pemerhati politik telah meletakkan Umno dalam dilema kerana menerima kritikan hebat sekutunya dalam BN iaitu MCA dan Gerakan.

Shamsudin menjelas lanjut, kekeliruan timbul sebelum ini apabila ramai pihak menyangka BN Selangor memajukan usul untuk melaksanakan hudud di Selangor.

Beliau seterusnya menyalahkan akhbar berbahasa Cina yang menumpukan perkara itu.

"Saya fikir silap faham ini berlaku kerana terlalu banyak akhbar Cina menghubungi saya untuk bertanya tentangnya," katanya tanpa menyebut nama akbar tertentu.

Menurutnya juga, tindakan menarik balik usul selepas ia diluluskan speaker untuk dibahaskan juga adalah satu perkara biasa.

"Itu perkara biasa. Usul ini, kalau kita tengok dalam sidang Dun dan Parlimen boleh ditarik sebelum atau pada tarikh ia akan dibacakan," katanya.

Sebelum ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad sebelum ini mempersoalkan tindakan Adun Umno itu dan menyifatkannya sebagai  "hanya bermain politik".

"Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

"Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?" ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.

"Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Punca sebenar Umno S'gor tarik balik usul hudud

Posted: 13 Jun 2014 07:07 AM PDT

HARAKAHDAILY



 


KUALA LUMPUR: Umno Selangor memberi alasan kononnya laporan yang mengelirukan oleh akhbar Cina sebagai punca mereka menarik balik usul berkaitan perlaksanaan hudud di Selangor seperti diumumkan hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata banyak akhbar Cina menghubunginya dan telah salah faham berhubung usul asal yang mahu dibawa ke Dewan Negeri Selangor itu.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)," kata beliau dipetik Malaysiakini.

Dalam pada itu, satu sumber yang dekat dengan Umno Selangor memberitahu Harakahdaily, punca sebenar penarikan itu adalah kerana usul yang pada asalnya mahu memerangkap PAS Selangor itu telah "makan tuan".

"Pada asalnya mereka menyangka speaker (Hannah Yeoh) dari DAP sudah pasti akan menolak usul tersebut kerana DAP sejak awal konsisten menolak hudud.

"Jika benar berlaku penolakan oleh speaker, maka mereka akan menjadikan itu sebagai bukti bahawa PAS benar-benar tunduk kepada DAP dengan membenarkan usul itu ditolak.

"Namun sebaliknya pula berlaku apabila speaker membenarkan usul tersebut dikemukakan dan kali ini Umno pula terperangkap dengan jerat yang dibuat sendiri," katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

Sebelum ini Adun Umno Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Penerimaan usul itu bagaimanapun memberi tamparan hebat buat bukan sahaja kepada Umno, malah BN secara keseluruhan.

Ada cakap-cakap dari dalaman Umno sendiri bahawa usul yang dibawa itu mencerminkan sikap "tidak cerdik politik" pemimpin Umno Selangor.

Selain mengingkari pandangan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan Malaysia tidak akan melaksanakan hudud, tindakan Umno Selangor itu juga disifatkan "terlebih sudu dari kuah".

Ini kerana dakwa mereka, Kerajaan Pusat telahpun menubuhkan jawatankuasa teknikal membincangkan isu ini, namun Umno Selangor seperti mahu mendahului jawatankuasa ini.

"Mengapa yang baru jadi Ahli Dewan Undangan Negeri sepenggal dua, solat pun kadang-kadang tertinggal galak sangat mahu membicara hudud ini?

"Bagaimana Umno akan menjawab pertanyaan parti lawan mengapa usul ini dibawa ke Dun Selangor bukannya Dun Johor, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan yang mana Umno mempunyai majoriti untuk melaksanakannya," soal beberapa blog pro-Umno.

Pas jangan terlena dengan dodoian Islam Umno

Posted: 13 Jun 2014 05:17 AM PDT

MSO

Surat jemputan agar hadir forum.
 
Malam ini akan berlangsung satu forum dakwah di Balai Islam Lundang, Kota Bharu yang mengundangkan tiga ahli panel, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, Menterid di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrom dan MT Umno Asyraf Dusuki.

Forum itu katanya sempena dengan Karnial Hijrah yang menjaluri program dakwah negara. Kabur, siapakah pengajurnya, apakah kerajaan negeri Kelantan atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau pun anjuran bersama?

Sememangnya Islam menggalakan diadakan forum atau wacana ataupun muzakarah bagi mencari idea untuk mengembang serta memperhebatkan dakywah Islamiah. Justeru kewujudan forum berkenaan wajar dalam konteks kemaslahatan agama. Apa lagi menjadi kebiasaan umat Islam, menjelang Ramdhan pelbagai kegiatan dan aktiviti agama diadakan, bagi menyemerakkan sambutan Ramadhan al Mubarak. Kueh mueh juga akan banyak pada bulan Ramadhan.

Dengan berlangsungnya forum dakwah di Balai Islam Lundang itu malam ini, bermakna sudah dua program bersama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan (Jakim), atau dalam erti kata lain antara Pas dengan Umno diadakan.

Sebelum ini majlis tilawah membaca al Quran peringkat Kebangsaan diadakan di tempat berkenaan yang merupakan julung-julung kali kerajaan Kelantan terlibat dalam tempoh lebih 50 tahun. Kerjasama itu memberi kesan sosiopolitik kepada rakyat Kelantan.

Kita yakin selepas ini akan banyak lagi program bersama antara kedua pihak akan diadakan demi kemajuan Islam dan kepentingan bersama. Diharap ia bukan sahaja mencakupi skop Islam tetapi dalam aspek-aspek lain juga yang lebih pintar.

Cuma apa yang menjadi sedikit kemusykilan, apakah dalam situasi sekarang dan Kelantan telah lama disebut sebagai Serambi Makkah forum-forum dakwah seperti itu masih perlu diutamakan berbanding dengan forum-forum keilmuan dalam bidang lain; politik, pentadbiran, perniagaan, strategi dan sebagainya? Apakah sesudah berdekad menjadi kerajaan, pemimpin masih cetek dengan ilmu dakwah dan pendidikan dan berbolot dengan idea yang stereotype?

Mengenai forum malam ianya seperti mendapat restu besar daripada Pas Kelantan apabila Badan Perhubungan Pas Kelantan sendiri telah membuat jemputan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pas di dalam semua peringkat agar hadir ke forum berkenaan. Cara jemputan itu mencerminkan forum malam ini sungguh penting sekali. Mungkin surat jemputan seperti itu tidak dikeluarkan semasa majlis tilawah membaca al Quran dahulu? Surat jemputan berkenaan telah tersebar luas di internet.

Forum malam ini seperti disediakan khas untuk kepimpinan Pas bukan untuk orang awam atau agensi-agensi separuh kerajaan dan sebagainya.

Cara jemputan itu dibuat dengan notis singkat menyerlahkan ia penting bagi menjamin forum itu mendapat sambutan. Di sini bukan hendak mempertikai tujuan dan prejudis dengan forum berkenaan, kalau ia berniat baik, alhamdulilah, tetapi apakah jemputan sama juga berlaku dipihak kerajaan Persekutuan (Jakim) terhadap para pemimpin Umno Kelantan. Apakah semua lapisan kepimpinan Umno diundang sama atau ianya hanya berlaku kepada Pas sahaja?

Sekiranya forum itu ditumpukan kepada ahli-ahli dan pimpinan Pas, sudah tentu ia membawa motif tertentu yang mungkin jika diterjemahkan di sini boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik. Sepatutnya dalam hal ehwal dakwah ini ahli dan penyokong Umno yang patut diberikan penerangan lebih luas berbanding dengan orang Pas. Yang lebih wajar menjadi ahli panelnya pula ustaz-ustaz haraki dan seleberiti Pas bukan pemimpin Umno.

Apabila ia meletakkan dua panelis dari Umno sudah tentulah prinsip dan konsep dakwah yang diframekan oleh Umno banyak didedahkan. Secara halus juga forum itu akan diselit dengan pendekatan-pendekatan (uslub) dakwah dan politik Umno. Elemen-elemen sebegini perlu diberi perhatian untuk tidak memerangkapkan ahli Pas atau mereka akan menjadi terkeliru apabila ianya bertentangan dengan prinsip dan uslub (pendekatan) dakwah yang diterima selama ini.

Dalam pada itu difahamkan dalam forum tersebut isu hudud tidak dibenarkan ditimbul sama sekali. Kenapa? Bukankah hudud menjadi isu yang laris, popular dan masih menjadi persoalan umum  mengenai nasib untungnya. Tidak sepatutnya kalau isu hudud dihalang untuk diwacanakan malam ini.

Jika isu utama itu dibekukan kerana alasan ia telah diserah kepada Jawatankuasa Teknikal, jadi apakah mauduk besar pengajur disebalik forum berkenaan? Apakah yang hendak dibincang dan dijelaskan? Saya tidak mahu membuat predicition di sini, cuma kalau forum itu setakat untuk memberi penjelasan kepada umum khasnya kalangan pemimpin Pas yang hadir betapa umat Islam disuruh bersatu padu, memperatkan talisilaturahim,  rasa perkara itu sudah menjadi macam, peraih etak di tepi-tepi jalan sahaja. Ia adalah pandangan dan pendapat tradisi yang sudah lunyah disebut.

Dengan bersangka baik terhadap forum malam ini, adalah diharapkan kerjasama menerusi forum sebegitu antara Pas dan Umno perlu juga diperluaskan kepada aspek lain yang disebut di atas tadi. Bahkan aspek itu lebih diperlukan dalam konteks pembangunan sosiol ekonomi dan politik di Kelantan hari ini. Wacana politik baru yang menampilkan Musa Hitam dengan Husam Musa tempoh misalnya perlu lebih diperbanyakkan kerana ia menyuntik ilmu dan pengetahuan politik kepada generasi baru.

Selepas ini hendaknya akan ada ada pula forum mengenai royaliti minyak, forum lebuh raya, atau forum perumahan rakyat, forum mengenai kelestarian alam sekitar, forum pencegahan jenayah dan pil kuda serta lain-lain forum lagi yang mencakupi bidang lebih luas dan utama dari berkisar di dalam jerumu dakwan yang bersifat tradisi dan konvensional.

Rakyat Kelantan akan lebih merasakan ada faedah dan manfaatnya menyertai forum-forum sedemikian berbanding dengan forum dakwah tradisi atau syarahan agama ala-ala raja lawak

Keluarga penumpang MH370 di Kedah enggan terima pampasan

Posted: 13 Jun 2014 05:05 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Waris keluarga masih menaruh harapan akan penemuan pesawat Malaysia Airlines MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Jun, 2014.
Waris keluarga masih menaruh harapan akan penemuan pesawat Malaysia Airlines MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider.


Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau mayat Chew.

 Kakaknya, Chew Kar Hui, 33, berkata keluarganya enggan menerima pampasan itu selepas diberi taklimat oleh pihak Malaysia Airlines bulan lepas.

 Beliau berkata tidak ada gunanya wang pampasan itu diterima keluarganya sedangkan bukti penemuan bangkai pesawat dan mayat adiknya tidak diketahui hingga kini.

 "Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di Alor Setar hari ini.

Chew berkata keluarganya juga enggan menguruskan hal berkaitan dengan insurans walaupun Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sebelum ini bersetuju mempermudahkan proses prosedur tuntutan.

Chew berkata keluarganya enggan melakukan sebarang proses bagi membuat tuntutan selagi kehilangan pesawat tiada sebarang berita.

 "Duit bukan keutamaan buat masa kini dan kami tetap berharap dan berharap agar dia (Kar Moi) pulang dengan selamat," katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semalam mengumumkan tujuh waris pesawat MH370 iaitu enam dari Malaysia dan seorang dari China menerima pampasan sebanyak AS$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

 Pada 8 Mac lepas pesawat boeing 777-200ER yang membawa 329 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. – Bernama,

Najib Dijangka Catat Rekod Lantik Menteri Paling Ramai

Posted: 13 Jun 2014 04:30 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin


Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak tahu mengenai ura-ura rombakan kabinet yang heboh diperkatakan ketika ini, hakikatnya perkara itu memang tidak dapat dielakkan lagi.

Pertama, kerana memenuhi janji untuk melantik Presiden Gerakan, Mah Siew Keong yang menang dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, baru-baru ini dan keduanya pula, sebagai memenuhi kehendak perwakilan MCA yang sudah membuat resolusi untuk kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan.

Najib mungkin benar-benar tidak tahu atau tidak berniat merombak kabinetnya kalaulah beliau sudah lupa akan janjinya kepada Mah Siew Keong dan juga pengundi Teluk Intan. Begitu juga, beliau mungkin tidak merombak kabinetnya jika beliau juga lupa pelawaannya kepada MCA baru-baru ini agar parti itu kembali bersama-sama menguatkan kerajaan dan terlupa jufa parti itu sudah mengubah resolusi sedia kembali dalam kerajaan.

Namun jika beliau berpegang kepada janjinya, rombakan kabinet terutama untuk membawa wakil daripada MCA dan Gerakan menyertai kabinet adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Mengikut laporan media sejak seminggu lalu, Najib dijangka merombak kabinetnya sebelum puasa atau selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Jika rombakan itu hanya melibatkan kemasukan wakil daripada MCA dan Gerakan saja, mungkin ia akan dilakukan sebelum puasa ini tetapi tidak mustahil juga dilakukan selepas sambutan Hari Raya bagi membolehkan Najib mempunyai lebih masa untuk melakukan penyusunan dan pengubahsuaian yang harmoni.

Dalam penyusunan kabinet selepas pilihanraya umum lalu, Najib telah mengosongkan satu jawatan menteri dan tiga timbalan menteri untuk MCA apabila parti itu sedia mengubah semula resolusi tidak mahu menduduki jawatan dalam kerajaan sebagai tindakbalas terhadap penolakan pengundi Cina terhadap parti itu. Kerusi menteri yang dikosongkan untuk wakil MCA ialah menteri pengangkutan yang kini dipangku oleh sepupu Najib, Hishammuddin Hussein.

Apabila kepimpinan MCA berubah daripada Chua Soi Lek kepada Liow Tiong Lai, parti itu bukan saja mengubah resolusi itu, bahkan pimpinan muda yang menerajui MCA sekarang nampaknya lebih ghairah untuk berada dalam kabinet berbanding pendirian lama berada di luar kerajaan.

Di peringkat negeri, wakil MCA sudah pun menduduki tempat dalam EXCO kerajaan dan juga PBT. Wakil MCA hanya belum berada dalam kabinet saja lagi, walaupun resolusi enggan berada dalam kabinet itu sudah lama dibatalkan.

Dengan kemenangan BN di Teluk Intan melalui calonnya iaitu Presiden Gerakan yang dijanjikan jawatan menteri, rombakan kabinet untuk membawa Mah Siew Keong menyertai kabinet adalah sesuai disekalikan dengan memasukkan wakil MCA yang mungkin sudah lama sengsara jiwa berada di luar kerajaan.

Namun sumber tertinggi MCA memaklumkan Najib mungkin sedikit pening dengan rombakan kali ini, terutama untuk meletakkan wakil daripada MCA dalam kabinet kerana MCA mahukan lebih daripada satu kerusi sebagaimana yang telah disediakan oleh Najib.

MCA dikatakan mahu tiga jawatan menteri dan empat timbalan menteri daripada Najib dan ini bermakna semua tujuh Ahli Parlimen MCA yang menang dalam pilihanraya lalu akan berada dalam kerajaan selepas ini. Hujah MCA ialah mereka menolak satu jawatan menteri kerana Gerakan yang ada satu kerusi Parlimen iaitu Mah Siew Keong juga memperolehi satu jawatan dalam kabinet.

Lebih dari itu, sumber itu memberitahu, sekiranya MCA bersetuju menerima hanya satu jawatan menteri, bermakna ia menjadi lebih kecil berbanding MIC yang mempunyai dua wakil dalam kabinet, sedangkan MCA adalah parti kedua terbesar selepas UMNO dalam BN.

Oleh itu, sesuai dengan kedudukannya sebagai parti kedua terbesar dan mempunyai tujuh Ahli Parlimen manakala MIC pula hanya mempunyai lima Ahli Parlimen, kedudukan yang dirasakan paling wajar ialah diberikan tiga jawatan menteri dan empat timbalan menteri.

Bagi Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, Najib mungkin tidak mempunyai masalah kerana beliau boleh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tetapi di mana mahu diletak wakil MCA itu sedangkan kekosongan yang disediakan hanya satu iaitu Kementerian Pengangkutan?

Lebih memeningkan Najib, sumber MCA itu memaklumkan bahawa MCA juga menuntut jawatan lamanya dalam kerajaan sebelum ini daripada Najib iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kesejahteraan Bandar yang kini disandang oleh wakil MIC, S Subramanian dan wakil UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan.

Ada kemungkinan besar Najib akan memenuhi tuntutan itu, sesuai dengan kehendak beliau yang amat memerlukan sokongan pengundi Cina dan ini bakal menyaksikan Subramanian dan Abdul Rahman bakal dipindahkan. Terdapat kemungkinan sekurang-kurangnya satu kementerian baru akan diwujudkan untuk Subramanian manakala Abdul Rahman yang tidak begitu bagus pretasinya tetapi diperlukan kerana beliau mewakili Sabah akan diletakkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga, sama seperti Mah Siew Keong.

Dengan jumlah anggota kabinet yang kini seranai 32 orang, rombakan kali ini akan menambahkan lagi jumlah anggotanya. Jika Presiden Gerakan, Mah Siew Keong menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Presiden MCA mengisi semula jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Hishammuddin, jumlah menteri kabinet akan menjadi seramai 33 orang.

Dan andainya Najib akur dengan permintaan MCA yang mahukan tiga jawatan dalam kabinet pula, anggota kabinet negara kita mungkin menjadi yang paling ramai dalam dunia iaitu seramai 35 orang. Jika diwujudkan lagi kementerian baru, bermakna bertambah lagi kementerian di era kepimpinan Najib ini.

Dalam masa yang sama, walaupun ada ura-ura beberapa menteri daripada UMNO akan digugurkan tetapi kebarangkaliannya adalah tipis kerana jika jumlah menteri UMNO dikurangkan mungkin pula menjejaskan sokongan akar umbi terhadap masa depan Najib sendiri. Menteri daripada UMNO mungkin hanya mengalami pertukaran portfolio sahaja, sesuai dengan kemenangan besar UMNO dalam pilihanraya lalu berbanding parti-parti komponen yang lain, meskipun ada laporan beberapa menteri UMNO seperti Hasan Malek, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Jamil Khir Baharom bakal digugurkan  -http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Kes Altantuya: Kesaksian DSP Musa tak jejas kes

Posted: 13 Jun 2014 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pasukan pendakwaan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu memberi alasan bahawa pasukan itu tidak mengemukakan bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Najib Razak, DSP Musa Safri sebagai saksi kerana ia tidak akan menjejaskan perjalanan kes.

Petisyen rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan itu menyebut, Musa Safri tidak terlibat dalam mengeluarkan apa-apa arahan.

Musa, yang menjadi pembantu peribadi semasa Najib menjadi timbalan perdana menteri pada 2006, tidak dipanggil sebagai saksi, yang menyebabkan Mahkamah Rayhuan membuat keputusan mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan.

Ia menggariskan bahawa mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu bukti tidak memihak kepada pihak terlibat, jika ia tidak dikemukakan.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan ke atas pembebasan Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar.

Dalam petisyen tersebut, pihak pendakwaan menyatakan bahawa Musa tidak memainkan peranan penting kerana beliau hanya memperkenalan ketua polis daerah Brickfields kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda – tertuduh pertama yang dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

"DSP Musa tidak mempunyai sebarang peranan yang signifikan dan relevan untuk memerlukan (Musa) dipanggil sebagai saksi," petisyen itu dipetik.

Dokumen yang disaksikan oleh Malaysiakini itu menggariskan 24 alasan rayuan.

Ia turut menyatakan keterangan Azilah ketika pembelaan bahawa Musa tidak memberi apa-apa arahan untuk membantu Abdul Razak.

"Arahan DSP Musa hanya sekadar untuk berjumpa dengan Abdul Razak Baginda sahaja," petisyen itu dipetik.

Azilah juga memberi keterangan bahawa tindakan diambil berdasarkan kewarasan dan budi bicara beliau sendiri.

"Sirul tidak menerima maklumat daripada orang lain mengenai bantuan yang diminta."

Menurut dokumen itu lagi, Sirul, dalam kenyataan tidak bersumpah, tidak menyatakan apa-apa maklumat mengenai penglibatan atau arahan dari Musa.

Selain itu, Musa juga menawarkan diri sebagai saksi pendakwaan, walau beliau tidak dipanggil sebagai saksi oleh pasukan itu, menurut petisyen itu lagi.

Rayuan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 10 hari.

Yeoh: BN S'gor bolak-balik isu hudud

Posted: 13 Jun 2014 04:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata tindakan ketua pembangkang Datuk Shamsudin Lias menarik balik usul berhubung isu hudud menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik.

Yeoh berkata, tindakan Shamsudin yang menarik balik usul berkenaan tanpa sebarang alasan hari ini menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik semata-mata.

"Setiap wakil rakyat mempunyai tangungjawab resam untuk menegakkan integriti dan mengekalkan kesucian sidang DUN dengan tidak memperlakukannya dengan sewenang-wenang dan sembarangan.

"Saya melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Shamsudin tidak seharusnya membazirkan masa Dewan sekiranya tidak bersedia membahas usul tersebut.

Yeoh seterusnya mengingatkan ADUN agar tidak menyalahgunakan perintah tetap Dewan bagi menimbulkan isu politik.

"Dewan undangan negeri adalah tempat yang betul untuk wakil rakyat bersuara bagi pihak yang diwakili mereka dan mengambil bahagian secara produktif dalam proses perundangan.

"Saya mengingatkan ADUN Sungai Air Tawar dan semua wakil rakyat, dari kerajaan atau pembangkang, agar tidak menyalahguna Perintah Tetap untuk membentang usul bagi dibahaskan," katanya.

Usul untuk bertanya sekiranya hudud akan dilaksanakan di Selangor itu pada asalnya dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik.

Usul itu bagaimanapun ditarik balik oleh BN selepas ia diluluskan oleh speaker dewan untuk dibahaskan.

Shamsudin ketika ditanya menjelaskan ia bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul daripada usul berkenaan.

Pekung UMNO Terdedah: Tarik Balik Usul Bila Sepaker Benarkan Bahas!

Posted: 13 Jun 2014 04:08 AM PDT

KELAB GREENBOC


BN tarik balik usul soal pelaksanaan hudud


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan mengenai kebarangkalian melaksana hudud di Selangor hari ini kerana timbul banyak kekeliruan.

Jelasnya, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pembangkang itu berkata perkara itu diputuskan dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak).

"Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya kepada Malaysiakini.

Speaker DUN Hannah Yeoh dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan tersebut hari ini.

Salahkan akhbar bahasa Cina

Jelas Shamsudin lagi, kekeliruan timbul sebelum ini apabila ramai pihak menyangka BN Selangor memajukan usul untuk melaksanakan hudud di Selangor.

Beliau seterusnya menyalahkan akhbar berbahasa Cina yang menumpukan perkara itu.

"Saya fikir silap faham ini berlaku kerana terlalu banyak akhbar Cina menghubungi saya untuk bertanya tentangnya," katanya tanpa menyebut nama akbar tertentu.

Menurutnya juga, tindakan menarik balik usul selepas ia diluluskan speaker untuk dibahaskan juga adalah satu perkara biasa.

"Itu perkara biasa. Usul ini, kalau kita tengok dalam sidang DUN dan Parlimen boleh ditarik sebelum atau pada tarikh ia akan dibacakan," katanya.

Sebelum ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Usul itu yang diterima Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mencetuskan pelbagai perbincangan termasuklah daripada MCA dan GERAKAN yang merupakan sekutu Umno di dalam BN.

MCA dan GERAKAN juga menggesa agar Yeoh tidak meluluskan usul tersebut.

Yeoh dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan tersebut hari ini.


Speaker S'gor benarkan bahas usul hudud

Usul daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.

Ia dijangka dibentangkan minggu depan.

Bercakap dalam sidang media di pusat khidmatnya di Subang Jaya hari ini, Yeoh berkata, beliau menerima empat usul untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Kesemua usul itu, tambahnya, datang daripada BN.

"Daripada keempat-empat usul ini, saya terima tiga (dan) tolak satu.

"Salah satu yang diluluskan juga adalah usul membahaskan hudud. Saya terima (untuk dibahas)," katanya.

Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.
-mk

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Nampaknya semacam beriya-iya UMNO mahukan hudud di Selangor.

Tetapi parti yang sama telah menolak usul mengenai hudud di Terengganu.

Ketara sangat mereka mempermain-mainkan hukum Allah. Mereka hanya mengemukakan usul di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat kerana mereka tahu dengan cara sedemikian parti-parti komponen PR seperti DAP dan PKR akan menolaknya.

Sedangkan kumpulan mereka sendiri telah terang-terangan menolak hudud di Terengganu dan tidak pernah pula mengusulkan hudud di negeri-negeri yang UMNO BN perintah.

Mereka cuba mempermain-mainkan hukum Allah dan memperdayakan Allah swt. Tidak mengapa. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sungguh bodoh dan berani mereka cuba untuk memperdayakan Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Mereka tidak akan samasekali berjaya mempermain-mainkan Allah dan hukum-hakamNya, kelak Allah sendiri yang akan membalas permainan dan tipu daya mereka. Sesungguhnya Allah itu Al-Mutakabbir!

Amalan politik keji: Kes PKR mengajar anak berjalan betul

Posted: 13 Jun 2014 04:04 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
 
 
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Panggillah sahaja ia proses penyulingan atau penapisan politik. Namun pemimpin-pemimpin PKR pasti akan cuba mengatakan episod huru-hara dalam proses pemilihan pemimpin 2014 parti itu sebagai satu "peningkatan" dalam perjuangannya. 
 
Pemimpin seperti Anwar Ibrahim akan menggunakan kemahirannya beretorik untuk mengistilahkan ia sebagai satu islah, pencerahan dan pelbagai lagi kata nama yang muluk untuk merangsang rakyat terus percaya kepada PKR.
 
PKR akan menafsirkan sejarah untuk menanam persepsi luhur terhadap perjuangannya. Hujah paling besar yang mungkin dijaja ialah proses pemilihan ini akan "menyaring hanya pemimpin lebih baik ditonjolkan untuk mengarak obor keadilan, kebenaran dan demokrasi". 
 
Maka sambungan hujah mereka tentu bahawasanya segala tuduhan rasuah, salahguna kuasa, kelemahan pengurus pemilihan dan juga rasukan samseng dalam pemilihan berkenaan "akan lebih mendewasakan" parti itu. 
 
Malangnya, semakin dekat garisan penamat pemilihan, semakin banyak "najis politik" yang dihamburkan oleh kalangan pimpinan PKR sendiri. 
 
Budaya lontar 'lontar najis' pada parti semakin menjadi-jadi
 
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, misalnya, selama ini diraikan oleh PKR sebagai ikon anak muda dalam perjuangannya. Suaranya lantang menghentam dan kadangkala mencabar lawan PKR dan gerakan pimpinannya, Solidariti Anak Muda (SAMM) boleh mengkucar-kacirkan pihak lawan. 
 
Bagaimanapun apabila beliau menghalakan "kedudukan istimewa" dan taring politiknya digunakan untuk mengecam aparatus dan pemimpin parti, PKR tiada pilihan kecuali memutuskan untuk menggantung keahliannya.  
 
Namun mungkin kerana terlalu lama dibelai dengan pujian bahawa beliau ialah wira dan suara anak muda, Chegbard tidak boleh mengawal perasaaan apabila dihukum sedemikian rupa.
 
Maka dilontarkan lebih banyak tuduhan yang menjadi "najis bertaburan pada imej parti" yang menjanjikan genre politik baru di negara ini. Beliau menyebut nama beberapa pemimpin yang dikatakannya mengamalkan rasuah. 
 
Ini membuat pemimpin PKR bungkam. Memang PKR dilahirkan untuk melakukan reformasi terhadap sistem dan budaya politik negara. Laungan reformasi memenuhi setiap acara mereka sejak 1998 lagi.
 
PKR semakin terjerumus dalam sentimen kebencian yang disemainya
 
Sedihnya dalam program reformasi PKR apa yang ditekankan ialah amalan konfrantasi. Yang diraikan ialah hujah provokasi. Matlamat akhir amalan ini ialah menyebarkan rasa benci pada sistem dan institusi yang ada dengan matlamat supaya rakyat akan bergantung pada mereka untuk mengutuk sistem yang dikatakan bobrok.
 
Politik konfrantasi dan membenci marak dan membakar sentimen rakyat, termasuk pemimpin-pemimpin PKR sendiri. Setiap kali berhadapan saingan politik, tidak kira dari dalam dan luar parti, jurus pertama yang dipilih ialah mengeji, mencabar, menghina dan membenci. Maka terjerumusulah PKR ke dalam kancah "najis politik" yang ditaburinya sendiri. 
 
Sehingga 22 Jun ini apabila proses pemilihan PKR tamat, lebih banyak episod serang menyerang akan berlaku sesama pemimpin dan pengikut parti itu. Kini berhamburan gertakan saman menyaman melayang dalam sfera politik PKR.
 
Khalid Ibrahim mahu menyaman Manikavasagam, Dr Xavier Jeyakumar pula mahu membawa Chegubard ke mahkamah kerana memfitnahnya dan Jawatankuasa Disiplin parti sentiasa sibuk menimbang siapa lagi yang perlu "dibisukan" sebelum proses pemilihan berakhir. 
 
Ini semua memang sudah menjadi darah daging dalam tubuh perjuangan PKR. Mereka sudah lebih 15 tahun diasuh untuk bersikap sedemikian. Gejala huru-hara dalam parti yang dialami sekarang ialah bak "menuai apa yang disemai".
 
Sebaliknya, setiap tindakan disiplin yang diambil ke atas ahli dan pemimpin PKR akan terus membangkitkan ketidakyakinan dan malah kebencian terhadap insitusi kepimpinan parti itu sendiri – formula dan kesan yang sama digunakan terhadap institusi politik Malaysia yang cuba dirobahnya.
 
Tidak mustahil PKR akan lumpuh
 
Apa yang berlaku sekarang hanyalah satu prognosis politik. Besar kemungkinan natijah daripada sikap berpuak yang saling membenci dan dendam yang semakin mendalam ini akan mengakibatkan PKR lumpuh. 
 
Ia mungkin gagal untuk menarik minat ahli dan penyokong baru. Malah ahli dan golongan yang bersimpati dengannya akan mula berhijrah menyokong entiti politik lain. 
 

Sudah pasti mereka tidak mahu menaruh harapan kepada ketam-ketam politik yang cuba mengajar anak dan penyokong mereka untuk berjalan betul! Baru ada seorang menteri besar pun, PKR tidak mampu mendisiplinkannya supaya akur pada visi dan misi parti!
 
Lompongan budaya politik terbesar dalam PKR ialah ia mengambil pendirian bahawa ia sentiasa betul dan yang silap serta jahat ialah pihak lain. Ia juga bersikap serba tahu sehingga idea dan pandangan ahli serta penyokong sendiri sering diketepikan.
 
Dalam mana-mana pertubuhan pun akan berlaku proses peningkatan kefahaman dan amalan dalam perjuangan. Namun peningkatan itu tidak akan berlaku jika  proses pemurnian adab dan kebudimanan akhlak tidak disemai sejak awal lagi. 
 
Usaha begini seharusnya terancang dan mereka tidak boleh dilemaskan oleh suasana hiruk pikuk yang diadun dengan rasa benci terhadap nasab keturunan kebanyakan pemimpin mereka sendiri yang dipanggil Umno.
 
PAS berjaya kikis DNA Umno dalam jati diri partinya, tidak PKR
 
PAS juga adalah serpihan Umno. Namun ia berhasil untuk menggubah jati diri sendiri bersandar al Quran dan sunnah. Namun PKR yang diterajui oleh mantan-mantan pemimpin Umno cuba mencanai satu imej baru yang dipanggil reformasi dengan memburukkan susur galur politik mereka sendiri. Itulah tulahnya.
 
Mungkin Anwar dan pemimpin PKR lain perlu menterjemahkan sungguh-sungguh falsafah istihalah Sheikh Yusuf al Qardawi bahawa meskipun DNA babi masih boleh dikesan daripada sesuatu produk, proses transformasi yang berlaku kepada asal babi boleh menjadikanya halal.
 
Nampaknya proses transformasi politik PKR masih belum sempurna kerana campuran dengan elemen politik lain masih belum dilakukan dengan ikhlas dan yakin kerana diulet dengan minyak kebencian yang kini memamah perpaduan sesama pemimpin PKR sendiri.

Hasan Malek diminta jelaskan isu skandal Bank Rakyat di Parlimen

Posted: 13 Jun 2014 03:58 AM PDT

Oleh Nur Shakira Buang 
 
 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek diminta memberi penjelasan di Dewan Rakyat berhubung isu skandal pinjaman RM32 juta Bank Rakyat yang dikaitkan dengan beliau.
 
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan tersebut bukan hanya untuk beliau seorang sahaja.
 
Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika mendedahkan menerima sekeping nota kecil yang diletakkan di meja beliau dalam Dewan Rakyat pagi tadi dan dipercayai ditinggalkan lewat petang semalam.
 
Dalam nota kecil itu tertulis Hasan berkata: "YB Pokok Sena, bila boleh kita jumpa berbincang isu Bank Rakyat?".
 
Malah, dalam nota itu juga turut disertakan dengan nombor telefon bimbit peribadi Hasan.
 
"Terima kasih kepada Yb Hasan Malek, saya sedia berjumpa dengan beliau pada bila-bila masa sahaja. Tetapi persoalannya dia tidak perlu beri penjelasan kepada saya tetapi kena jelaskan dalam Dewan dan rakyat demi memastikan penjelasan kukuh dijawab di Parlimen.
 
"Dia bukan bertanggungjawab kepada saya tetapi kepada Parlimen" kata Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
 
Pada 30 Mei lalu, Hasan mencabar mana-mana pihak membuktikan beliau melakukan salah laku dalam membuat keputusan agar Bank Rakyat memberikan kemudahan bayaran balik pinjaman RM32 juta tanpa faedah kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
 
Malah Hasan menegaskan, kesemua urusan berkaitan syarikat itu dibuat dengan persetujuan lembaga.
 
"Saya bersedia menghadapi pembangkang sekiranya mereka mendakwa adanya salah laku. Segala-galanya yang berlaku mengikut dasar kerajaan, undang-undang dan peraturan," kata Hasan.
 
Mahfuz bagaimanapun tetap mendakwa wujud campur tangan menteri dalam pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah Bank Rakyat kepada Deepak sekali gus disifatkan sebagai salah guna kuasa.
 
Kata Mahfuz, ini kerana persetujuan oleh lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sabbaruddin Chik didakwa dibuat 'rela-paksa' sebaik sahaja menerima arahan menteri.
 
Katanya, semasa keputusan pertama lembaga pengarah bank itu telah memutuskan untuk menolak cadangan pinjaman itu. 
 
"Kenyataan Sabbaruddin hanya menafikan laporan berita yang mengaitkan pinjaman itu dengan keluarga perdana menteri tetapi tidak pernah menafikan penglibatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dalam skandal ini.
 
"Campur tangan menteri memang berlaku. Isu campur tangan menteri yang mengarah pihak lembaga pengarah untuk mmbuat keputusan atas arahan menteri bagi pinjaman itu satu kesalahan dan salah guna kuasa.
 
"Menteri beri ugutan kalau tidak setuju akan dipecat.. ini ugutan yang diperakui Sabbaruddin. Jadi kalau SPRM kata tak ada unsur rasuah mungkin dari segi benda yang diberi atau diterima tapi salahguna kuasa ini adalah unsur rasuah," tambahnya lagi.

Umno-BN perlu lakukan perubahan jika mahu menang pilihan raya 2018

Posted: 13 Jun 2014 03:48 AM PDT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM : Tun Daim Zainuddin yang sebelum ini meramalkan dengan tepat kekalahan Barisan Nasional (BN) di empat negeri pada 2008, hari ini meramalkan kerajaan BN susah hendak menang pada pilihan raya umum 2018 jika tidak melakukan perubahan dalam usaha memenangi sokongan rakyat.
 
"Dengan status quo yang ada, kalau kita tidak berubah dan masih begini, susahlah kerajaan hendak menang," kata bekas Menteri Kewangan itu dalam wawancara eksklusif Berita Harian siri pertama hari ini.
 
Beliau berkata, perubahan itu bermula dengan menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mesti mesra rakyat serta jangan sombong supaya apa yang berlaku pada pilihan raya 2008 tidak berulang.
 
Pada pilihan raya umum 2004, BN meraih kemenangan besar selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Namun, BN mencapai prestasi terburuk dalam sejarah parti itu pada pilihan raya umum 2008 dengan Selangor, Kedah dan Perak jatuh ke tangan pembangkang manakala Kelantan terus di bawah PAS. 
 
Sebelum pilihan raya tersebut, Daim telah membuat ramalan tentang kejatuhan BN di empat negeri berkenaan. Daim adalah Menteri Kewangan pada tahun 1984 dan 1998 semasa dalam era pentadbiran Dr. Mahathir yang memerintah Malaysia selama 22 tahun.
 
Dalam wawancara itu, Daim berkata, jika tiada perubahan dilakukan BN maka rakyat yang sudah pandai menimbang dan berpelajaran akan mengubah pemerintahan dengan menolak BN.
 
"Saya tidak nampak pembangkang dapat memerintah dengan baik, tengok sahaja di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang banyak masalah tetapi jangan harap nak menang atas kelemahan orang. Sepatutnya menang atas kekuatan kita," katanya.
 
Justeru, kata anak jati Kedah itu, pemimpin BN perlu membuat tinjauan terhadap kehendak rakyat dan mendengar rungutan mereka untuk memperbaiki keadaan.
 
"Apa yang perlu dibaiki termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan. Tengok saja dalam internet. Itu bukan persepsi orang luar tetapi pandangan orang dalam. Sekarang pandangan orang dalam pun diambil kira kerana mereka pengundi kita," katanya.
 
Tegasnya, menerusi cara itu, Umno akan diperkukuhkan dan seterusnya dihormati sebaliknya jika lemah maka orang tidak hormat kepada parti itu.
 
Beliau berkata, Umno dan BN perlu tahu mengatasi persepsi dan mengetahui kehendak rakyat kerana mempunyai jemaah menteri dan pegawai-pegawainya.
 
"Tapi kalau surat daripada rakyat tidak dijawab tentu rakyat marah. Takkan pegawai tidak boleh tolong jawabkan. Jangan sebelum pilihan raya baru hendak jumpa rakyat.
 
"Kerajaan banyak program yang baik, laksanakanlah dengan cepat untuk kebaikan rakyat. Cara  penyampaian maklumat gagal, perbaiki cara berkomunikasi kepada rakyat," katanya.

Menjelang Sidang Pimpinan DAP 2014; politik baru, cabaran baru?

Posted: 13 Jun 2014 03:46 AM PDT

DAP-supporters-Sarawak-election

Oleh Izmil Amri


Hujung minggu ini pimpinan baris depan Parti Tindakan Demokratik akan bersidang tiga hari tiga malam merencana langkah-langkah sesuai untuk maju ke depan dengan mengambil kira pengajaran masa silam.

Enam tahun sesudah tsunami politik Mac 2008 dan lebih setahun selepas kemenangan besar DAP dalam PRU ke-13, semua orang pastinya sudah jelak dan menyampah dengan apa sahaja pendekatan yang diambil oleh parti tersebut. Tindak-tanduk DAP sudah boleh dijangka, dikira dan dimanipulasi oleh pihak musuh. Masanya sudah tiba untuk DAP melangkah maju dengan membawa benda-benda baru yang melampaui jangkauan musuh.

Menjelang perencanaan mega ini, ada baiknya kita mengambil sedikit masa dan memeriksa keadaan sekeliling.

Quo vadis DAP?

Quo vadis, 'mana kau nak pergi?' Soalan ini jarang ditanya, meski ramai di luar lingkungan parti sentiasa mengacah-acah fitnah yang bukan-bukan demi menjawab soalan yang tidak ditanya orang parti sendiri. Fitnah kononnya DAP mahu tubuh negara Kristian, mahu tubuh republik dan hapuskan sistem raja, malah kononnya mahu membubar rejimen askar Melayu heboh diperkatakan.

Ini kelebihan yang ada pada parti musuh dalam membina persepsi buruk orang ramai terhadap DAP. 
Kelebihan mencipta jawapan yang kemudiannya disebarkan melalui media kawalan mereka akhirnya mewarnakan DAP dengan warna-warna kepalsuan. Dan usaha ini telah berjaya dilakukan sejak sekian lama sehingga muncul media-media baru yang menenggelamkan usaha jahat musuh melalui media tradisional.

Pun begitu DAP tidak boleh selesa kerana otak licik musuh sentiasa berjalan dan berfikir bagaimana caranya DAP terus boleh diserang melalui media yang berat ke arah DAP sendiri. Maka lihat sahaja bagaimana kemahiran internet dan media sosial dipergunakan untuk menabur fitnah-fitnah spesis baru yang merebak pula dengan lebih cepat.

Hal ini terjadi akibat DAP jarang-jarang sekali bertanya ke mana hala tuju parti dan apa sebenarnya yang ia kerjakan. Dan kalau pun ia disoal, jawapannya panjang berjela dan sukar difahami orang biasa-biasa. Dan kalau pula jawapan itu pendek, cliche sungguh bunyinya.

DAP perlukan hala tuju yang lebih segar tidak lagi bikin mengantuk. Ia perlu bertanya kepada dirinya sendiri ke mana ia mahu pergi. Takkanlah setakat Putrajaya sahaja.

Apakah pekerjaan parti ini?

Dari sudut pandang orang Melayu, DAP tiada lain kerjanya hanya membangkang, membantah dan melawan. Dengan bantuan media kawalan kerajaan, semua ini ditambah pula dengan bunga-bunga anti-Islam dan anti-Melayu.

Biar berbuih mulut kita menyatakan bahawa ini semua tidak benar, tidak ramai yang akan percaya. Ini kerana persoalan anti-Melayu dan Islam ini adalah permainan musuh-musuh DAP, dan parti pula seringkali dilihat suka melompat pada setiap satu hal yang dirasakannya perlu dilompat.

Isu hudud sebagai contoh mudah adalah apa yang disebut sebagai titik luluh DAP. Petik sahaja isu ini, contohnya mahu laksanakan hudud di Selangor, melompatlah DAP. Musuh tahu hal ini. Dan musuh juga tahu bahawa bukan sahaja hudud itu titik luluh DAP, ia juga merupakan titik luluh Pakatan; dan musuh gemar menggunakan titik ini dalam banyak keadaan.

Seharusnya melompat pada setiap kenyataan yang dikeluarkan musuh tidaklah menjadi kerja utama pemimpin DAP. Permainan lompat-lompat ini hanya memberi kelebihan kepada pihak lawan, dan akhirnya kerja-kerja utama DAP tergendala.

Maka soalan itu harus ditanya sekali lagi: apa kerja parti ini?

Takkanlah kerja DAP itu melawan UMNO-BN semata-mata. Tak ada kerja lain?

Ya, ada sebenarnya, namun kerja ini tidak begitu 'glamer'. Tidak ramai yang mahu merentas hutan Borneo dan mengangkut guni pasir untuk membina jalanraya atau empangan kecil bagi menyediakan bekalan air ke rumah panjang. Ini semua kerja tak dilapor media. Tambah-tambah lah kalau buat kelas tuisyen, makinlah tidak 'glamer'.

Yang 'glamer' itu adalah membongkar kes rasuah dan salahguna kuasa atau mendedahkan pembaziran pihak kerajaan. Tapi takkanlah 38 orang Ahli Parlimen DAP semuanya hanya mahu buat kerja ini sahaja?

Apa produk parti?

Harusnya DAP boleh berbangga dengan beberapa dasar bikinannya yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak. Setelah enam tahun menjadi tonggak pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang dan turut memainkan peranan besar dalam pentadbiran Selangor, DAP sepatutnya sudah boleh menyenaraikan hasil daripada kebijakan yang dirangkanya selama ini.

Selain itu, DAP juga sewajarnya sudah boleh menepis tohmah-tohmah orang tentangnya yang konon tidak memberi ruang kepada orang Melayu seusai pilihanraya kecil Teluk Intan. Kian ramai anak muda Melayu yang berminat untuk menjadikan DAP sebagai platform baginya bekerja demi rakyat.

Entah berapa ramai lagi Dyana Sofya yang tersorok dan terceruk kian mula mengorak langkah menghampiri parti demi menyatakan keinginan untuk turut serta. Mereka ini adalah prospek produk parti yang perlu didekati dan dilatih untuk menyambung mata rantai perjuangan.

DAP barangkali boleh dianggap kilang menghasilkan manusia berprinsip yang akan sentiasa menidakkan yang salah dan membenarkan yang benar. Ya, pasti akan ada hasil kumuh daripada proses ini sekali-sekala, tetapi itulah dia risiko yang harus diambil oleh DAP demi memastikan ia terus relevan sebagai parti masa depan.

Menyingkap tirai sejarah

Yang disebut sejarah itu adalah perkara-perkara yang mesti dipertimbangkan sebagai pengajaran dan tidak akan diulang lagi kecuali jika perlu.

Sepanjang hampir 50 tahun kewujudan DAP, ia pastinya telah mengubah-ubah strateginya berkadaran dengan menang-kalah pilihanraya selain pengalaman-pengalaman lain yang mendewasakan dan memberi peringatan.

Enam tahun menuju 2020, DAP sewajarnya meneliti sejarahnya dengan baik sebelum merencana masa depan dengan pendekatan yang jauh berbeza berbanding 2008. Ya, 2008 juga adalah sejarah yang pastinya tidak dapat dilupakan. Begitu juga dengan modus operandi zaman itu sudah pastinya tidak akan kekal relevan di zaman ini dan akhirnya mendiam di arkib untuk dibuat kajian.

Sejarah sudah menunjukkan bagaimana beberapa isu dan tindakan telah melemahkan, serta beberapa hal yang memberi kekuatan. Semua ini perlu dipertimbangkan dalam merencana pendekatan baru yang pastinya sudah tidak sama dengan pendekatan enam tahun lalu.

Dan DAP tidak boleh takut-takut untuk menjalankan uji kaji dalam masa setahun dua ini untuk menentukan arahnya untuk sekurang-kurangnya lima atau sepuluh tahun lagi. Seandainya ia takut-takut dan terus-terusan mandom dalam merangka gerak-kerjanya, DAP tidak akan mampu menggempur mana-mana halangan apatah lagi membuka lembaran baru. Roketkini.com

Usul Hudud Selangor: Jangan main-main! – Speaker

Posted: 13 Jun 2014 03:38 AM PDT


hannah3



Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Pembangkang Selangor hari ini menarik balik usul mengkaji pelaksanaan hudud di negeri itu dengan alasan usul itu "menimbulkan banyak kekeliruan."

"Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik," kata Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsuddin Lias, seperti dipetik laman The Malaysian Insider.

Penarikan usul itu dibuat sehari selepas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh meluluskannya untuk dibahaskan di sidang DUN minggu depan.

"Selepas saya mengumumkan menerima usul Adun Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik semalam, hari ini pejabat saya menerima salinan notis beliau menarik balik usul itu.

"Tiada sebab disertakan berhubung keputusan beliau tersebut," katanya kepada Roketkini.

Mengulas perkembangan terbaru itu, beliau menyifatkannya sebagai mainan politik terangan-terangan oleh Adun Umno itu.

"Dewan bukanlah tempat untuk sesiapa bermain-main politik. Jika seorang Adun itu tidak bersedia untuk berdebat dan mempertahankan usulnya, beliau tidak sepatutnya membuang masa Dewan untuk membentangnya.

"Maka, saya memberi peringatan keras kepada Kamarol Zaki dan semua Adun, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang, agar tidak menyalahgunakan dan mencabuli peraturan mesyuarat ketika mencadangkan usul untuk dibahaskan," katanya.

Beliau berkata lagi, DUN adalah pentas wakil rakyat bersuara mewakili kawasannya serta mengambil bahagian secara produktif dalam proses perundangan.

"Walaupun wakil rakyat ada hak untuk membentang atau menarik balik suatu usul, tabiat seperti ini tidak boleh digalakkan. Mereka menggalas tugas untuk menjunjung integriti dan memelihara kemuliaan DUN dengan tidak memperlakukannya secara cuai dan sembarangan," katanya lagi. -Roketkini.com

Hoki Piala Dunia: M'sia ditempat tercorot

Posted: 12 Jun 2014 09:39 PM PDT

MALAYSIAKINI


Malaysia mempamerkan aksi longlai apabila kalah 6-2 kepada Afrika Selatan pada penentuan tempat ke-11 pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di Stadium Kyocera, The Hague, Belanda, semalam.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menduduki tempat terakhir daripada 12 pasukan yang merupakan kedudukan terburuk sepanjang enam penyertaan mereka pada Piala Dunia sebelum ini.
  
Lebih mendukacitakan, Malaysia menduduki tangga tercorot kumpulan A tanpa mengutip sebarang mata selepas kalah kesemua lima perlawanan.
  
Mereka kalah 4-0 kepada juara bertahan, Australia pada aksi pembukaan 31 Mei lepas sebelum tunduk 6-2 kepada Belgium, dua hari kemudian.
  
Ini disusuli dengan kekalahan 2-0 kepada England pada 5 Jun, 3-2 kepada India (7 Jun) sebelum diaibkan 5-2 kepada Sepanyol, dua hari kemudian.
  
Dalam pertemuan dengan Afrika Selatan itu, skuad negara bermula cemerlang selepas Muhammad Firhan Ashaari menjaringkan gol pembukaan menerusi percubaan solo pada minit ke-26 dan ia kekal sehingga separuh masa pertama.
  
Ketiadaan pemain tengah, Nabil Fiqri Mohd Noor di atas padang kira-kira lima minit pada awal babak kedua akibat layangan kad kuning oleh pengadil perlawanan, pantas dimanfaatkan oleh pasukan Afrika Selatan bermula dengan jaringan penalti strok oleh Justin Reid-Ross pada minit ke-43.
  
Justin terus mengorak langkah dengan menambah dua lagi jaringan pukulan sudut penalti masing-masing pada minit ke-45 dan 48 sebelum Lloyd Norris-Jones meledak gol keempat, selang dua minit menerusi jaringan padang.
  
Kapten pasukan Afrika Selatan, Austin Smith menjaringkan gol kelima untuk pasukan ranking ke-12 dunia itu menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-63, sebelum Jean-Pierre de Voux memastikan kemenangan bergaya dengan gol keenam, lima minit kemudian.
  
Malaysia berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi bekas kapten, Mohd Shahrun Nabil Abdullah hasil percubaan solo, seminit kemudian namun ia gagal menghalang pasukan lawan daripada meraih kemenangan pertama pada kejohanan edisi ke-13 itu.
  
Untuk rekod, Afrika Selatan menduduki tangga tercorot kumpulan B dengan kutipan satu mata selepas sekadar mencatat satu seri selain ditimpa empat kekalahan.- Bernama

MCA, Gerakan dijangka sertai kabinet hari ini?

Posted: 12 Jun 2014 09:32 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Khabar angin mengenai rombakan kabinet sejak awal minggu ini, bakal terjawab hari ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan mengumumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet, lapor Berita Harian hari ini.

Desas desus itu bertambah kuat apabila beliau dijangka menghadiri perasmian Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Teluk Intan esok selepas pilihan raya kecil parlimen itu 31 Mei lalu.

Pada kempen pilihan raya kecil itu, Najib mengumumkan akan melantik Presiden Gerakan yang juga calon BN Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri jika parti itu menang.

Laporan itu menyebut Mah dikatakan akan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala dua pemimpin MCA bakal dilantik jawatan menteri pengangkutan dan timbalan menteri kewangan.

Penyertaan semula Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam Jemaah Menteri dibuat sejajar dengan keputusan mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 23 Februari lalu yang meluluskan resolusi menerima jawatan dalam kerajaan.

Dalam laporan akhbar itu yang memetik sumber juga menyebut, tiga menteri dari Umno bakal berubah portfolio, manakala seorang dikatakan akan digugurkan.

Dalam laporan itu juga, rombakan itu bakal menyaksikan pemimpin Parti Tindakan Rakyat Sarawak (TERAS) menggantikan sekurang-kurangnya seorang timbalan menteri dari Sarawak.

Manakala menteri, timbalan menteri dari Sabah serta anggota kabinet MIC dijangka tidak berubah.

Hannah: Saya speaker DUN untuk semua

Posted: 12 Jun 2014 09:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata pandangan peribadi beliau tidak penting dalam menerima usul hudud dari ADUN Umno negeri itu.

Ini kerana, katanya, banyak pihak mempertikaikan keputusan beliau membenarkan usul kontroversi itu dibentang dalam DUN walaupun partinya tidak menyokong undang-undang syariah Islam itu.

Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya menegaskan beliau merupakan speaker yang berkhidmat untuk semua parti dalam dewan termasuk DAP, PKR dan Umno.

"Ketika saya menjadi speaker saya bukan lagi ahli DAP atau Pakatan Rakyat," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Pembancuh air menang besar

Posted: 12 Jun 2014 09:24 PM PDT


Pembancuh air menang besar
 

TATKALA diumumkan sebagai tiga finalis Kilauan Emas musim keempat, ramai yang menjangkakan Arip hanya mampu meraih tempat ketiga berdasarkan prestasinya sebelum ini.

Namun telahan kebanyakan orang mengenai prestasi peserta berusia 42 tahun ini ternyata meleset apabila Arip atau nama sebenarnya, Omar Sharif Mat Din memberikan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga, sekali gus melayakkannya dinobatkan sebagai juara dengan jumlah undian 66.51 peratus.

Dengan itu, Arip menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Zain meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala Ben yang sebelum ini disebut-sebut sebagai juara, akur apabila meraih tempat ketiga dan menerima RM30,000, sebuah trofi serta pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus berdasarkan undian SMS penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar di mana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu solo, medley dan duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M Nasir, Mamat Khalid, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad.

Bawa ibu tunai haji

Di sebalik kejayaannya itu, Arip mendedahkan penglibatannya dalam pertandingan Kilauan Emas ini sebenarnya didorong oleh ibunya, Rahmah Pakis, 67.

"Memandangkan sebelum ini saya sering menyertai pertandingan kugiran atau band sehingga mendapat tempat pertama dan kedua, jadi dia suruh saya sertai Kilauan Emas untuk lihat sejauh mana kemampuan saya.

"Saya pun ke Shah Alam untuk menyertai uji bakat dan tiba seawal jam 4 pagi bersama isteri.

"Masa mula-mula ambil borang, saya rasa berbelah bahagi juga. Tapi mujur isteri banyak memberi semangat kepada saya dan saya teruskan," katanya.

Arip berkata, dia akan menunaikan janjinya untuk menghantar ibunya mengerjakan haji dengan duit kemenangannya itu.

Bukan itu sahaja, Arip bersama Zain turut merancang membuka satu restoran dengan duit kemenangan mereka.

"Sebelum menyertai Kilauan Emas, saya sudah buat berbagai kerja dan yang terakhir menjadi pembuat air di sebuah kedai makan.

"Jadi dengan duit kemenangan ini, saya mahu mengubah hidup saya menjadi lebih baik dan saya berharap perancangan kami akan berjalan lancar kelak," jelasnya.

Dituduh penagih dadah

Ditanya mengenai penghinaan sesetengah orang kepada dirinya termasuk dikatakan seorang penagih dadah kerana sering bertukar kerja, Arip berkata, dia menerima penghinaan itu.

"Walaupun orang kata saya penagih dadah, ingin saya tegaskan di sini, saya tidak pernah ambil barang terlarang itu.

"Saya sering bertukar kerja kerana mahu mencari nafkah untuk keluarga dan badan saya yang kurus ini bukan kerana saya mengambil dadah.

"Tapi hari ini saya dah buktikan pada mereka yang gemar menghina saya bahawa saya boleh berjaya," ujarnya.

Ringgo jadi sejarah: Zain

Sementara itu, Zain atau nama sebenarnya, Md Zain Ramli tidak menyangka, pada mulanya sekadar menemani seorang rakan menjalani uji bakat, dia akhirnya kembali melibatkan diri secara tidak langsung di dalam industri selepas 11 tahun tidak menyanyi.

"Sebenarnya kawan saya yang beria-ia mahu menyertai uji bakat dan saya hanya menemaninya sahaja. Tapi bila tiba di lokasi uji bakat, dia ambil borang dan isikan sekali untuk saya.

"Tapi sebaik menjalani uji bakat, saya lepas dan dia tidak. Masa mula-mula itu saya rasa cukup berbelah bahagi, fikirkan macam-macam, tapi atas dorongan isteri, saya sertai juga," ujarnya.

Zain yang sebelum ini vokalis kumpulan Arrow dan dikenali sebagai Ringgo berkata, dia kini ibarat satu produk lama yang melalui proses penjenamaan semula.

"Kalau boleh saya mahu orang kenali saya sebagai Zain Kilauan Emas kerana Ringgo itu sejarah lama. Tapi saya tak kisah jika orang nak panggil saya Ringgo," katanya.

Ikut arus Astro

Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk bekerja keras seperti ketika masih muda dan hanya akan mengikut segala perancangan yang dilakukan Astro.

"Secara jujurnya saya melihat industri seni kita sekarang semakin merudum dan ramai penyanyi lebih selesa mengeluarkan single berbanding album.

"Jadi, saya lebih senang mengikut percaturan dan perancangan Astro yang sememangnya lebih mahir dalam urusan pemasaran," ujarnya.

Bagaimanapun Zain berkata, dia dan Arip ada merancang untuk berduet bersama dan berharap perancangan itu akan berjalan dalam masa terdekat ini.

"Sementara masih panas, orang masih ingat, kami memang ada merancang untuk berduet, tapi bergantung kepada keadaan," katanya.

Tiada istilah terlambat: Ben

Dalam pada itu, peserta paling senior, Ben atau nama sebenarnya, Benasil Kudong berkata, di dalam muzik, tiada istilah lambat atau cepat dan dia tidak pernah menyesal kerana menyertai Kilauan Emas pada usia 65 tahun.

Biarpun pada mulanya disebut-sebut sebagai juara, Ben berkata, dia redha dan menerima keputusan mendapat tempat ketiga.

Ben berkata, dia merancang untuk menerbitkan sebuah album Inggeris dan merakamkan beberapa lagu Inggeris yang sudah diciptanya.

"Antara lagu saya cipta adalah kesinambungan daripada sebuah lagu Tagalog berjudul Anak. Cuma bezanya lagu saya menceritakan anak yang sudah membesar," katanya yang demam kerana rindukan anak-anak di Sabah.

Ben berkata, dia mahu pulang ke Lahad Datu berjumpa keluarga dahulu, sebelum merangka karier seninya selepas ini.

Segera siasat kes rasuah 2 pegawai tertinggi polis

Posted: 12 Jun 2014 09:18 PM PDT


R.Sri Sanjeevan  
R.Sri Sanjeevan


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyegerakan siasatan ke atas dua kes salah laku rasuah didakwa melibatkan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa sehingga kini, dua pegawai berjawatan tinggi itu masih bertugas seperti biasa sedangkan kertas siasatan ke atas mereka telah dibuka sejak lebih dua minggu lalu.

"Sehingga kini SPRM tidak menghubungi saya tentang perkembangan siasatan itu walaupun banyak bukti telah saya berikan kepada mereka.

"Saya harap SPRM segera bertindak dan memanggil dua pegawai polis berjawatan tinggi itu supaya memberi keterangan salah laku rasuah dan penyelewengan kuasa mereka," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada 22 Mei lalu, MyWatch mendakwa anak lelaki seorang pegawai kanan polis memiliki aset melebihi RM2 juta.

Menurut Sanjeevan, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Antara aset lelaki itu yang diragui sumbernya ialah dua kereta mewah jenis Audi A5 dan Jaguar XF yang dibeli secara tunai, selain turut mempunyai enam akaun peribadi yang kesemuanya berjumlah melebihi RM500,000.

Selain itu, MyWatch juga mendakwa seorang pegawai kanan polis di sebuah pusat peranginan didakwa campur tangan dalam dua kes jenayah dengan bertujuan melindungi beberapa sindiket Cina.

Ini termasuklah menerima suapan sebanyak RM15,000 untuk melindungi pemilik sebuah pusat hiburan di sebuah pusat peranginan di negara ini.

Mengulas lanjut, Sanjeevan turut mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang masih membiarkan pegawai terbabit bertugas seperti biasa.

"Apa guna Unit Tatatertib di bawah urusetia KPN, Tan Sri Khalid kalau pegawai yang disiasat itu masih bertugas seperti biasa.

"Sepatutnya KPN kena memandang serius kes ini termasuk menggantung tugas atau memberi mereka cuti sehingga siasatan selesai," katanya.

Hudud: Kelantan contohi Qatar

Posted: 12 Jun 2014 09:15 PM PDT


Mohd Amar (duduk,tengah) bersama rombongan pertama pegawai pendidikan dan pensyarah yang akan menyertai kursus selama seminggu di Qatar. Mohd Amar (duduk,tengah) bersama rombongan pertama pegawai pendidikan dan pensyarah yang akan menyertai kursus selama seminggu di Qatar.


KOTA BHARU – Kemungkinan besar kerajaan Pas Kelantan akan menjadikan pelaksanaan hudud di Qatar dan Emirates Arab Bersatu sebagai negara contoh dalam melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pelbagai maklumat diperoleh mengenai kebaikan dan sistematik pelaksanaan hudud di negara tersebut yang dikatakan memberi kesan yang sangat positif.

"Ketika lawatan ke negara tersebut sebelum ini, kenderaan dibiarkan tidak berkunci, malah kunci juga ditinggalkan. Ini salah satu contoh yang sengat baik.\

"Dari segi pemerhatian dan maklumat yang diperoleh, ramai pemimpin yang mengatakan dua negara tersebut adalah contoh terbaik. Saya belum tengok lagi tentang teks kanunnya. Cuma kita akan pastikan wakil-wakil kita akan dapatkan maklumat lebih lanjut lagi selepas ini," katanyaselepas memberi taklimat ringkas kepada pegawai pendidikan negeri, semalam.

Seramai 14 pegawai pendidikan negeri yang terdiri daripada ilmuwan dan pensyarah-pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) terpilih menyertai kursus jangka pendek yang ditaja khas sepenuhnya oleh Fakulti Pengajian Islam, Universiti Hamad Bin khalifah, Qatar.

Menurutnya, rombongan tersebut juga merupakan detik permulaan kepada hasil kunjungannya bersama kepimpinan negeri ke negara itu dalam proses untuk mengembangkan dan menerokai ruang kerjasama dalam pendidikan dan kebudayaan sebelum ini.

Beliau berkata, mereka yang terpilih itu juga akan diberikan kursus seminggu secara percuma selain membantu membuka minda mengenai beberapa perkara terutamanya mengenai fatwa, fikah golongan minoriti dan isu-isu wasatiah.

"Insya-ALLAH selepas ini kita akan minta mereka adakan kursus ini untuk dua kali setahun supaya lebih ramai ilmuwan dari Kelantan dapat menimba pelbagai ilmu di sana dan boleh dikongsi dengan pelajar-pelajar di sini.

"Selain itu saya harap mereka yang menyertai kursus kali ini akan dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai pelaksanaan hudud di negara tersebut, mungkin kita akan buat tindakan susulan dengan  jabatan kehakiman mereka dan sebagainya," katanya.

Kesimpulan isu istihalah khinzir

Posted: 12 Jun 2014 09:12 PM PDT


Jika alkohol berubah kepada cuka, ia membawa ketetapan baru. - Gambar hiasan Jika alkohol berubah kepada cuka, ia membawa ketetapan baru. - Gambar hiasan
 
ADA yang bertanya, setelah diketahui pandangan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwas and Research), Persidangan Fiqh Eropah, dan Persidangan Fikah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain.

Sementara itu, Majma' al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jeddah pada keputusan 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar diambil?

Rumusan saya seperti berikut:

1. Pada asasnya, istihalah adalah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam fikah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi'yyah dan Hanabilah (Hanbali).

Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-'Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan bersih.

2. Antara dalil disebut fuqaha dalam istihalah ialah hadis Nabi Muhammad SAW: "Sebaik-baik hidangan adalah cuka." (Riwayat Muslim)

Cuka berasal daripada arak yang berubah secara istihalah. Ada pun hadis yang melarang menjadi arak itu cuka ditakwilkan sebagai larangan di peringkat awal pengharaman arak bertujuan menghapuskan habis-habisan termasuk memecahkan bekas arak.

Pada hal bekas tersebut boleh digunakan jika dibersihkan. Namun, itu pendekatan di peringkat awal pengharaman.

Nabi  Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik wangian adalah kasturi" (Riwayat Muslim) sedangkan kasturi berasal daripada darah kijang yang bertukar menjadi wangian.

Bangkai, darah dan daging khinzir diharamkan dalam al-Quran. Namun, kasturi berasal daripada darah dibenarkan kerana bertukar sifat.

Terdapat lagi dalil lain daripada naqli (nas) dan aqli (lojik) yang dipakai dalam masalah ini.

3. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti makanan, perubatan dan bahan kecantikan.
Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan berasal daripada sumber haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan

4. Fatwa tentang hal ini dikeluarkan ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Berikut kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah mengizinkan bahan berasal haram tapi berubah melalui proses. Begitu juga alkohol sedikit dalam makanan tertentu yang tiada kesan.

Hukum syariah

Fatwa (34) - Soalan: Bahan daripada sebahagian makanan mengandungi item yang ditandai huruf  "E' dan nombor. Kami diberitahu item tersebut dihasilkan daripada lemak dan tulang babi.
Jika perkara ini betul, apakah hukum syariah terhadap makanan sedemikian.

A) Item membawa huruf "E" dan rentetan nombor adalah bahan tambahan. Aditif mempunyai lebih 350 sebatian dan ia mungkin dalam bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis.

Aditif dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut sumbernya:
Pertama: Sebatian asal kimia tiruan
Kedua: Sebatian asal tanaman.
Ketiga: Sebatian asal haiwan
Keempat: Sebatian larutan dalam alkohol

Yang berkuatkuasa pada semua sebatian adalah mereka tidak menjejaskan status makanan ini menjadi halal seperti berikut:

Kumpulan pertama dan kedua adalah halal kerana ia berasal daripada bahan yang dibenarkan dan tidak membahayakan daripada menggunakan item tersebut.

Kumpulan ketiga juga halal, kerana asal haiwan tidak sama semasa proses pembuatan. Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan tulen melalui proses yang dipanggil transformasi kimia. Transformasi ini juga memberi kesan hukum mengenai bahan tersebut.

Oleh itu, jika bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia berubah kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan baru. Contohnya, jika alkohol berubah dan telah berubah kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa ketetapan baru mengikut jenis produk baru, iaitu halal.

Bagi kumpulan keempat, item ini biasanya pewarna dan digunakan dalam kuantiti yang sangat sedikit, yang larut dalam bentuk produk akhir, yang difikirkan satu perkara dimaafkan.

Oleh itu, apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi mana-mana bahan ini masih halal dan dibenarkan untuk kegunaan orang Islam.

Kita juga perlu ingat bahawa agama kita adalah agama mudah dan kita telah dilarang daripada membuat perkara yang menyusahkan.

Lebih-lebih lagi, mencari dan menyiasat perkara itu tidaklah seperti apa yang ALLAH SWT atau Rasul-Nya memerintahkan kita  untuk lakukan.
Iktiraf khilaf fikah

Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri daripada: Professor Yusuf Al-Qaradawi, Presiden  ECFR (Mesir, Qatar), Hakim Sheikh Faisal Maulawi, Naib Presiden (Lebanon),  Sheikh Hussein Mohammed Halawa, Setiausaha Agung (Ireland), Sheikh Dr Ahmad

Jaballah (Perancis), Sheikh Dr Ahmed Ali Al-Imam (Sudan), Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK), Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK) dan Sheikh Ounis Qurqah (Perancis).

Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK), Sheikh Dr Abdullah Ibn Bayya (Arab Saudi), Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Sepanyol), Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania), Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK), Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar,

Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee' (Arab Saudi), Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Arab Saudi), Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait), Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (Perancis), Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan) dan Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar),

Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK), Sheikh Tahir Mahdi (Perancis), Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway), Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan).

Sheikh Muhammed Siddique (Jerman), Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE), Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Jerman), Sheikh Mahumoud Mujahed (Belgium), Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia), Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Jerman),

Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Arab Saudi) serta Sheikh Yusf Ibram (Switzerland).

5. Walaupun golongan ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu atau pun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak.

Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fikah masa kini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka.

Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah tadi yang terdiri daripada tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Persidangan Fiqh Eropah dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah.

Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

6. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhah -sekali pun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fikah Islam dan mengiktiraf khilaf fikah yang berasaskan hujah.

Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

7. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah.

Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhah dapat menggalakkan industri halal.

8. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna.

Kelemahan industri umat Islam adalah punca berleluasanya bahan yang syubhah dan juga mungkin haram.

[IKTIBAR] Kisah Benar : Taubat Nasuha Seorang Pramugari..

Posted: 12 Jun 2014 08:44 PM PDT

KELAB GREENBOC

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.

Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?" "Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. "Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan… kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.

Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan." Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…" tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "Tak boleh Mazlan.. Kakak takut… kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…"

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…." itu dah terlambat..

Kongsi gelap dalang kekecohan pemilihan PKR

Posted: 12 Jun 2014 08:35 PM PDT

JPP mengesahkan kekecohan di beberapa cabang didalangi oleh anggota kongsi gelap yang mensasarkan peti undi.


johari abdul1PETALING JAYA: Kongsi gelap merupakan dalang di sebalik kekecohan berlaku di dua cabang dalam pemilihan PKR, menurut Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) itu.

Dalam satu sidang media hari ini, pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul turut menafikan bahawa kumpulan yang memulakan kekecohan ini merupakan ahli parti.

"Pensabotaj terdiri daripada anggota kongsi gelap. Kami boleh sahkan perkara ini berlaku sewaktu proses pengundian di Cabang Kota Raja dan Kuala Langat," katanya, sambil menambah ia turut berlaku di beberapa cabang lain.

Jelas Johari, perkara ini dibuktikan melalui rakaman video dan gambar yang diterima dari ahli parti.

"Kehadiran ahli kongsi gelap ini seperti dirancang dan seperti ada paten di mana mereka menyerbu masuk ke dalam pusat pengundian selepas jam 2.30 petang dan juga hanya mensasarkan tong-tong peti undi," tambahnya lagi.

Johari bagaimanapun gagal menjelaskan kumpulan kongsi gelap mana yang memulakan kekecohan ini.

"Saya harap saya tau. Tapi ianya macam terancang maknanya sama ada orang yang kalah atau calon yang rasakan dirinya hendak kalah atau pun memang ada satu kumpulan yang terlatih untuk menendang peti undi," katanya lagi.

JPP bagaimanapun belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden ini.

"Secara rasminya saya tak buat laporan polis sebab kita rasa ini proses dalaman antara keluarga dan kita ada cukup mekanisma untuk ambil tindakan," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Panel Bantahan Abd Malek Hussein berkata 284 aduan rasmi telah diterima pihaknya berhubung pemilihan parti.

"Jumlah aduan dan bantahan diterima daripada 70 cabang seluruh negara. Ada cabang yang ada satu aduan ada yang ada lebih 10 aduan," katanya yang menambah pihaknya turut mengalukan aduan dari ahli melalui e-mel dan surat.

"Kita adakan pendengaran kira ala-ala Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana kita beri proses dengan panggil pengadu untuk beri keterangan dan orang yang diadu ada hak untuk pertahankan dirinya dan berikan hujahan balas," jelasnya.

Pemilihan PKR yang bermula 25 April lalu sepatutnya berakhir pada 11 Mei namun pengundian di 35 dari keseluruhan 198 cabang seluruh negara telah diabatalkan dan akan diadakan pemilhan semula.

Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti layak mengundi dalam pemilihan kali ini.

LIHAT VIDEO DI SINI

Syiah ‘halal’

Posted: 12 Jun 2014 08:30 PM PDT

Syiah Dawoodi Bohra merupakan satu-satunya masyarakat Syiah yang diiktiraf oleh kerajaan.

Faizal-Musa-aka-Faisal-Tehrani
BANGI:  Umum mengetahui bahawa mazhab Syiah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1996.

Banyak negeri telah menggubal enakmen negeri untuk mengharamkan penyebaran fahaman Syiah.

Bagaimanapun satu kumpulan pengikut diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.

"Inilah pengikut Syiah halal.  Yang lain telah diharamkan," kata Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM Dr Faizal Musa yang merujuk kepada pengikut Syiah Dawoodi Bohra.

Terdapat 600 hingga 700 pengikut Syiah Dawoodi Bohra di Malaysia dan mereka terdiri dari masyarakat Gujarat Islam dan berpusat di Klang, dedah Faizal semasa sesi wacana bertajuk Pengenalan kepada Minoriti Agama di Malaysia di UKM semalam.

Mereka mempunyai bahasa yang unik yang terdiri dari gabungan Gujarat, Hindi, Arab dan Persia.
Menurut Faizal yang banyak mengkaji mengenai masyarakat Syiah, masyarakat Syiah Dawoodi Bohra telah diiktiraf sebagai masyarakat Islam bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada tahun 1983.
"Pengiktirafan kedua diterima mereka dalam tahun 2000," kata beliau.

Menurut Faizal, pengiktirafan tersebut tidak menjamin masyarakat Syiah Dawoodi Bohra daripada gangguan oleh pihak berkuasa agama.

Ramadhan nombor satu bola nombor dua - TG Nik Aziz

Posted: 12 Jun 2014 05:24 PM PDT

HARAKAHDAILY



 


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu membuat jangkaan awal pasukan mana yang menjadi pilihan beliau untuk menjulang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini.

Tuan Guru yang ditemui Harakahdaily di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini hari ini, berkata beliau bagaimanapun sangat berminat dengan sukan itu.

"Waktu sebelum perang Jepun, masa saya belajar di Jerteh, saya main bola sehingga cedera lutut sebelah kanan kena sepak oleh kawan saya.

"Sekarang ini pun, kalau cucu-cucu saya tengok bola dalam televisyen, saya tumpang tengok juga 10 ke 15 minit," katanya selepas menerima kunjungan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Mengulas demam piala dunia yang kali ini turut berlangsung dalam bulan Ramadhan, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat khususnya umat Islam perlu pandai membuat keutamaan.

Lebih-lebih lagi kebanyakan waktu perlawan besar berlangsung awal pagi.

"Jangan sampai tubuh kita tak segar kerana bola. Ramadhan ini kita perlu bagun pagi sebelum subuh. Ajar diri, selain tengok bola, kita solat tahajud, witir dan baca al-Quran.

"Jangan jadi bola itu perkara utama. Yang jadi perkara utama adalah bangun sebelum subuh menghadapi Ramadhan dan berdoa mintak Allah selamatkan Islam," katanya lagi sambil menambah Rasulullas SAW sentiasa bangun sebelum Subuh walaupun bukan di bulan Ramadahan.

Sepak mula sebagai perlawanan pembukaan akan diadakan esok 13 Jun antara pasukan tuan rumah Brazil melawan Croatia pada jam 4 pagi waktu Malaysia.