Jumaat, 13 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Dakwa Dirogol Bergilir-gilir di Balai Polis, Kemudian...

Posted: 12 Jun 2014 11:47 PM PDT



[HM] Lucknow: Seorang wanita semalam mendakwa dirogol empat anggota polis di sebuah balai di Uttar Pradesh.

Kejadian itu ialah kes terbaru dalam siri serangan seksual yang mengejutkan di India.

Menurut wanita itu, dia pergi ke balai di daerah Hamirpur malam Isnin lalu untuk meminta suaminya dibebaskan dari lokap sebelum dia diserang polis yang berada di situ.

"Pada 11.30 malam (waktu tempatan) ketika tiada orang di situ, keempat-empat anggota itu membawa saya ke sebuah bilik dan merogol saya bergilir-gilir," katanya.

Wanita berkenaan melaporkan kejadian berkenaan kepada seorang pegawai kanan kelmarin dan mendakwa ia berlaku selepas dia enggan memberi rasuah yang diminta untuk membebaskan suaminya.

Jurucakap polis, Virendra Kumar Shekhar berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti dan menahan suspek terbabit.

"Kami akan mengikut prosedur, mangsa sudah membuat laporan dan mereka yang bersalah akan ditahan tidak lama lagi," katanya, semalam.

Sub-Inspektor Balbir Singh berkata kes membabitkan empat pegawai dari balai berkenaan diletakkan di bawah kes jenayah.

Kes serangan seksual terbaru di Uttar Pradesh itu meningkatkan lagi tekanan politik ke atas ketua menterinya, Akhilesh Yadav.

Hujung bulan lalu, dua gadis berusia 12 dan 14 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh dan mayat mereka digantung pada pokok.

Kejadian berlaku selepas mereka keluar untuk membuang air di kawasan lapang kerana rumah mereka tidak mempunyai tandas.

Keluarga mereka enggan menurunkan mayat berkenaan sebagai tanda protes kepada polis yang enggan bertindak kerana gadis itu datang dari keluarga kasta rendah. Perdana Menteri Narendra Modi kelmarin menggesa semua ahli politik bekerjasama bagi melindungi wanita, kenyataan pertamanya sejak kejadian itu. - AFP/13/6/14

P/s: Ada laporan mengatakan bahawa wanita itu menarik laporannya semula. Baca di sini.


Dua Beradik Dipenjara 11 Tahun Kerana Curi dan Masak Mayat Bayi

Posted: 12 Jun 2014 11:35 PM PDT



[HM] Lahore: Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan.

Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.

Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.

Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.

Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.

Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi/13/6/14

Lelaki Ditahan Lakukan Seks dengan Pelampung Rakit

Posted: 12 Jun 2014 11:31 PM PDT



[HM] Hamilton: Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa melakukan seks dengan pelampung rakit di tepi jalan raya.

Ini kali keempat dia ditahan atas kesalahan serupa.

Menurut sumber, pada 2011, Edwin Tobergta, 35 pernah ditahan kerana menanggalkan seluar dan melakukan seks dengan pelampung rakit berwarna merah jambu milik jirannya.

"Dia dipenjara tetapi kemudian ditahan sekali lagi pada 2013 kerana melakukan seks dengan rakit sama," katanya.

Kejadian 2013 itu berlaku di rumah Tobergta tetapi dia dituduh dan mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat terbuka yang boleh disaksikan kanak-kanak.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kesalahan terbaru Tobergta membabitkan rakit yang sama.

Sementara itu, pada 2002, Tobergta ditahan kerana melampiaskan nafsunya dengan 'permainan labu angin' di depan khalayak ramai.

Walaupun ia bukan permainan kolam, namun Tobergta pandai mencari kepelbagaian cita rasanya.

Dalam satu gambar terbarunya, Tobergta memakai kemeja-T yang bertulis, "Saya tidak waras. Sila tinggalkan pesanan." - Agensi/13/6/14

Lanjut di sini.

Tiada ulasan: