Sabtu, 28 Jun 2014

Biaqpila

Biaqpila


KENA NIKAH SEMULA

Posted: 27 Jun 2014 09:22 PM PDT



Kuang: "Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya dan Nurul Halimin akan bernikah semula secepat mungkin," kata bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam.

Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, berkata demikian selepas selesai prosiding apabila mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah.

Justeru, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu dibubarkan serta-merta bermula semalam dan persetubuhan antara pasangan terbabit bermula tarikh berkenaan (16 Januari 2012) adalah persetubuhan syubhah (meragukan) serta sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.

Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, ini disebabkan pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

Foto
SHAM dan Nurul Halimin di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.


"Jika pasangan itu mahu melangsungkan perkahwinan, sepatutnya semua urusan pernikahan diuruskan sendiri dan tidak boleh diserahkan kepada pihak ketiga serta perlu melalui pejabat agama," katanya.

Hmetro



Tiada ulasan: