Sabtu, 14 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Berserabut sungguh : Siapa yang berkuasa di Selangor sebenarnya?

Posted: 14 Jun 2014 08:58 AM PDT

Jelaskan mengapa tidak pulangkan Bible, kata Selangor kepada Mais 

Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Sallehin Mukhyi memberitahu 
berkerajaan negeri tidak pasti mempunyai kuasa bagi bertindak 
terhadap Majlis Agama Islam Selangor untuk memulangkan
Bible kepada Pertubuhan Bible Malaysian.– Gambar fail 
The Malaysian Insider, 14 Jun, 2014. 

Kerajaan negeri Selangor meminta penjelasan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengapa mengenepikan arahan Peguam Negara yang mahu kitab berkenaan dipulangkan kepada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM).

 "Sejak Bible dirampas, kerajaan negeri mengikut prosedur dan menunggu keputusan Peguam Negara, malah Mais juga menunggu keputusan Peguam Negara sebelum bertindak.

 "Adakah sekarang Mais mahu mengikut ketetapan Peguam Negara atau tidak? Mereka perlu jelaskan," kata Sallehin Mukhyi, exco yang bertanggungjawab hal ehwal agama di Selangor.

 Mais hari ini berkata 321 Bible yang dirampas dari PBM di Damansara Kim pada Januari lalu tidak akan dipulangkan dan mahu tindakan diambil kepada PBM kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu dan Iban.

 Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa percaya ia merupakan kes mengikut enakmen agama bukan Islam.

 Kenyataan Adzib bertentangan dengan arahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Rabu yang mengarahkan kes tersebut ditutup dan arahan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta kitab berkenaan dipulangkan kepada PBM.

 Sallehin berkata kerajaan negeri sejak awal lagi memutuskan akan patuh kepada keputusan Peguam Negara dan begitu juga diharapkan kepada Mais.

 "Namun ia tidak berlaku seperti dirancang. Disebabkan itu, saya perlu berbincang dengan Mais. 

 "Kerajaan negeri juga akan bermesyuarat bagi melihat sama ada kerajaan negeri atau exco mempunyai dalam hal ini. Jika tidak kami serahkan kepada Mais.," katanya.

 Beliau berkata kerajaan negeri sekarang tidak pasti sama ada mempunyai kuasa bagi bertindak terhadap Mais untuk memulangkan Bible kepada PBM.

 Katanya, perkara itu disebabkan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran kepada umat Islam) 1988 dikawal Mais.

 "Jika kami punyai kuasa, kami akan mengharmonikan situasi dan mengembalikan Bible kepada PBM," katanya.– 14 Jun, 2014. SUMBER

Hikmah berwudhu' cara Rasulullah

Posted: 14 Jun 2014 12:21 AM PDT


Sang Ustaz itu sudah banyak kali menjelaskan dan melakukan demontrasi tatacara berwuduk. Namun budak Abu ini masih tak boleh nak faham-faham mengambil air sembahyang dengan tatacara yang betul.

 "Perhatikan betul-betul ya Abu. Ustaz sudah tunjukan banyak kali tapi kamu masih tak faham-faham lagi!" saran sang ustaz menahan sabarnya.

 "Ingat ya, basuh atau menyapu anggota wuduk hanya 3 kali saja.Jangan berlebihan kerana itu adalah membazir," terrang ustaz itu lagi.

 Abu hanya mengangguk-anggukan kepalanya tanda dia sudah faham benar tatacara berwuduk yang baru sebentar tadi dilihatnya.

 "Kalau sapu lebih 3 kali itu membazir, ya Ustaz?"

 "Benar! Sesungguh membazir itu sahabat syetan!" tegas sang Ustaz itu kepadanya. Nah! Sekarang kamu praktikan, biar ustaz lihat…," sambil dia mempelawa Abu melakukannya.

 Abu pun melakukannya.Dia buka paip air besar-besar! dan masih menyapukan air pada setiap anggota wuduknya 4 kali, 4 kali, 4 kali. 

" Astaggrrrrfirullah! Astghfirullah! Astghfirullah! Grrrr...." mengeluh sang ustaz. 

"Itukan membazir namanya. 3 kali sudah cukup! Kamu mahu jadi kawannya syetankah Abu?" sergah sang ustaz.

 "Bukankah air ini pun banyak mencurah-curah keluar! Berapa duit sangat kita kena bayar, wahai ustaz?" Abu menenangkan sang ustaz yg mula nampak hilang sabarnya.

 "Berlebih-lebihan itu adalah tetap membazir namanya. ALLAH sudah menyatakan dalam Al-Quran. Membazir itu saudaranya syaitan." Kata ustaz sambil menepuk dahinya.

 "Apakah Ustaz pernah bayar bill air selama ni buat pinjaman bank?" Tanya Abu tiba-tiba.

 "Pelik soalan budak nih" bisik ustaz dalam hatinya….

 "Kalau bayar bill air pun kita ada kemampuan, tapi dikira membazir bila kita menggunakannya secara berlebihan untuk berwudhu' kerana mahu menyembah Allah, bagaimana pula ustaz beli Velfire sampai sanggup berhutang bank?"

 Kisah diatas itu tidak ada kena mengena dengan siapa-siapa, samada yang masih hidup atau yang telah mati. Kita biarkanlah sang ustaz itu menjawap pertanyaan Abu itu. Sementara itu jom kita ngaji sikit kat bawah ni: 
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ahmad)
 Wuduk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama 'mengotorkan' dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan ini.

 Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak. Secara tidak langsung kita telah menggunakan rezki yang datang daripada ALLAH SWT ini secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepetutnya. 

 Justeru, kita hendaklah memerhatikan setiap perbuatan kita apatah lagi kalau kita benar-benar mahu menjadi pejuang Islam. WALLAHU'ALAM. 

Maka berkokoklah si ayam itu

Posted: 13 Jun 2014 07:47 PM PDT


Pagi ini seekor ayam telah berkokok berdegar-degar difacebooknya :

HENTIKAN FITNAH SAMIRI INI. 

 Character Assassination. Itulah istilah sekarang. Zikir yang diagihkan percuma melalui FB, WA, Twitter dll bagi memburukkan keperibadian sahabat saya, YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi. 

 Perkara sunnah dijadikan negatif dan cuba digambarkan zuhud. Kesannya rancangan musuh untuk memiskinkan orang Islam berjaya. Bila orang Islam miskin maka musuh akan mengalahkan kita dengan satu serangan sahaja. (ِAn-Nisa: 102).

 Memakai kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk hebat maka itu adalah riya yang bercanggah dengan 1 bentuk larangan nas, iaitu riya'. Memakai kereta kecil, buruk dan "sekodar" sedangkan mampu membeli lebih besar, bagi tujuan menunjuk-nunjuk tawadhuk dan humble, maka riya bentuk ini lebih keji kerana ia bercanggah dengan 2 bentuk larangan nas. 

 Adapun memakai kereta mewah bagi kesenangan dakwah, melicinkan kerja ke hulur ke hilir demi Islam, maka itu adalah sunnah yang diamalkan oleh Nabi dan Para sahabat. 

 Lagi miskin lagi bagus, lagi kecik rumah dan kenderaan lagi tawadhuk, saya tak jumpa dalam pengajian Islam. Bahkan saya jumpa sebaliknya. Yang pernah saya jumpa pola pemikiran ini, ialah sewaktu saya belajar di Syria, negara sosialis yang mengisytiharkan negaranya sosialis dan meletakkan nama sosialis pada nama negaranya, الجمهورية الاشتراكية السورية (Republik Sosialis Syria). Bukan sahaja rakyat diajar pemikiran ini, bahkan undang-undang mereka mengaplikasikan pemikiran ini. Rakyat tidak dibenarkan memiliki rumah besar2, kedai semua sama saiz sahaja. Kesannya, negara sangat Mundurrr!!! 

 Saya menggesa mereka yang menerima berita ini bukan sahaja berdiam diri, tetapi perlu dicegah dengan reply semula, 'hentikan fitnah samiri ini'. - Zaharudin Muhammad.

Berikut adalah antara respind-respind yang diterimanya mengikut urutan:



Apa macam? Korang boleh bagi sikit respind tak? Kah! Kah! Kah!

Tiada ulasan: