Rabu, 11 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jais, sila kembalikan kitab-kitab yang ko rampas!

Posted: 11 Jun 2014 07:00 AM PDT

Cuba korang bandingkan laporan akhbar-akhbar tempatan berhubung isu rampasan Bible oleh JAIS :


 Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu dan kes itu ditutup.

 Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan hari ini berkata, berhubung kitab-kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang..... Artikel Penuh

Laporan dari Malay Mail pula, lebih kurang sama sahaja :


Aku lebih respek berita yang dilaporkan oleh media bebas yang tidak terikat dengan BERNAMA :


Terang-terang dia nyatakan dengan tajuk besar : Peguam Negara dakwa Jais salah langkah....di sini

Berhubung dengan kitab-kitab yang dirampas, Jabatan Peguam Negara meminta pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang. 

Kah! Kah! Kah! Boleh tak cakap dengan bahasa yang lebih mudah untuk difahami? Cakaplah :  

Jais, sila kembalikan kitab-kitab yang ko rampas!

 Dengan pemulangan Al-Kitab yang dirampas oleh Jais itu akan menjadi satu pengakuan bahawa Jais telah melakukan kesilapan dalam melakukan serbuan , penyitaan dan menangkap pegawai BSM. 

 Ini hanyalah salah satu isu yang menjadi tamparan besar kepada imej dan prestij Jais dan agama Islam itu sendiri. Ada beberapa isu lagi yang menjadikan Jais kepanasan sekarang nih!

Kehilangan Batu Putih : Kerja khianat Ketua Delegasi Malaysia sendiri

Posted: 11 Jun 2014 02:03 AM PDT

Gambar palsu yang dihasilkan oleh Malaysia 
menampakkan ketinggian berbukit hampir tujuh kali ganda
Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, "Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana perbuatan khianat dan sabotaj oleh orang-orang dalam delegasi Malaysia, yang telah mengemukakan keterangan palsu di saat-saat akhir,iaitu empat hari sebelum prosiding ICJ bermula," 

 Beliau menambah keterangan kontroversi ini adalah dalam bentuk sekeping gambar Batu Puteh yang dipalsukan ('doctored' photo) untuk menunjukkan kehampiran pulau tersebut kepada tanah besar Johor.

 Mat Zain berkata keterangan inilah yang dipercayai telah memusnahkan sama sekali, kredibiliti hujah dan keterangan yang cukup bagus dan kukuh ,yang dibentangkan oleh pihak kita, di permulaan prosiding tersebut.Baca seterusnya di sini 

Nak tahu siapakah Ketua Delegasi yang melakukan kerja khianat tersebut? Sila klik di sini

PAS ganti Umno : Beginikah yang kita mau?

Posted: 10 Jun 2014 10:00 PM PDT

 What You Give You Get Back -

 Kepada mereka mereka yang baru hendak membesar dalam Pas mai aku nak cerita kisah sekitar tahun 90an. Lepas Pas berjaya rampas Kelantan Tok Guru Nik Aziz di pilih untuk menjadi Menteri Besar. Tahu tak berapa banyak gaji dan berbagai elaun serta berbagai kemudahan Tok Guru dapat sebagai seorang Menteri Besar.... Puluh puluh ribu tau... kereta besar, rumah besar malah elaun mekap isteri Tok Guru pun beribu ribu...

 Tok guru ambil kesempatan tak dari semua tu.... Tok guru jual nama isteri dia tak untuk cover segala kemewahan itu kalau dia mahu.... sesekali tidak... Kereta mercedes (masa tu mercedes kira cukup mewah la) kerajaan yang Tok Guru dapat dia guna untuk kerja kerja kerajaan saja.

 Bukan saja kereta mewah kerajaan yang kalau Tok guru guna pun tak salah dia tak guna untuk peribadi malah rumah besar, elaun besar dan segala galanya yang besar pun dia tak ambil untuk diri sendiri. Sama ada segala elaun itu di potong dari beliau menerimanya atau dia terima dan masukkan ke dalam tabung hanya dia saja yang tahu.

 Okey itu cerita dia, itu hak dia untuk memilih cara hidup bersederhana walaupun sedikit pun tak salah kalau dia hidup seperti lain lain menteri besar kerana semua wang ringgit yang dia dapat itu hak dia.

 Cerita orang Pas pulak ketika itu tiap tiap hari hentam pemimpin umno kononnya baru jadi Adun biasa baru jadi MP biasa sudah pakai kereta mewah. Lalu di bandingkan pula ahli parlimen Umno dengan wakil rakyat Pas yang sederhana walaupun ramai wakil rakyat Pas yang sudah kaya sebelum menjadi yang berhormat.

 Sembang sembang di media sosial KK (masa tu belum ada FB, KK adalah merujuk kepada media sosial kedai kopi) selalu saja menjadikan Mat Sabu (ketika itu ahli parlimen Kubang Kerian) sebagai contoh betapa sederhananya ahli parlimen Pas kerana hanya mengunakan kereta toyota Crown untuk ke parlimen berbanding dengan semua ahli parlimen Umno yang mengunakan kereta besar besar ke parlimen.

 Lalu hari ini bila rakyat mempersoalkan ahli parlimen Pas dari temerloh mengunakan kereta mewah mereka marah pula. Salahkah rakyat yang hanya mengulangi apa yang di selalu di bangkitkan oleh orang Pas kepada pemimpin umno satu ketika dulu?

 Kenapa pula rakyat pula yang bersalah malah sanggup pula menuduh rakyat menyerangnya bertubi tubi agar dia berhenti berjuang. Bila masanya rakyat suruh dia berhenti berjuang. Rakyat cuma tanya kenapa kereta mewah boleh pakai tapi nak menziarahi presiden sendiri pun sanggup karang sajak tagih simpati.

 Jadi kepada kanak kanak Pas yang baru mahu membesar ketahuilah oleh mu generasi Pas terdahulu terlebih dahulu mempertikaikan kereta mewah yang di gunakan oleh pemimpin umno dan kini perkara yang sama berulang kepada pemimpin kamu sendiri.

 Oleh itu ingatlah kata kata imam besar tarekat Kalajenking Tuan Guru Klaus Meine bahawasanya What You Give You Get Back...

(Aku kopipes dari Facebook....)

Fitnah konon....samanlah jikalau fitnah!

Posted: 10 Jun 2014 05:34 PM PDT

Semua orang Malaysia tahu apa itu Tongkat Ali dan kegunaannya.Korang google saja 'Tongkat Ali' pasti keluar macam-macam cerita mengenai herbal tersebut.Ianya dikenali dengan pelbagai nama yang hebat-hebat - Pasak Bumi, Malaysian Ginseng, Asian Viagra.Dia juga dikenali sebagai Longjack....

 Orang-orang tua dulu melarang keras budak-budak daripada meminumnya.

"Korang budak-budak lagi...ini untuk orang-orang dewasa sahaja...." kata  mereka!

 Dan kini terbukti benar larangan orang tua-tua dulu tu. Bila mana sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan yang menggunakan ekstrak Tongklat Ali ini telah melantik seorang 'bapak budak' menjadi dutanya. 

 Maka duta itu pun buatlah pengakuan ikhlas kepada orang ramai: 

 "Tak sangka pula produk tersebut memberikan saya tenaga agar tidak lesu dan sentiasa aktif melakukan apa-apa saja perkara," ujarnya.

 Tapi sayang, apabila tenaga tersebut telah disalah gunakannya. Memang isterinya tersentak beruklah akibatnya. Khabarnya si isteri terpaksa menerima rawatan disebuah pusat perubatan di ibu negara ! Kah! Kah! Kah! Memang diluar dugaan keluarbiasaannya! Hebat betul!

Yang peliknya, duta ni tak mahu cerita rahsianya bila ada wartawan yang bertanya mengenai kehebatan luar biasanya itu.

  "Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

 "Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

  Waima dia buat aksi panas dan ganas itu didepan khalayak ramai.Mereka boleh menjadi saksi keatas kehebatannya beraksi itu....

 Senang-senang pula dia nak menafikan berita tersebut dengan sekadar menganggapnya sebagai fitnah? Hoi! kau tu seorang public figure! Kalau betul berita yang disiarkan akhbar itu sebagai fitnah, ambillah tindakan undang-undang.Samanlah!

Tiada ulasan: