Tukar Tiub |
- LAPORAN DARI MAHKAMAH
- PROJEK TUKANG TIPU
- PROJEK REGIME CHANGE DITERUSKAN
- DNA HARAM
- HUKUM MANUSIA
- SIAPA BOSS INDIA INI
- TUNGGU PENGUMUMAN
- MELAYU NAK APA?
- DAPAT BAU KARIPAP ROSMAH
- MELAYU DI TIPU LAGI
- SATU LAGI KONSERT FREE
Posted: 29 May 2014 08:25 PM PDT FACE BOOK Mahkamah Tinggi Jenayah 2 @ 29.05.2014 Tian Chua, Adam Adli , Hishamuddin Rais & Haris Ibrahim constitutional challenge of the sedition act. — with LAPORAN DARI MAHKAMAH tian chua, adam adly dan hishamuddin rais dengan bantuan lawyers for liberty telah mengajukan permintaan di mahkamah tinggi untuk melupuskan dakwaan ke atas mereka peguam pembela telah berhujah hampir 1 jam mengatakan bahawa akta hasutan 1948 tidak mengikut lunas perlembagaan malaysia nama akta ini saje telah jelas sebagai bukti bahawa ini akta kolonial akta ini datang dari kerajaan baginda queen elizebeth akta ini digunakan untuk melawan rakyat tanah melayu yang bangun angkat senjata pada tahun 1948 apabila darurat diistihar akta ini tidak pernah lulus dari parlimen malaysia ini fakta permintaan telah ditolak ketika ini ada 8 sosok sedang di dakwa dibawah akta hasutan: yb teresa yb tian chua safuan anang adam adly tamrin gaffar haris ibrahim hishamuddin rais dan arwah karpal singah karpal telah didapati bersalah dan didenda 5 ribu tidak dipenjara kerana memakai kerusi roda justeru 7 sosok yang lain akan didapati bersalah dan dipenjara bayangkan -karpal hanya berkata : ' tidak ada sesiapa lebih tinggi dari perlembagaan' apa yang karpal dilafaz oleh karpal adalah kebenaran tapi karpal didapati salah yb teresa didkawa hanya kerana membuat klip video yang dianggap menghasut kerana ada watak perempuan gemok yang mukanya sama saperti muka rosmah sosok yang lain didakwa kerana mereka berucap pada malam 13 mei 2013 di dewan china isi ucapan mereka ialah menjemput orang ramai turun ke jalan raya berhimpun didataran merbok untuk menentang penipuan ucapan mereka menyatakan bahawa pru13 adalah penipuan kerana berani bercakap benar kesemua mereka akan dipenjarakan FAKTA kes safuan anang telah berjalan safuan akan dipanggil untuk bela diri kes adam adli berjalan minggu lepas akan dianggil bela diri kes hishamuddin rais akan bermula selasa depan kes tian dan tamrin bulan ogos kes haris ibrahim belum bermula masih di mahkamah tinggi kes teresa sedang berjalan NOTA sesiapa yang nak belanja mereka yang dituduh ini sila lakukan segera mungkin sebelum maulud rasul nabi isa mereka adak pergi bercuti ke sungai buluh sesiapa ada utang pada mereka sila langsaikan segera jangan jadi macam zul nordin kah kah kah hidup yang tidak membuat sejarah adalah hidup yang siasia.... tukar tiub --------- |
Posted: 29 May 2014 07:47 PM PDT KOMENTAR ini tukang tipu tak perlu dengar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa BN dan DAP yang saling menuduh menuduh tentang salahlaku dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, supaya membuat laporan kepada suruhanjaya itu. Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata demikian berhubung dakwaan DAP yang hamper percuma diagih kepada pengundi di majlis dihadiri calon BN, Datuk Mah Siew Keong hadir, manakala BN menuduh DAP menawarkan bas tambang murah untuk pengundi luar kawasan balik mengundi esok. SHAT THE FAK UP kepala lancow buat lawak bodoh ----------- |
PROJEK REGIME CHANGE DITERUSKAN Posted: 29 May 2014 07:32 PM PDT JENG JENG JENG projek regime change disambung kembali kah kah kah NOTA padan muka suruh jadi baik tak mahu kena tampar amerika baru sedar kah kah kah Diplomat AS perlu bertindak ketika Malaysia salah guna hak asasi manusia, kata aktivisPenyokong hak asasi manusia antarabangsa mendesak diplomat Amerika Syarikat (AS) di Malaysia tidak berdiam diri mengenai penyalahgunaan hak asasi manusia di negara ini susulan daripada kenyataan Presiden Barack Obama dalam lawatannya di sini, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Asia Badan Hak Asasi Manusia, Phil Robertson menyeru Duta AS dan pasukannya untuk memberi tekanan kepada Malaysia supaya mematuhi standard hak asasi manusia antarabangsa. BACA DI SINI http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/diplomat-as-perlu-bertindak-ketika-malaysia-salah-guna-hak-asasi-manusia-ka --------- |
Posted: 29 May 2014 07:22 PM PDT KOMENTAR wahai bani melayu sedarlah bahawa ada lagi yang lebih haram ada lagi yang lebih najis ada lagi yang lebih jijik dari dna babi perbuatan mengambil rasuah perbuatan salah guna kuasa bunuh orang dalam tahanan tahan tanpa bicara tipu pilihan raya rembat tanah orang kampong adalah kerja kerja haram yang selama ini berleluasa kini kerja haram sademikian tewlah mula menjadi dna united malays national organisation Bukan babi saja haram, rasuah penyelewengan juga haram, kata ahli Parlimen PASPersepsi babi-itu-haram menunjukkan tahap kelemahan mentaliti Melayu-Islam yang duduk di bawah pemerintahan Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (gambar). Khalid berkata, melalui hasil didikan songsang Umno, sensitiviti lain yang menjurus kepada hukum haram tidak ditekankan. "Soal sensitiviti jangan isu babi sahaja, banyak lagi benda haram seperti isu rasuah, penyelewengan, perkauman, kezaliman yang langsung tiada sensitiviti dalam masyarakat. ----------- |
Posted: 29 May 2014 06:08 PM PDT PUTRAJAYA: Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. KAH KAH KAH woit kejap haram kejap halal apa maknanya? maknanya ini hukum manusia kah kah kah --------- |
Posted: 29 May 2014 07:30 AM PDT FACE BOOK Roslan Alan3 hours ago via Twitter SIAPAKAH CALON TIMBALAN PRESIDEN YANG BERI RASUAH KEPADA MALIK HUSSIN ?Benarkah dalam mesyuarat Biro Politik malam semalam telah berlaku satu peristiwa yang menggemparkan ? Mesyuarat yg dihadiri oleh DSAI, Zuraidah dan lain-lain pimpinan tanpa kehadiran Azmin Ali telah "terpegun" apabila saudara Malik Hussin telah "melemparkan" sejumlah wang rasuah ke atas meja. Menurut sumber sebagai berkata bahawa wang tersebut afalah wang cuba disogokkan kepada beliau. Apa yang pasti calon Timbalan Presiden tersebut bukan Khalid Ibrahim. Sebagai ahli akar umbi boleh fikirkan apakah layak calon tersebut dipilih ? KESAHNYA ada seorang india datang jumpa pak malik dia beri pak malik sagengam wang ini kerana pak malik orang besar dalam pimilihan pkr pak malik marah pak malik buang duit itu ke muka orang india ini dan pak malik berkata: get that money to your fucking boss i m not for sale persoalan yang dihadapti oleh pak malik ialah pengunaan perkataan fucking boss bolehkah perkataan itu digunakan untuk boss besar kemungkinan pak malik akan disaman kerana menggunakan perkataan lucah kah kah kah NOTA dikatakan boss india ini ialah ... kah kah kah saje tak nak cakap jangan pancut cepat main main dulu kah kah kah -------- |
Posted: 29 May 2014 06:00 AM PDT KAH KAH KAH siapa yb ini ini yb romeo kita patut sokong ini yb contoh agak agak yb ini dari parti apa? ini mesti yb cina yang tak sembahyang minum samsu makan babi ambil rasuah kah kah kah Pilihanraya kecil di Terengganu? PETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan. Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut. Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang. FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji. RAKYAT SUKA lagi banyak pilihan raya kecil lagi baik untuk rakyat dapat beras dapat gula dapat kain batik silap hari bulan dapat cium tangan najib dapat bau karipap rosmah kah kah kah ----------- |
Posted: 28 May 2014 09:30 PM PDT MELAYU: NAK APA LAGI? Semenjak kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 kita melihat semakin galak munculnya NGO-NGO yang memakai jubah 'hijau' berjanggut dan berserban untuk menyuarakan 'garis Melayu'. Kita terbaca nama Perkasa, Jati, Jaringan Melayu dan paling baru Isma. Ini hanyalah nama-nama NGO yang sempat kita ingati. Walhal ada puluhan malah ribuan lagi NGO jenis Melayu yang diwujudkan oleh akhbar jala - Penyebar Fikiran Rakyat. Apabila 52% warga Malaysia menolak United Malays National Organisation dan Pakatan Rakyat memenangi seluruh undi popular di Tanah Melayu dan di Sabah dan Serawak – maka NGO-NGO Garis Melayu ini semakin kuat raungnya. Siang malam mereka mendodoi dan meroyan kerana Tuan Mereka sedar bahawa kalau TIDAK dengan penipuan yang dirancang oleh SPR – parti United Malays National Organisation telah terkambus. Tanpa penipuan SPR dalam PRU13 Negara Malaysia pasti telah terlepas dari cengkaman Rosmah dan Najib. Tanpa SPR menipu dalam PRU13 Malaysia telah kembali dimiliki oleh rakyat untuk menjadi sebuah negara yang lebih adil dan lebih demokratik untuk keselesaan anak semua bangsa. Tetapi apakah sebenarnya NGO Melayu Islam ini? Kenapa mereka meraung? Bagaimana boleh kita memahmi NGO ini? Siapa Tuan Ngo ini? Dan apa peranan NGO Melayu Islam ini? Sekali lagi saya wajib menerangkan kepada pembaca yang budiman bahawa politik ialah ekonomi. Tujuan berpolitik ialah untuk merampas kuasa politik. Dengan kuasa politik segala punca ekonomi akan dapat dimiliki. Pakatan Rakyat berpolitik kerana mahu mendapatkan punca-punca ekonomi negara ini. Dengan menguasai punca ekonomi Pakatan Rakyat berkemungkinan mengagih-agih punca ekonomi ini dengan lebih adil kepada orang ramai. Manakala United Malyas National Organisation berpolitik untuk mempertahankan kuasa ekonomi yang mereka miliki. Dengan kuasa ekonomi yang ada dalam tangan - Parti Ketuanan Melayu bersama kuncu-kuncu boleh merampok dan menjarah ekonomi negara tanpa halangan atau dakwa dakwi. Dengan kuasa politik Parti Ketuanan Melayu ini dapat memperkayakan kroni dan anak bini mereka. Dengan kuasa ekonomi Parti Ketuanan Melayu ini dapat membeli kuasa politik, mengupah polis dan SPR untuk mempertahankan kuasa mereka. Justeru pertembungan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation ialah perebutan punca ekonomi. Jika ada Si Polan yang gagal memahami pekara asas ini maka Si Polan ini akan gagal memahami apa itu politik dan apa itu politik di Malaysia. Gagal memahami asas ekonomi maka akan gagal memahami asas politik. Politik ialah manifestasi ekonomi. Berpolitik bertujuan untuk merangkul dan memiliki punca ekonomi. Agama, bangsa, bahasa – semua ini – bukan kemudi politik. Ajenda ini muncul dan atau dilahirkan hasil dari pertembungan perebutan ekonomi. Justeru, jika kita terus melihat Agama, Bangsa, Bahasa sebagai kemudi politik Malaysia maka kita memiliki pandangan salah. Politik di Malaysia – malah dimana-mana pun politik dalam dunia ini semua dikemudikan oleh ekonomi. Malah - Persidangan OIC atau Muktamar Nadathul Ulama atau Muktamar Parti Muhamadiah di Indonesia atau Muktamar PAS saban tahun - yang menjadi kemudi perbincangan ialah ekonomi. Pelbagai parti politik Islam atau pertubuhan Islam ini bebincang dalam muktamar mereka untuk mencari jalan memperbaiki taraf ekonomi ummah. Pemimpin parti akan bermuktamar dan bertekad untuk mengeluarkan ummah dari lembah kemiskinan. Amerika menyerang Iraq dikatakan kerana 'senjata pemusnah' yang dimiliki oleh Saddam Hussein. Tetapi dunia tahu Amerika datang menyerang kerana minyak. Minyak ialah punca ekonomi. Obama datang ke Kuala Lumpur untuk memaksa Najib menanda tangani perjanjian TPPA. Perjanjian TPPA ini ialah perjanjian ekonomi. Justeru suara dari Perkasa atau dari Isma walau pun bunyinya Melayu, walau pun bunyinya Islam tetapi dibelakang Melayu dan Islam ini ialah perebutan ekonomi. Penganut fahaman Isma atau penganut fahaman Perkasa mengeluarkan kenyatan rasis anti Cina kerana ekonomi. Pengikut NGO ini melihat secara jelas dengan mata kepala mereka bahawa Orang Cina di Malaysai ini lebih kaya. Orang Cina lebih berwang, lebih senang kehidupan mereka dari orang Melayu. Orang Cina memiliki kota perniagaan, harta Orang Cina dalam bandar bernilai tinggi, bangunan dan gedung perniagaan hampir dalam semua kota, pekan dan bandar dimiliki oleh Orang Cina. Jika dibandingkan Orang Melayu dengan Orang Cina – amat jelas Orang Cina lagi kaya. Pandangan ini bukan satu pandangan salah. Ahli Isma dan Perkasa melihat hakikat wujudiah ekonomi yang terpampang dimata mereka maka lahirlah kenyatan awal bahawa Orang Cina di Malaysia ini adalah kaum Pendatang. Dari Kaum Pendatang kini Orang Cina telah ditakrif oleh Isma sebagai Kaum Penceroboh. Kebencian terhadap Cina itu ialah kebencian kerana ekonomi dan kekayan di Malaysia ini TIDAK menjadi milik ahli Isma dan ahli Perkasa. Kemarahan Isma ini adalah kemarahan EKONOMI yang dimanifestasikan dalam bahasa rasis. Ini sama saperti apa yang telah berlaku di German pada tahun-tahun sebelum meledaknya Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua - ekonomi German malah ekonomi Eropah semuanya dimiliki dan dinaungi oleh Kaum Yahudi. Malah dari sinilah lahirnya fahaman Nazi yang ingin mengembalikan hak German kepada German. Pandangan Nazi dan rasisma khususnya di German dan umumnya di Eropah berlatar belakangkan kekuatan Parti Komunis, Parti Sosialis dan Gerakan Kaum Buruh. Ketika ini Sosialis Rusia dilihat sebagai negara contoh dan menjadi idaman kaum buruh diseluruh Eropah dan dunia. Maka garis politik kiri dan Parti Komunis dianggap sebagai musuh utama yang menghalang kelahiran Bani Aryan – kaum kulit puteh yang seharusnya menjadi TUAN untuk Dunia. Sayugia dingatkan disini bahawa dibelakang Parti Nazi Hitler adalah taikon dan tuan-tuan pemilik bank, tuan pemilik kilang besi, tuan pemilik kilang kereta dan tuan pemilik syarikat gergasi. Kaum industrialis German dan para taikon inilah yang memilihara Hitler dan mereka yang sewaktunya denganya. Apa yang ingin saya gambarkan disini ialah wujudnya persamaan apa yang berlaku di German pada tahun-tahun 1930'an dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Apakah kenyatan saya ini keterlaluan? Apakah kenyatan saya ini TIDAK berpijak dibumi yang nyata? Mari saya terangkan agar kita semua tidak mengambil sikap yang salah terhadap Isma atau Perkasa. Memang ramai akan ketawa apabila nama Ibrahim Ali disebut. Watak Tok Heng ini dilihat sebagai Badut Politik. Ramai yang yakin bahawa tidak ada apa-apa yang tersimpan diantara dua teliga Tok Heng. Tok Heng dianggap sebagai katak. Awas! Bagitu juga dengan Isma yang dianggap Lebai Kampong yang mencari makan dengan menjual agama. Ahli Isma adalah mereka yang gagal dalam persekolahan lalu maka mereka berhijrah ke Timur Tengah untuk jadi Tok Lebai. Sebenarnya pandangan ini mungkin tepat dan mungkin salah tetapi awas! Hitler juga adalah seorang pelajar yang gagal untuk memasuki sekolah seni di Vienna. Kerana gagal dalam bidang seni Hilter menjadi soldadu. Pencapaian tertinggi Hitler hanya ke tahap Tok Sarjan. Tetapi awas dan waspada siapa di belakang Hitler, siapa dibelakang Tok Heng dan Isma. Inilah yang wajib difahami. Satelah PRU12 2008 berlangsung saya amat yakin telah ada perbincangan yang teratur – perbincangan tentang taktik dan strateji untuk mempertahankan kuasa politik United Malays National Organisation. Ini mungkin perbincangan tetutup yang hingga ke hari ini tidak diketahui siapa yang hadir. Mustahil perbincangan ini tidak wujud. Saya amat yakin ianya telah berlaku malah bukan satu perbincanga sahaja. Besar kemungkinan satu 'badan' atau satu ' jawatankuasa kerja' telah dimunculkan. Ingati kembali sejarah bagaimana YB Khalid Samad telah mengakui yang dia telah terlibat dalam perbincangan sulit pada malam pertama satelah Pakatan Rakyat mendapat 5 buah Negeri pada tahun 2008. YB Khalid telah dijemput untuk berbincang dengan Pak Lah dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan campuran Ketuanan Melayu dengan Parti Pas. Ini bukan fitnah. Ini fakta sejarah. Perancangan ini wujud kerana pada hakikatnya sesudah PRU12 United Malaays National Organisation telah bungkus. Maka dari sinilah munculnya straterji: Melayu/Islam/Raja. Secara dirancang kita lihat bagaimana Hasan Ali yang kecewa TIDAK dapat menjadi Menteri Besar Selangor telah muncul dengan ajenda karipab basi yang dipanggilnya Melayu, Islam dan Raja. Melayu, Islam dan Raja ini sedang dijaja oleh Jati, Pekasa dan Isma. Tiga pekara ini disadur pula dengan Hak Keistemewaan Melayu. Dan sekali sekala tiga pekara ini akan dililit pula dengan Perlembagaan Persekutuan. Apa sabenaranya Raja, Islam dan Melayu ini? Siapa sebenarnya dibelakang Isma dan Pekasa ini? Jika kita rajin , sila baca kembali sejarah kebangkitan Hitler di German. Lihat dan fahami bagaimana dibelakang retorik Bani Aryan yang berkulit puteh bermata biru adalah kaum pemodal yang merasa tergugat oleh sokongan ampoh kaum buruh terhadap Parti Komunis. Jangan terperanjat dibelakang Hilter yang dikatakan anti Yahudii itu ialah kaum Zionis sendiri yang melihat projek Aryan Hitler ini akan membawa manfaat. Apakah kita hairan apabila dibocorkan bahawa Ibrahim Ali yang anti Cina juga pernah menjadi lembaga pengarah syarikat Vincent Tan. Dan siapakah agaknya di belakang Genting dan Empat Numbor Ekor? (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa yang hendak melanggan akhabar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45 ----------- |
Posted: 28 May 2014 09:08 PM PDT BILA NAJIB TAK BASUH TANGAN hassan malik dapat bau karipap rosmah kah kah kah Skandal pinjaman Bank Rakyat RM32 juta: Menteri elak wartawanMenteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan kepada wartawan hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung... KAH KAH KAH buru jangan tak buru buru sampai jadi katak puru kah kah kah --------- |
Posted: 28 May 2014 08:38 PM PDT AL-FATIHAH DAH LAMA MATI Kematian yang ditangguhkan.. dengar cite azlan shah mati 25/5 lagi..tpi 28/5 baru umum dia mati..dengar cite ada perebutan takhta sultan perak berlakunya senketa antara 3 keluarga diraja perak,...Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah....adakah perak bakal mendapat raja permaisuri berbintikan mat saleh davidson? hidup melayu!!!! hidup ketuanan melayu!!!! mana pukida mana pukimak mana pukisa kah kah kah on JENG JENG JENG Anonymous on 5/29/14 MACAM KES N9 Mcm yg terjadi pada N9 la..Masa Almarhum Tuanku Jaafar mangkat, bukan Tunku Naqiuddin yg menjadi pewaris takhta, sebaliknya Majlis Dato2 Undang2 Luak yg memutuskan Tuanku Mukhriz yg di lantik menjadi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan...Sebabnya semasa Ayahanda Tuanku Mukhriz iaitu Tuanku Munawir mangkat, Tuanku Mukhriz masih kecil...So Majlis Dato Undang Luak melantik adindanya iaitu Tuanku Jaafar sbg Yang DiPertuan Besar..So skrang Tuanku Mukhriz adalah pewaris takhta N9 yg sebenar..tapi den heran nape si rais tak dilantik yamtuam besar n9..kah kah kah on JENG JENG JENG Anonymous on 5/29/14 --------- |
Posted: 28 May 2014 08:08 PM PDT BERITA SEDIH jamal mat pet anak tempatan buat konsert untuk kumpul orang melayu islam ditelok intan hasilnya sama macam konsert ramli sarif beratus ribu ooopps.... berbelas belas penonton datang sedih kasihan kepada anak tempatan yang semakin koyok dan lokok satu lagi projek united malays national organisation NOTA bila agaknya para seniman ini akan faham konsert free akan melekehkan martabat mereka yang sudah pun lekeh kah kah kah ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan