Khamis, 29 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Hukum Produk Cadbury Tercemar DNA Babi ‘Halal Dimakan’ – Fatwa Majlis Kebangsaan

Posted: 29 May 2014 05:42 AM PDT



[Bernama] Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. – Bernama, 29 Mei, 2014.


P/s: Tepuk dada tanya selera.


Raja Dr Nazrin Shah Dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35

Posted: 29 May 2014 12:31 AM PDT


[BH] KUALA KANGSAR: Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14 petang tadi. 

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. 

Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja pemerintah baharu ditentukan menerusi mesyuarat khas Dewan Negara Perak.

Istiadat itu berlangsung sejurus sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.

BIODATA: Raja Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah

Diputerakan pada 27 November 1956

Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali

Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987

Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007

Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Pendidikan

Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat

Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)

Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)

Khidmat

Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989

Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005

Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak -29/5/14


Remaja 14 Tahun Dirogol Lelaki Bertopeng

Posted: 29 May 2014 12:16 AM PDT


[Bernama] MIRI: Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pukul 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun.

Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya, di sini.

Menurut Gan remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah.

"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Gan.

Beliau berkata suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. -29/5/14





Bunuh Diri Kerana Tidak Mahu Mayat Dibakar

Posted: 28 May 2014 11:59 PM PDT

Sekadar hiasan.
[HM] Anhui (China): Berpuluh-puluh warga tua China membunuh diri untuk mengelak daripada undang-undang mengharamkan pengebumian yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Keputusan drastik itu diambil bagi memastikan kematian mereka sempat didaftar sebelum 1 Jun ini apabila pihak berkuasa wilayah Anhui menutup semua tanah perkuburan. 

Mayat mereka yang mati selepas tarikh berkenaan akan dibakar kerana masalah kekurangan tanah. 

Pihak berkuasa berkata, tanah perkuburan mengambil ruang yang banyak.

Bagi menyampaikan mesej berkenaan, pegawai majlis mengunjungi pusat pengurusan mayat untuk memusnahkan keranda.

Tindakan kejam demikian hanya meningkatkan lagi jumlah kes bunuh diri dalam kalangan warga tua kerana mahu memastikan mayat mereka sempat ditanam. 

Media tempatan melaporkan puluhan kes warga tua wilayah itu membunuh diri kerana mahu mayat mereka layak ditanam. 

Undang-undang yang hendak dilaksanakan itu tidak memberikan impak besar kepada penduduk bandar, tetapi di kawasan luar bandar pembakaran mayat dianggap hina dan tidak dipersetujui ramai. - AP/28/5/14


Cinta Terlarang, Wanita Direjam Sehingga Mati

Posted: 28 May 2014 11:56 PM PDT


Padah Cinta Terlarang

[HM] Lahore: Seorang wanita berusia 25 tahun direjam sehingga mati oleh keluarganya di perkarangan sebuah mahkamah terkemuka Pakistan semalam kerana mengahwini lelaki yang dicintainya.

Menurut pegawai kanan polis, Umer Cheema, wanita malang itu, Farzana Iqbal sedang menunggu Mahkamah Tinggi Lahore dibuka apabila sekumpulan lelaki mula merejamnya dengan batu.

Bapa, dua abang dan bekas tunangnya adalah antara yang melakukan serangan itu.

Farzana cedera parah di kepala dan meninggal dunia di hospital.

Semua suspek kecuali bapanya melarikan diri selepas kejadian itu.

Dia mengaku membunuh anaknya dan menjelaskan pembunuhan itu dilakukan kerana menjaga maruah keluarga. - Reuters

Lanjut di sini.

pregnant woman stoned to death
Bapa dan sanak-saudara di samping mayat mangsa.



P/s: Wanita malang ini dikatakan sedang mengandung 3 bulan.

Gila!!!!

[Video] Suspek Rogol Dibelasah dan Dirotan di Pantai Tujuh Tumpat

Posted: 28 May 2014 11:38 PM PDT


[HM] Kota Bharu: Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.

Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini. 

Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. 

Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

"Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam," katanya. 

Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam. -29/5/14




Rumah Kosong Dipercayai Lokasi 38 Lelaki Ratah Pelajar Ting. 3

Posted: 28 May 2014 10:59 PM PDT

Rumah Kosong Lokasi Melepak


Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa.

[SH] KOTA BHARU - Penduduk di sekitar kampung Hutan Pasir, semalam, tidak mengetahui kejadian dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong, di sini, dalam kejadian 20 Mei lalu.

Seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila tertangkapnya beberapa suspek yang tinggal berhampiran kediamannya.

"Makcik kerja di kedai makan dan sekitar jam 4 petang, makcik akan bersiap-siap ke kedai untuk berniaga.

"Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rogayah berkata, rumah kosong yang menjadi tempat dua remaja itu dirogol sememangnya sebelum ini dijadikan lokasi budak kampung melepak dan menghabiskan masa membaiki motosikal.

"Pernah saya suarakan kepada tuan rumah terbabit yang telah pindah ke kawasan lain supaya merobohkan rumah kayu peninggalannya itu, memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan kosong, namun pemiliknya endah tak endah.

"Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda," katanya.

Sementara itu, Mat Hussin Mat Nor berkata, kegiatan remaja berkenaan di kawasan itu sebelum ini hanya tertumpu kepada membaiki motosikal dan melepak.

"Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek tinggal tidak jauh dari kediaman saya.

"Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising," katanya.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini.

Mangsa yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai, pada mulanya mengikut seorang rakan lelakinya ke sebuah rumah kosong untuk menemui seorang rakan perempuan.

Dalam pertemuan itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa.

Mangsa gagal melarikan diri selepas dikepung dan dihampiri lebih 30 lelaki yang berada di atas rumah terbabit dan dirogol beramai-ramai. -ROSALWANI CHE SOH/29 Mei 2014

Berita awal di sini, di sini, di sini.


Tiada ulasan: