Tukar Tiub |
- HANYA DI MALAYSIA INI TERJADI
- PENYAMUN BANGANG
- BETUL KE INI?
- PATUT LAH NAK TUKAR REFREE
- TAHUN DEPAN LEBIH BESAR
- JELAS DAN TEPAT
- OBAMA MEMPASAK NAJIB
- LAGI LAGI FITNAH AZMIN
- AL- FARABI DI UBU
Posted: 15 May 2014 07:01 PM PDT PELIK PELIK PELIK Polis dedah gambar suspek pukul wartawanPolis hari ini mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul wartawan semasa perhimpunan anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur 1 Mei lalu.PELIK TETAPI BENAR lihat gambar diatas yang pakai topi keledar itu dikatakan wartawan yang dikatakan telah kena pukul persoalan hakiki persoalan yang semakin ramai rakyat bertanya ialah kepala bana wartawan apa pakai topi keledar? ini wartawan ada niat jahat pasal apa buat kerja nak sorok muka pakai topi keledar nampak niat jahat wartawan ini dalam dunia wartawan mana pernah ternampak semasa kerja pakai topi keledar di baghdad ketika saddam di serang wartawan cnn hanya pakai baju kalis peluru muka masih dilihat jelas di somalia ketika perang saudara wartawan aljazeera hanya pakai baju kalis peluru tak pakai topi keledar wartawan aljazeera yang mati terbunuh di baghdad mamakai topi tapi bukan topi keledar topi yang sama dipakai oleh soldadu AL- FATIHAH ----------- | |
Posted: 15 May 2014 06:48 PM PDT Serangan ke atas biara Seremban tiada unsur jenayah kebencian, kata polisKAH KAH KAH pelik tetapi benar ini kes pencuri paling bangang biara mana ada duit kah kah kah --------- | |
Posted: 15 May 2014 06:00 PM PDT KOMENTAR kempen ini dah selalu dengar dah banyak kali ada berita tapi taiko tokan samseng naik mercedes naik jaguar cermin gelap polis hanya berani dengan kancil dan proton saga yang sering dipau dan di saman mat rempit mustahil polis berani tahan jaguar cermin gelap Operasi cermin gelap bermula 16 JunPihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar... SELANJUTNYAKAH KAH KAH kita tunggu dan lihat betul atau nak paau kah kah kah ---------- | |
Posted: 15 May 2014 07:08 AM PDT Abdul Khalid mula pintas Azmin 59 undi?Oleh: NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 15 MEI: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan mula memintas penyandang jawatan berkenaan, Mohamed Azmin Ali dengan kelebihan 59 undi. Menurut sumber Selangor Kini, jumlah tidak rasmi terkini Pemilihan PKR 2014, Abdul Khalid memperoleh 11,837, Azmin (11,778) dan Saifuddin Nasution 7,624 undian. Steady TSKI...diharap keputusan rasmi menyusul dengan telus...kita perlukan genius ekonomi untuk digandingkan dengan politikus tulen...politikus sekadar beretorik & sering gagal mengurus & mentadbir dengan baik... KAH KAH KAH patut laa nak tukar refreee kah kah kah =========== | |
Posted: 15 May 2014 06:00 AM PDT GULINGKAN KETUANAN MELAYU KOMENTAR tahun hadapan perlu satu lagi demo anti gst cukai zalim ini dipakasa pada rakyat pada bulan april lepas kena seksa dengan cukai lagi ramai turun jalan raya Ahmad Maslan: Orang tolak GST kerana jahilTimbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan mengumpamakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan seperti hukum hudud yang menurutnya perlu diperjelas sebelum boleh diterima umum.Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha menerangkan GST dengan program melibatkan dana RM250 juta. "Tidak ramai yang memahami GST dan jika anda tidak faham, janganlah berarak di jalanan... Jangan protes dan kata GST tidak baik," kata Ahmad kepada pemberita. KAH KAH KAH woit... BANGANG MEMANG BANGANG.. kah kah kah kah kah... DUIT NEGARA HABIS DI REMBAT..kah kah kah kah kah..TAK CUKUP DUIT..KENAKAN CUKAI.. kah kah kah .. 1 KILO METER TARMAC KLIA HARGA 100 JUTA..kah.. kah kah kah..PATUT DUIT HABIS.... kah kah kah.. kah kah..KAPAL SELAM TIAP TAHUN TELAN 1 BILION... kah.. kah kah kah... BILION BILION HANGUS... kah kah kah.. kah kah kah,...KEMUDIAN TUDUH RAKYAT JAHIL... kah kah kah | |
Posted: 15 May 2014 03:30 AM PDT 139 1 0 140 'Islam gives leeway to human rights'Political activists call Prime Minister Najib Tun Razak a hypocrite for changing his stand far too often to please the crowd before him. PETALING JAYA: No religion on Earth is against human rights and Islam gives a lot of emphasis to civil liberties, political activist Hishamuddin Rais said today. "Three quarters of the al-Quran touches about people's welfare and helping the poor," he said, commenting on Prime Minister Najib Tun Razak's statement on Tuesday that 'human rightism' was fast appearing to become a threat to Islam. Najib, who is also Umno president, said this opening the National Quran Recital Competition. He also said human rights movements were centralised on the principles of human..... BACA DISINI http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/05/15/islam-gives-leeway-to-human-rights/ --------- | |
Posted: 14 May 2014 09:41 PM PDT BENDERA MALAYSIA BARU OBAMA PASAK ASIA Obama baru selesai melawat Asia. Dia melawat Jepun, Korea Selatan, Pilipina dan singgah di Kuala Lumpur. Apa tujuan Barack Hussein Obama ini datang kesini? Apa yang Obama mahu? Presiden Amerika bukan 'loh leh ' datang bershopping di Tokyo. Justeru pasti ada perancangan dalaman yang sedang diatur ketika melawat Asia. Apa yang jelas - lawatan ini adalah sebahagian dari rancangan mewar-warkan dasar pertahanan baru kuasa imperialis Amerika terhadap Asia. Dasar ini dipangil 'Pivot Asia' atau dalam Bahasa Melayu - Pasak Asia. Hakikatnya kuasa imperialis Amerika bukan lagi kuasa ekonomi dunia. Ketika tulisan ini digarap kuasa utama ekonomi dunia telah beralih dan kini dimiliki oleh China. Amerika bukan lagi negara pengeluar, bukan lagi negara pemula. Semuanya telah beralih ke Asia. China, Jepun dan Korea Selatan kini menjadi pemangkin ekonomi dunia. Justeru kuasa imperialis Amerika sedang membuat strateji baru untuk mempertahankan hegemoni kuasa imperialis Amerika. Maka muncul Pivot Asia. Inilah latar Pasak Asia. Inilah laungan 'azan' yang memanggil Obama ke Masjid Negara. Imperialisma kini ditahap akhirnya. Obama Budak Itam – budak suruhan kaum pemodal antarbangsa telah diarahkan membawa beliong untuk mempasak Asia. Pembaca wajib mengetahui apakah itu imperialisma? Imperialisma ialah tahap tertinggi dan tahap terakhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Tuhan yang disembah oleh sistem kapitalis ialah keuntungan maksima. Sistem ekonomi kapitalis TIDAK membawa kesejahteraan umat. Justeru ekonomi kapitalis wajib terus berkembang mencari bahan mentah dan mencari pasaran untuk mendapat keuntungan maksima. Awalnya ekonomi kapitalis berkembang dalam negara sendiri. Akhirnya untuk terus berkembang sistem ekonomi kapitalis menjangkau keluar ke negara orang lain. Sepanyol, Portugal, Belanda, British dan Itali – semua keluar dari Eropah untuk mencari bahan mentah, menaklok tanah jajahan untuk menyediakan pasaran. Keluar dari negara sendiri dan menjajah negara asing dipanggil imperialis. Sistem ekonomi kapitalis ini TIDAK ada agama. Di Saudi Arabia sistem kapitalis memakai jubah hijau- menjadi Islam. Di negara China sistem kapitalis memakai jubah merah – menjadi Sosialis. Agama, bangsa, budaya atau bahasa TIDAK penting untuk sistem kapitalis. Tulisan Rumi atau Jawi tidak penting. Memulakan perniagaan dengan Bismillah atau tidak - juga tidak penting. Yang penting hanya keuntungan maksima. Pembaca wajib diberitahu bahawa kuasa imperialis Amerika pada hari ini hanya mengekspot 3 benda. Pertama: filem buatan Hollywood, kedua: senjata dan ketiga: dolar. Tiga benda ini ikat mengikat untuk membantu mempertahankan kepentingan kuasa hegemoni imperialis Amerika. Filem Hollywood menanamkan propaganda tentang kekuatan kuasa imperialis Amerika kepada mata penduduk dunia. Kuasa Amerika adalah kuasa multak dunia. Tidak cukup dengan Mat Rambo , Amerika digambarkan memiliki Mat Superman dan Mat Spideman yang akan menyelamatkan dunia. Propaganda bentuk ini amat penting. Propaganda halus ini telah berjaya mengolah pandangan warga dunia untuk berkiblat ke Amerika. Lihat bagaimana filem-filem dibuat terlebih dahulu untuk menggambarkan Arab dan Islam jahat dan ganas. Ini sebelum Iraq dan Afghanistan dibom. Di Amerika Latin imperialis Amerika melancarkan dasar 'war on drug ' atau Perang Melawan Dadah. Ini adalah strateji Amerika untuk memaksa pemimpin Amerika Latin membeli senjata buatan Amerika. Pembaca wajib diberitahu bahawa pengimpot dan pengedar dadah terbesar ke dalam pasaran Amerika ialah CIA sendiri. CIA menjadi tokan dadah untuk mendapatkan dana diluar apa yang telah diluluskan bujet. Duit dadah ini membolehkan CIA melakukan kerja-kerja jahat membeli maklumat atau mengupah barua untuk melakukan rusuhan saperti yang berlaku di Ukraine atau di Venuzeula sekarang. Ekspot ketiga ialah dolar Amerika. Ekspot ini amat penting. Amerika berjaya memaksa warga dunia membeli dolar Amerika. Kong kalikong ini berjaya dijalankan kerana Amerika ada membuat perjanjian dengan keluarga Saud. Amerika berjanji akan mempertahankan keluarga Saud untuk terus berkuasa di Saudi Arabia; dengan satu sayarat. Syarat ini ialah semua jual beli minyak petrol wajib dijalankan dengan menggunakan dolar. Justeru Saudi dan negara OPEC hingga ke hari ini menjalankan dasar jual beli minyak dengan dolar. Ini bermakna negara mana pun yang ingin membeli minyak petrol dipasaran dunia wajib ada dolar. Dimana hendak dapat dolar? Jawabnya cukup senang. Bank Amerika yang dipanggil Federal Reserve – sedia mencetak dan menjualkan kertas hijau yang dipanggil dolar. Inilah kong kalikong yang sedang berjalan. China pembeli minyak- manakala Rusia dan Iran pengeluar minyak. Tiga negara ini sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang dalam jual beli minyak. Negara ini sedang membuat pejanjian untuk menggunkan mata wang mereka sendiri. Bye bye dollar! Sabar dahulu. Bukan sacepat itu untuk bye byekan dolar Amerika. Saddam dan Gadafy telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak. Lihat dimana mereka sekarang. Justeru Pivot Asia ini adalah perancangan licik Amerika untuk memastikan China, Rusia dan Iran TIDAK akan meninggalkan dolar. Pasak Asia bertujuan untuk membawa bala tentera Amerika ke wilayah Asia. Singapura telah lama menjadi perlabuhan tempat kapal laut Amerika mendapat rawatan. Di Korea Selatan ada 28,500 soldadu Amerika. Di Jepun ada 50,000 soldadu Amerika. Di Pilipina sesudah kejatuhan Marcos pengkanlan tentera laut America di Subic Bay telah ditutup. Pada April 2014 – budak Itam yang bernama Obama – budak suruhan kaum pemodal - telah berjaya mendapatkan kembali pengkalan Subic Bay. Sayugia diingatkan pengekalan tentera laut di Subic Bay ini adalah yang kedua terbesar sesudah Clark Air Base di Los Angles. Jelas Pivot Asia ialah strateji untuk membesarkan bala tentera Amerika di Asia. Tujuan asas ialah menyediakan bala tertera laut dan darat untuk mengepong China. Dalam masa yang sama Amerika sedang memasang bala tentera diseluruh dunia. Amerika memiliki 900 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia Justeru Selat Melaka – pengairan yang paling sibuk dalam dunia ini sedang menjadi idaman dan Mimpi Basah Amerika. Selat Melaka menjadi saluran darah China. China mengimpot minyak dari Iran, Timur Tengah dan Afrika. Semua kapal minyak wajib melintasi Selat Melaka. Jika Selat Melaka ditutup maka ekonomi China akan tercekik. Amerika mengetahui hal ini dan China sendiri sedar tentang fakta ini. Ketika Obama di Kuala Lumpur orang ramai hanya sedar tentang TTPA. Agenda TTPA ini adalah agenda luaran dimana Mak Cik Felda dan Pak Cik Warong dapat membacanya. Apa yang tidak kita ketahui ialah 'rancangan gelap' Amerika yang telah diajukan kepada Najib Rzak. Umum mengetahui penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Mustahil Pak Duta dan CIA TIDAK memberi fakta ini kepada Obama. Mustahil Obama tidak tahu bahawa Najib bukanlah PM yang mendapat mandat rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu bahawa PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu sebelum sampai ke Kuala Lumpur bahwa Najib ditolak oleh 52% rakyat Malaysia. Semua ini dibuktikan apabila Obama secara sedar telah menyindir Najib dengan membuat pertemuan resmi dengan Bersih. Ini bermakna Obama tahu bahawa United Malays National Organisation menipu dalam pilihan raya. Obama juga bertemu dengan beberapa NGO. Semua ini adalah tekanan untuk Najib agar bersedia untuk menanda tangani TPPA. Apakah TPPA sahaja yang dimahukan oleh Amerika? Jawabnya TIDAK. Pasak Asia lebih dari TTPA. Menanda tangani TTPA ini hanya gula-gula untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Obama mahu meletakan bala tentera Amerika di Malaysia? Apakah ini betul? Atau hanya andaian? Untuk memahami pekara ini sila lihat kembali apa yang berlaku sehari sebelum Obama sampai. Tup tup pecah cerita ada lanun merompak kapal minyak di Selatan Melaka. Dikatakan lima lanun bersenjata parang telah menahan sebuah kapal minyak dan berjaya memindahkan minyak ini ke kapal lanun. Lanun membuat kerja selama 8 jam. Sebenarnya ini ' operasi salah bendera' yang sengaja dipentaskan untuk Obama. Tujuan pementasan ini ialah untuk memastikan agenda Selat Melaka akan muncul dalam perbincangan Obama dengan Najib. Hairan bin Takjub , berita lanun ini hilang bagitu sahaja. Media milik parti Ketuanan Melayu tidak memainkan berita ini. Selalunya Utusan akan menuduh 'kerja jahat' ini dijalankan oleh 'orang' yang bersimpati dengan Pakatan atau yang cenderong kepada gerakan militan Islam. Kali ini media United Malaya National Organisation senyap menikus. Malah kita tidak tahu kemana hilangnya lanun-lanun ini. Apakah mereka sedang berehat di Bukit Aman atau sedang berehat di Jalan Ampang. Bukti paling jelas tentang keinginan Amerika untuk membuka pengkalan di Malaysia ialah dengan menonton rapi klip sidang akhbar Obama dan Najib. Lupakan babak dimana Najib gagal menyebut – pro-li-fe-ation. Ini memang memalukan tapi demi Malaysia kita lupakan babak ini dan perhatikan dengan teliti apa isi kata Najib. Najib telah mengakui bahawa setiap 'permintaan' Amerika telah dipenuhi oleh Malaysia. Malah Malaysia kini bersetuju untuk meresmikan perhubungan ini. Apakah pemintaan itu? Pemintaan ini ialah untuk bersama dalam apa yang dipanggil 'war on terror' – perang menentang keganasan. Betul ke permintaan ini? Betul dan tepat. Belum pun sempat Obama memelok Michelle – Najib telah membuat tangkapan keatas apa warga yang dituduh ' pengganas'. Yang ditangkap disamakan sebagai suku sakat Osama Bin Laden. Ini cara Najib membodek Amerika. Ada lagi yang diminta oleh Obama? Pasti ada. (TT) `SEMUA TENAGA MENYERANG MUSUH NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45 NOTA KAKI Legendary Malaysian political activist Hishamuddin Rais (he identifies himself as a 'non-government individual') wrote for this report: "Obama is trying to recreate the atmosphere of the Cold War in Asia in particular and globally...Obama's trip to Malaysia in particular is aimed at the Malaysian leadership to open up and allow access to the Malaysian market. At the same time America is keen to have a military arrangement with Malaysia, i.e. the possibility of having a base. This is a move partly to control the Southeast Asian market and also to contain what Americans term as the danger of China. Obama is trying to create a wedge between ASEAN nations and China. In Malaysia in particular, with the weak government of Najib Razak, Obama will force Najib to sign the TPPA trade agreement. It is a fact that TPPA will be destructive to the domestic market." Published time: May 01, 2014 18:40 - Russia Todayhttp://rt.com/op-edge/156224-obama-visit-asia-china/ ---------- | |
Posted: 14 May 2014 08:56 PM PDT FACE BOOK Azmin lagi...
HENTIKAN ini fitnah ini tohmah cari rezeki halal bukan jual kontrek bukan jual janji kah kah kah ----------- | |
Posted: 14 May 2014 08:08 PM PDT KULIAH FALSAFAH PEMIKIRAN KRITIKAL al-farabi 872-950 universiti bangsar utama rabu:21/5/14 jam 9:00 malam AL- FARABI oit... farabi ni ada unsur2 syiah iran. nanti kena ban. mcm buku dr feisal yg kena ban sbb ada unsur2 syiah. Beloved Lady tu kan berdasarkan putri Rasulullah saw, bonda Fathimah az Zahra? on KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL Publish | Delete | Spam Anonymous on 5/15/14 ---------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan