Sabtu, 3 Mei 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Hudud: Lidah Syaitan Melalui Tulisan Fitnah dan keraguan

Posted: 03 May 2014 06:15 AM PDT


Kita sudah muak dan rimas dengan kenyataan Karpal Singh menentang hudud dengan mencabar langkah mayatnya kerana itu selalu diulang-ulang oleh UMNO kepada kita. Kita sedar dan tahu Karpal itu bukan Islam.. yang mana Allah telah terangkan dalam Al Quran tentang sifat bukan Islam dengan detail.

Kita juga tahu Tun Mahathir sampai tua nak mati pun tak nak hudud. Dia ada pendapat dan dia rasa pendapat dia yang betul.

Yang kita tak berapa tahu dalam PAS pun ada yang tak berapa nak hudud dan mereka lebih sependapat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat lain seperti PKR dan DAP. Termasuk juga dalam kumpulan ini yang memperjuangkan kebebsan Malaysia.. Mungkin Malaysia yang sempurna tanpa 'hudud'.

Saya pernah menulis bagaimana susah nak buat hudud di Terengganu semasa PAS memerintah dulu pasal ada yang tak serius pun nak buat (baca di sini). Saya sebut hanya Wan Mutalib sahaja nak beriya-iya. Tapi saya rasa ada yang tak faham tulisan itu.Kalau nak faham bacalah di sini.

Kalau tak setuju kita tak kisah, kita mungkin berbeza pendapat. Ada yang kata hudud perlu sekarang atas tanggungjawab dan ada yang kata perlu bangkit dan bina masyarakat yang fahama dulu sebab hudud bukan keutamaan.

Begitu juga dengan riba. Ada yang cuba sedaya upaya untuk menghalang riba dalam kehidupannya sehingga dia berhati-hati dalam urus niaganya. Tapi ada yang bercakap tentang Islam berkata dunia sekarang tidak boleh lari daripada riba dan kita tempias daripadanya.

Alah sikit-sikit tak apa.

Apa keadaan dunia sekalipun tidak akan merubah hukum riba hanya pendekatan kita kita mahu atau tak mahu menghindarinya.

Malangnya orang yang tak setuju dengan hudud melemparkan pelbagai sangkaan tak baik ke atas cubaan untuk pelaksanan hudud kerana UMNO nampak macam bersama dalam hal ini. Kita pun tahu UMNO ini bukan boleh dipercayai sangat tapi kita ambil kesempatan.

Tapi malangnya usaha hudud ini cuba untuk menunjukkan ada pimpinan PAS akan masuk UMNO. Dulu pun kita dengar pimpinan PAS yang bertemu dalam gelap nak masuk UMNO.. Entah dah masuk UMNO atau tidak kita tak tahu.

Fitnah mudah diucap dan disebar. Sebab kita tak rasa gerum dengan acaman Allah.

Saya tak panjang tapi rasa tulisan di bawah ini adalah dirujuk untuk ulasan saya kali ini.

Dua jawatan bertaraf menteri kepada ahli parlimen Pas?

EKSKLUSIF                                                                                       

Mungkin pihak-pihak tertentu termasuk Pas sendiri boleh menyiasat atau menafikan maklumat ini bahawa dua orang ahli parlimen Pas dijanjikan jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dengan selamatnya.

Maklumat ini sesuatu yang agak ganjil bunyinya kerana kalau ini benar, bermakna kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud Pas di Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari kontes Islam tetapi ia merupakan adalah kerjasama politik.

Ia juga dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.

Menerusi UG dahulu Pas diberi dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri. Individu yang disebut sebagai bakal diberikan jawatan menteri ketika itu ialah "Presideng" Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa. Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat yang menjadi Setiausaha Politik perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengesahkan kerana beliau adalah mediator yang menghadiri perjumpaan dan makan tengahari wakil Pas dengan Abdullah di kediamannya di Jalan Balamy dan juga di hotel terkenal di Petaling Jaya.

Jadi maklumat terbaru diterima itu tidak mustahil kalau hal sama berlaku sekali lagi kerana individu yang disebut itu masih ada hubung kait dengan agen-agen UG sebelum ini.

Dari sumber yang boleh dipercayai, berlaku pertemuan beberapa individu dengan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Pertemuan itu juga pernah sekali melibatkan pucuk pimpinan tertinggi Pas. "Pertemuan itu bukan kebetulan, tetapi ia diatur demikian rupa," kata sumber dari sebuah kementerian.

Dua tahun lepas satu pertemuan berlaku di sebuah pulau di Langkawi yang turut sama melibatkan Dr Mahathir Mohamad, seorang bekas menteri dan seorang bekas Ketua Pengarang Kumpulan sebuah syarikat penerbitan. Muhyiddin yang sepatutnya hadir bagaimana diwakili oleh wakilnya.

Pas perlu menyiasat perkara ini bagi memastikan isu hudud yang mengghairahkan dunia ini tidak dijadikan cagaraan atau gadaian dengan kedudukan atau pun sebagai umpan untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub yang merupakan arkitek pelaksanaan hudud di Kelantan dipercayai tidak mengetahui mengenai perundingan ini dan beliau hendaklah lebih waspada agar tidak tergigit lidah ketika memamah pinang kosi. [wm.kl.1:07 pm 03/05/14]

Mohd Sayuti Omar

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)


Tiada ulasan: