Sabtu, 3 Mei 2014

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Obama yang jarang diketahui

Posted: 03 May 2014 06:13 AM PDT

RAMAI daripada kita sudah pasti mengetahui bahawa Barack Obama yang melawat Malaysia selama
tiga hari bermula Sabtu lalu adalah Presiden Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam yang pertama.
Kita juga tahu beliau boleh menyebut beberapa patah perkataan dalam bahasa Melayu berikutan latar belakangnya yang pernah menetap dan bersekolah di Indonesia selama empat tahun.

Bagaimanapun, banyak lagi sisi lain individu yang menjadi Presiden AS ke-44 yang jarang diketahui kita.
* PENAMPILAN FIZIKAL
Beliau termasuk di kalangan segelintir Presiden AS yang kidal. Presiden berusia 52 tahun juga sentiasa tampil dengan rambut pendek yang dikenali sebagai gaya Obama.
Gaya yang membawa 'imej muda dan gembira' adalah hasil cetusan idea tukang gunting dari Chicago, Zariff yang telah menggunting rambut beliau sejak lebih 10 tahun lalu dengan kadar sama iaitu AS$21 (RM69).
* KEGEMARAN
Obama suka membaca buku antaranya buku cerita Harry Potter dan ketika zaman kanak-kanak, buku yang disukainya bertajuk Where the Wild Things Are.
Beliau juga mempunyai hobi mengumpul komik Spider-Man dan Conan the Barbarian serta memelihara seekor anjing bernama, Bo.
Rancangan televisyen yang disukainya adalah Homeland dan The Wire manakala artis diminati ialah Rolling Stones, Jay Z dan Stevie Wonder.
Hawaii adalah kawasan percutian yang sering dikunjunginya. Obama juga pernah menceritakan, ketika menetap di Indonesia beliau suka bermain layang-layang, berlari di sawah padi dan menangkap pepatung.
* SUKAN BOLA KERANJANG
Bola keranjang adalah sukan yang paling disukainya dan sepanjang kempen pilihan raya presiden beliau banyak melibatkan diri dalam permainan itu sama ada dengan rakyat biasa, pelajar mahupun anggota tentera.
Kehebatannya bermain bola keranjang ketika di sekolah tinggi menyebabkannya digelar 'O'Bomber' oleh rakan-rakan.
* GAJET
Jam tangan yang dipakai Obama sekarang adalah daripada jenama Jorg Gray 6500 yang berwarna hitam dengan tali kulit kerbau serta mempunyai logo Perkhidmatan Rahsia AS.
Sebelum menjadi Presiden, beliau juga sering dilihat memakai jam tangan jenis TAG-Heuer 1500.
Telefon bimbit yang diguna oleh Obama adalah BlackBerry Curve 8300 dan Curve 8900. Komputer riba pula adalah jenis MacBook Pro dan Dell Latitude E6420 serta turut memiliki iPad 3.
Untuk berkomunikasi dari pejabatnya termasuk dengan pemimpin dunia lain beliau menggunakan telefon talian tetap Cisco Unified IP Phone 7965G dan jika komunikasi sulit, beliau menggunakan telefon talian tetap, Telecore IST-2.
* MENJADI JUTAWAN HASIL JUALAN BUKU
Sebelum menjadi Presiden AS, Obama sudah dikategorikan sebagai seorang jutawan hasil royalti dua bukunya.
Buku memoirnya bertajuk Dreams from My Father membolehkannya menerima royalti AS$5 juta (RM16.4 juta) dan Audacity of Hope mengenai kisahnya bertanding untuk menjadi Presiden AS mendapat royalti sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta).
Buku-buku tersebut yang turut dikeluarkan dalam versi audio telah membolehkannya memenangi Anugerah Grammy untuk album suara terbaik sebanyak dua kali pada 2006 dan 2008.
* KERETA DAN KAPAL TERBANG
Obama kini menggunakan kenderaan rasmi digelar The Beast yang kalis peluru. Kereta yang direka bentuk dan dikeluarkan oleh General Motors pada 2009 itu juga kalis serangan gas dan biokimia serta boleh bergerak walaupun tayar pancit.
Sebelum menjadi Presiden, beliau mempunyai beberapa kereta termasuk Ford Escape Hybrid dan Chrysler 300C.
Kapal terbang Air Force One yang digunanya pula adalah daripada jenis Boeing 747-200B. Pesawat tiga tingkat itu dilengkapi dengan puluhan telefon, radio dua hala, kemudahan komunikasi satelit, Internet dan 24 saluran televisyen.
Ia juga mempunyai dinding yang mampu menahan gelombang elektro­magnetik yang dihasilkan letupan bom nuklear.
* RUMAH
Selain menetap di kediaman rasmi di White House di Washington, Obama juga mempunyai vila mewah setinggi dua tingkat bernilai AS$2 juta (RM6.5 juta) di Kenwood, Chicago, Illinois.
Rumah yang dibelinya pada 2005 mempunyai enam bilik tidur dan enam tandas. Antara jiran Obama ialah legenda tinju dunia, Muhammad Ali.

Aishwarya Rai mengandung lagi?

Posted: 03 May 2014 06:03 AM PDT

NEW DELHI - Aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dikatakan sedang hamil anak
kedua selepas dia dilihat sedikit berisi ketika keluar mengundi untuk pilihan raya Parlimen India, minggu lalu.
Desas-desus kehamilan isteri aktor Abhishek itu dikuatkan lagi apabila Aishwarya mengenakan baju longgar seolah-olah cuba melindungi bahagian perutnya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Aaradhya, 3.
Menurut portal berita India, Sahara Samay, kehamilan itu juga dikatakan menjadi faktor bekas Ratu Dunia tersebut terpaksa menolak tawaran berlakon daripada pengarah Mani Ratnam, sedangkan Aishwarya sebelum ini sangat berharap untuk bekerjasama di bawah arahannya.
"Berita kehamilan itu membuatkan Aishwarya mungkin tidak akan kembali aktif dalam industri seni buat masa terdekat," jelas portal tersebut.
Selepas bersalin, aktres itu banyak memberi tumpuan kepada Aaradhya, malah sering dilihat membawa anak pertamanya itu ke majlis-majlis dihadirinya.
"Detik-detik menjadi ibu sangat bermakna sehingga saya tidak sedar betapa pantas masa berlalu. Saya banyak menerima tawaran daripada pengarah, namun komitmen sebagai ibu menjadi keutamaan saya," katanya. - AGENSI

Muay Thai akan dipopularkan sebagai sukan teras

Posted: 03 May 2014 05:59 AM PDT

USAHA mempromosikan sukan Muay Thai di negara ini perlu dipertingkatkan dalam usaha

Beliau berkata penglibatan dan prestasi yang cemerlang dalam sukan itu perlu ditunjukkan oleh Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM) untuk menjadikan sukan itu popular dalam kalangan rakyat negara ini.


"Kita ingin melihat sukan itu berjaya menjadi sukan arus perdana, memandangkan usaha-usaha dijalankan oleh persatuan berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Forum Belia dan Sukan sempena Kejohanan Persekutuan Antarabangsa Muay Thai Amatur (IFMA) 2014 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi hari ini.

Seramai 1,200 peserta dari 120 negara mengambil bahagian pada kejohanan 10 hari bermula hari ini, yang mempertandingkan 148 kategori.

Katanya PMM perlu menunjukan komitmen yang tinggi untuk memastikan sukan itu berkembang maju seiring dengan sukan-sukan lain.

Khairy berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu dan berharap penglibatan dan pencapaian dalam sukan itu dapat ditingkatkan.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya akan menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bersukan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pulau peranginan itu.

Katanya pihaknya akan memilih satu lagi acara sukan untuk dipertandingkan di Langkawi selepas Muay Thai.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut acara sukan yang akan dipertandingkan di Langkawi itu kerana masih dalam perbincangan.

Kejohanan IFMA 2014 dianjurkan bersama oleh IFMA, PMM, Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), KBS, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Penerbangan Malaysia (MAS).  - Bernama
menjadikan sukan itu sebagai sukan teras, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Rohingya : PBB gesa Myanmar buka laluan

Posted: 03 May 2014 05:56 AM PDT

NEW YORK  -  Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Myanmar, Vijay
Nambiar semalam berkata, kerajaan Myanmar perlu membuka laluan kepada etnik Rohingya, yang dianggap sebagai pendatang haram di negara itu, untuk mendapatkan kerakyatan sebagai penyelesaian kepada konflik agama dan etnik di negara itu.

Beliau berkata, keselamatan penduduk Rohingya akan terus terancam, jika tindakan tersebut tidak diambil, dan pada masa sama memberi kesan kepada reputasi Myanmar pada peringkat antarabangsa.
Nambiar berkata, status penduduk Islam di negeri Rakhine, Myanmar masih belum diselesaikan, walaupun banyak janji diberikan oleh kerajaan Myanmar untuk mengambil tindakan awal bagi menyediakan sijil kelahiran sementara, pendaftaran kelahiran dan membenarkan etnik Rohingya bergerak bebas.
"Keperluan paling penting untuk penduduk Islam di Rakhine adalah mengesahkan status kewarganegaraan mereka dan mendapatkan Kad Pendaftaran Nasional daripada kerajaan (Myanmar) dan kemudian memberi kerakyatan kepada mereka, bagi membolehkan penduduk Rohingya bergerak bebas di negara itu dan mendapat pasport untuk ke luar negara,'' katanya ketika berucap di Institut Kedamaian Antarabangsa, di sini.
Myanmar yang majoriti penduduknya beragama Buddha, menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh dan menafikan hak mereka di negara itu, walaupun kebanyakan mereka telah menetap di Myanmar sejak beberapa generasi lalu.
Penduduk Rohingya sejak beberapa tahun lalu menjadi sasaran serangan kumpulan samseng beragama Buddha yang menyaksikan lebih 280 orang dibunuh dan 140,000 orang lagi penduduk terpaksa melarikan diri.
Myanmar selesai menjalankan bancian penduduk tiga minggu lalu, namun penduduk Rohingya tidak dimasukkan dalam bancian tersebut kerana mereka tidak dibenarkan mendaftar diri sebagai penduduk daripada etnik tersebut.
Nambiar berkata, terdapat banyak elemen dalam masyarakat Islam di negeri Rakhine yang bersedia untuk bergerak ke arah penyelesaian itu.
"Saya rasa ia adalah cara yang baik ke arah melaksanakan objektif itu dengan segera dan kemudian menggunakan status itu untuk bergerak ke arah mewujudkan perlembagaan politik yang akan berlaku dalam mana-mana proses demokrasi," katanya. - AGENSI

MAS minta media tidak dedah jumlah pampasan

Posted: 03 May 2014 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) meminta pihak media agar tidak mendedahkan
  
Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, anggota keluarga penumpang turut membuat permintaan yang sama.

 
"Malaysia Airlines tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai jumlah pampasan seperti yang diperoleh oleh media dan kami percaya ia diperoleh dari sumber lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Oleh itu MAS memohon kerjasama media agar menarik balik segala artikel yang diterbitkan yang menyatakan jumlah pampasan.
  
Jumlah itu, katanya hanya akan diberitahu kepada keluarga penumpang dan dilakukan para kaunselor MAS dan menambah adalah penting pihak media menghormati keselamatan dan privasi keluarga penumpang.
  
Terdapat lebih 1,000 anggota keluarga di bawah penjagaan MAS dan keutamaan syarikat penerbangan negara itu adalah bagi membantu mereka, katanya.
  
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 8 Mac. - Bernama
jumlah pampasan yang diberikan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang bagi mengelak kemungkinan berlaku ancaman keselamatan.

Kartun ROSSEM :Hudud : Tak Sokong Berdosa , Sokong Kita Pecah

Posted: 03 May 2014 12:06 AM PDT

HUDUD : TAK SOKONG BERDOA , SOKONG KITA PECAH

Kartun ROSSEM : 53 peratus rakyat mengaku tidak faham apa itu GST

Posted: 03 May 2014 12:03 AM PDT


53 peratus rakyat mengaku tidak faham apa itu GST (Sinar Harian-Sabtu, 3 Mei 2014)

Kartun Rossem : Berbeza Tetapi Bersatu

Posted: 03 May 2014 12:00 AM PDT


Berbeza Tetapi Bersatu

Tiada ulasan: