Selasa, 27 Mei 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Nak membodohkan Umat Islam, Nak selamat syarikat, Menteri Kesihatan jadi penipu!

Posted: 27 May 2014 01:41 AM PDT


Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila maklumat tentang produk mengandungi DNA babi ini tersebar di media sosial.

Menteri Kesihatan Datuk S Subramaniam sebelum ini yang dikenali sebagai anti-Islam yang menghina umat Islam dalam isu hudud cuba menipu bagi membela syarikat besar Kraft Foods daripada kerugian.

Kenyataan kononnya kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury, disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan.

Sebagai Umat Islam kita tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini apatah lagi tidak ada satu pun kenyataan minta maaf daripada syarikat berkenaan sekadar kononnya menarik balik produk yang tercemar.

Kraft Foods sekarang dalam promosi untuk menurunkan harga produk lain bagi mengelakkan kerugian atas tindakam umat Islam Malaysia. Oleh itu jangan jadi BODOH terperdaya dan membeli produk Kraft Foods.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Boikot barangan syarikat Kraft Foods atau Mondelēz International pembuat coklat BABI Cadbury!

Posted: 26 May 2014 04:53 PM PDT


Kementerian Kesihatan telah mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi (porcine). Ujian ini dikatakan telah dilakukan pada Februari 2014 yang lalu. Kenapa sekarang baru keluar keputusannya.

Malah dikatakan ada 15 lagi produk yang mengandungi DNA babi (porcine) yang masih dirahsiakan oleh pihak kementerian. Kenapa masih rahsia??

Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury selepas tiga bulan analisis itu dilakukan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam memang celaka dalam hal ini. Sepatutnya umat Islam mesti minta CELAKA ini meletak jawatan!


Coklat Cadbury adalah dimiliki oleh syarikat Kraft Foods yang kini menggunakan nama Mondelēz International.

Umat Islam perlu mengambil perhatian serius dalam hal ini terutama untuk produk-produk lain keluaran syarikat ini adakah terjamin tiada DNA BABI di dalamnya? Umat Islam jangan mengambil risiko yang mudah  dalam soal makam minm perkara yang haram?

Kita tak dengar sepatah haram pun daripada mulut pihak pengurusan syarikat ini untuk memohon maaf kepada umat Islam dalam hal ini.

Jadi, Umat Islam lebih selesa mengambil jalan selamat dengan mengelakkan dari membeli semua produk Cadbury, Kraft Foods atau Mondelēz sehingga isu ini benar-benar selesai.

Kementerian Kesihatan juga dikatakan akan melawat kilang dan pihak JAKIM telah memanggil pengurus syarikat untuk hal ini.

Kalau kilang tercemar adakah kita nak jamin prosuk lain tak tercemar? 15 lagi itu daripada syarikat mana, mungkin daripada syarikat yang sama.

Adalah lebih baik kita berhati-hati kerana makanan dan minuman membuatkan kita akan rosak dari segi akhlak dan tingkahlaku.

Nabi pernah bersabda pasal doa yang tidak makbul kerana makanan dan minumannya adalah daripada sumebr yang haram.

Kita tidak lupa lagi produk tenusu Ducth Lady daripada syarikat yang sama tercemar benda asing. Malah laporan awal tidak diedah pun.

Seorang pengguna Facebook, Nazlinda Mashtuki telah berkongsi empat keping gambar Susu Dutch Lady yang didakwanya mengandungi bendasing yang tidak sepatutnya ada. Dari gambar, dapat dilihat didalam kotak minuman tersebut ada benda yang kenyal tetapi telah mengeras.

Jika dilihat pada kotak minuman itu, tarikh luputnya 01.06.2014. Kurang dari sebulan dah tarikh luputnya. Gambar pula disebarkan semenjak 5 Mei dan telah mendapat 15 ribu SHARE dari facebook Nazlinda Mashtuki.
nazlinda mashtuki komen susu dutch lady

Menurut Nazlinda, sudah menjadi kemestiannya setiap bulan membeli 4-5 susu kotak Dutch Lady untuk keluarga kerana dia yakin kandungan susu itu yang berkhasiat. Susu yang dibeli itu pula disimpan dalam peti sejuk. Namun, perkara yang tidak disangka pula terjadi apabila salah satu kotak susu yang dibelinya itu mengandungi bendasing yang sangat meloyakan.

Sama juga dengan syarikat roti High5 yang kilangnya kotor. Pihak pengurusan tidak memohon maaf kepada pengguna dan pembeli.

UMat Islam hari ini di Malaysia tidak sensetif malah tidak bersatu untuk memastikan syarikat yang kurang ajar ini bukan saya rugi malah tutup kilang kerana mereka biadap dan cuai dalam memastikan umat Islam mendapat makanan yang benar-benar SUCI!

Ayoh boikot semua produk syarikat Kraft Foods!!!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: