Msyarakat Cina, India Kecam Keceluparan Zahid Hamidi Posted: 27 May 2014 05:10 AM PDT MIC beri amaran BN kalah Teluk Intan jika terus hina kaum lainPemimpin MIC hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak memberi kenyataan menghina sensitiviti pelbagai kaum kerana ia memberi kesan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) menggesa pemimpin BN memperlihatkan imej yang lebih inklusif kepada rakyat Malaysia.
"Kebanyakan kenyataan seperti itu berlaku dengan keterlaluan, anda cuba menyatakan perkara yang anda rasakan boleh mendapat sokongan satu kumpulan namun ia mungkin tidak disukai kumpulan lain pula.
"Ia perlu tindakan seimbang dan kita perlu menjaga keseimbangan dengan tindakan paling optima," katanya kepada pemberita di Hospital Teluk Intan hari ini.
Apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kaum Cina yang menyokong DAP sebagai tidak bersyukur, beliau berkata ia sepatutnya dielakkan.
"Apa pun situasi yang terjadi, bagaimana kita (pemimpin) perlu membaca secara politik, tetapi... kita mesti harus memperlihatkan tindakan yang boleh diterima semua orang. Ini merupakan salah contoh isu yang perlu dielakkan daripada terjadi," katanya.
Beliau berkata empat hari akan datang adalah amat penting bagi PRK Teluk Intan dan pemimpin BN perlu fokus dalam mempertahankan undi dan meningkatkan sokongan.
"Elakkan serangan peribadi, kita mempunyai banyak kemajuan positif bagi semua aspek demokrasi di negara ini dan kita sepatutnya menggunakan kelebihan daripada cuba melakukan perkara yang mungkin menjejaskan peluang kita," katanya. – 27 Mei, 2014. -TMI
Hina pengundi Cina: Zahid perlu mohon maaf, kata Kit Siang Lim Kit Siang hari ini menyelar kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menyifatkan pengundi Cina yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai tidak bersyukur.
Ketua Parlimen DAP itu berkata rakyat adalah tuan, dan golongan yang tidak bersyukur adalah mereka yang diberikan mandat memerintah tetapi penghinaan kepada rakyat pula dilontarkan.
"Ini satu lagi contoh menteri mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir dan secara ekstremis yang tidak membantu pembinaan negara.
"Dalam sistem demokrasi, rakyat adalah tuan. Mereka yang tidak bersyukur adalah mereka yang dipilih dan menghina rakyat seperti Zahid. Zahid perlu minta maaf," katanya pada satu sidang media di bilik gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.
Semalam, Zahid menggelar kaum Cina di Malaysia yang masih mengundi DAP sebagai tidak bersyukur setelah kukuh dalam kedudukan ekonomi.
"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan semalam.
Dalam perkembangan lain, Lim menggesa pengundi luar Teluk Intan agar kembali ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab Sabtu ini.
Katanya, PRK Bukit Gelugor menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah dan Teluk Intan perlu membuktikan sebaliknya.
"Kamilah underdog. Harapan sekitar 40-60%. Namun setelah lapan hari, respon yang diterima sangat menggalakkan. Saya rasa peluang kami meningkat. Ia masih panjang bagi mendapatkan kemenangan.
"Kemenangan bergantung kepada pengundi luar kembali ke Teluk Intan. Ini kerana di Bukit Gelugor peratusan keluar mengundi hanya 46.5% setelah pengundi luar tidak pulang dan pengundi tempatan tidak membuang undi.
"Saya membuat rayuan SOS kedua pengundi luar untuk pulang. Setiap orang mesti berusaha untuk balik," katanya.
Mengulas mengenai kekacauan yang dilakukan Pemuda Umno di beberapa negeri baru-baru ini, Lim berkata PR akan berbincang bagi mengatur strategi membasmi gangster politik dalam negara.
Katanya, insiden sedemikian mengancam keharmonian, perpaduan dan masa depan Malaysia maka ia tidak patut dibiarkan.
"Calon BN Datuk Mah Diew Keong mesti menyatakan pendirian. Bagaimana dengan semua ekstremis dan gangster politik? Saya berasa terkejut dan malu tindakan pemimpin Umno.
"Mah, inikah standard politik kamu? Mahu jadi sebahagiannya? Memalukan.
"Saya fikir Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Tan Cheng Lock tidak boleh bersemadi dengan aman," katanya. -TMI
PRK Teluk Intan:'Cina tidak bersyukur' - MCA, Gerakan minta Zahid beri penjelasan...!! Dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan "pengundi Cina tidak bersyukur".
Gerakan dan MCA berkata, menteri dalam negeri itu harus menjelaskan kenyataan beliau kerana BN berkemungkinan akan tewas di Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.
Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, kenyataan itu akan menjejaskan sokongan pengundi Cina sedangkan presidennya, Datuk Mah Siew Keong adalah calon BN di sana.
Mah akan menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK itu.
"Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada undi jadi beliau perlu menjelaskannya," katanya merujuk kepada Zahid.
"Bagaimanapun, saya percaya beliau tidak mempunyai sebarang niat yang berunsur rasis," kata Liang kepada The Malaysian Insider.
Ketika di Teluk Intan semalam, Zahid berkata, hanya kaum Cina yang gembira jika BN tewas di Teluk Intan kerana mereka sudah mewah dan tidak bersyukur atas kejayaan mereka. -TMI
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
[VIDEO] Presiden PAS Kerah Seluruh Jentera Bantu Dyana Posted: 27 May 2014 12:19 AM PDT PAS tidak pernah lupa jasa DAP, kerah seluruh jentera bantu Dyana di Teluk Intan – Hadi Awang.TELUK INTAN, 26 MEI: Jasa besar DAP merupakan penyebab utama mengapa PAS mengerah seluruh jentera untuk membantu Dyana Sofya Mohd Dauddalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu ini. Demikian kata Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan semasa majlis Hi Tea di Taman Cecily, hari ini.
"Pada tahun 1978 kami telah dibuang dari UMNO dan mereka berpakat bersama MCA serta MIC untuk menumbangkan PAS di Kelantan.
"Ketika itu dibuat semacam rusuhan di Kelantan, mereka membakar tayar dan beberapa kedai. Orang yang membakarnya adalah Presiden Perkasa sekarang.
"Maka undang-undang darurat dikenakan di Kelantan dan DAP membela kami serta menentang kuat pelaksanaannya," katanya.
Katanya, itulah antara sebab utama PAS memilih bersepakat dengan DAP, mengenepikan perbezaan dan menyokong penuh Dyana sebagai calon.
Tambah beliau, dengan adanya Dyana juga akan memberikan tambahan suara di Parlimen untuk terus memberikan tekanan kepada pemerintah.
"Dyana merupakan seorang peguam muda yang kita amat yakin boleh menentang dengan lantang segala kesalahan UMNO di Parlimen.
"Beliau bukan 'pak turut' atau 'pak hangguk' seperti calon Gerakan tapi seorang wanita muda berani yang akan membela kepentingan seluruh rakyat, termasuk rakyat di Teluk Intan," tegasnya.
PRK Teluk Intan: PAS lancar 'PAS For All, Undi Dyana'
TELUK INTAN: PAS melancarkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana' sebagai sokongan parti itu pada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan slogan tersebut pada satu taklimat kepada jentera PAS di Markas Induk PAS PRK, Padang Tembak dekat sini, petang semalam.
"Saya minta setiap jentera kempen PRK kali ini menjalankan tugas tanpa was-was, bertugas dengan penuh semangat dan eratkan kerjasama.
"Bagi memastikan kerjasama kita dalam pilihan raya ini, PAS telah mengumumkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana'," jelasnya.
Beliau berharap agar pengundi Melayu dapat memberi sokongan kepada calon Melayu, Dyana bagi memastikan Pakatan Rakyat terus kekal di Parlimen Teluk Intan.
Kain rentang tersebut telah diserahkan kepada jentera PAS untuk digantung di 18 Unit Peti Undi (UPU) bagi menarik keyakinan pengundi Melayu untuk memilih calon DAP pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini.
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
Mah Siew Kong Sendiri Tak Percaya Kepada Janji-janji Menteri Posted: 26 May 2014 09:32 PM PDT Saya tak bertanggungjawab pada janji menteri'Calon BN di Teluk Intan Mah Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya. Mengulas janji yang dibuat beberapa menteri semasa perjalanan kempen, presiden Gerakan itu berkata beliau tidak berada di situ ketika janji itu dibuat.
Katanya lagi, ia janji-janji mereka dan bukan beliau.
"Ia tiada dalam manifesto. Saya hanya letakkan apa yang saya fikir mampu lakukan sebagai anggota Parlimen," katanya.
Mah bagaimanapun berkata, jika salah bagi BN menabur janji dalam pilihan raya, Pakatan Rakyat juga melakukan perkara sama.
"Pakatan kata jika mereka menang, mereka akan turunkan harga petrol. Bagaimana dengan perkara itu? Adakah itu tak sama?" soalnya. -mk
PRK Teluk Intan: BN gagal bina sekolah, tiba-tiba universiti pula dijanjikan TELUK INTAN, 26 MEI: Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.
Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.
Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan.
Calon Pilihanraya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.
"Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik-taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.
"Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?
"Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada," katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.
Menurut Dyana, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkan isu sekolah berkenaan di Parlimen pada tahun 2013.
Menurut Dyana, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkan sekolah itu tahun ini.
"Kita mahu tanya, bila nak tunaikan janji yang dulu? (Kerajaan) sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai," tegas beliau.
Pada 11 Februari 2012, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak.
ULASAN GB
Anehnya calon BN itu tidak percaya dan tidak yakin dengan janji-janji menteri-menteri UMNO BN sendiri...
Dan lebih pelik beliau sendiri berjanji untuk menubuhkan sebuah universiti di Teluk Intan...?
Jelas membuktikan semua mereka dari BN termasuk calonnya adalah kaki auta belaka...
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
[HOT] Apa Kata Ust Hadi Terhadap Dyana Sofya? Posted: 26 May 2014 05:46 PM PDT Dyana lebih berani daripada saya kerana jadi calon DAP, kata HadiPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan calon Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud seorang "berani" kerana bertanding atas tiket DAP, dan berkata keberanian seperti itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.Hadi berkata pengundi perlu memilih Dyana kerana kesanggupannya menjadi calon DAP.
"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi ahli DAP. Calon DAP juga.
"Saya sendiri tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.
Presiden PAS itu tiba hari ini di Teluk Intan untuk turut serta dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkempen untuk Dyana menjelang pilihan raya 31 Mei ini.
Berucap di hadapan penyokong majoriti Melayu hari ini, Hadi berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.
"Kalau kita cerdik, kita bukan bincang pasal bangsa orang yang kita pilih sebagai calon jadi wakil kita, wakil bagi Parlimen. Kalau menang sebagai calon, akan cakap di Parlimen bagi pihak kita.
"Kita percaya Dyana, lawyer muda, kalau menang jadi wakil rakyat kita, dia bercakap, dia berani, kita percaya."
Sebaliknya, Hadi berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong akan hanya jadi "tukang angguk" di dalam Parlimen.
Hadi berkata beliau bimbang BN menggunakan wang dan saguhati memancing undi dalam pilihan raya di Teluk Intan.
"Saya percaya, khususnya di kawasan-kawasan Melayu, (BN) akan banyak tabur duit. Saya tahu ini kerajaan BN, terutama bila calon kaya," katanya.
Hadi turut memberi perumpamaan ikan dan umpan.
"Ikan cerdik makan umpan, tak makan kail. Bagilah banyak-banyak umpan, biar umpan habis. Kail jangan makan," tambahnya.
Beberapa menteri sebelum ini menjanjikan pelbagai pembangunan di Teluk Intan sekiranya presiden Gerakan menang, termasuk kelajuan Internet lebih tinggi, sebuah krematorium dan dewan orang ramai untuk masyarakat India, dan pakaian seragam baru untuk sukarelawan Rela.
Bagaimanapun, Mah menjauhkan diri dari janji tersebut dengan berkata beliau hanya bertanggungjawab untuk manifesto sendiri. -TMI
Dyana calon yang bertenaga dan berani – Presiden PAS TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta pengundi Teluk Intan memilih calon yang berani dan membawa suara rakyat di parlimen.
Kata beliau, keberanian yang ditunjukkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud wanita Melayu yang sanggup mewakili DAP harus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.
"Kita pilih calon yang boleh membawa amanah kita, membawa hak suara kita di parlimen dan bukannya pemimpin yang hanya tahu 'angguk' walaupun perkara itu tak betul.
"Dyana calon yang bertenaga dan keberanian beliau yang kita inginkan. Beliau wanita Melayu yang berani menjadi calon DAP, saya sendiri pun tak berani nak jadi calon DAP," ucap beliau sambil disambut ketawa para hadirin.
Beliau berucap demikian pada Majlis Hi-tea Bersama Presiden PAS di Taman Cicerly yang turut dihadiri Dyana.
Beliau menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.
"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.
"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.
Ahli Parlimen Marang itu turut memberitahu masih ada rakyat negara ini yang hairan kerana PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan Barisan Nasional (BN).
"PAS tidak bekerjasama dengan BN kerana kita telah beri peluang sebelum ini, mereka ajak kita masuk kerajaan ketika itu.
"Kita masuk dengan syarat tampilkan perkara yang elok-elok dalam pentadbiran tapi mereka tendang kita sehinggalah berlakunya darurat di Kelantan.
"BN meluluskan darurat di Kelantan melalui parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan PAS, DAP waktu itu membela kita dan bantah darurat di Kelantan.
"Kita tak lupa jasa dan kita kenang budi mereka, sekarang kita bersama mereka dengan matlamat perjuangan yang sama," sambung beliau.
Tambah beliau, walaupun ada perbezaan pendirian namun PAS dan DAP mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam urusan memperjuangkan hak rakyat.
"Walaupun ada perbezaan tapi banyak persamaan dan kita bekerjasama dalam hal ini, ini beza dengan Umno mereka tak mahu bincang tetapi DAP walaupun ada perbezaan pendapat kita masih boleh duduk bersama untuk berbincang.
"Kita bekerjasama dalam segala hal untuk pastikan calon Melayu dari DAP akan menang pada pilihanraya kecil ini," katanya.
Beliau yang meminta agar pengundi Melayu memberi sokongan penuh kepada Dyana bagi memastikan wanita Melayu dapat mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.
Dalam pada itu beliau sempat berbual-bual dan turut memberi nasihat kepada Dyana ketika program hi-tea itu. -HD
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan