Tempayan Retak |
- Najib berjaya BELI Roslee Daud Adun Bukit Besi
- YB Muhd Pehimi (Jertih), YB Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) dan YB Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit) Mengadap Najib Hari Ini
- Luahan Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun Pengkalan Berangan
- Adakah Dun Terengganu akan dibubar??
- YB Roslee Daud Adun Bukit Besi keluar UMNO, 5 Adun lagi dijangka akan menyusul
- Seperti Dijangka Ahmad Said Keluar UMNO dan Parah lagi Adun Ajil juga Keluar UMNO!!
Najib berjaya BELI Roslee Daud Adun Bukit Besi Posted: 13 May 2014 06:35 AM PDT Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawatannya yang dihantar pagi tadi setelah mengadakan perjumpaaan tertutup dengan Perdana Menteri DS Najib Razak di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah Exco Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri bagi kouta Dungun. Dia ni tak lulus SPM sekadar menjadi kerani UMNO setelah dia dipecat ada penyelewengan tempat kerjannya. Setelah menjadi exco tarbiat lama masih ada dan dia ada kes tetapi Ahmad Said telah membantu, itu emosi sangat dengan Ahmad Said. Tapi bila ada jaminan untuk kesnya ditutup dan ada imbuhan dia dikatakan akan menarik balik perletakkan jawatan dalam UMNO dan Adun Bebas. Menurut sumber yang saya terima Perdana Menteri dikatakan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Adun BN Terengganu pagi besok untuk membuat penjelasan kenapa Ahmad Said dipecat MB. Tindakan PAS yang cermat dalam isu ini amat disenangi kerana UMNO dengan Pitih (duit) rela mati mak bapak!! Kedudukan sekarang Dun Sekarang adalah PR/PAS 15 UMNO 15 Bebas 2 kerana Ahmad Said dan Ghazali masih dalam rundingan dengan YAB TS Muhyiddin di rumah kediaman Ahmad Said. Tapi percayalah kedatyangan Muhyidin bukan datang dengan tangan kosong tapi dengan fail-fail Ahmad Said yang boleh membuat Ahmad Said merana seumur hidup!! Percayalah Ahmad Said yang NELANG pun aku 'kecut batu' dengan Najib!! KAH KAH KAH Ni jenis PITIH juga.... Kita tunggu dulu | ||
Posted: 13 May 2014 04:29 AM PDT Menurut sumber tidak rasmi YAB Tan Sri Muhyiddin dijangkakan akan turun ke Kemaman, Terengganu untuk membuat pertemuan dengan YAB DS Ahmad Said bagi mencari jalan penyelesaian. Mengikut sumber berkenaan sepetutnya ada satu sidang media oleh Ahmad Said pada petang tadi tetapi dibatalkan atas urusan pertemuan ini. Mengikut sumber yang saya dapat Ahmad Said mengugut untuk membuat sidang media mengenai keluar parti bagi memberikan laluan kepada PAS/Pakatan Rakyat untuk memanggil satu sidang khas DUN bagi mendapatkan undi tidak percaya ke atas MB baru dilantikan dan menolak BN sebagai pemerintah negeri. Jika tidak ada sidang rasmi oleh Ahmad Said selagi itu PR tidak dapat memenggil sidang khas. Mengikut sumber lain pula 3 Adun BN Terengganu yang condong kepada Ahmad Said telah dipanggil mengadap DS Najib di Kuala Lumpur. Mereka ialah YB Muhammad Pehimi (Jertih), YB Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) dan YB Hj. Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit). Mengikut sumber itu lagi mereka telah berlepas pukul 4 petang tadi. Najib NAK TUTUP MULUT mereka ni dengan WANG dan JAWATAN kah kah kah kata sumber tersebut!! | ||
Luahan Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun Pengkalan Berangan Posted: 12 May 2014 09:26 PM PDT Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun BN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang kesal dan AMAT SEDIH atas peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Terengganu sekarang ini. Beliau juga kesal kerana pimpinan negeri tidak diajak berunding dalam proses pelaksanaan pertukaran MB Terengganu yang akhirnya mengakibatkan satu keputusan yang merugikan parti. Beliau juga berharap DS Najib dan DS Muhyiddin mengambil peranan yang serius untuk mengembalikan MARUAH Kekanda DS Ahmad Said. Petikan katannya "saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yg. mereka telah buat. Sebab mereka dgn pendirian mereka... DAN saya sangat kesal dgn. peristiwa pertukaran MB Trg yang amat mengejutkan dan terlampau drastik...sedangkan malam sebelumnya kita sama2 berjemaah dan bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama2 dan bersalaman dgn penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC.. SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah diajak berbincang oleh mana2 pimpinan tertinggi parti...dlm hal pertukaran MB Trg... sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kpd parti dan berkhidmat utk kerajaan BN Trg.malah UMNO Bhg Marang telah membuat retreat dan sama2 berikrar utk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen yg telah tewas dlm pru 14 nanti.' Lagi Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA2 KAMI org. UMNO Trg ?..Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera utk kembalikan maruah BN/UMNO Trg..kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri... maafkan saya. | ||
Adakah Dun Terengganu akan dibubar?? Posted: 12 May 2014 08:22 PM PDT Mengikut maklumat terkini Adun daripada Umno yang telah keluar dari Umno dan mengistiharkan diri sebagai Adun bebas di Terengganu. Mereka ialah YB Dato Seri Ahmad Said, MB Terengganu (Dun Kijal), YB Ghazali (Dun Ajil), YB Dato Mat Jidin (Dun Permasuri), YB Ir Rosli (Dun Kemasik), YB Nawi (Dun Hulu Besut) dan YB Roslee Daud (Dun Bukit Besi) Pembubaran Dun dan Pilihan Raya bagi Negeri Terengganu di jangka akan diadakan dalam masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Terengganu mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Terengganu untuk membuburkan Dun ekoran daripada 6 orang YB daripada Umno telah mengumumkan keluar dari Umno dan menjadi YB bebas.. Kedudukan Kerusi Terkini Dun Bagi Negeri Terengganu ialah PAS 14 PKR 1 UMNO 11 BEBAS 6 daripada 32 jumlah Kerusi Dun Negeri Terengganu. Pilihan Raya Negeri akan diadakan tak lama lagi jika Najib tak mampu untuk sogok balik YB-YB yang telah keluar parti. Adakah ini pertanda Negeri Terengganu akan jatuh semula kepada Pakatan Rakyat dan petanda DS Najib akan digulingkan daripada UMNO!!! Ramai orang UMNO marah bila menonton siaran perletakkan jawatan MB Terengganu oleh Ahmad Said dipandang sinis oleh pimpinan UMNO. Ada yang mengganggap ini Hadiah untuk Ulang Tahun 68 UMNO kepada Umno Terengganu.
Jika ada pilihan raya UMNO akan mendapat tentang bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat (PAS) tetapi calon bebas di 32 Dun kata jurucakap Mat Said. Sama-sama kita tunggu UMNO akan berkubur mampus di Terengganu!!! | ||
YB Roslee Daud Adun Bukit Besi keluar UMNO, 5 Adun lagi dijangka akan menyusul Posted: 12 May 2014 07:08 PM PDT Maklumat terkini YB Roslee Daud, Pengerusi Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu telah keluar daripada UMNO dan menjadi Adun Bebas. Kedudukan kerusi Dun Terengganu sekarang adalah UMNO 14 PAS 14 PKR 1 BEBAS 3. YB Roslee mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib yang mengambil keputusan menjadi wakil rakyat Bebas untuk memberikan tekanan kepada Najib kerana tidak mahu layan permintaan mereka. Rata-rata ahli UMNO sudah menjadi 'bengong' dan tak tahu nak buat apa. Perpecahan ini makin parah kerana Ahmad Said mempunyai sokongan yang kuat terutama di Kemaman dimana Pemuda UMNO Kemaman memberikan sokonan penuh kepada tindakan Datuk Ahmad Said. Sekarang tinggal 5 orang lagi dijangkan mengistiharkan keluar UMNO bila-bila. Kita tunggu dan lihat! | ||
Seperti Dijangka Ahmad Said Keluar UMNO dan Parah lagi Adun Ajil juga Keluar UMNO!! Posted: 12 May 2014 10:47 AM PDT Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Berita sebelum itu Datuk Seri Ahmad Said telah akur untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan perlantikan MB baru dan mengesahkan spekulasi sebelum ini. Sebagaimana saya tulis sebelum ini orang kuat Ahmad Said telah "warning" Najib (sila baca di sini) jika 'Mat Said' diturunkan kemungkinan UMNO akan hilang Negeri Terengganu. Inilah NELANGnya Mat Said dan orang-orangnya. Ahmad Said telah menunaikan apa yang disebut. Dia keluar UMNO jadi ADUN BEBAS pada hari yang sama dia meletak jawatan MB Terengganu. Malah bukan itu sahaja, tindakan ini diikuti oleh YB Ghazali Taib Adun Ajil (orang kanan Ahmad Said) keluar UMNO dan jadi ADUN BEBAS juga. Ini menyebabkan kedudukan kerusi Terengganu sekarang ialah BN (15), PR/PAS (15) dan Bebas (2). Kah kah kah. Punahlah Terengganu selepas ini.
Adakah akan ada undi tidak percaya kepada Menteri Besar baru dilantik Datuk Ahmad Razif Abd Rahman selepas ini, kita akan lihat nanti. Politik tidak menentu ini tidak mustahil akan ada lagi ADUN UMNO akan keluar parti menurut sumber yang saya perolehi. Siapa dia kita tunggu selepas ini!!! Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum telah diberitakan oleh akhbar mengadakan pertemuan dengan Adun BN. Tahukah berapa orang yang hadir dalam pertemuan tersebut?? Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ahmad-razif-angkat-sumpah-sebagai-mb-terengganu-yang-baru-35709?cp Tindakan awal "Puak Ahmad Said" untuk memberi tekanan kepada Najib ialah 2 daripadanya meletakkan jawatan supaya kedudukan seri 15-15 dengan 2 Bebas sedangkan 6 lagi daripada BN tersebut boleh melompat bila-bila masa jika tidak dilayan tuntutan mereka! Orang Terengganu kata UMNO ni bukan pecah tapi "HANCUR LEBUR! PUNAH RANAH!" Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bekas-mb-terengganu-ahmad-said-keluar-umno-35714?cp Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ahmad-razif-angkat-sumpah-sebagai-mb-terengganu-yang-baru-35709?cp |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan