Anak Sungai Derhaka |
- Anwar dan Wan Azizah kemalangan..
- ADUN Bukit Besi sudah 'U Turn'...
- Barisan Nasional Terengganu akhirnya 'Runtuh', ADUN Bukit Besi pula keluar UMNO..
- Ahmad Said dan ADUN Ajil keluar UMNO!!
Anwar dan Wan Azizah kemalangan.. Posted: 13 May 2014 08:46 AM PDT Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri telah terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi. Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. "Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya. |
ADUN Bukit Besi sudah 'U Turn'... Posted: 13 May 2014 07:10 AM PDT Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas kembali kepada parti tu. Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu. "Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya. Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu. Awal pagi ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menyertai Ahmad dan Ghazali untuk keluar dari Umno. Spekulasi mengatakan Roslee merupakan Adun yang kembali menyertai kerajaan BN Terengganu lapor The Malaysian Insider Sementara itu Malaysian Gazette mendedahkan siapa ADUN yang sudah buat 'U Turn' itu.. ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Kah.. kah.. kah... tak ada pendirian langsung!!.. tapi biasanya yang jadi pemimpin UMNO ni susah nak melompat keluar sebab 'kabel'.. lompat keluar putuslah 'kabel'. Putus 'kabel'.. kuranglah income.... Betul kata A Kadir Jassin.. Politikus tukar keputusan bila kena harganya... |
Barisan Nasional Terengganu akhirnya 'Runtuh', ADUN Bukit Besi pula keluar UMNO.. Posted: 12 May 2014 07:49 PM PDT Barisan Nasional (BN) kini hanya tinggal 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan parti itu. Roslee bertindak keluar Umno pagi ini menyertai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menjadi Adun Bebas. "Saya sudah melihat surat keluar Umno daripada Adun Bukit Besi itu," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Tindakan Roslee menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi. Syed Azman yang juga Adun Batu Burok berkata, PAS mempertimbangkan untuk membuat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memanggil sidang DUN tergempar berikutan menteri besar Terengganu yang ada sekarang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. "Kita sedang menimbangkan pilihan itu," katanya. Ahmad sebelum ini berkata lebih ramai lagi Adun Umno akan meninggalkan Umno dan menjadi Adun Bebas. Sehingga kini, hanya dua membuat membuat pengumuman rasmi meninggalkan Umno bersama beliau. Namun, pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi, enam Adun termasuk Ahmad tidak menyertai majlis itu. Mereka termasuk Adun Ajil dan Adun Bukit Besi yang sudah mengumumkan tindakan meninggalkan Umno. Tiga lagi Adun yang tidak hadir ke majlis itu ialah Adun Kemasik, Rosli Othman; Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Adun Pengkalan Berangan, Abdul Latif Awang lapor The Malaysian Insider Laporan Ahmad Said dan Ghazali Taib keluar UMNO sila baca di SINI |
Ahmad Said dan ADUN Ajil keluar UMNO!! Posted: 12 May 2014 10:16 AM PDT Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas. "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut. Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin. Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah. Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi. Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi. Baki dua lagi adalah calon bebas lapor Astro Awani ... Sekarang 15 BN, 15 PR, 2 Bebas... adakah MB Terengganu yang baru YAB Razif akan mencatat sejarah sebagai MB paling pendek tempoh perkhidmatannya dalam dunia?.. bersamalah kita nantikannya.. Khabar angin juga telah tersebar mengatakan sekurang-kurangnya 4 lagi ADUN UMNO/BN Terengganu akan menurut jejak Mat Said dan Ghazali Taib.. Nampaknya apa yang Najib telah lakukan di Perak pada tahun 2008 kini berulang di Terengganu.. padan muka hang Najib... Lepas ni kita tunggu Perak lah pulak... tapi adakah Najib masih berani memaksa MB Perak meletak jawatan setelah apa yang berlaku ini?? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan