Rabu, 7 Mei 2014

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Siasat semua yang menghasut (7/5/14)

Posted: 07 May 2014 02:05 AM PDT

Pepatah Melayu ada berkata "Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" pepatah yang halus menasihati orang Melayu agar berhati-hati menggunakan kata-kata kerana berbicara tanpa fikir, berbicara dengan nafsu, berbicara penuh marah, besar kemungkinan akan mengundang bencana yang sudah semestinya akan membinasa diri sendiri.

Sesungguhnya kata-kata nasihat tak kiralah dari sumber Melayu lama, Cina, Barat, yang baik perlu dipungut dan diguna-pakai oleh semua, demi kebaikan bersama.
Kini sedang sibuk berbagai pihak menyerang seorang pemimpin NGO yang telah mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menyakiti satu kelompok kaum di Malaysia.  Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Abdullah Zaik dilaporkan menyebut:

"Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

"Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

"Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melay

Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini,"
Saya secara peribadi memandang kenyataan beliau agak kasar dan jelas bercampur-baur antara fakta dan imaginasi. Benar masyarakat Cina asalnya berhijrah ke Tanah Melayu atas "jemputan" peluang yang dibuka oleh penjajah Inggeris tetapi untuk melabel mereka sebagai penceroboh dan agenda mereka bersekongkol dengan Inggeris untuk menindas dan membuli orang Melayu agak keterlaluan.

Kalau benar dari pandangan undang-undang kenyataan itu berbaur hasutan, maka wajarlah beliau disiasat dan di bawa kepengadilan.
Siapa pun rakyat Malaysia berhak bersuara namun hak itu terbatas oleh undang-undang demi memelihara keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di tanahair kita.

Malah bagi saya kenyataan sesetengah pihak yang ghairah menolak cadangan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan juga perlu disiasat kerana ia seakan berbaur hasutan juga. Menolak atau menerima sesuatu cadangan itu adalah hak masing-masing, akan tetapi apabila ia bercampur baur antara fakta dan imaginasi diselit pula dengan unsur yang kelihatan menghina dan merendahkan sesuatu kepercayaan maka ia juga hasutan dan perlu disiasat.
Nak tolak tolak tapi jangan sampai mengguris perasaan orang Islam apalagi menghina.

Awas ISMA, dan awas juga yang lain-lain yang mengkritik Hudud.

 

 

Tiada ulasan: