Rabu, 7 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Terengganu Hampir Pasti Dapat MB Baru, 2 Nama ADUN Disebut-sebut

Posted: 07 May 2014 01:21 AM PDT

Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB

Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. -mstar



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Muslimat PAS Mahu Saman Ulama Muda Umno.. -updated

Posted: 06 May 2014 10:43 PM PDT


Tarik balik atau saman, Muslimat PAS beri amaran kepada ulama muda Umno

Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataannya berkenaan muslimah yang turun berdemonstrasi seperti pelacur kelas atasan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.

"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya, lapor Harakahdaily.

Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan wanita Islam bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.

Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis: "Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya".

Beliau juga menulis:"Muslimah tudung labuh yang berdemonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"

Siti Zailah berkata, pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran.

Beliau berkata, kenyataan Radzi itu adalah ucapan kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu.

Kenyataan biadap: Laporan polis terhadap Mohd Radzi


Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) membuat laporan polis terhadap Setiausaha Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman yang mengeluarkan kenyataan biadap dalam laman facebooknya, dengan menggelarkan para muslimat yang turun berdemonstrasi dalam himpunan anti GST tempoh hari sebagai pelacur.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengetuai dewan itu membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini pagi ini.

Katanya, DMPWP menuntut suspek bernama Mohd Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.

"Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi,"
-HD
,br>



Asri bantah ulama muda Umno katakan Muslimah bantah GST pelacur kelas atasan

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.

‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.

‎Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu.

Pada laman Facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong Muslimah bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang ghairah merasai pelacur yang dilanggannya.

"Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.

"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap," katanya seperti yang dipetik dalam ‎laman Facebook itu.

Selain itu, bekas mufti itu turut menolak dakwaan ulama Umno itu terhadap kritikan menyatakan ia sebagai kiasan dan ramai yang tidak memahami bahasa Melayu.

"Ini bukan mengenai pandai atau tidak bahasa Melayu atau faham atau tidak, kerana individu yang menulis itu pun bukannya tahu bahasa Arab," kata Mohd Asri.

Katanya, golongan seperti ini menggunakan agama untuk memaki orang lain, berniat jahat dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya.

"Budaya maki hamun ini sangat merbahaya," katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan supaya Umno cuba mengelakkan daripada mempunyai kaitan dengan golongan yang berakhlak sedemikian.

"Kita katakan buruk nilai budinya. Saya rasa Umno perlu mengelak daripada dikaitkan dengan ahli seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, status ulama Umno itu menerima kritikan daripada pengguna Internet yang lain dalam Facebooknya.

Ekoran daripada kritikan tersebut, pada hari yang sama, ulama Umno itu sekali lagi menulis di entri Facebooknya untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Dalam statusnya Abu menulis, "siapa yang terasa adalah jahil budaya" yang merujuk kepada kenyataan menyamakan penyertaan Muslimah bertudung dalam demonstrasi sebagai pelacur golongan atasan.

Katanya lagi, ‎mereka yang mengkritik kenyataan itu jelas jahil dengan budaya Melayu walaupun berbangsa Melayu.

"Guru bahasa Melayu sering berkata bahawa bukan semua bangsa Melayu itu faham bahasa dan budaya mereka," katanya.

Ulama muda Umno itu mengakui kenyataannya itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, terutama peserta demonstrasi Khamis lalu.

"Tapi tidak kurang juga orang yang condong kepada PAS dan neo-Khawarij dan beberapa orang yang kononnya berbudaya tinggi merasa kecil hati lantas marah," katanya.

Ulama muda itu turut mempertahankan kenyataannya itu dengan menyamakannya dengan karya novel SHIT tulisan sasterawan negara Datuk Shahnon Ahmad.

Katanya, sekiranya novel tersebut banyak dipertahankan orang ramai, jadi mengapakah kenyataannya dikritik.

"Kalau buku SHIT dipertahankan lalu ibarat di atas tentang sebab apa, sebab ibarat itu terkena batang hidung sendiri," katanya.

1 Mei lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat turun ke jalanan dalam demonstrasi bantahan besar-besaran pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Demontrasi itu dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.
-TMI


ULASAN GB

Wajar disaman jika tidak meminta maaf. Tuduhannya memalukan dan menjijikkan dari seroang yang menggelarkan dirinya ulamak.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[IKTIBAR] Hantar Kereta Ke Bengkel, Bertukar Menjadi Besi Buruk

Posted: 06 May 2014 06:31 PM PDT


Pelik!! Hantar kereta di bengkel dan ianya bertukar jadi besi buruk?

Seorang ibu tunggal terkejut apabila mendapati kereta Hyundai Getz miliknya bertukar menjadi ‘besi buruk’ selepas lebih sebulan dihantar ke sebuah bengkel membaiki kenderaan di Bandar Tun Hussien Onn, di sini.

Mangsa dikatakan menghantar keretanya di bengkel itu pada awal Februari lalu selepas enjin kenderaannya gagal berfungsi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Normah, 39, berkata, dia meninggalkan keretanya untuk dibaiki tiga pekerja bengkel itu berusia lewat 20-an itu.

“Ketika itu hari sudah lewat petang dan saya perlu segera mengambil anak pulang dari sekolah. Tanpa berfikir panjang saya menyerahkan kereta untuk dibaik pulih.

“Selepas memeriksa kereta saya itu, seorang mekanik memberitahu kereta itu mempunyai masalah brek dan meminta saya datang seminggu kemudian,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun kecewa apabila kereta itu masih belum selesai dibaik pulih.

“Mekanik di bengkel itu mendakwa kereta perlu menjalani proses baik pulih enjin. Saya terpaksa bersetuju dan diarahkan datang semula seminggu lagi.

“Seperti dijanjikan, saya menghubungi mereka untuk bertanyakan keadaan kereta, namun pemilik bengkel berkenaan gagal dihubungi,” katanya.

Normah berkata, dia bagaimanapun hanya datang semua ke bengkel itu pada minggu lalu untuk mengambil semula keretanya.

“Namun, saya terperanjat apabila mendapati kereta saya itu hanya tinggal kerangka.

“Mereka memberi alasan enjin dan komponen pentingi kereta saya dihantar ke pekan Kajang untuk pemeriksaan lanjut. Malah, saya diugut apabila mempersoalkan tindakan mereka itu,” katanya.

Menurutnya, pemilik bengkel itu bukan saja memarahi saya, malah turut menggunakan kata-kata kesat dan memaki hamun.

Normah berkata, dia juga diarahkan untuk melangsaikan bayaran lebih RM5,000 untuk proses baik pulih berkenaan.

“Saya minta mereka mengeluarkan resit dan bukti pemeriksaan dijalankan untuk rujukan namun mereka tidak mengendahkan permintaan itu.

“Sehingga kini pemilik bengkel itu bukan saja gagal dihubungi, malah kereta saya juga gagal dikesan,” katanya yang mengesyaki bengkel itu sudah melerai dan menjual komponen keretanya.

Susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Cheras, di sini. -HM






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO] Bagus Jika Anwar Dipenjara, Rakyat Akan Turun Ke Jalanraya!

Posted: 06 May 2014 06:02 AM PDT

Aktivis terkenal Hishamuddin Rais berkata, beliau "gembira" jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merengkok dalam penjara selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat terhadapnya.

Bercakap dalam forum sempena setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, Hishamuddin berkata, beliau percaya penahanan Anwar akan menyuntik kebangkitan baru di kalangan rakyat.

"Saya gembira jika Anwar masuk penjara, ia perkara yang baik, kita boleh menghasut orang ramai kembali ke jalan raya," kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

Penahanan Anwar pada 1998 membangkitkan gerakan reformasi yang menyaksikan orang ramai turun ke jalan raya yang kemudian memberi tamparan hebat kepada BN yang hilang penguasaan di Terengganu dan Kelantan ketika itu.

Hishamuddin juga berkata, beliau senang hati melihat PAS berpecah ekoran kontroversi hudud.

"Penyucian ini proses biasa dalam parti politik, Ia akan memisahkan antara kumpulan dalam PAS yang ghairah dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno," katanya. -mk






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: