Rabu, 21 Mei 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Bagaimana Pemimpin Terdahulu Berjuang?

Posted: 21 May 2014 11:34 AM PDT



Ceramah ni khabarnya diadakan di setiu. Tengok la bagaimana situasi pemimpin pas terdahulu meneruskan perjuangan?

Sedar lah pemimpin sekarang yang kamu naik dan senang disebabkan rakyat yang memilih kamu sebagai wakil rakyat.

Hudud Agenda Pas? Agenda UMNO Apa?

Posted: 21 May 2014 07:51 AM PDT



Hudud ni agenda pas erk? Jadi pas la yang kena bertanggungjawab.

Habis tu umno ni ada agenda apa?

Sekumpulan Haiwan Liar Masuk Dalam Dewan Dun Pulau Pinang?

Posted: 21 May 2014 04:00 AM PDT



Memang nak sebut bunyi nyer kasar. Tapi kalau tengok sikap pemuda umno yang biadap dan tak tahu hormat undang-undang. Boleh kita panggil perangai celako!

Samseng dan kurang ajar. Bagaimana pihak keselamatan boleh lepas haiwan liar ni masuk dewan.

Utusan Kena Tegur Dengan PDRM?

Posted: 21 May 2014 12:57 AM PDT



Lidah fitnah dan adu domba dari umno ni. Perangai wartawan dan editor bukan tahu halal dan haram.

Maaf la cakap.

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman

Posted: 20 May 2014 05:37 PM PDT

KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman


Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.


DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 21 Mei 2014

Tiada ulasan: