Rabu, 21 Mei 2014

Biaqpila

Biaqpila


VIDEO SAMSENG TAIK KUCING BN GANGGU KEMPEN DYANA SOFYA

Posted: 21 May 2014 09:47 AM PDT




Kempen calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di tapak pasar malam Perumahan Awam Kampung Padang Tembak, petang tadi, kecoh apabila dua pemuda dipercayai upahan BN membuat kacau dengan menghalau dan menghamburkan kata-kata kesat pada beliau dan pimpinan DAP.

Dua pemuda itu yang menaiki motor Yamaha RXZ dengan no plat BJF 30 dan Yamaha BHD 5514 datang dan menghalang laluan pasar malam.

Kedua-dua mereka meninggikan enjin motorsikal tanpa henti.

Salah seorang dari mereka memakai topi berwarna biru dengan logo dan tulisan 'Barisan Nasional' menjerit, "Ini kawasan Melayu, tempat Melayu, blah-blah. Balik!



Seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cuba memenangkan dua samseng tersebut nyaris dipukul.

Keadaan reda seketika selepas sekitar 2 minit, namun mereka berdua dan beberapa orang pemuda berbaju Barisan Nasional datang semula di penghujung pasar.

Mereka sekali lagi memaki hamun dan menjerit, "Orang kata balik, baliklah. Bila nak habis? Ini tempat aku, tempat Melayu!"

Keadaan kecoh dan provokasi melampau samseng BN itu menyebabkan beberapa anggota polis bermotor datang ke tapak pasar malam.

Polis menenangkan samseng tersebut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat lapor Roketkini.com

bloglist-malaysia

TUDIA!!! ANAK MAHATHIR PUJI DYANA SOFYA

Posted: 20 May 2014 09:43 PM PDT



Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.

"Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).



Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana.

Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satu kenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat.

"Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama.

"Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan.

"Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara.

"Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya.


Tiada ulasan: