Ahad, 18 Mei 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Dyana, awek cun menggugat! – Izmil

Posted: 18 May 2014 04:48 AM PDT



Malaysia selalunya dihidangkan dengan paparan ahli politik dalam beberapa keadaan yang jelik dan tidak menyelerakan. Rakyat selalunya tidak tertarik untuk mengenali sosok seseorang ahli politik kerana beberapa faktor. Mereka ini selalunya berusia pertengahan empat puluhan, sudah beranak-pinak, buncit dan juga mempunyai gaya serta fesyen yang memualkan.

Jarang sekali rakyat Malaysia menegakkan tempat duduk dan membuntangkan mata apabila melihat mana-mana ahli politik muncul ke tengah khalayak, apatah lagi sewaktu pilihanraya. Bagi banyak dari kalangan kita, ahli politik harusnya tua, punya pengalaman luas, duit berbakul-bakul dan sudah penuh lemak perut.

Ini selalunya kita lihat kedapatan di kalangan wanita UMNO, dengan tudung merah, gincu merah tebal dan baju kurung besar yang menyembunyikan tubuh yang kian gempal.

Secara tiba-tiba, budaya ahli politik buruk dan tidak menarik ini digugat sekali lagi dengan hadirnya seorang anak gadis Melayu yang dipertaruhkan DAP sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan.

Sebenarnya ini bukan pertama kali arena politik Malaysia menerima kehadiran 'awek cun' yang mendobrak dan menggawatkan keadaan. Sudah ada ramai 'awek cun' lain yang hadir meramaikan suasana hambar politik negara yang balik-balik berbicara soal rasuah, perkauman sempit dan hal-hal curi lembu.

Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal lembu juga pernah tewas di tangan seorang 'awek cun' di Lembah Pantai. Nurul Izzah Anwar hampir tidak perlu penat berkempen. Berdiri sahaja di pentas, orang ramai sudah bertepuk tangan dan membetulkan duduk mereka.

Poster kempen Nurul Izzah juga selalunya hilang dalam masa kurang 24 jam; dengan dawai pengikatnya sekali ghaib.

Sama halnya dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin. Dengan perawakan yang disebutnya sebagai 'swag', menantu Pak Lah ini menjadi kegilaan ramai anak gadis bertudung merah jambu yang berbondong-bondong isi borang Puteri UMNO.

Khairy turut menghadirkan kelainan ke dalam parti tersebut yang rata-rata dihuni pakcik-pakcik berperut buncit. Perut Khairy tidak begitu kelihatan dan kemas tersembunyi di balik baju batik Jawa yang digayakannya dengan seluar jeans.

Ini semua adalah sebahagian daripada politik baru yang dianjurkan banyak pihak. Politik baru, menggantikan politik lama. Orang baru, menggantikan orang lama. Dan begitulah seterusnya.

Dyana Sofya, anak gadis kelahiran Perak, graduan undang-undang Universiti Teknologi MARA adalah edisi terbaru kepada gelombang politik segar ini. Hatta ada yang berseloroh kononnya sebaik sahaja Dyana diumumkan sebagai calon DAP di Teluk Intan, Menara Condong yang begitu sinonim dengan daerah itu terus berdiri tegak.

Malaysia, untuk seminggu dua ini, akan berada dalam keadaan terkejut dengan hal ini. Secara amnya kerana a) Dyana ini cantik orangnya, b) dia calon DAP dan c) dia calon wanita Melayu DAP pertama mahu dihantar ke Parlimen dan d) Dyana ini cantik betul. Ok, itu tadi dah sebut.

Takkan lah sebab cun sahaja

Tetapi Dyana dijadikan calon DAP bukan hanya kerana dia 'cun'. Sifat 'cun' ini setakat sampai ke kulit muka sahaja. Kalau DAP semata-mata mahu calonkan awek cun, berlambak lagi awek cun ada. Dyana lebih dari sekadar cun, Dyana awek cun menggugat.

Sejak semalam serangan demi serangan terhadap Dyana bertali arus. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah contohnya menyifatkan Dyana sebagai menggigit tangan yang memberinya peluang, merujuk kepada Dyana si graduan UiTM yang baginya merupakan sebuah institusi bikinan UMNO.

Datuk Shamsul barangkali lupa bahawa UMNO tidak bikin UiTM dengan duit orang Melayu sahaja, tetapi menggunakan cukai yang dibayar rakyat kesemuanya tanpa mengira keturunan dan agama. Barangkali Datuk Shamsul lebih berkenan kalau Dyana ikut tabiat orang UMNO yang tidak gigit tangan tetapi tunduk cium tangan pemimpin, tidak kira apa juga dosa mereka terhadap rakyat.

Dyana lahir daripada sistem UiTM, seperti juga ramai pemimpin muda hari ini yang akhirnya menolak politik perkauman sempit yang cuba diteruskan melalui politik akademia di institusi itu.

Dr Afif Bahardin, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ahli politik Parti Keadilan Rakyat, juga graduan UiTM. Banyak lagi graduan UiTM yang mengikut serta perjuangan Pakatan Rakyat, tidak bermakna mereka khianat kepada bangsa dan agama.

Produk UiTM yang cemerlang akan memperjuangkan yang benar dan mendukung perjuangan demokrasi, keadilan dan kebenaran. Ini biasa. Yang luarbiasa ialah yang mengikut jejak langkah Ibrahim Ali (juga graduan ITM) yang kini tersekat di barzakh politik.

Dyana adalah produk UiTM yang cemerlang. Bukan sahaja lawa, malah punya kesedaran politik tinggi. Kesedaran politik tinggi ini barang tercicir yang jarang dijumpai di UiTM. Justeru sepatutnya UiTM bangga punya anak yang berani berdepan cabaran dan ditohmah segala bagai atas dasar percayanya kepada dasar keadilan dan kesepakatan, serta menolak politik perkauman.

Melayu dalam DAP yang kecewa dan keluar parti bukan Melayu seperti Dyana Sofya. Itu Melayu lima kupang. Dyana adalah Melayu yang tidak ternilai.

Ya, nah Teluk Intan! Sebutir permata buat kalian. Dyana Sofya; bukan sekadar awek cun. Tetapi awek cun yang menggugat kerusi kerajaan.

Mahathir Mulai Curiga MH370

Posted: 18 May 2014 03:59 AM PDT



MH370: Seseorang menyembunyikan sesuatu

Oleh: RAZIATUL HANUM A. RAJAK

SHAH ALAM – Pengeluar pesawat yang digunakan Malaysia Airlines (MAS), Boeing Corporation perlu memberi penjelasan tentang sistem pendaratan automatik yang terdapat pada pesawat Boeing 777 seperti yang dilaporkan The Flightglobal.com.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri blog terbarunya berkata, beliau tidak dapat membayangkan juruterbang yang mengendalikan MH370 membuat pendaratan yang licin di lautan yang 'ganas' dan kemudiannya tenggelam begitu saja.

Beliau juga menyebut adalah tidak adil kesalahan insiden kehilangan MH370 hanya diletakkan kepada Malaysia dan MAS.

"Boeing harus menjelaskan tentang sistem yang dipanggil pendaratan automatik anti keganasan ini.

"Seseorang menyembunyikan sesuatu. Tidak adil kesalahan itu ditanggung Malaysia dan MAS sahaja," katanya yang dipetik melalui entri bertajuk 'Boeing Technology-What Goes Up Must Come Down', hari ini.

Menurutnya, sesebuah pesawat boleh terbang dan berada di udara untuk satu-satu tempoh masa tetapi ia tetap perlu turun ke bawah sama ada selamat mendarat atau kemalangan.

"Tapi, pesawat tidak terus hilang. Tidak pada masa sekarang dengan kemajuan sistem komunikasi, radio, satelit dan kamera tanpa filem yang beroperasi tidak putus dan kapasiti simpanan yang besar.

"Sistem komunikasi dan GPS pastinya telah dilumpuhkan, jika tidak, stesen pasti boleh menghubungi dan mengesan pesawat berkenaa," katanya.

Tun Mahathir menyentuh mengenai maklumat yang diperoleh daripada carian di Internet iaitu Boeing telah menerima paten Amerika Syarikat (AS) bagi sistem kawalan pemanduan automatik.

"Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan sistem itu.

"The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, 'pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit'.

"Jelas Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan," tegasnya.

Katanya, pencarian debris, kesan tumpahan minyak atau mendengar bunyi 'ping' dari kotak hitam hanya membazir masa dan wang.
"Ini bukan kejadian nahas biasa selepas kehabisan bahan bakar. Pesawat itu ada di mana-mana mungkin tanpa pengetahuan MAS," katanya.

Mesej Yang Diterima Oleh Dyana Calon DAP

Posted: 18 May 2014 01:53 AM PDT



Apa kes?

Ini mesti kes yang dikatakan menggigit tangan orang yang memberi. Adakah salah untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin negara?

Yang jelas banyak kelemahan.

Ceramah Perdana Dyana4TelukIntan Malam Ni

Posted: 18 May 2014 01:46 AM PDT



Sila ambil perhatian dan sebarkan secepat mungkin.

Ayuh bantu pakatan rakyat kekalkan teluk intan.

Dyana Mulakan Kempen

Posted: 17 May 2014 06:34 PM PDT



Beliau dilihat di sekitar pasar kawasan teluk intan.

Puteri umno dah mati akal dan gerak kerja.

Sentuhan Boateng terus menjadi

Posted: 17 May 2014 05:47 PM PDT



Kota Bharu: Pengendali Kelantan, George Boateng meneruskan sentuhan magisnya apabila berjaya memacu Kelantan mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengambil alih The Red Warriors (TRW) dengan menewaskan Perak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan 1-2 di tangan anak buah Abu Bakar Fadzim di laman lawan dalam pusingan pertama Liga Super.
Beraksi tanpa penyerang import barunya, Prince Tagoe, ia jelas tidak menjejaskan rentak apabila tuan rumah sudah merobek gawang lawan seawal minit kelima apabila Mohamed Shawky menanduk masuk hantaran lintang Brendan Gan.

Tebus kesilapan

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa tetapi menyedari kedudukan itu belum menjamin kemenangan, barisan TRW terus mengasak The Bos Gaurus.

Usaha mereka akhirnya berhasil apabila Khairul Izuan yang dua kali menghampakan peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-70 dan 75 akhirnya menebus kesilapannya pada minit ke-77 dengan membolosi gawang yang dikawal Mohamad Nor Haziq Mohd Aris.

Namun, jaringan itu tidak mematahkan semangat The Bos Gaurus yang bangkit merapatkan jurang dua minit kemudian apabila hantaran lintang Mohamad Ridzuan Azly Hussham berjaya disambut baik oleh Mohd Norhakim Isa untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tiada ulasan: