Kerabu Bersuara ® |
- Bekas MB Terengganu, Ahmad Said umum keluar UMNO
- Datuk Seri Ahmad Said isytihar keluar UMNO dan jadi wakil bebas DUN Kijal
- Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu
- Menteri Besar Terengganu Yang Baru
- LOGIKKAH ALASAN MCA TIDAK BERTANDING DI BUKIT GELUGOR?
Bekas MB Terengganu, Ahmad Said umum keluar UMNO Posted: 12 May 2014 09:38 AM PDT Haider Yutim, Astro Awani Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas. Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini. |
Datuk Seri Ahmad Said isytihar keluar UMNO dan jadi wakil bebas DUN Kijal Posted: 12 May 2014 09:36 AM PDT |
Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu Posted: 12 May 2014 03:17 AM PDT KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi. Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar. |
Menteri Besar Terengganu Yang Baru Posted: 12 May 2014 02:32 AM PDT |
LOGIKKAH ALASAN MCA TIDAK BERTANDING DI BUKIT GELUGOR? Posted: 11 May 2014 08:57 PM PDT Mohammad Agus Yusoff Penamaan calon telah selesai dengan calon DAP Ramkarpal Singh, akan ditentang oleh Huan Cheng Guan (Presiden PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan. MCA tidak meletakkan calonnya. Alasannya yang diberikan oleh Setiausaha Agong dan Presidennya adalah kerana mahu memberi tumpuan pada isu hudud yang dihadapi sekarang. Alasan ini tidak masuk akal. Mengapa begitu ya sikap pemimpin politik ini, sering memberi alasan yang rendah kualitinya? Selalunya inilah yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan pemimpin sebegini. Lebih teruk lagi jika pemimpin sebeginilah nanti yang dilantik menjadi menteri. Jika sayalah dikehendaki berhujah, saya akan katakan melihat kepada keputusan PRU-13, MCA tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan ini. Oleh itu, MCA merasakan wajar untuk mengukuhkan dahulu kedudukan parti di kawasan ini daripada bertanding. PM pula memberi alasan BN tidak meletakkan calonnya kerana MCA dalam proses konsolidasi untuk mengukuhkan partinya. Alasan PM hujah diplomatik yang baik. Cuma, kata PM lagi, BN mungkin akan menyokong calon yang mesra BN. Siapakah calon itu? Wajarkah BN menyokong calon Bebas? Apa pandangan kawan-kawan? |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan