Kelab Greenboc |
- Apa Perasaan Ibrahim Ali Jika Ada Buat Kenduri Jika Dia Dimasukkan Ke ICU Semula?
- [BERGAMBAR] Siapa Yang Bawa Pistol & Siapa Yang Berjubah Di Himpunan Bantah GST?
- Akhbar Pro-BN Kata Cuma 500 Yang hadir Perhimpunan Anti-GST
- GST: Kita Mesti Berhenti Dilembukan
Apa Perasaan Ibrahim Ali Jika Ada Buat Kenduri Jika Dia Dimasukkan Ke ICU Semula? Posted: 03 May 2014 12:40 AM PDT Ibrahim Ali buat kenduri jika Anwar masuk penjara Selepas bertalu-talu mengkritik lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia, hari ini Datuk Ibrahim Ali mengalihkan sasarannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu mendoakan agar Anwar segera ke penjara dan akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya hasrat itu tercapai. "Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara. "Lagi cepat Anwar masuk penjara, lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara. Baik juga untuk pihak keselamatan kerana tidak pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semasa Himpunan Reformasi 2.0 di Kuching pada minggu lalu, Anwar yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan mahkamah dalam kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu berat sebelah. Katanya, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi. "Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah). Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada. "Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," katanya. Ibrahim berkata Anwar tanpa henti menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang bertanggungjawab memasukkannya ke penjara. Katanya, selaku rakan yang sama-sama ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun pada 1974 bersama bekas timbalan perdana menteri itu, perawakannya tidak sukar dibaca. "Tuduhan Anwar sama. Kerja Najib dan Rosmah hantar dia ke penjara. Dia dakwa dizalimi,konspirasi kedua, hakim tidak adil dan macam-macam. "Anwar ingat Malaysia ini negara mak bapa dia yang dia boleh buat suka hati dan seolah-olah kebal daripada undang-undang. Semua orang tak betul, dia sahaja yang betul," katanya. –TMI
ULASAN GB Sungguh dasyat perangai Ibrahim Ali sampai nak buat kenduri jika Anwar dipenjarakan semula. Kita ingin bertanya kepadanya apa perasaannya jika ada orang (terutama mereka yang menentang sikap rasismanya) buat kenduri jika beliau dimasukkan ke ICU semula? Itu sebab jangan terlalu cepat untuk bergembira jika musibah menimpa orang lain kerana orang yang sedemikian mungkin bakal menerima "hukuman" lebih berat ... terus ke ICU tanpa boleh makan, minum dan bercakap. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BERGAMBAR] Siapa Yang Bawa Pistol & Siapa Yang Berjubah Di Himpunan Bantah GST? Posted: 02 May 2014 10:51 PM PDT Peserta Himpunan Bantah GST Bahwa Pistol..!! Heboh di alam siber mengenai rakaman gambar seorang "peserta" Himpunan Aman Bantah GST semalam bawa pistol. Pakai baju T merah bantah GST tetapi ada pistol dipinggangnya ... apakah ini nanti akan dijadikan bahan bukti oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan fatwa "BUGHAH"????? Yang pasti ini bukan peserta himpunan bantah GST tetapi petugas menjaga keselamatan dan ketentraman awam semasa Himpunan Aman GST di adakan. -omakkau LAPORAN KEDUA
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Akhbar Pro-BN Kata Cuma 500 Yang hadir Perhimpunan Anti-GST Posted: 02 May 2014 04:47 PM PDT Rakyat Malaysia dan warga dunia bukan dungu! Hanya 500 hadir ke Perhimpunan Bantah GST! Oleh Ng Kee Seng SEKILAS PANDANG: Jika rakyat Malaysia berharap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno bakal berubah haluan dan melaksanakan reformasi selepas PRU13, lupakan saja. BN seumpama seekor keldai degil. Perhatikan sahaja sikapnya dan sedarlah ia bersikap degil seperti sang keldai. Liputan akhbar arus perdana tentang perhimpuan bantah GST yang dianjurkan pada 1 Mei telah disuntik elemen propaganda. Media kerajaan bukan hanya mati pucuk, ia menghina kebijaksanaan pembaca di serata dunia. Media milik pemerintah ini diterajui pengarang yang tiada tulang belakang dan mereka tidak hiraukan integriti ataupun kemampuan untuk bertahan lama. Mereka hanya menjaga kedudukan sendiri. Tiada langsung sebiji zarah professionalisme kewartawanan yang diterapkan organisasi media kerajaan tanpa maruah di Malaysia hari ini. Perhatikan laporan menyedihkan yang terpampang di dada akhbar mereka. Hanya 500 peserta perhimpunan didakwa berkumpul bagi membantah GST. Buta sangatkah mata rakyat Malaysia? Atau mungkin pihak kerajaan akan mendakwa foto-foto yang berlegar di laman media sosial telah dipalsukan bagi memberi gambaran satu perhimpunan raksasa? Perkataan 'memalukan' tidak lagi sesuai bagi mencerminkan media kerajaan ini. Mereka ini berkasta terlalu rendah. Tidak menghairankan apabila edaran dan jumlah pembacanya semakin merudum teruk. Perhimpunan raksasa itu disertai pelbagai golongan dengan majoriti terdiri peserta Melayu. Ini jelas menunjukkan BN bakal diketepikan. Jalanan di ibukota dimeriahkan tiupan vuvuzela dan horn kereta. Anggaran kasar menunjukkan lebih dari 20,000 manusia membanjiri tapak perhimpunan. Peserta membawa sepanduk dan poster yang tertera slogan "Bantah GST" dan "Sokong Hudud". Golongan tua dan muda, kanak-kanak dan dewasa mula berhimpun seawal jam 11 pagi. BN tumpas majoriti dua pertiganya di Parlimen pada PRU12 dalam tahun 2008. Gabungan pemerintah itu berterusan mengenepikan amaran rakyat yang jelas tidak gembira dengan caranya mentadbir negara. Popularitinya kian kelam selepas PRU13 apabila ia tumpas dari segi undi popular. Tetapi masih juga BN bertakhta di Putrajaya akibat undi majoriti dan berkat persempadanan kawasan mengundi. Kita ingat BN bakal sedar dari lamunannya, bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan kekal relevan di bumi ini. Tetapi ternyata ia menjalankan "urusan seperti biasa" dan kekal menakut-nakutkan rakyat jelata. Apa bakal terjadi di PRU14 nanti? -theantdaily Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
GST: Kita Mesti Berhenti Dilembukan Posted: 02 May 2014 06:15 AM PDT Pemimpin vokal DAP, Ariff Sabri berkata, jika rakyat, terutamanya orang Melayu, menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia mengesahkan mereka lembab. "Kita mesti berhenti dilembukan," kata Ariff yang juga ahli Parlimen DAP Raub dalam blognya. Menurutnya lagi, majoriti yang tidak menyokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka. "Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit," tambahnya. Ariff juga berkata apabila terdapat cadangan untuk memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan membatalkan saman, Umno dan kumpulan Melayu membantah, "sedangkan hasil AES dinikmati oleh elit Melayu". Beliau juga mengingatkan orang Melayu bahawa 20 peratus Melayu teratas meraih pendapatan bulanan sebanyak RM10,666 manakala 40 peratus yang di tengah (M4,123) dan 40 peratus terbawah berpendapatan (RM1,686 ). "Jangan lupa ini," tegasnya. "Bila kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma, orang Melayu juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah pembatalan PTTN. "Apa orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar? Perkara percuma, mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga? Nasi apa yang orang Melayu makan?" tambahnya. -mk Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan