Sabtu, 3 Mei 2014

edyesdotcom

edyesdotcom


SAMM Nafi Terlibat Dalam Kekerasan di Dataran Merdeka

Posted: 02 May 2014 08:31 PM PDT

Kenyataan Media
3 Mei 2014

SAMM Nafi Terlibat Dalam Kekerasan di Dataran Merdeka

1. Tanggal 1 Mei 2014 menyaksikan Hari Buruh kali ini disambut dengan penuh bersejarah, menjadikan GST sebagai bantahan utama. Satu perarakkan besar dari KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang telah dijayakan oleh puluhan NGO yang terlibat. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cukup berbangga kerana menjadi sebahagian dari aksi bersejarah ini.

2. Ketika sampai di pinggir Dataran Merdeka, SAMM cuba masuk ke tengah dataran untuk sama-sama meraikan detik hebat ini. Namun menyedari sudah tiada ruang untuk SAMM bergerak masuk, maka SAMM ambil keputusan untuk berhenti dan duduk di satu lokasi.

3. Kekecohan bermula dan kemudian berlaku tolak-menolak hingga masuk ke lingkungan kedudukan SAMM menyebabkan ada anggota SAMM yang dirempuh termasuklah wanita muda SAMM. SAMM terpaksa mempertahankan diri dari asakan dan juga cuba bertindak meleraikan kekecohan.

4. SAMM tidak menafikan beberapa komrad SAMM dalam jumlah yang sangat kecil (daripada hampir dua ratus anggota) gagal mengawal perasaan dalam keadaan penat dan panas berarak hampir 5 kilometer, akhirnya berjaya ditenangkan. 

5. SAMM menafikan sekerasnya di atas sebarang tuduhan kononnya SAMM terlibat dalam pergaduhan dengan mana-mana pihak. Kami mengecam sebarang tindakkan ganas sesama sendiri termasuk aksi tolak-menolak yang melampau atas alasan menghalang orang masuk dataran dan sebagainya.

6. SAMM juga menafikan sekerasnya laporan akhbar Bernama yang mengatakan kononnya SAMM terlibat memukul pihak media. SAMM mengecam tindakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kekerasan terhadap media, ini tidak harus berlaku dan merupakan kesalahan yang tiada kompromi. SAMM menasihatkan agar media yang tersalah lapor agar membetulkan semula laporan tersebut.

7. SAMM merumuskan kejadian ini adalah terpencil dan mampu dielak pada masa akan datang. Namun lebih utama ialah kita harus fokus kepada gambaran lebih 50 ribu rakyat yang berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah GST.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Tiada ulasan: