Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Dikata Pendatang, Penceroboh, Bodohlah Cina Jika Masih Undi BN
- [VIDEO] Raja Bomoh Kata Khairy Penyebab Kekalahan Negara Rebut Piala Thomas
- [20 GAMBAR] Fenomena "Dyana Mania" Landa Negara... Selamat Tinggal UMNO BN!
[VIDEO] Dikata Pendatang, Penceroboh, Bodohlah Cina Jika Masih Undi BN Posted: 28 May 2014 12:12 AM PDT PRK Teluk Intan: Dikata pendatang pun Cina mahu sokong BN - Anwar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segolongan orang Cina yang masih menyokong BN walaupun mereka telah dilabelkan sebagai pendatang. Bercakap di Teluk Intan malam tadi, Anwar yang juga ketua umum PKR menyifatkan mereka sebagai "tak tahu malu". "(Mereka kata orang) Cina ini pendatang, apa lagi Cina mahu, itupun ada lagi (orang) Cina mahu sokong BN, tak dak malu punya Cina," kata Anwar berseloroh dan disambut gelak ketawa para hadirin. Beliau juga menegaskan tentang pentingnya untuk saling hormat menghormati. "Saya kalau mahu pimpin rakyat Malaysia, saya mahu jaga anak Melayu, saya mesti jaga anak Cina, anak India, anak Dayak seperti anak saya, baru saya boleh pimpin ini negara." "Jika saya tidak menghormati anda, maka saya tidak layak dihormati," tambahnya. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Raja Bomoh Kata Khairy Penyebab Kekalahan Negara Rebut Piala Thomas Posted: 27 May 2014 08:53 PM PDT Bomoh 1Malaysia, Datuk Ibrahim Mohd Zin menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri. Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu. "Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)"ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi. Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri. Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain. Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu. “Dia mengata, kemudiannya memuji. “Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi. Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu. Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar “Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League. Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[20 GAMBAR] Fenomena "Dyana Mania" Landa Negara... Selamat Tinggal UMNO BN! Posted: 27 May 2014 05:08 PM PDT Dyana Mania : Anak Muda Meninggalkan UMNO Satu waktu dulu pernah aku tulis membayangkan kemungkinan UMNO akan senasib dengan dinosaur, sejenis binatang yang gagah dan kuat yang ditakuti oleh semua binatang di atas bumi ini, akhirnya hilang dan lenyap. Oleh itu aku membayangkan apakah UMNO juga akan serupa nasibnya dengan dinosaur. Kini sudah mula muncul satu 'petunjuk' yang dinamakan 'Dyana Mania' dalam PRK Teluk Intan. Apakah 'Dyana Mania' akan menjadi pemangkin kepada proses penghijrahan anak muda Melayu khususnya meninggalkan UMNO. Apakah Tun Mahathir yang merupakan pemimpin UMNO begitu lama sudah dapat membayangkan keadaan sedemikian akan berlaku. Mungkin agaknya Tun sudah dapat merasakan keadaan sedemikian akan berlaku dan hanya sekadarkan beliau tidak mahu menyebutnya dan mungkin juga terlalu gerun untuk melafazkannya. Jikalau tidak begitu 'ramalan'nya tentulah tidak mungkin beliau begitu gabra meperkatakan tentang penampilan anak muda bernama Dyana dalam PRK Teluk Intan. Mungkin pemimpin UMNO yang lain tidak dapat nampak apa yang 'dilihat' dan 'direnung' oleh Tun Mahathir. Pastinya Tun Mahathir amat bimbang tentang perkembangan yang berlaku kini. Apa tidaknya. Dulu DAP adalah dianggap sebagai parti kaum Cina. Dan sehingga kini DAP sentiasa dianggap dan diwar-warkan sebagai parti rasis yang memperjuangkan kepentingan Cina dan anti Melayu. Tetapi dengan kehadiran beberapa pemimpin Melayu dalam DAP, tohmahan dan anggapan sebegini pastinya akan hilang dengan sendirinya. Yang paling merunsingkan para pemimpin UMNO ialah hilangnya label UMNO yang sentiasa dikatakan bahawa UMNO sahajalah yang akan memperjuangkan orang Melayu. Kini sudah ada tiga parti yang kuat dan kukuh yang bukan sahaja memperjuangkan orang Melayu tetapi juga kaum Cina, India, Kadazan, Dayak dll Maknanya lama kelamaan orang Melayu yang berpendidikan akan lebih selesa dengan parti yang berorientasikan bangsa Malaysia, yang berteraskan orang Melayu. Hakikat ini yang pada fikiran aku amat membimbangkan pemimpin UMNO terutama Tun Dr. Mahathir. Dan kemunculan Dyana mungkin merupakan 'catalyst' dan 'game changer' yang akan mencetuskan berbagai-bagai perkembangan selepas ini. Mungkin…. Oleh itu mahu tak mahu UMNO kena berubah ikut zaman. Jikalau tidak nasib UMNO akan sama dengan nasib Dinosaur. Lenyap di atas muka bumi ini. Dalam banyak hal UMNO terpaksa buat perubahan. Bak kata peribahasa Melayu, 'sekali air bah sekali pasir berubah'. 'Air bah' telah pun berlaku dan telah meninggalkan kesan-kesan yang memaksa 'pasir' berubah. Hukum alam mengatakan bahawa pasir mesti berubah selepas air bah. Oleh itu tidak salahnya ahli UMNO melihat keadaan sedemikian daripada mencari jalan menyalahkan 'orang' itu dan menyalahkan ' pihak' ini. Buang masa. Bukan zamannya kita membebel dan menyalahkan orang lain. Orang UMNO juga selalu' menyalak' ke sana ke mari menyuruh orang lain ' think positive'. Diri sendiri bagaimana? Aku perhatikan ramai pemimpin UMNO yang masih berada pada tahap tahun-tahun 60an. Jikalau ada pun perubahan cara berfikir dan bertindak, ia hanya berlaku dikalangan setengah pemimpin. Sedikit benar bilangannya. Apa tidaknya. Hadirkanlah diri di Persidangan Agung UMNO (PAU) yang diadakan pada setiap tahun itu. Itulah rupanya semenjak dari dulu sehinggalah sekarang. Dari segi penyampaian dan 'input' aku rasa tak banyak beza dengan keadaan pada tahun-tahun 60an dan 70an, walaupun ada usaha pembaharuan yang cuba hendak diketengahkan oleh golongan muda, namun usaha yang sedemikian 'tak jalan'. Itulah UMNO sehingga kini dan mungkin selama-lamanya. Berbalik kepada persoalan perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO. Aku tidak dapat memberikan formulanya. Aku hanya 'pandai' mengkritik tetapi tidak dapat memberikan penyelesaiannya. Itu aku mengakuinya. Dan bukan pula tugas aku nak memikirkannya. Cuma aku dapat memberikan senario yang sedang dan akan dihadapi oleh UMNO sekiranya mahu menjadikan parti itu relevan. UMNO terpaksa mengambil kira perasaan anak muda generasi DEB, terutamanya anak muda Melayu yang berpendidikan tinggi. Cara berfikir mereka agak berlainan dengan cara berfikir generasi lama – generasi sebelum DEB. Golongan ini tediri daripada para eksekutif yang boleh berdikari dengan ilmu dan ijazah yang mereka perolehi. Mereka tidak memerlukan 'tongkat' atau penggantungan kepada sesiapa. Mereka berdikari. Lantas cara berfikir mereka juga amat sukar dipengaruhi. Ramai anak muda generasi Kurun ke 21 sudah tidak berfikir berlandaskan kaum dan bangsa. Ini berlaku pada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Mereka sudah tidak berapa peduli sangat tentang kedudukan kaum dan bangsa. Mereka adalah Bangsa Malaysia. Keadaan ini berlaku adalah ekoran daripada sukatan pelajaran yang merentasi kurikulum yang didedahkan kepada mereka di sekolah-sekolah. Aku perhatikan UMNO secara umumnya semacam tidak sedar tentang perkembangan yang dinyatakan di atas. UMNO masih syok sendiri. UMNO masih 'melayan' orang Melayu. Masih 'menjaga' hati orang Melayu. Begitu 'enaknya' melayan 'mimpi-mimpi' yang endah sehinggakan ramai orang Melayu tidak sedar tentang perkembangan yang berlaku disekeliling. Memang berlaku. Dan aku perhatikan keadaan itu dengan penuh minat. Aku nampak macam cerita seekor katak yang berada dalam air yang dipanaskan. Disebabkan terlalu selesa berada dalam air berkenaan, sikatak lupa bahawa air sedang dipanaskan. Si katak baru sedar yang ia dalam bahaya setelah air telah mendidik. Kesannya….. fikirlah sendiri….. -abuhassanadam
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan