Penemuan DNA babi (procine) dalam dua jenis coklat Cadbury yang diriuh randahkan oleh beberapa NGO bertopikan Melayu dan Islam sekali lagi menggambarkan kecetekan pengetahuan dan nilai agama dalam sesetengan kumpulan penganut Islam di negara ini.
Babi memang diharamkan dari dimakan kerana sebab-sebab yang Allah s.w.t. sahaja mengetahuinya lebih mendalam. Secara saintifiknya kita diberi tahu dalam daging babi ada verius yang sukar dimatikan dan berbahaya kepada manusia.
Sejauh mana ia berbahaya dan kecanggihan ilmu perubatan tidak dapat mematikannya, menjadi persoalan dan tanda tanya. Kerana kalau benar verius itu membawa maut dan merosakkan sistem saraf kehidupan manusia, mungkin ramai manusia yang terkorban dan rosak dengan virus berkenaan.
Pemakan daging babi di dunia ini bukan sedikit dari Timur hingga ke Barat. Hanya orang Islam sahaja yang tidak memakan babi tetapi penganut agama lain atau yang tidak bergama makan babi. Jumlah orang bukan Islam lebih ramai dari orang Islam di dunia ini. Tidak ada perangkaan menunjukkan manusia korban atau sakit kerana makan babi.
Manusia korban dan maut atau menderita kerana bencana alam dan bom atom rasanya lebih tinggi dari korban kerana makan babi. Hakikat ini, bagaimana pun tidak boleh dijadikan dalil atau hujah untuk mengatakan babi itu halal. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah wajib menjadi kepercayaan orang Islam menghindarinya. Tanda orang beriman itu ketaatan kepada Allah.
Dalam hal ini pun Allah masih berkompromi atau pencipta hukum masih berkompromi dengan daging babi. Sekirang umat Islam dalam keadaan darurat, kelaparan mereka boleh makan babi atas khilas untuk
survive, hidup. Apakah pula kesimpulan yang boleh diambil dari sini. Kalau tidak makan babi mati, dan kalau makan berdepan dengan virus yang juga boleh membawa mudarat? Di sinilah guna akal dan kenapa akal dianugerahkan Allah.
Jika mengambil kira hakikat itu, tidak perlu kita emosi untuk berdepan dengan DNA babi yang ditemui dalam coklat Cadbury atau makanan lain. Saya percaya, DNA babi bukan saja terdapat dalam coklat tetapi dalam makanan lain juga. Bukan hari ini, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kewujudan mahkluk Allah itu. Misalnya ianya juga masuk dalam ayam. Ayam makan cacing atau humas dalam tahi babi, kita makan ayam.
Pembabitan kita dengan babi bukan saja menerusi makanan, tetapi dalam kehidupan seharian juga. Hari ini babi sudah menjadi haiwanan peliharaan terbiar oleh orang Melayu. Di kampung-kampung babi berkeliaran dimana-mana sahaja. Mereka berkawan dengan ternakan lain, lembu, kambing ayam dan itik.
Persentuhan itu kita tidak berasa sebab ia bukan langsung dalam makanan.
Kita boleh membantah ke atas apa yang berlaku itu. Tetapi biarlah secara rasional dan sebagai seorang orang Islam yang cerdik dan fatanah. Bukan kerana luapan emosi. Anjuran agar bakar kilang Cadbury atau pun menuntut syarikat pengeluar coklat ada DNA babi itu bayar untuk bersih darah adalah melampau dan tindakan semacam politik "Zahid Hamidi" sahaja, kurang cerdik dan otak kemetot.
Cukuplah desak agar syarikat itu bersihkan keraguan itu. Kita ada badan yang mengawasinya biarlah mereka urusakan. Soal halal haram tertakluk dalam bidang kuasa Jakim. Kalau kita bersubahat dengan makanan haram, maka tanggungjawab dosa tertanggung kepada Jakim. Yang patut dibakar disini bukan kilang tetapi Jakim. Apakah kerja Jakim selama ini. Bukankah tujuan perwujudannya untuk menjaga hal ehwal Islam? Kerja Jakim bukan menyesatkan orang tetapi lebih penting turut sama mengejar babi.
Bagi yang ekstrem untuk mengelakkan bersubahat dengan makanan haram seperti babi, boleh saja mengambil jalan keluar yang tidak menyakiti hati mana-mana orang. Dan tindakan ini juga profesional, iaitu anjurkan agar umat Islam tidak memakan makanan dikeluarkan dari syarikat bukan diuruskan secara Islamik.
NGO bertopikan Melayu Islam itu boleh gerakan kempen memakan makanan hijau yang ditanam sendiri, ataupun kueh mueh, coklat dan sebagainya dibuat sendiri. Pihak kerajaan boleh memberi modal untuk orang Islam membangunkan industri coklat sendiri. Cara begini sahaja boleh mengelakkan kita bersubahat dengan termakan makanan haram. Kerajaan sendiri pun pandang enteng dan malu-malu dengan Islam apa pelik kalau rakyatnya termakan babi.
Untuk mengharam industri membabitkan dengan unsur-unsur subahat seperti babi, arak dan sebagai itu tidak cerdik kerana tindakan itu zalim. Perlu diingati makanan-makanan demikian masih ada pemakan dan penggunaannya. Di negara "tujuhtigakosong" ini bukan dihuni oleh Melayu yang berasakan mereka Islam 101 peratus tetapi ada orang bukan Islam lainnya.
Tuhan menyediakan makanan halal bagi kamu, agar kamu tidak memakan makanan yang halal bagi mereka. Tuhan telah menyediakan batas-batasnya dan bertindaklah jangan melampau. Tuhan tidak menghalau mereka (pemakan babi) agar berada di satu tempat seperti pulau hidup bersama-sama dengan si pemakan babi lain. Tuhan tidak mengajar hambaNya kejam melainkan bertimbang rasa dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah.
Islam itu hanya terpakai kepada orang yang berakal. Tuhan tidak menyebut agama itu bagi yang gila atau emosional.
[wm.kl.10:30 am 28/05/14]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan