Sabtu, 24 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Najib Haramjadahkan Peneroka Tak Apa, UMNO Pariah & Sesatkan Orang Tak Apa..

Posted: 24 May 2014 02:30 AM PDT


UMNO Celaka, PAS Sesat, DAP Komunis - Apakah Bezanya?

Dua insiden bercirikan samseng berlaku semalam dan menjadi perhatian rakyat seluruh negara. Di Pulau Pinang, sekumpulan orang yang sebahagiannya melibatkan pemimpin Pemuda UMNO telah merempuh pagar dan pintu serta menceroboh Dewan Undangan Negeri Pinang sebagai tanda protes terhadap ucapan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer yang mengatakan UMNO celaka.

Mereka ini cuba mencari Rayer yang kebetulan tidak hadir sidang DUN bagi menyataksn rasa protes dan mahunya menarik balik ungkapan yang dianggap menghina itu. Perlakuan ala samseng itu bukan saja terlihat melalui tindakan merempuh dan menceroboh tempat persidangan DUN yang seharusnya dihormati dan dimuliakan tetapi juga sehingga memanjat meja yang dikhaskan untuk Speaker.

Di Teluk Intan pula, kempen calon DAP, Dyana Sofya di sebuah kawasan perumahan cuba diganggu oleh perlakuan samseng yang menghalangnya memasuki kawasan itu sambil menjerit-jerit dan membunyikan enjin motorsikal dengan kuat. Ekzos yang dibunyikan dengan bingit juga cuba dihalakan kepada rombongan calon DAP itu sambil menjerit perkataan "keluar, keluar" dan "ini kawasan Melayu".

Dalam kedua-dua kejadian bercirikan samseng ini, ia nyata melibatkan Pemuda UMNO. Walaupun Khairy Jamaluddin sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan menceroboh tempat sidang DUN itu adalah salah dan demo bantahan seharusnya dibuat di luar bangunan saja serta siasatan perlu dilakukan untuk memastikan ganggguan kempen di Teluk Intan itu betul-betul dilakukan oleh ahli Pemuda UMNO dan bukan mereka yang menyamar, imej Pemuda UMNO dan anak-anak muda yang bersama BN jelas telah tercemar.

Di ketika pihak DAP meletakkan seorang calon muda sebagai simbol mengangkat martabat golongan muda, perlakuan golongan muda yang dikaitkan Pemuda UMNO, sama ada di Pulau Pinang mahupun di Teluk Intan, adalah bertentangan sama-sekali serta memalukan.

Perlakuan itu hanya memungkinkan calon BN menerima kekalahan lebih buruk berikutan perlakuan samseng dan tidak beradab yang ditonjolkan tidak mungkin melekat positif di hati pengundi. Sebagaimana KJ selalu menyebut, pertarungan politik haruslah dibentangkan dengan kekuatan hujah dan akal fikiran, nampaknya masih ramai di peringkat bawah dalam Pemuda UMNO yang gagal memahami serta keliru bagaimana untuk menawan hati pengundi.

Perlakuan kasar, biadap dan samseng tidak akan diterima oleh tamadun mana sekali pun. Kalau pun ada gelaran UMNO celaka yang dilemparkan, serangan balas dalam bentuk yang sama harus dilakukan. Selain protes di luar bangunan, ADUN UMNO di DUN Pulau Pinang juga sepatutnya memainkan peranan lebih aktif dan berkesan berhujah atau mendesak Rayer menarik balik perkataan yang diucapkannya itu.

Soalnya kenapa pula ADUN UMNO di Pulau Pinang bagaikan membisu?

Merempuh pagar, menceroboh bangunan dan memanjat meja Speakar, walau betapa tinggi sekali pun tahap kemarahan,ia tetap perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Seharusnya ada tindakan lain yang lebih praktikal, munasabah dan bertamadun dilakukan.

Lagi pula, pemimpin muda UMNO tidak harus sensitif dengan ungkapan UMNO celaka atau seumpama dengannya. Terimalah dengan lapang dada atau balas balik dengan panggilan yang serupa juga. Kita juga jangan lupa, pemimpin UMNO sendiri pernah menggelar Pas sesat dan DAP komunis. Malah kadangkala lebih menghina seperti DAPig, PAS parti syaitan dan sebagainya. Pemimpin kedua-dua parti itu juga pernah digelar dengan berbagai-bagai gelaran yang lebih mengaibkan dan menghina.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam ucapan terbuka pernah menyebut Pas sebagai parti sesat. Jadi kalau sekadar UMNO dipanggil celaka, relaks bro...

Antara Pas sesat, DAP komunis dan UMNO celaka tidak jauh beza daripada segi maksud mahu mengaib, memberi malu dan memberi gangguan kepada mereka ditujukan ungkapan itu. Ia sama saja antara dua kali lima dengan lima kali dua.

Begitu juga gangguan kempen, menghalang calon berjumpa pengundi dan berbangga "ini kawasan Melayu" sama-sekali tidak menggambarkan keterbukaan dan amalan demokrasi yang diamalkan. Setelah UMNO berusia 68 tahun dan memerintah negara lebih 50 tahun, masih ada perlakuan seumpama ini tidak lebih menggambarkan kegagalan UMNO menterjemah kematangan dan ketinggian akal budi kepada ahli-ahlinya.

Pilihanraya adalah sebahagian proses demokrasi dan ia seharusnya diraikan dengan semangat keterbukaan dan persaingan yang sihat. Mencemarkan proses demokrasi dengan amalan bercirikan samseng dan seolah-olah masih dibelenggu dengan pemikiran zaman batu bahawa kekuatan tenaga dan tubuh yang besar boleh menakluki dunia, hanya menggambarkan kemunduran yang mengaibkan.

Dalam hal ini, oleh kerana yang paling terkesan adalah Pemuda UMNO kerana anak-anak muda yang melakukannya, tidak harus pergerakan itu sekadar mengeluarkan kenyataan tidak setuju, membantah atau akan menyiasat saja, sebaliknya haruslah memastikan insiden yang memalukan dan tidak bertamadun ini tidak berulang lagi.

Perlakuan ala samseng ini tidak mungkin menambah undi dan kalau pun calon dihalang memasuki sesuatu kawasan, bukankah langit sudah lama terbuka? -shahbuudindotcom


'Mereka panggil paria, saya tak kisah pun'

Wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menjadi sasaran kemarahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kelmarin berkata beliau juga dimaki dengan kata-kata kesat tetapi tidak menghiraukannya.

"Mereka panggil saya pelbagai nama, haram jadah, paria... Lebih baik bahaskan isu ini," kata Rayer ketika ditemui di DUN semalam.

Beliau merujuk kepada tindakan sekumpulan individu yang menceroboh DUN untuk mencarinya, antaranya kerana menggelar pemimpin Umno celaka.

Kumpulan itu sebelum itu menyertai perhimpunan di luar dewan yang antaranya menggelar beliau sebagai bangsat, paria dan rasis sambil membawa telur ayam untuk dibaling pada Rayer.

Rayer bagaimanapun menjelaskan, beliau menggunakan perkataan celaka terhadap tiga pemimpin Umno kerana parti itu sering menguar-uarkan konsep 1Malaysia tetapi memainkan politik perkauman.

Pemimpin Umno itu adalah dua anggota Parlimen – Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor) – dan timbalan pengerusi Umno negeri Musa Sheikh Fadzir.

Ketiga-tiga mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-Umno di Seberang Jaya pada Januari yang kontroversi apabila kain rentang mengaitkan DAP dengan tragedi 13 Mei dipamerkan.
-mk



Najib maki 'haram jadah' kepada peneroka

SHAH ALAM: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini dipertikai selepas menuturkan perkataan kurang sopan kepada peneroka yang menyokong pembangkang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima 'durian runtuh' selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.

"Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 kelmarin turut berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil 'durian runtuh' RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.

"Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah," katanya.

Khalid berkata, walaupun ada peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian itu, keputusan sama ada mahu menerima 'durian runtuh' itu tetap terletak di tangan mereka.

Beliau turut mendakwa pemberian 'durian runtuh' itu dibuat hanya berdasarkan niat politik apabila Najib menyentuh isu 'pembubaran parlimen'.

Punca tindakan zalim

Sementara itu, beliau turut membidas mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir'.

Katanya, kenyataan Rahim jelas membuktikan cara Umno-Barisan Nasional (BN) menanamkan pemikiran kebencian terhadap pembangkang dalam kalangan pegawai atasan sehingga dianggap musuh negara. "Inilah yang menghasilkan tindakan zalim. Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan sehingga mereka ini tak boleh bertindak ikut cara profesional," katanya.

Katanya, sebagai negara demokrasi pembangkang ada hak dan perlu dihormati serta bersedia menghadapi kekalahan (pembangkang atau BN) melalui pilihan raya.

Namun bukan melalui cara kotor dengan putar belit fakta dan propaganda sehingga menanamkan kebencian di kalangan kakitangan kerajaan.

"Kalau BN tak nak lepas kuasa, cakap terus terang jangan rosakkan kerajaan," katanya.
-FMT | May 10, 2012










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 Peguam Menang Kes Saman Polis, K'jaan BN Kena Bayar RM375,000

Posted: 23 May 2014 10:44 PM PDT


5 peguam menang kes saman polis isu penahanan tidak sah, kerajaan BN kena bayar RM375,000.00

KUALA LUMPUR 23 MEI: Lima peguam hari ini menang kes saman ke atas polis berikutan penahanan tidak sah pada 2009.

Keputusan itu dibacakan Hakim John Louis O Hara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Mereka adalah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhaliwall.

Mereka ditahan polis ketika berada berdekatan Balai Polis Brickfields bagi mewakili 14 orang yang ditangkap semasa candlelight vigil diadakan di hadapan balai tersebut.

Semua mereka ditangkap ketika menjalankan tugas dan terpaksa tidur di dalam lokap semalaman.

Mahkamah memerintahkan mereka dibayar gantirugi am RM15,000, gantirugi teruk dan teladan RM60,000 tiap seorang.

Keseluruhan kos untuk kelima-lima mereka adalah RM375,000. Peguam mewakili mereka adalah R Sivarasa.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Kisah Doktor Perempuan Bertaubat Kerana Pesakitnya

Posted: 23 May 2014 06:11 PM PDT


Seorang alim telah dikejarkan ke hospital akibat telah dipukul teruk oleh bebarapa orang perompak, dia telah dimasukkan ke unit kecemasan dan tidak menyedarkan diri selama beberapa jam. Selepas beberapa jam dia akhirnya tersedar kembali, sebaik sahaja matanya dibuka dia terpandang seorang doktor perempuan yang berambut keperang-perangan disebelah kanannya. Lalu dia bertanya kepada doktor itu.

"Aku dimana"

Jawab Doc "Di hospital, tuan telah tercerdera teruk oleh sebab itu tuan ditempatkan disini"

"Lalu, bagaimana keadaan aku sekarang?" Tnya org alim itu.

"Alhamdulillah tuan dalam keadaan stabil" Jawab doc.

Pada keesokan hari, doc yang sama merawat orang alim itu. Doc itu merawat dengan penuh cermat dan hati-hati. Pesakit itu kehairanan kerana sepatutnya bukannya doc yang merawat, maka terjadilah perbualan antara mereka berdua.

Pesakit: Mengapa doc yang merawat? Dimana jururawat?

Doc: (Tersenyum) sebenarnya muka tuan seperti ayahku, oleh sebab itu saya merawat tuan"

Pesakit: Boleh aku tanya beberapa soalan kepada mu doctor?

Doc: Ya silakan tuan.

Pesakit: Mengapa engkau menjadi doctor?

Doc: Kerana saya sangat suka merawat, membantu orang yang sakit sehinggalah mereka sembuh. Terutama kanak-kanak kecil.

Pesakit: Jika engkau tidak menjadi doctor, maka apakah perkerjaan mu?

Doc: Mungkin saya akan menjadi seorang polis.

Pesakit: Mengapalah pula itu?

Doc: kerana saya sangat tidak suka orang yang membuat kejahatan, kekejaman, seperti tuan yang telah dipukul oleh beberapa orang perompak. Jika saya ketahui perompak itu pasti saya akan menangkapnya.

Pesakit: Tetapi engkau wahai doctor telah menyakiti seseorang yang mulia, engkau bagaikan telah mengambil objek yang tajam lalu engkau mencucuk kebadannya.

Doc: (Kehairan) apa maksud tuan?

Pesakit: Nabi SAW.

Doc: Boleh tuan jelaskan kepada saya?

Pesakit: Perbuatan umat Muhammad SAW yang ingkar padanya seperti mengambil objek yang tajam, lalu mencucuk-cucuk objek itu kebadan baginda hingga berdarah.

Doc: (Menundukan padangan) Lalu apa yang perlu saya buat?

Pesakit: Telah engkau katakan padaku tadi, bahawa engkau suka merawat orang. Maka engkau rawatlah baginda.

Doc: Bagaimana caranya tuan?

Pesakit: (Tersenyum) Memperbanyakkan berselawat mendoakan kesejahteraan kepada baginda, orang yang berselawat bagaikan seorang jururawat yang merawat tubuh baginda yang telah dicucuk-cucuk dan taatlah akan perintah Allah dan RasulNya.

Doc: (Keluarlah air mata dipipinya) dan terus keluar dari bilik pesakit orang alim itu.

Pada keesokan harinya terlihat akan orang alim itu kepada doctor yang merawatnya dan bertanya.

Pesakit: Boleh aku tahu, dimana doc yang perempuan berambut keperang-perangan?

Doc baru yang disangka oleh orang alim itu tersenyum dan berkata "Sayalah orangnya tuan, nasihat tuan telah membuka hati saya" Pesakit alim itu tersenyum dan terperanjat melihat doc itu sudah menutupi kepalanya dengan tudung dan membaca Bismillahirahmanirahim, berselawat sebelum merawatnya. -aans







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[BERGAMBAR] Pemuda UMNO Pamer Tindakan Barbarik. MCA Kecam Khairy

Posted: 23 May 2014 06:10 AM PDT


Ahli Pemuda Umno berkelakuan seperti samseng semasa protes, kata DAP

DAP mengutuk kelakuan sekumpulan ahli Pemuda Umno yang mengugut membakar ibu pejabat parti pembangkang itu, berkata mereka tidak berbeza berbanding "samseng".

Mereka juga menggesa parti Melayu dan pemimpinnya mengecam para ahlinya kerana "tindakan tidak bertamadun" dengan membuat ancaman itu dan memusnahkan papan tanda DAP yang memaparkan logonya.

Ia juga mahu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta maaf atas kelakuan ahli-ahlinya itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (gambar) berkata walaupun beliau menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan pandangan mereka, cara Pemuda Umno lakukan adalah tidak sopan.

"Mereka seperti samseng dalam menyatakan pandangan mereka, ia kasar dan tidak berbeza dengan samseng.

"Ini sikap tipikal Pemuda Umno yang ganas, kurang ajar dan kasar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bersenjatakan sepanduk, lebih kurang 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan melakukan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur beberapa jam lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Dr Ong Kian Ming.

Mereka mengugut membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa rusuhan itu memusnahkan papan tanda parti itu.

Polis berada di sana untuk memantau keadaan dan mengawal orang ramai daripada bersikap liar.

Para penunjuk perasaan mengutuk Ahli Dewan Undangan Seri Delima Pulau Pinang (DAP), RSN Rayer yang berkata "Umno Celaka" merujuk kepada parti Melayu pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Penggunaan perkataan beliau mencetuskan bantahan besar-besaran di Pulau Pinang juga, yang menyaksikan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dicerobohi buat pertama kali dalam sejarah semalam.

Loke menyeru semua ahli dan penyokong bertenang, menekankan bahawa mereka tidak akan turun ke peringkat Umno.

"Mereka cuba mewujudkan sebab dan berharap dapat memprovokasi kami tetapi kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap mereka," katanya.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kedua-dua insiden dalam perhimpunan di Pulau Pinang dan ibu pejabat DAP menunjukkan Pemuda Umno sedang cuba mencari isu-isu dan membesar-besarkannya kepada mereka untuk mewujudkan huru-hara.

"Kelakuan biadab dan berbahaya seperti itu mesti dilihat secara serius oleh pihak polis dan perdana menteri.

"Mereka yang terlibat mesti dihukum. Perdana menteri mesti mengutuk kelakuan sedemikian bagi menunjukkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berbahaya seperti itu," katanya.

Ong berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap sayap Pemuda Umno kerana merosakkan harta benda.

"Saya menggesa Khairy Jamaluddin mengutuk tindakan tidak bertamadun itu," kata beliau merujuk kepada ketua belia sayap ini.

"Kami juga mahu pihak polis mengambil tindakan."

Beliau berkata selain ancaman, rusuhan juga menggunakan bahasa tidak bertamadun dan menjerit kepadanya dan kakitangan DAP yang berada di sana yang menerima memorandum mereka.

"Mereka juga tidak menyerahkan memorandum tetapi mengoyakkannya di depan saya dan mencampakkannya di muka saya.

"Selepas mengumpul sampul surat, saya hanya menemui separuh daripada memorandum mereka di dalam sampul surat," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang mengawal keadaan. -TMI

Kawal ahli kamu, kata MCA pada Khairy

Pemuda MCA hari ini menegur rakan sejawatnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, supaya mengawal anggota pergerakan itu ekoran perhimpunan kontroversi mahu membakar ibu pejabat DAP semalam.

"Pemuda MCA mengutuk keras ancaman oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan untuk membakar ibu pejabat DAP, tindakan yang boleh mencederakan dan memakan korban nyawa.

"Kami gesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk kawal dan tenangkan anggotanya," kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.

Semalam, sekumpulan anggota Pemuda Umno mengadakan bantahan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana tidak puas hati dengan tindakan wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menggelar pemimpin Umno celaka.

Selain ungkapan menghinanya, sebuah papan tanda besar DAP juga ditumbangkan.

Sebelum itu, dalam bantahan di DUN Pulau Pinang, sekumpulan peserta perhimpunan menceroboh DUN, memaksa usul tergempar diadakan dan ketua pembangkang negeri daripada Umno kemudiannya memohon maaf.

Dalam kenyataannya hari ini, Chong berkata, walaupun MCA dan DAP masing-masing bermusuh secara politik, "perlindungan terhadap demokrasi dan kestabilan mesti diutamakan".

Katanya, mereka juga tidak setuju dengan kegagalan DAP memaksa Rayer menarik balik "penghinaannya" tetapi ia mestilah menggunakan peti undi dan bukannya melalui gangguan, kekasaran, kemusnahan harta benda dan ancaman keganasan.

Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari membidas dan menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menarik balik kenyataan yang mengganggap tindakan Pemuda Umno itu sebagai satu reaksi semulajadi.

"Amatlah jelik apabila timbalan presiden Umno itu mengandaikan adalah mudah untuk memperbodoh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dengan kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: