dollah yankee |
Posted: 23 May 2014 06:00 PM PDT Ada dua pilihanraya kecil. Satu sejuk,aman dan damai. Satu lagi pulak panas dan ada kacau-kacau. Sejuk di Bukit Gelugor,panas di Teluk Intan. Bukit Gelugor dengan calun nya Ram Karpal anak Karpal Singh yang tidak boleh digugat sehinggakan MCA terpaksa 'surrender' angkat bendera putih. Huan Cheng Guan presiden PCM (Parti Cinta Malaysia) yang juga bekas pegawai khas Ibrahim Saad 10% (mantan timbalan ketua menteri pulau pinang). Seorang peguam Abu Backer dan seorang lagi calun Mohammad Nabi yang tidak tahu pun datang dari arah mana. Tanya lah sesiapa pun yang waras otaknya, mereka akan berkata tiada sesiapa dari tiga calun ini yang akan menentang Ram Karpal boleh menang. Sebab itu lah pilihanraya kecil Bukit Gelugor ini rasa sejuk kerana PRU lepas Karpal Singh telah menang dengan majoriti lebih dari 40 ribu dan top 5 majoriti tertinggi. Sesiapa juga yang cuba menentang anak Karpal ini akan dipukul habis-habisan sehinggakan Huan Cheng Guan terpaksa minta doa di tokong, bukan doa supaya menang tipis pun jadi lah, tapi doa agar wang deposit tidak hilang ... kah kah kah ... Kalau dah tahu tak boleh menang kenapa masih 'gatai pungkok' mencari bala bertanding di Bukit Gelugor? sehinggakan seorang lagi calun iaitu Abu Backer terpaksa menangis nangis minta simpati dan terpaksa mencari stail kempen lain dari yang lain dan publisiti yang lebih dengan cara melanggar kereta Guan Eng dan membaringkan dirinya dibawah kereta itu hanya kerana mahu mendapatkan undi simpati dan mahu dikenali olih pengundi-pengundi parlimen Bukit Gelugor. dollah yankee - Abu Backer ini guna lambang kuda. Dalam kempennya lepas jumaat tadi di Masjid Air Hitam dia bawa kuda. Kah Kah Kah .. |
Panda akan ketawa melihat ragam manusia Posted: 23 May 2014 04:47 AM PDT Tiket nak masuk saja harganya 30 ringgit. Tapi kalau nak juga nak tengok panda yang di bawa masuk dari China tu hujung bulan ini, pengunjung-pengunjung terpaksa membayar 'ekstra'. Banyak mana nak kena bayar 'ekstra' masih belum tahu lagi. Pihak-pihak yang terlibat kini tengah pecah kepala memerah otak mereka dan sedang mengira-ngira campur,tolak,bahagi dan darab.. rumah untuk panda 25 juta,1.5 juta untuk makan dan penyelenggaraan, 3.5 juta pula akan dibayar kepada kerajaan negeri China pada tiap-tiap tahun untuk selama 10 tahun. Berapa pula mereka nak 'pekena' rakyat kita yang nak tengok sangat panda dari China itu? Harga 'ekstra' itu yang tidak termasuk harga tiket masuk 30 ringgit seorang hanya akan diumumkan bila panda itu sampai di zoo negara nanti. dollah yankee - Kah..Kah..Kah.. manusia akan ketawa melihat telatah si panda atau si panda yang akan ketawa melihat ragam manusia? |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan