Khamis, 22 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERITA BAIK] UMNO BN Tumbang Apabila GST Diteruskan

Posted: 22 May 2014 01:21 AM PDT


GST boleh sebabkan kerajaan bertukar, kata Fomca

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menukar kerajaan pemerintah.

Mengambil contoh negara seperti Kanada, Muhammad Sha'ani berkata, kerajaan negara itu bertukar sejurus selepas memperkenalkan GST.

"Di Kanada, GST menewaskan kerajaan. Sampai parti itu terpaksa gulung tikar. Lebih baik kerajaan telus dalam pentadbiran," katanya dalam Wancana Sinar bertajuk "GST: Siapa Untung Siapa Rugi" anjuran Karangkraf di Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati kerajaan agar tidak terburu-buru mengambil keputusan untuk memperkenalkan kaedah percukaian tersebut.

Mewakili golongan pengguna, Muhammad Sha'ani menegaskan mereka menyokong prinsip GST, namun perlu menangani gejala ketirisan, ketelusan dan rasuah untuk membantu penjimatan kerajaan.

"GST amat berkesan untuk menangani medium cukai. Kenapa tidak mulakan GST dengan kadar yang lebih rendah supaya rakyat boleh dapat faham," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kapasiti penduduk di negara ini, hanya 1.2 juta rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan.

"Manakala 80% pekerja berpendapatan kurang RM3,000," katanya.

Wacana hari ini turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Professor Pengurusan Strategi dan Pemasaran Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Prof Dr Faridah Hassan, dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi menegaskan, punca sebenar terhadap tindakan Putrajaya memperkenalkan GST adalah kegagalan tadbir urus ekonomi yang baik, bukan soal cukai itu baik ataupun tidak untuk rakyat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menangani beban hutang mereka, sekaligus terpaksa memperkenalkan sistem percukaian baru untuk menampung perbelanjaan mereka.

"GST bukan soal cukai baik atau tidak. Sejumlah 90% rakyat keseluruhan akan rugi, yang untung hanya mereka yang kaya dan mendapat manfaat projek kerajaan," katanya.

"Kerajaan paling baik adalah kerajaan yang langsung tidak mengenakan cukai. Tetapi kita faham kenapa kerajaan perlu mengenakan cukai," katanya.

Pemimpin PKR itu berkata, kerajaan tidak seharusnya fokus kepada sistem percukaian baru memandangkan kerajaan seharusnya membasmi gejala ketirisan, rasuah, dan kelemahan tadbir urus.

"Malaysia pendapatan banyak, kenapa perlu diperkenalkan satu cukai pada masa rakyat sudah susah payah dengan kenaikan kos yang tinggi dengan penarikan balik subsidi," katanya.

"Kesan keseluruhan dikenakan GST adalah harga barang naik," katanya lagi.

Ahli akademik, Faridah turut berkata, pendidikan dan pemahaman berkenaan GST perlu ditingkatkan dan diulangi berkali-kali untuk membolehkan rakyat memahaminya dengan jelas.

"Jika sekali dua sahaja, rakyat tidak dapat faham GST ini. Perkara ini akan beri kesan jangka panjang, kerajaan akan perolehi cukai, dan pendapatan ini akan diberi semula kepada rakyat," katanya.

Faridah turut menjangkakan melalui pengenalan GST, menjelang April 2015 hanya sejumlah 10% barangan akan naik harga, 40% turun harga, manakala 50% harga barangan akan kekal seperti sebelum pelaksanaan GST.

Beliau turut membidas Rafizi apabila berkata GST bukanlah bentuk percukaian baru, sebaliknya penggantian sistem cukai daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

"Mahu tidak mahu, GST akan berlaku di mana-mana negara. Era untuk memahami GST sudah berlalu terlalu lama, jika kita tangguh sekarang, bila lagi kita akan laksanakan?" katanya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Marina Mahathir Puji Dyana Walaupun Mahathir Sendiri Mengutuk Calon DAP Itu...

Posted: 21 May 2014 09:53 PM PDT


Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir

Datin Paduka Marina Mahathir enggan dikaitkan dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tetapi mempersoalkan kegagalan Barisan Nasional (BN) melahirkan calon wanita muda.

Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, beliau menyokong mana-mana calon wanita muda yang bertanding.

"Saya tidak kisah apa parti beliau (Dyana), beliau muda, perempuan dan kita jarang lihat ia berlaku. Beritahu saya siapa yang sama tarafnya dalam BN?

"Adakah kita memilikinya, atau seseorang. Saya sokong perempuan muda," kata Marina kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, walaupun banyak calon muda wanita dalam arena politik, contohnya Nurul Izzah Anwar, kebanyakannya adalah daripada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya BN.

"Ya, tapi beliau (Nurul Izzah) daripada pembangkang, dan tidak semuda Dyana," katanya.

Bagaimanapun, Marina enggan memberikan komen atau dikaitkan dengan pandangan ibu Dyana Sofya, Yammy Samad semalam yang mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, ketika menjawab mengenai kecaman Dr Mahathir terhadapnya.

Yammy berkata, beliau sehabis daya mahu Dyana Sofya mengikut jejak langkah seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Marina.

Sebelum itu, Marina dalam komen di Facebook juga mempertahankan Dyana, selepas dikritik sebagai terlalu mentah dan tidak berpengalaman.

Marina memuji Dyana kerana membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim yang menyentuh polisi pro-Bumiputera dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan menyifatkannya sebagai seorang yang 'bijak' dan berada di depan 'melebihi kebanyakan ahli politik'.

Dyana Sofya, 27, adalah graduan jurusan undang-undang UiTM.

"Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik daripada kebanyakan ahli politik," kata Marina melalui Facebook.

"Saya tidak faham mengapa ramai yang menentangnya hanya kerana beliau muda? Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi menteri ketika berusia 26 tahun. Dyana hanya 27 tahun dan bertanding kerusi Parlimen. Kita perlu lebih ramai orang muda kerana mereka bawa idea segar," kata Marina.

Dyana Sofya menjadi fenomena selepas DAP, parti berbilang kaum tetapi mempunyai majoriti ahli berbangsa Cina meletakkan calon Melayu bertanding di PRK Teluk Intan.

Banyak pihak mengkritik tindakan itu khususnya daripada Umno yang melabel Dyana sebagai pengkhianat dan "cubaan mengelirukan".

BN pula meletak calon lama iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang juga pernah menjadi ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ditewaskan oleh calon DAP bagi dua pilihan raya umum berturut-turut.

Penamaan calon bagi pilihan raya ini diadakan pada 19 Mei lalu dan pengundian awal ditetapkan pada 27 Mei ini.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO & BERGAMBAR] Dyana Tetap Cool Walau Diganggu & Dihalau "Samseng BN"

Posted: 21 May 2014 06:11 PM PDT


Samseng BN' ganggu kempen DAP, hala ekzos ke muka Dyana Sofya

Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, kata ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata samseng seramai lapan orang itu menghalakan ekzos motor kepada pasukan kempen DAP yang mahu menemui pengundi di kawasan itu.

"Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.

"Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam Dyana turut menerima provokasi daripada seorang pemuda bermotosikal dengan membunyikan hon dan mempersoalkannya mewakili DAP.

Bagaimanapun, Dyana tidak menghiraukan pelakuan tersebut dan terus mengukirkan senyuman kepada penduduk setempat sambil memperkenalkan dirinya.

Zairil berkata semasa sesi bertemu pengundi petang ini, mereka turut ditemani ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.

Katanya, meskipun provokasi sedemikian dijalankan, namun Dyana dan pasukan kempennya berjaya menyelesaikan misi mereka menemui pengundi di kawasan tersebut.

"Mereka marah dan menjerit di depan muka kami mengatakan 'ini kampung Melayu'.

"Kami dari Pakatan datang bersama ahli Parlimen PAS dan pemimpin PKR setempat. Kami pastikan keselamatan Dyana dan tidak membiarkan kumpulan berkenaan menghampirinya.

"Nasib baik tiada apa yang berlaku. Polis datang lambat. Samseng itu membuat kacau sehingga minyak motor mereka habis," katanya kepada The Malaysian Insider.




Kredit gambar: wargamarhaen video: rakyatnews





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[EDISI BINATANG] Panda: Pembaziran Najib & UMNO BN Terpampang Nyata

Posted: 21 May 2014 05:39 AM PDT


Ketibaan panda gergasi disambut kritikan rakyat

KUALA LUMPUR: Ketibaan dua panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia hari ini mengundang kritikan hebat di kalangan rakyat negara ini kerana ia disifatkan sebagai satu pembaziran.

Rata-rata rakyat negara ini meluahkan kritikan mereka di dalam media sosial seperti Facebook.

Malah ada di antara mereka menyifatkan kerajaan telah melakukan pembaziran di kala rakyat sedang terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup termasuk berhadapan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan.

Beberapa komen pengguna Facebook yang tidak berpuas hati dengan kos perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan semata-mata untuk dua ekor panda itu.

Airil Zack: Klu lah duit perblanjaan brjuta2 tu dibuat ntuk mmbina rumah2 kos rendah khas ntuk rakyat kan bagus. Bak kata pepatah; panda dihutan dirumahkan, rakyat dinegara sendiri mati merempat smpai 7 kturunan.

Alin Ajel: Smlm baru baca kisah satu keluarga 'manusia' terpaksa tido di bawah jambatan di kuala lumpur.

Faisal Salih: Kos buat rumah panda nie dh x masuk akal..watpe abiskn duit cmtu banyak? Baik bantu rakyat yg memerlukn..

Shahril Nizam: Apa dapat tgk panda?....dtg2 melawat dia tgh tdo...tiket ntah bape ke byr....membazir...baik bwk famili makan2...kenyang jugak..


Bukan itu sahaja, Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia juga berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan itu di habitat liar.

Melainkan hasil perjanjian itu membawa pulangan positif kepada pemuliharaan panda dan hidupan liar, WWF melihat ia sebagai satu pembaziran kos.

"Ini kerana kos RM3 juta setahun untuk membiayai kedua panda itu dilihat lebih baik digunakan untuk program pemuliharaan haiwan lain khususnya haiwan terancam di malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra," tegas WWF.


Pasangan panda itu dipinjamkan China kepada Malaysia atas dasar setiakawan bahkan ianya turut membabitkan kos kepada negara ini.

Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setahun untuk tempoh 10 tahun bagi membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Bagi menempatkan panda berkenaan kerajaan telah membelanjakan RM25 juta untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. -HD








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: