. |
Diharap Shabery Chik lap mulut anda Posted: 21 May 2014 10:00 PM PDT MARAH TENGAHARI Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Chik mempersoalkan kenapa Pas boleh menyokong Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP sedang parti itu menolak hukum hudud. Kata Shabery juga, Pas mengambil Islam sebagai topeng dan ia bukan sebuah parti Islam tulen. Katanya lagi Pas tidak mempunyai prinsip dan ideologi yang tetap selain senantiasa merarucni pemikiran dan memecah belahkan rakyat demi kepentingan politik mereka. Aduh sedap berkata-kata tanpa menilik apa yang ada di kaki sendiri. Apakah Umno tidak merupakan agen memecahkan perpaduan rakyat? Bukankah Umno mengamalkan dasar dive and role yang diajarkan oleh penjajah? Untuk menjustifikasikan dakwaannya beliau mengungkit Pas gagal melaksanakan hudud sedangkan Malaysia sudah diikhtiraf oleh negara OIC sebagai negara maju. Shabery hendak menunjukkan yang Umno lebih Islamik dari Pas. Mudah sahaja kita nak tanya apakah setiap negara di ikhtiraf oleh OIC itu ia merupakan negara Islam tulen. Apakah lesen atau kapisiti OIC. Tampaknya dalam memahami akan status atau pun kedudukan OIC ini menteri itu kabur. OIC hanya sebuah pertubuhan negara-negara yang memperakui diri mereka Islam. Tidak lebih daripada itu. Cuba jenguk ke dalam negara-negara berkenaan macam mana dengan kebajikan rakyat, ekonomi, keselamatan, ketelusan dan kebersihan dalam pentadbiran dan sebagainya. Apakah bila Malaysia masuk dalam OIC ia menjadi sebuah negara Islam syumul? Saya tidak fikir pengetahuan atau politik Shebery secetek itu, sama tinggi dengan veteran Umno bernama Mustapa Yaakub yang mendesak Setiausaha Agung Umno supaya pecat ibu Dyana, Yammy Samad kerana Yammy menyokong Dyana. Apakah veteran berkepala botak itu tidak memahami perasaan di antara ibu dengan anak yang tidak boleh dipisahkan oleh tali politik? Gong. Mengenai sokongan Pas kepada Dyana, apakah Shebery tidak faham bahawa Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat. Sebagai rakan Pas harus gentlemen menyokong rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Kedudukan dan pendirian Pas samalah dengan kedudukan dan pendirian Umno terhadap rakannya dalam BN, seperti Gerakan dan MCA dan lain-lain. Sokongan Pas kepada Dyana samalah dengan sokongan Pas kepada Ramkarpal Singh di Bukit Gelugur. Kenapa Shabery tidak persoal pula sokongan Pas di Bukit Gelugur? Apakah kerana kehadiran Dyana Sofya di Teluk Intan itu akan membunuh harapan Umno menjadikan Umno akan tewas tiga kali dalam masa tidak sampai empat bulan? Kita hendak tanya apakah bila kerana Mah Siew Keong calon BN itu tidak menyokong dasar atau prinsip Umno, maka Umno perlu menolaknya dalam pilihan raya. Tentu tidak bukan? Umno atau Shabery akan menyokong Mah Siew Keong sampai keluar air hidung dan bersyarah hingga berbuah mulut tanpa dihalang oleh warna kulit kerana Gerakan parti Mah Siew Keong itu adalah kerabat mustajab Umno dalam BN. Itulah ada standard dalam politik. Soal DAP menolak hudud itu dan Dyana menyatakan dia tidak akan sokong kalau Pas kemukakan private bill itu perkara lain dalam konteks pilihan raya dan maufakat. Hey Shabery Islam terlalu seni dan adil, bukan bermakna kalau anda pegang botol arak anda sudah kemabukan. Menolak hudud itu adalah hak DAP, sama dengan hak PAS menolak pendirian-pendirian lain DAP dalam agama dan bangsa tetapi selagi persapakatan wujud mereka harus saling sokong menyokong. Kalau hendak diambil kira dan menuduh Umno juga sama degan DAP jika berpandukan kepada apa yang berlau dalam Dewan Undangan Terengganu yang dikuasai Umno dimana dewan itu telah tolak hukum hudud. Apakah dengan apa yang berlakukan DUN Terengganu itu menggambarkan sikap dan wajah keseluruhan Umno? Ia juga menggambarkan hati budi Shabery Chik. Begitu juga dengan sikap Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap Gerakan dan MCA di dalam BN. Apakah didalam BN itu Umno menyokong dan bersetuju seratus peratus dengan kehendak Gerakan dan MCA? Tidakkan? Misalnya Cina tetap mahukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diwujudkan, manakala Umno inginkan satu sekolah sahaja, venkular. Apakah kerana perbezaan itu menyebabkan Umno tidak akan sokong MCA atau Gerakan. Tidakkan? Kepada Shabery carilah isu lain yang lebih ampuh kalau pun hendak 'gerodok' Pas. Biarlah isu-isu yang berkualiti dan memperlihatkan kematangan kita berpolitik. Politik era ini bukan lagi politik era sebelum 13 Mei, atau pun politik dizaman mulut belengah, dimana orang Melayu perlu melihat Cina dengan penuh kebencian dan sebaliknya. Politik hari ini politi realistik bukan politik rasis dan emosional sehingga membawa kepada kebodohan seperti dua tiga buah Ngo. Sebagai seorang menteri dan pemimpin pelapis Umno kalau masih terus membawa politik titik bengik dan hujah yang tidak berpengkalan kepada dasar sebenar, malanglah negara ini bermenterikan tuan sebagai seorang menteri. Tidak anihlah kalau kabinet di zaman Najib Razak ini seperti kabinet "kerengga" sahaja. [wm.kl.12:47 pm 22/05/14] |
Tindakan fizikal akan dilakukan ke atas Dyana Sofya? Posted: 21 May 2014 06:19 AM PDT PANDANGAN MALAM Gangguan kempen Dyana Sofya di sebuah perkampungan Melayu oleh sekumpulan lelaki yang memakai T shirt dan topi berlembangkan BN adalah permulaan tindakan fizikal ke atas calon DAP itu. Dyana Sofya petang ini ketika berkempen di sebuah perkampungan Melayu dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bermotosikal. Lelaki berkenaan telah menghalakan ekzos motosikal ke arah orang ramai yang ingin bersua dan bersalam dengan Dyana dan kumpulan kempennya sambil menjerit-jerit memberi peringatan; ini kampung Melayu. Walaupun kumpulan itu menghalang dan membuat kacau, tetapi Dyana dan kumpulan kempennya tetap meneruskan kempen apabila diberikan sokongan oleh orang ramai. Orang ramai memberi semangtat dan meminta Dayana tidak mempedulikan gelagat kumpulan pemuda berkenaan. Semalam juga dilaporkan kempen Dyana sudah diganggu oloh kumpulan bermotosikal itu dengan menguatkan bunyi ingen motorsikal dan mempersoalkan kenapa Dyana bertanding atas tikit DAP. Apa yang berlaku di hari kedua kempen itu adalah permulaan ke arah kempen yang lebih agresif. Dyana atau DAP harus lebih sedia menghadapi tentangan dan gangguan lebih besar dari itu. Dalam keadaan BN sudah terdesak dan merasa cemburu dengan populariti Dyana tidak mustahil kumpulan seperti itu akan melakukan apa saja yang lebih teruk dari itu. Mereka tidak menunggu upah berbillion ringgit tetapi cukup sekadar RM10 atau RM20 ringgit sahaja mereka akan lakukan sahaja kerana kebetulan itulah juga habit mereka. Lagi dalam dunia politik semua boleh dilakukan dan berlaku kerana inginkan kemenangan dan mendapat perhatian. Misalnya seorang calon bebas di Bukit Gelugor sanggup merempuh kereta Lim Guan Eng kemudian membaringkan diri di hadapan kereta Guan Eng. Tindakan yang akan dilakukan nanti bukan sahaja setakat mencerca dan memaki hamun mungkin ia akan melibatkan fizikal. Justeru DAP harus memperketatkan kawalan keselamatan untuk Dyana. Polis juga harus memantau kegiatan kempen kedua-dua pihak agar sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Pengawal Dyana juga perlu ditambah dan jangan sesekali Dyana dilepaskan hanya diiringi dua tiga pengawal sahaja. Walaupun csalon BN, Mah Siew Keong menyatakan untuk berkempen dengan baik dan tidak mahu menyentuh peribadi, tetapi seruan itu tidak akan dipedulikan. Ia berlaku pada Siew Keong sahaja tetapi tidak kepada mereka yang singkat paip politik. Sambutan hebat diterima oleh Dayana dari berbagai lapisan masyarakat akan terus membakar rasa marah kumpulan berkenaan. Pujian Marina Mahathir kepada calon DAP itu lagi menimbulkan kemarahan, kerana pujian Marina itu memberi kredit besar kepada Dyana. Kata Marina, Dyana seorang remaja yang cerdik dan pandai bercakap. Tindakan fazikal tidak mustahil dilakukan apabila serangan menerusi media baru seperti facebook, twiter dan sebagainya yang memburuk-burukkan Dyana juga tidak memberi kesan. Sebelum ini tukang kempen atau cyber trooper BN (dipercaya dari etnik Melayu) telah melakukan berbagai fitnah untuk memburukkan Dayana. Ini termasuklah menyiarkan gambar Dayana yang diadukan dengan bintang filem Filipina yang berbikni, mendokong anjing ataupun berwajah Lim Kiat Siang. Bagaimana pun segala macam fitnah dan super impose itu tidak memberi kesan dan satu kerja keji yang sia-sia. Lagi banyak imej buruk Dyana ditayangkan orang ramai jadi makin gila dan sayangkan Dyana. Sekali lagi diingatkan DAP khasnya dan Pakatan Rakyat perlu memberi kawalan ketat kepada Dyana bagi mengelakkan berlaku tindakan fizikal. Dalam keadaan manusia frustasi mereka sanggup melakukan tindakn-tindakan melibatkan fizikal yang tidak terduga sama sekali. [wm.kl.9:11 pm 21/05/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan