Kelab Greenboc |
- [BONGKAR] Siapa Sebenarnya Yang Bertopeng Dan Berbaju Hitam Itu? Ini Jawapannya..
- Polis Nafi Dakwaan Papagomo & Macai UMNO Kononnya Ada Peserta Anti-GST Ditikam
- Siapa Sebenarnya Yang Berbaju Hitam Dan Bertopeng Cetus Provokasi Itu?
[BONGKAR] Siapa Sebenarnya Yang Bertopeng Dan Berbaju Hitam Itu? Ini Jawapannya.. Posted: 02 May 2014 12:48 AM PDT Perhimpunan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan remaja yang membawa kain rentang tertera Antifa (Anti-Fasis) melakukan keganasan terhadap petugas media. Kekecohan tercetus beberapa minit selepas peserta demonstrasi bersurai apabila kumpulan terbabit yang dianggotai kira-kira 40 individu menyalakan api suar menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi asap. Petugas media terdiri daripada jurufoto, jurukamera dan wartawan kemudian menghampiri kumpulan terbabit untuk mengambil gambar namun ditolak dan dihamburkan dengan kata-kata kesat. Keadaan menjadi lebih kecoh apabila ahli kumpulan terbabit turut memukul petugas media termasuk jurukamera myMetro TV menggunakan kayu bendera selain membaling botol air mineral. Kekecohan itu tercetus hampir lima hingga 10 minit apabila petugas media dan segelintir peserta mula bertengkar dengan kumpulan terbabit. Bagaimanapun, Unit Amal PAS berjaya menenangkan peserta perhimpunan dengan menyuraikan mereka, manakala kumpulan serba hitam yang mencetuskan kekecohan itu kemudiannya bergerak meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut sambil dikejar petugas media kira-kira jam 4.50 petang. Difahamkan ada petugas media yang dipukul kumpulan serba hitam yang dipercayai sengaja mencetuskan kekecohan itu akan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Dang Wangi. -HM ULASAN GB Mereka adalah sekumpulan pemuda yang bertopeng, memakai baju hitam menyamar sebagai ahli SAMM. Mereke menyamar sebagai "Anak Muda" menumpang di celah-celah demonstrasi aman untuk mencapai tujuan dan hasrat mereka. Mereka adalah dari kumpulan yang menolak sistem demokrasi. Mereka menolak sistem politik kepartian. Mereka tolak sistem pilihanraya. Mereka berjuang dengan cara mereka. Mereka kononnya percaya kepada sistem khalifah. Mereka menolak dan menghina sistem beraja. Kumpulan puak UMNO menggunakan perbuatan mereka semalam untuk menyerang dan memburukkan PAS dan PR. Perhatikan video dibawah ini: Kumpulan ini sebenarnya kumpulan yang penakut, takut untuk menjelaskan kaedah perjuangan mereka iaitu perjuangan melalui kekerasan! Mereka menolak demokrasi tetapi menyempilkan diri di celah-celah demokrasi. Gambar ini sebagai bukti: Lihat di atas, mereka mengaku mereka kumpulan "anak muda", marah kepada PAS kerana Unit Amal merampas banner mereka dan menghalang mereka masuk ke barisan hadapan di dataran Merdeka. Ini banner mereka: Marah kerana kononnya PAS tak amalkan demokrasi kerana kononnya "melayan mereka macam musuh", sedang merekalah kumpulan yang telah awal-awal menolak sistem demokrasi di dalam perjuangan mereka. Mereka memproklamirkan misi perjuangan mereka melalaui laman sosial. Mereka mencerca ulamak-ulamak di Malaysia terutama ulamak-ulamak PAS kononnya bersokongkol di dalam sistem demokrasi. Persoalannya siapa mereka. GB menemui jawapannya kerana yang berjuang dengan kaedah sedemikian rupa tidak lain selain dari Hizbut Tahrir! Pihak berkuasa KDN perlu mengambil tindakan segera ke atas mereka! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Polis Nafi Dakwaan Papagomo & Macai UMNO Kononnya Ada Peserta Anti-GST Ditikam Posted: 01 May 2014 09:29 PM PDT Kuala Lumpur - Tiada peserta perhimpunan bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad. Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama. Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali." Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya. Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan GST, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal. "Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya.. Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat. "Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya. Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. - Bernama ULASAN GB Selain papagomo yang namanya disebutkan oleh pihak polis di atas, macai UMNO lain yang turut menyebarkan twitter fitnah berkenaan ialah afiq kltown. Sepatutnya kedua-dua mereka ini ditangkap kerana memfitnah dan cuba menimbulkan suasana tegang. Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap MENGHUKUM mereka. "Alaisallahu biahkamil-hakimin?" - Bukankah Allah itu sebaik-baik Hakim? Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Siapa Sebenarnya Yang Berbaju Hitam Dan Bertopeng Cetus Provokasi Itu? Posted: 01 May 2014 09:02 AM PDT Geng kotak' cetus provokasi KUALA LUMPUR - Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'geng kotak' tidak semena-mena menimbulkan provokasi sewaktu himpunan bantah GST, petang tadi. Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka. Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal. Kumpulan berbaju hitam ini kelihatan ganas kerana sebilangannya memakai topeng dan ada yang membawa suar. Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila rundingan dicapai antara kedua-dua pihak. Kumpulan ini kemudiannya dibenarkan memasuki jalan utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. -SH
ULASAN GB Berbaju hitam seperti SAMM, tetapi kenapa BERTOPENG? Tak mahu dikenali, bererti memang sengaja berniat mahu timbulkan kekecohan dan provokasi. Agen proovokasi yang sengaja diwujudkan oleh BaN-GSaT bagi mencemarkan perhimpunan aman Anti-GST! Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan