Jumaat, 2 Mei 2014

.

.


Selami amanat Anwar di Dataran Merdeka

Posted: 01 May 2014 10:35 PM PDT

ULASAN                                                                                               

Mohamad Sabu diharap terus memimpin demonstrasi.
Apakah ucapan Anwar Ibrahim di laman bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka pada himpunan TURUN bantah GST petang semalam merupakan ucapan terakhir beliau di khayalak sebelum berkelana kali kedua di Sungai Buloh?

Sekiranya mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan hukum penjara lima tahun yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Rayuan, Anwar tidak ada pilihan lain melainkan menjalani hukum penjara. Takdir menimpa Anwar itu akan memberi kesan besar kepada kelestarian Pakatan Rakyat kerana beliau dilihat satu-satu pemimpin yang boleh menyatukan tiga parti yang mempunyai idealogi berbeza atas satu garis sama untuk menumbangkang kerajaan UBN.

Jika menghayati dan menyelami nada dan butir-butir bicaranya memang semacam beliau meninggalkan amanah besar kepada pemimpin PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amanya agar meneruskan perjuangan membela rakyat. Anwar semacam ingin memberi amanat kepada lebih puluhan ribu yang hadir agar tidak gundah dan lemah semangat sekiranya beliau terpaksa berihat untuk kesekian kalinya di balik tirai besi.

Anwar tidak mahu gelombang kebangkitan rakyat menentang ketidakdilan dan kerakusan kerajaan terutamanya ketidaktelusan dan kesucian dalam pilihan raya yang terus mendapat perhatian rakyat diteruskan. Anwar memberi peringatan rakyat tidak akan menang kalau semata-mata menyerahkan diri kepada pilihan raya.

Anwar sebagai seorang yang berjiwa batu dan tidak pernah mengenali apa erti kesedihan tidak pernah tahu berhenti dari terus memperjuangkan rakyat. Nada dan harapan ucapannya sangat mengharap agar perjuangan membela rakyat diteruskan sekiranya berlaku apa-apa ke atasnya. Pengistyharan dan pengharapan agar Mohamd Sabu akan terus memimpin demonstrasi membayangkan apa yang tersurat di hati Anwar sebenarnya.

Pengistyharan Mohamad Sabu menjelaskan Anwar meletakkan harapan besar kepada tindakan politik jalan raya.

Amanah dan pesanan Anwar harus difahami oleh semua yang mahukan perubahan dalam politik negara. Lebih-lebih lagi ahli PKR sepatut menghayati dan memahami hati nulari Anwar Ibrahim itu sebagai memastikan perjuangan reformasi berterusan. Pemilihan dalam PKR yang sedang berlangsung sekarang ini patut dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memilih dan menyaringkan calon-calon yang berwibawa dan dapat diharapkan memimpin PKR.

Mereka yang akan memimpin PKR itulah yang akan membawa hala tuju masa depan dan juga mengisi kekosongan sementara (ketiadaan) Anwar Ibrahim. Oleh itu ahli jangan mudah terpengaruh dengan berbagai dakyah dan kempen individu tertentu terhadap individu lain kerana masalah peribadi. Semua ahli PKR perlu berhati-hati kepada anasir merosok perpaduan parti dan mendabit dada seolah kumpulan mereka sahaja yang tulus dan ikhlas.

Apabila ditoleh ke belakang melihat era refomasi tahun 1998 dulu, ahl-ahli PKR dapat melihat siapakah watak-watak yang aktif dan tahan diuji untuk diangkat sebagai pemimpin. Mereka hidup bukan sahaja dizaman "mudah" ketika PKR sudah memiliki wakil rakyat dan juga memimpin sebuah kerajaan negeri bersama Pas.

Mungkin ahli-ahli hari ini tidak begitu arif dan mengenal watak-watak hero dan pejuang parti yang ulik diawal reformasi dahulu.

Dalam perhatian saya ada beberapa watak atau pemimpin yang istiqamah dengan perjuangan dari awal hingga ke hari ini. Mereka tidak pernah merintas, berputus asa jauh sekali mengkhianati perjuangan yang dioborkan oleh Anwar Ibrahim.

Kalau boleh saya sebut beberapa nama, antara Ketua Angkatan Muda (AMK) kini Shamsul Iskandar Mohd Akim. Generasi baru PKR mungkin tidak begitu mengenalinya. Saya mengenal sosok ini sejak tahun 1989 lagi. Beliau seorang peguam yang berpejabat di Melaka tidak pernah terlepas untuk sama-sama berarak bersama rakyat setiap Sabtu untuk berdemostrasi dan menghidu gas pemdih mata.

Bukan itu sahaja, beliau akan berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri program parti, berdemonstrasi atau menanti ketibaan Anwar Ibrahim dari sungai Buloh ke mahkamah bersama orang ramai. Shamsul juga antara anak muda yang mengorak perjuangan dengan semangat bukannya terpesona dengan retorik-retorik pemimpin.

Saya masih ingat pada setiap petang Khamis dan Jumaat beliau akan menelefon saya bertanyakan mengenai perkembangan dan program reformasi. Kerana acap dan begitu excited nya sehingga saya pernah menyergahnya. Nah, begitulah rajin dan istiqamahnya Shamsul dalam menelusuri perjuangan reformasi. Kejayaanya mengalahkan bekas Ketua Menteri Melaka, di parlimen Bukit Katil, Mohd Ali Rustam, sememangnya tepat kerana bakat dan potensi kepimpinan yang ada kepada dirinya.

Beliau adalah seorang pemimpin yang perlu dicontohi. Bukan saja tabah tetapi tidak pernah mempedulikan kepada tohmohan dan kritikan kawan. Zaman era Angkatan Muda lesu, beliaulah yang bertungkus lumus menghidup dan mengerakkan anak-anak muda agar terus semarak dengan PKR. Antara anak muda yang dijemput untuk mengukuhkan Angkatan Muda bersamanya sdr Nazri Yunus.

Dalam pemlihan PKR Shamsul bertanding jawatan Naib Presiden dengan nombor calon (Nombor 4), manakala Nazree bertanding sebagai ketua AMK dengan nombor calon  (Nombor 2).

Saya menyebut ini adalah untuk memberi gambaran. Kepada ahli baru yang tidak sejak awal bersama tokoh-tokoh yang ulik, pemilihan boleh dibuat berdasarkan beberapa kriteria lain seperti mereka yang mempunyai pemikiran yang hebat, rajin dan mempunyai PR yang baik dan mesra alam.

Misalnya Dr Wan Suhaimi Wan Daud satu-satunya calon MPP dari Kelantan adalah antara calon yang boleh diberi perhatian. Kepercayaan Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir yang merestui Wan Suhaimi bertanding membuktikan kehadiran bekas Pegawai Khas kepada timbalan Menteri Sumber Manusia ini sedikit sebanyak "menjelingahkan" PKR Kelantan.

Beberapa pandangan dan teguran yang dibuat oleh beliau ke atas sikap Pas Kelantan yang suka meremehkan PKR menjadikan Pas Kelantan tidak boleh sewenang-wenangnya untuk memperlakehkan PKR. Kesan daripada kritikan dibuat Wan Suhami membawa kepada proses pertemuan di antara pimpimpnan Pas dengan pimpinan PKR.

Adalah cukup tanggung sekiranya Wan Suhami diangkat untuk berada dalam barisan majlis pimpinan tertinggi PKR untuk periode 2013 - 1015. Nombor calonnya ialah 61 sama dengan nombor calon seorang lagi wakil tunggal kerusi AMK, sdr Roslan Ismail. [wm.kl 1:32 pm 02/05/14] 

Himpunan TURUN bantah GST berjalan lancar

Posted: 01 May 2014 04:03 AM PDT

CATATAN                                                                                         

Pemandangan himpunan di hadapan Dataran Merdeka.
Himpunan TURUN bantah GST yang berlangsung di Dataran Merdeka petang ini telah selesai dan berjalan dengan aman. Semua pihak berpuas hati. Himpunan kali ini tidak ada halangan langsung daripada pihak polis seperti sebelum ini.

Para peserta bebas untuk bergerak. Tidak ada semburan air beracun atau pun kedengaran hantukan cota si kepala merah dan jeritan mengejar para peserta himpunan. Mungkin tidak ada setitik darah juga yang jatuh ke bumi.

Walaupun jumlah yang hadirnya tidak begitu ramai, tetapi ia cukup untuk dijadikan simbol penentangan rakyat kepada pelaksanaan cukai baru yang akan diperkenalkan kerajaan yang dikira membebankan rakyat bawahan.

Himpunan itu digerakan oleh beberapa NGO dimana enjin himpunan itu pihak Pakatan Rakyat. Pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Sallahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir membimbang desakan rakyat.



Kebetulan hari ini saya tidak dapat begerak jauh untuk merakam suasana bersejarah itu seperti salam siri-siri himpunan atau tunjuk perasaan sebelum ini. Apa yang mampu saya lakukan hanya memerhati dari Jalan Tuanku Abdul Rahaman bersama sekawan kawan sambil minum tea sejuk limau.

Antara mereka yang sempat saya temui, bekas Adun Kuala Krai, Zulkifli Yaacob dan pegawai keselamatan MB Kelantan, Mohamad Ali. Mereka sempat berbual bersama saya, Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan sdr Mohd Sabri Shafei. Setiausaha Badan Perhubungan Pas Zulkifli Mamat dan bekas Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat juga sempat berhubung menerusi telefon.

Hendaknya kerajaan khususnya Najib Razak mendengar desakan rakyat sekejap tadi. Jangan menganggap ia adalah himpunan iseng-isengan politik semata-mata. Kalau pun kerajaan tidak ada maksud untuk membatalkan sama sekali cukai itu, tetapi menangguhkannya mungkin satu tindakan yang adil dan baik.

Seperti mana kata Anwar Ibrahim, rakyat tidak patut dikenakan cukai dalam keadaan ekonomi dan pendapatan rakyat masih belum mampu untuk dicukakan. Membandingkan dengan negara lain yang telah lama mengenakan cukai seperti Singapura adalah tidak adil dan tepat tanpa mengira berapa pendapatan rakyat negara berkenaan berbanding dengan pendapatan negara ini.

Mungkin himpunan hari ini tidak sampai mencecah ratusan ribu, tetapi sekiranya desakan dan kebimbangan mereka tidak dipenuhi mungkin dimasa akan datang himpunan itu akan menjadi masalah besar kepada kerajaan. Sebelum ia melarat elok Najib mengambil tindakan sesuatu.

Dalam pada itu sikap terbuka pihak PDRM perlu dipuji kerana tidak mengambil langkah sekatan dan halangan seperti sebelum ini. Jelas, apabila polis bertidak secara profesional, para peserta himpunan juga bersikap profesional. Setiap wajah yang menyapa saya tersenyum dan puas. Mereka gembira dan seronok.

Syabas kepada semua. [wm.kl.6:43 pm, 01/05/14]

Tiada ulasan: