Khamis, 15 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pemimpin UMNO Macam Sarkas, Menyusahkan Rakyat!

Posted: 15 May 2014 01:27 AM PDT


Persembahan 'sarkas Umno' menyusahkan rakyat – Azan Ismail

KUALA TERENGGANU 14 MEI: Kemelut dan kekecohan melanda Terengganu memperlihatkan episod demi episod drama ciptaan Umno yang akhirnya menyusahkan rakyat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu.

Ini berikutan tiga calon DUN Umno yang mengisytihar keluar parti dan menjadi calon bebas dikhabarkan menyertai Umno semula.

"Umno-BN memperlihatkan persembahan sarkas yang tidak menghiburkan dengan tiga aktor utama 'three stooges' (Ahmad Said, Ghazali dan Roslee)," kata Azan ketika dihubungi Keadilandaily.

"Untuk capai kehendak Umno BN, episod peralihan Menyeri Besar menyusahkan rakyat. Lakonan dipujuk, (kemudian) diberi habuan dan masuk Umno semula," tambahnya.

Kemelut politik Terengganu bermula apabila pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dibantah sebahagian Adun BN negeri itu menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said mengisytihar keluar daripada Umno.

Menyifatkan tindakan tersebut tak ubah seperti 'lanun', kata Azan agenda utama Adun Umno-BN di Terengganu hanyalah merompak khazanah negeri untuk dikongsi sesama mereka.

"Sama seperti episod MH370….seolah-olah direka pelbagai spekulasi sehingga menimbulkan kekeliruan semata-mata mengalihkan pandangan," kata Azan yang juga Adun kawasan Bandar, Terengganu. -KD

Pemimpin Umno macam sarkas


KUALA LUMPUR: Konflik Umno Terengganu seperti tergambar pada peletakan jawatan Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan pengumuman keluar parti tiga Adun lain sehingga 13 Mei lalu disifatkan ahli akademik sebagai "sarkas".

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, penafian pertukaran Menteri Besar (MB) ketika sambutan Ulang Tahun Umno ke-68 mengulang tindakan Perdana Menteri menyangkal tarikh pembubaran Dewan Rak yat pada 2008 lalu.

"Meriah suasana ulang tahun Umno dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat. Tibatiba semalam (12 Mei) MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baru.

"Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku.

Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu yang akhirnya berlaku tsunami politik?" ujarnya.

Menurut Agus yang juga Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, pembubaran Dun di Terengganu perlu dilakukan dengan menyerahkan pemilihan semula kepada rakyat negeri itu.

"Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi. Kedudukan kerusi di Dun Terengganu sekarang BN 14, Pakatan Rakyat 15 dan Bebas 3.

"Jadikan pengalaman di Perak, Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Jika tidak mahu pilihan raya atas alasan penjimatan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan," jelasnya dipetik daripada Facebook beliau.

Pada masa sama, beliau mengingatkan PAS dan KeADILan supaya membiarkan Adun atau Ahli Parlimen dari Umno keluar parti tanpa pujukan dan sogokan.
-










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[EDISI MELETUP] Sebab Sebenar Ahmad Said Buat U-Turn Terbongkar

Posted: 14 May 2014 10:15 PM PDT


Kenapa Ahmad Said "turn back'?

Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua.

Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 September dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. ...

Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya.

Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

Apabila dua ADUNnya "turn back" iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.


Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau "turn back" maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi.

Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya. Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.


Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu. Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan "peti sejuk" di pejabat SUK.

Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun. Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat. -FMT

ULASAN GB

Kan dah terbongkar!

Pertama Ahmad Said dah dikencingkan oleh exco-exco dan ADUN-ADUN UMNO Terengganu yang tidak menyertainya untuk keluar UMNO.

Kedua, ada fail di SPRM yang akan meletup jika Ahmad Said tak kembali ke pangkuan dan yang ketiga:

Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti
. ..





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


PAS Tak Pelahap Lamar ADUN Bebas

Posted: 14 May 2014 06:09 PM PDT


Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas

KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti berkenaan dan ditolak dengan baik.

Menurutnya, beliau bersama Ghazali Taib dan Roslee Daud adalah ahli UMNO yang setia dengan parti dan tidak akan berpaling tadah walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.

"Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan. Kerana saya sayangkan UMNO, saya kembali semula," ujarnya.

Sebelum ini tiga ADUN Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas sejurus selepas pelantikan Ahmad Razif sebagai menteri besar yang baharu.

Tiga ADUN berkenaan ialah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said (ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) sehingga berlaku pergolakan politik seketika di negeri itu.

Namun kekusutan akhirnya terlerai dengan kebijaksanaan presiden serta pemimpin UMNO apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengesahkan kembali kepada UMNO.

"Saya dah bercakap dengan PM (perdana menteri). Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman kami berdua dan saya harap kita terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib. Kita akan terus berusaha mengekal Terengganu di bawah pemerintahan BN," tambah beliau.

Menurutnya, perjuangan akan diteruskan untuk berbakti kepada UMNO yang disertainya secara aktif sejak berusia 19 tahun.

Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memberi sokongan penuh kepada menteri besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertama selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu di kediamannya di Kemaman. -astroawani

Tarik Adun Bebas Terengganu sertai PAS bukan keutamaan, kata Pesuruhjaya


PAS Terengganu merasakan belum ada keperluan untuk menarik tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di negeri itu menyertai mereka, memandangkan keutamaan mereka adalah untuk mendesak pilihan raya negeri diadakan semula, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat.

Satiful ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, keadaan tetap tidak berubah meskipun ketiga-tiga Adun berkenaan tidak menyertai PAS ekoran majoriti kerusi yang diwakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah berkurang.

"Buat masa sekarang itu (menarik mereka menyertai PAS) bukan keutamaan kita," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu lewat petang tadi.

"Kita tumpu untuk pilihan raya negeri diadakan," katanya yang juga Adun Paka.

Tiga Adun BN melepaskan jawatan dalam parti menjadi Adun Bebas menurut jejak langkah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sejurus beliau meletak jawatan sebagai menteri besar.

Selain Ahmad, yang juga merupakan Adun Kijal, menuruti langkah beliau adalah Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Tain.

Tindakan berkenaan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN dengan sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

DUN Terengganu mempunyai keseluruhan 32 jumlah kerusi.

Satiful berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk menilai tindakan mereka dalam menangani kemelut yang melanda kepimpinan Umno di negeri itu.

"Kita akan mengadakan mesyuarat sekiranya perlu dan akan maklumkan hasil perbincangan kami termasuk perkara itu," katanya
-TMI


ULASAN GB

Dakwaan Ahmad Said menyatakan bahawa ada ahli PAS memujuknya menyertai PAS selepas menjilat semula ludahnya dengan kembali kepangkuan UMNO setelah mengisytiharkan jadi Ahli Bebas adalah sesuatu yang melucukan.

Ini kerana ianya telah terjawab sebelum Ahmad Said menyertai UMNO semula. Sila rujuk artikel di atas.

Bahawa PAS tidak pelahap untuk menerima bekas-bekas ahli UMNO ke dalam parti itu dan bukan menjadi keutamaan PAS untuk "memujuk" ADUN-ADUN Bebas untuk menyertai PAS.

Memang PAS menyertai pilihanraya untuk menang namun PAS bukan parti yang kemaruk kuasa, PAS ada prinsip dan lebih mengutamakan pemimpin yang melalui proses tarbiyah. Pengalaman mengajar PAS untuk lebih berhati-hati di dalam soal meimilih pemimpin.

Berikut ialah petikan dari tulisan Dr.Azman Ibrahim yang dipetik oleh harakahdaily:

Syabas atas kematangan berpolitik PAS Terengganu dengan pendirian tak berhasrat mengulangi kaedah jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Umno di Perak ketika menjatuhkan kerajaan PR dengan membeli Adun PR.

Dengan makna lain, bukanlah suatu langkah yang bijak untuk melamar mereka supaya menyokong kita. Apa jaminan kukuhnya kerajaan yang kita bina hanya bersandarkan sokongan 3 Adun bebas yang asalnya adalah pimpinan kanan Umno Terengganu? Hanya orang Terengganu yang kenal siapa pemimpin Umno Terengganu.

Punca mereka keluar Umno pula adalah kerana marah. Marah pula sampai masanya akan reda kembali. Apa yang akan berlaku apabila kemarahan ini telah sejuk kembali? Apakah mereka akan balik semula kepada Umno atau menjadi Adun bebas yang mesra Umno?

Siapa yang boleh beri jaminan mereka akan terus setia dengan prinsip keluar Umno terutamanya apabila poket semakin menipis nanti? Ujian yang paling perit untuk dilalui oleh seorang pemimpin Umno ialah apabila poket mula kosong!

Bahaya dan sangat berisiko membentuk kerajaan dalam suasana sebegini. Kita tak punya RM10 atau RM20 juta untuk memancing kesetian mereka. Tapi Umno memiliki semua ini.






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Pemuda Sebak, Kucup Mayat Rakannya Berulang-Kali Di Tepi Jalan…

Posted: 14 May 2014 04:04 PM PDT


Georgetown – "Kami jadi sahabat karib sejak usia tujuh tahun, saya tak dapat terima yang dia maut dalam kemalangan," raungan seorang lelaki apabila melihat rakan baiknya meninggal akibat kemalangan, semalam.

Lelaki yang dikenali sebagi Raj tidak dapat mengawal perasaan dan dilihat beberapa kali mencium rakannya yang terbaring kaku di tepi jalan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan itu dari arah Queensbay menghala ke Georgetown.

Mangsa, LS Revaneswaran, 20, yang cedera parah di leher dan kaki disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sayuti berkata, dia bersama isterinya dalam perjalanan ke Persiaran Gurney dan tiba-tiba terdengar dentuman serta berasa kereta bergoyang.

"Apabila melihat cermin sisi sebelah kiri, baru saya menyedari berlaku kemalangan.

"Saya nampak mangsa dan rakannya melambung dari motosikal dan terus berhenti kenderaan di tepi jalan," katanya. -SH







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Episod Terengganu: Najib & UMNO Yang Cemas & Kecut Perut, Bukan PAS

Posted: 14 May 2014 07:25 AM PDT


Ahmad: Najib mohon maaf, saya begitu jua

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepadanya.

Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib.

"Beliau minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman petang ini.

Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.

"Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada satu lagi majlis pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati permintaannya.

"Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal umno. Begitu juga Ghazali Taib.

"Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya. -mk

ULASAN GB

Berakhirnya episod Terengganu... dimana Najib "terpaksa" mengalah dan meminta maaf kepada Ahmad Said.

Segala usaha dikerahkan untuk pastikan tidak berlaku pilihanraya di negeri itu.

Semenjak 1999, iaitu kewujudan kerjasama parti-parti PAS, DAP dan PKR, UMNO BN cukup takut dengan pilihanraya. Tahun 2014 lagilah teruk dimana di Bukit Gelugor, BN lansung tidak meletakkan calonnya - sesuatu yang amat jarang berlaku dimana parti kerajaan telah mengangkat bendera putih. Itu petanda memang UMNO penakut dan pengecut untuk berhadapan dengan rakyat, sekarang dan selama-lamanya.

Jika Bukit Gelugor pun BN dah kecut, inikan pula satu negeri. Negeri Terengganu yang umum mengetahui bahawa UMNO BN hanya menang tipis di situ di dalam pilihanraya yang lalu - dengan kelebihan hanya tiga kerusi.

Itu sebab mengapa UMNO sedaya upaya cuba mengelakkan DUN dibubarkan dan mengelakkan pilihanraya diadakan sehingga Presiden UMNO "terpaksa" dan "dipaksa" untuk merendah diri dan memohon maaf kepada Ahmad Said - sesuatu yang pelik untuk Najib lakukan tetapi, demi Terengganu, ia mesti dilakukan.

Terengganu sebuah negeri yang unik dimana hasil royalti minyak yang diperolehi dari petronas dikuasai oleh Menteri Besarnya. Itu sebab mengapa sesiapa juga jadi MB Terengganu, ia akan menjadi super kaya-raya... siap boleh pergi dan taja orang lain pergi ke Antartika dan beli dan bela anak singa. Sungguh aneh wang royalti beratus juta ringgit ini diterima semenjak UMNO BN perintah negeri Terengganu tidak pernah diaudit!

Mujurlah PAS dan Pakatan tidak gopoh dan tidak melatah sepanjang episod Terengganu ini berlaku. Tidak seperti UMNO di dalam episod Perak dahulu. Bak kata Dr Azman Ibrahim di harakahdaily "PAS tidak menangguk di air keruh tetapi 'cerdiknya' Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri."

Apa hyang jelas ialah episod Terengganu adalah sekilas cahaya di dalam gelap yang menunjukkan bahawa ada terdapat tanda-tanda UMNO BN bakal runtuh di negeri it. InsyaAllah.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Misi Kemanusiaan Difitnahkan Sebagai Militan

Posted: 14 May 2014 03:00 AM PDT


Saya bukan anggota militan'

IPOH – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa nafi terlibat secara langsung dengan sebarang pertempuran di Syria atau menyertai kumpulan militan di negara bergolak itu.

Menurutnya, dakwaan bahawa beliau menyertai gerakan militan di Syria sama sekali tidak berasas dan dianggapnya berniat jahat.

"Kehadiran saya di Syria hanyalah untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dan saya baru sampai di Malaysia, 4 Mei lalu selepas berada di sana selama seminggu. Ini misi ketiga yang saya sertai.

"Misi pertama adalah pada 26 Oktober tahun lepas dan sekali lagi saya ke Syria pada 5 Januari lalu melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), dan baru-baru ini saya bersama Muslim Care Malaysia," katanya semalam ketika diminta mengulas mengenai beberapa keping gambarnya yang dikirimkan individu tidak dikenali kepada Sinar Harian.

Ungkapan 'Pejuang tanahair, Ustaz Haji Norazli Musa yang berasal dari Perak di bumi Syria bersama pejuang-pejuang Islam di sana, demi Jihad!' turut disertakan bersama gambar-gambar berkenaan.

Nor Azli berkata, tindakannya bergambar bersama penduduk di Syria tidak semestinya menggambarkan dirinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan.

"Di Syria, bukan hanya penduduknya mengangkat senjata, doktor yang merawat pesakit sendiri pun ada senjata. Jadi tidak hairanlah senjata sentiasa digalas di bahu mereka.

"Adakah dengan bergambar dengan doktor yang memegang senjata, mereka menuduh saya sudah menyertai gerakan militan di Syria? Saya sama seperti NGO yang menjalankan misi kemanusiaan di sana, itu sahaja," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa senapang dipegangnya dalam gambar yang tersebar dalam laman sosial bukan senjata sebenar tetapi merupakan pemetik api.

Malah katanya, gambar tersebut diambil di pekarangan Masjid Negeri di Ipoh, bukannya di Syria.

"Saya tak tahu mengapa ada pihak tertentu yang mahu mengaitkan gambar tersebut dengan gambar saya semasa misi di Syria. Mungkin mereka ini ada niat tertentu," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Nor Azli akan dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

"Kita memang tidak mengetahui pemergian ahli kita ke sana (Syria) apatah lagi kita tidak berupaya untuk mengetahui setiap gerak kerja ahli kita termasuk misi kemanusiaan yang disertai Nor Azli.

"Bagaimanapun Pas sentiasa memastikan perjuangan ahlinya berasaskan perlembagaan parti serta mengikut lunas perundangan di negara ini," katanya. -SH

Tiada istilah militan terhadap orang Islam


ALOR SETAR – Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.

Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

"Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

"Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

"Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

"Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita," katanya.

Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

"Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

"Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad," katanya.




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: