Khamis, 15 Mei 2014

.

.


PKR perlu tegas dengan pengacau dalam parti

Posted: 15 May 2014 01:22 AM PDT

SUSUPAN PETANG                                                                              

Tindakan PKR menggantungkan lapan orang anggotanya termasuk bekas ahli parlimen kerana melakukan berbagai kesalahan semasa pemilihan parti minggu lalu dikira sebagai langkah tepat dan perlu dihormati oleh semua pihak dalam parti berkenaan.

Penggantungan itu tentu untuk kebaikan parti.

Mereka digantungkan melakukan berbagai kesalahan, paling ramai ialah apabila menghebuhkan masalah dalam parti ke media massa dan juga laman sosial.

Penggantungan mereka dibuat semalam apabila Jawatankuasa Disiplin yang bermesyuarat semalam dipengerusikan Mohamed Azmin Ali. Turut sama hadir dalam mesyuarat itu ialah Anwar Ibrahim dan Abdul Khalid Ibrahim.


Sewajarnya kalau mereka diambil tindakan kerana mendedahkan masalah parti kepada umum perbuatan yang keji seperti meluduh ke langit. Mereka berbuat begitu juga tidak sayangkan parti dan lebih bertujuan untuk memburuk-burukkan parti. Apakah kemungkinan mereka sebenarnya agen yang dihantar oleh musuh PKR?

Kalau pun ada ahli yang tidak berpuas hati berhubung sesuatu membabitkan pentadbiran dan pengurusan parti, ahli parti sepatutnya mencari makenisme lain yang lebih konstruktif.

Keadaan dalam parti perlu diberi perhatian oleh semua orang dan bukannya bertindak mengikut perasaan dan nafsu nafsi. Mereka yang bercakap dengan media massa, adalah mereka memberi senjata kepada musuh untuk meranapkan PKR.

PKR perlu lebih tegas dalam berhadapan dengan gejala memburuk-burukan parti. Kalau perlu penggantungan bukan sahaja kepada lapan anggota berkenaan, tetapi kepada mereka yang menyerbu dan menendang pintu pejabat JPP di Ibu Pejabat parti juga perlu diambil tindakan.

Begitu juga yang memprotes pemilihan dengan berhimpun di depan pejabat juga patut sama dikenakan tindakan. Kerana walaupun mereka tidak dedah protes mereka kepada mereka tetapi pebuatan mereka memberi ruang kepada media massa menyiarkannya.

Perbuatan itu adalah kerja orang liar yang tidak tahu berorganisasi. Mereka yang liar tidak wajar berada dalam mana-mana pertubuhan.

Kalau binatang sudah pasti mereka akan dikurantinkan sebelum dilepaskan untuk dijadikan pet.

Tindakan tegas sebegini perlu dibuat dari masa kesemasa untuk menjamin keutuhan dan integriti parti. Tanpa tindakan tegas parti akan dijadikan macam kedai kopi terserah kepada sesiapa hendak lakukan apa sahaja bukan setakat tungging kendi tetapi balik meja pun boleh dilakukan.

PKR perlu dipantau dan dipupuk menjadi sebuah parti berdisiplin sekiranya PKR mahu menjadi parti pengetua kepada PKR. Mereka yang membuat hebuh tidak tentu fasal juga boleh disifatkan mereka yang tidak prihatin dan bersimpati dengan nasib Ketua Umum yang kini dalam keadaan menanti masa untuk dipenjarakan.

Sepatutnya semua anggota memahami keadaan ini dan semua bergerak ke arah memperkasakan parti sekiranya mereka sayang kepada ketua mereka. [wm.kl.4:15 pm 15/05/14]

Dyana Sofya kematangan politiknya mengatasi usia

Posted: 14 May 2014 11:47 PM PDT

MELIHAT DYANA                                                                                

Dyana: Jangan permainkan kelembutannya.
Politik tidak bermoral dan banjingan tidak mudah dihakiskan daripada diamalkan di negara ini walaupun negara ini berstatus Islam. Negara ini yang ditunggaki oleh orang Melayu beragama Islam tidak memberi jaminan politik negara ini terasing daripada politik di sesetengah negara Barat yang membenarkan politik "rakusime" dan "huduhisme."

Begitu juga pendekatan Islam wastaiyyah diperkenalkan Najib Razak tidak sedikit pun mengubah cara dan corak bangsa Melayu berpolitik. Tampaknya pemain politik negara ini tidak terkesan dengan seruan Najib agar bersikap sedarhana dan tidak melampau. Mungkin mereka menjadi galak kerana ada pembelaan asalkan mereka tidak memburuk dan menghuduhkan individu Umno?

Sebenarnya politik jelek ini bermula sejak lama dulu dan ia memuncak dizaman Dr Mahathir Mohamad. Apa yang menimpa ke atas Anwar Ibrahim adalah pemulaan bagaimana politik kotor dan huduh di negara ini. Berbagai-bagai keburukan hingga tidak masuk akal dilakukan kepada Anwar hanya semata-mata seorang insan ingin mengekalkan kekuasaan dan melindungi dirinya.

Dyana bersama ibunya dalam satu majlis politik di Selangor.
Kegiatan politik buruk ini seolah-olah mendapat lesen daripada Mahathir. Bermula dari situlah serangan batang tubuh (character assosinate) banjingan ini makin galak dan ia dibantu oleh peralatan canggih dewasa ini seperti media baru facebook, blog dan sebagainya. Character assosinate menjadi senjata utama dalam politik Malaysia.

Terbaru bakal calon DAP di Teluk Intan yang disebut-sebut Dyana Sofya Mohd Daud, telah mula dileset dengan air najis dan air kencing Iblis dan Syaitan apabila Dyana 27 digambarkan sedang memakai bikni di kolam renang wahal gambar sebenarnya ialah bintang filem Filipina, Pauleen Luna bukan Dyana. Mereka yang memiliki gambar lucah begitu tentulah juga di kalangan ahli dan penggemarnya sahaja dan sering menjadikan gambar-gambar lucah sebagai daya inspirasi untuk memfitnah.

Fitnah terhadap Dyana ini adalah character assosinate berniat jahat untuk memberi gambaran buruk awal-awal lagi kepada pengundi sekiranya Dyana yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang ini dicalonkan di Teluk Intan.

Bagaimana Dyana yang merupakan anak kepada tokoh politik Perak itu tidak mudah gelabah menghadapi fitnah dan serangan ke atasnya. Walaupun beliau masih muda, tetapi telah menyerlah kematangan dalam menjawab atau memberi ulasan terhadap fitnah ke atasnya itu.

Misalnya, beliau dengan tenang menjawab, sudah membaca cerita rekaan buruk terhadapnya itu, dengan menempelak dia berbangga kalau mempunyai tubuh ramping seperti gambar yang dikatakan gambarnya itu.

Dalam pada itu ketika menjawab panggilan liar untuk mengancam dan menggerunkannya, beliau hanya memberi ingatan agar jangan melakukannya dan sayangkan duit prepaid anda.

Sebagai anak kepada wanita pejuang, Dyana banyak memiliki aspirasi dan karektor ibunya untuk menceburi dunia politik. Siapa tidak mengenali ibunya, Yammy Samad seorang aktivis dan ahli politik wanita yang cukup terkenal dari Perak.

Yammy berjiwa tegas, berani dan lantang mengkritik demi kebaikan. Jadi apa dimiliki oleh puterinya seorang peguam muda UiTM itu adalah warisan kesenimbungan perjuangan ibunya.

Justeru mereka yang cuba-cuba untuk bermain dengan Dyana jangan merasa mudah menewaskannya dengan melihat kelembutan jelitawan ini. Disebalik kelembutan itu dia mempunyai jiwa besi, masakan kalau tidak, dia berani menyertai DAP parti yang dianggap sebagai kontras dengan orang Melayu.

Pilihan Dyana itu juga merupakan itulah aspirasi dan perasaan anak muda hari ini yang hilang kepada parti Melayu khasnya Umno. [wm.kl.2:27 pm 15/05/14]

Pas pujuk Mat Said ke Mat Said pujuk Pas?

Posted: 14 May 2014 09:40 PM PDT

ULASAN TENGAHARI                                                                        

Kata Ahmad Said atau Mat Said ketika dia "hilang akal" dua tiga hari lepas ada pemimpin Pas datang memujuk dia agar membuat keputusan cepat. Ketupusan apa? Dia juga kata kalau dia tak halang ramai lagi Adun Umno akan keluar parti menyebabkan Umno akan hilang kuasa memerintah.

Benarkah orang Pas yang pergi pujut Mat Said, atau sebaliknya. Kalau boleh Mat Said sebutlah seorang dua yang pergi pujuk dia itu. Atau pun dia sahaja yang berasan. Kita tidak yakin orang Pas jadi selemah dan sepelahap itu untuk pujuk Mat Said. Pas selamanya bermain politik cara baik dan politik munafik bukan cara Pas.

Apa yang didapati Mat Said ada hantar orang dia pergi berjumpa dengan orang Pas. Tetapi pihak Pas tidak berapa layan sebab tidak yakin kepada Mat Said. Mungkin kerana malu dengan keadaan itu dan untuk menghalalkan tindakan masuk balik Umno selepas tidak sampai 48 jam istyhar jadi bebas Mat Said kata Pas pujuk dia.

Mat Said sebenarnya tidak baca yang Najib Razak akan buat keputuan cepat untuk menukarnya dengan Ahmad Razif Abdul Rahman. Dia mengira Najib akan perlewatkan sebabkan itu Mat Said berdalih dan memberi alasan kerana kenduri kahwin anaknya. Tetapi Najib sudah membaca kilat dalam kilau.

Tahu-tahu Najib atur majlis angkat sumpah secara senyap dan Mat Said "selak terkangkang". Najib katanya tahu rancangan Mat Said yang dikatakan hendak bawa dua tiga orang Exco keluar Umno dan berpakat dengan Pas. Dari mana Najib dapat tahu itu kebijaksanaan Najib. Seorang perdana menteri tentu mempunyai info dari berbagai dimensi. Tetapi kalau bukan salah seorang Exco atau orang yang rapat dengan Mat Said memberi tahu, siapa lagi.

Katanya untuk mengelakkan nasi menjadi bubur Najib terpaksa lakukan pertukaran secepat yang boleh tanpa pun memberi tahu kepada Mat Said. Malam angkat sumpah MB Mat Said tidak hadir mungkin kerana tidak pun dimaklumi.

Kepada Mat Said jangan kerana projek gagal diletakkan kesalahan ke atas Pas. Bukankah Pas buat selama-lamanya tidak mempercayai kepada Umno. Apa yang dihitung Pas itu benar, belum sampai kering kain dijemuran Mat Said sudah masuk Umno semula.

Sementara itu Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat menafikan dakwaan Mat Said yang kononnya dia dipelawa menyertai Pas. Kata Saiful Pas memang tidak percaya kepada Mat Said kerana ia menjadi liabiliti.

"Pas tidak mengharap untuk membentuk kerajaan menerusi Adun lompat," katanya. Syabas Pas Terengganu kerana bersikap gentlemen. [wm.kl.12:39 pm 15/05/14]

Tiada ulasan: