Kelab Greenboc |
- Wajah Hasrina Chee, Gadis Terjun Bangunan Bunuh Diri
- [BONGKAR] Ahli UMNO menyamar Sebagai Ahli PAS Mahu Bertanding Di Bukit Gelugor
- Saya Cina Dan Beragama Kristian, Dan Saya Okay Dengan Hudud
- Ramesh Rao Kagum Lihat Negara Yang Laksana Hudud
Wajah Hasrina Chee, Gadis Terjun Bangunan Bunuh Diri Posted: 10 May 2014 12:54 AM PDT Seorang wanita maut membunuh diri setelah terjun dari sebuah pasaraya terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang mengejutkan, wanita tersebut sempat memuatnaik status rancangannya yang mahu membunuh diri di Facebook. Dalam status itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga serta rakan-rakannya. Dalam perenggan terakhir, dia juga sempat menujukan status kepada seorang lelaki bernama Gulam Larkins dan mengatakan tindakannya itu adalah hadiah buatnya. Tidak diketahui apakah hubungan Gulam Larkins dengan mangsa dan ramai yang mengjangkakan lelaki itu adalah teman lelakinya. Gambar-gambar yang dikongsikan dalam sebuah blog menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu: Berita terkini gambar wanita bunuh diri di Centre Point (CP) KK Sabah pada 9 Mei 2014. Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an. Menurut saksi, mangsa yang berasal dari Bongawan telah terjun dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi Jumaat dan punca kematian dipercayai akibat tekanan emosi. Berdasarkan maklumat terkini, identiti mangsa dikenali sebagai Hasrina Chee.Berikut pula adalah foto Hasrina Chee yang diperoleh dari laman Facebook beliau. Namun, apa yang agak pelik, status terakhir beliau seperti mana yang di cetak oleh blog tersebut tiada. Dan status terakhir beliau adalah pada 5 May 2014 sumber: blog pilihan-anda |
[BONGKAR] Ahli UMNO menyamar Sebagai Ahli PAS Mahu Bertanding Di Bukit Gelugor Posted: 09 May 2014 09:09 PM PDT Dengan niat kononnya mahu memastikan hudud dilaksana di Pulau Pinang menjelang 2020, seorang anggota PAS Gombak telah menyatakan hasrat bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor. Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, yang ditemui pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat SPR di sini, juga berkata akan mendapatkan kebenaran berbuat demikian daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor malaysiakini. "Saya akan merayu dengan Presiden (Abdul Hadi) untuk bertanding dan saya ingat Presiden tidak ada halangan. "Sekiranya tidak beri (kebenaran) akan bertanding atas tiket Bebas," katanya. Sebelum ini dua individu lain turut menyatakan hasrat bertanding dalam PRK tersebut iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan pengurus beberapa inap desa Mohd Yacoob Mohd Noor. Sebuah badan bukan kerajaan Penang Front Party turut menyatakan hasrat meletakkan calon. Namun semakan lanjut mendapati bahawa Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar bukan seorang ahli PAS, tetapi adalah seorang AHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600. Lihat di bawah: Begitu jahat perangai UMNO ini, menghantar ahlinya untuk menyamar sebagai ahli PAS untuk dijadikan calon PRK di Bukit Gelugor. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, pekung UMNO terdedah. Pendedahan ini merupakan petanda awal UMNO BN bakal kecundang di dalam PRK Bukit Gelugor! Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Saya Cina Dan Beragama Kristian, Dan Saya Okay Dengan Hudud Posted: 09 May 2014 04:18 PM PDT Apa itu hudud? Mudah – ia kanun jenayah Islam. Orang Islam tertakluk dengannya kerana kepercayaan mereka. Hudud sebahagian daripada ajaran yang perlu menjadi cara hidup. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka wajar dihukum berdasarkan hukum Islam. Mudah. Tetapi yang sulitnya adalah hujah berhubung hudud dan kita jangkakan respon kurang bijak daripada pelbagai pihak, terutamanya dari golongan ahli politik. Penggubal undang-undang, samada beragama Islam atau bukan Islam, bertanggungjawab menjadikan perkara ini satu kecelaruan. Allah tentu dukacita. (Saya orang Sarawak dan boleh menggunakan kalimah Allah, bukan?) Mengapa perlu ahli politik yang menjadikan perkara sebegini mudah menjadi sesuatu yang begitu rumit lagi sulit? Jawapannya sekali lagi, amat mudah. Ahli poltik mahu menjaga kepentingan sendiri dan berjuang bagi mendapatkannya. Kita – saya dan anda – tidak mempunyai objektif seperti mereka. Maka bagi kita, isu ini sebenarnya agak jelas. Saya lega kerana seorang ahli politik, atau ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof berkongsi pendapat yang sama apabila menulis di Malaysiakini baru-baru ini. Katanya, beliau perlu memberi keadilan bagi isu negara Islam serta hudud kerana terlalu banyak pihak dengan kepentingan peribadi memberi pandangan kabur tentangnya. Isu tersebut ditampilkan sebagai berunsur politik tanpa penjelasan yang sewajarnya. Jadi, kita ada ahli politik yang menyalahkan ahli-ahli politik yang lain – yang bertanggungjawab menyebabkan seruan Rasulallah (saw) menjadi pertelagahan politik. Ini jelas menghina agama, fikir saya. Isu ini lantas menjadi lebih kabur akibat persengketaan ahli politik kita. PAS mahukannya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "bukan sekarang". Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "Malaysia belum bersedia". Dari pandangan mata saya, PAS satu-satunya parti yang konsisten tentang perkara ini. Pemimpin PAS tidak berganjak, dan sebagai seorang Kristian, saya turut kagum dengan pendirian mereka. Islam merupakan asas perjuangan dan seharusnya begitu. PAS ialah Islam dan Islam ialah PAS. Tanpa Islam, PAS wajar dibubarkan. Saya memberitahu rakan-rakan, sekiranya saya Melayu dan beragama Islam dan berminat di dalam arena politik, saya akan sertai PAS. Saya kurang minat parti berasaskan perjuangan bangsa sambil hanya mempergunakan Islam. Jelaskan pada saya, parti Melayu mana yang konsisten sebagaimana PAS di dalam memperjuangkan Islam? Jika ada, saya sanggup menjadi khadamnya. Jadi Najib, jika bukan sekarang, bila? Dan Mahathir, jika kita belum bersedia untuk hudud, bila agaknya kita bersedia? Saya terpaksa tanya soalan-soalan ini kerana saya faham kepercayaan agama; bahawa apa yang diajar perlu diikuti penganutnya. Sebagai penganut ajaran Katolik, saya menurut "10 Commandments" kerana jika tidak, saya berdosa. Tiada alasan "bukan sekarang" atau "saya belum bersedia". Selagi saya beragama Kristian dan menurut ajaran Katolik, saya perlu menurut perintah Tuhan. Saya tidak perlu ia undang-undang digubal mengikut perlembagaan bagi saya akur kepada perintah dan laranganNya. Jadi saya bertanya kepada saudara beragama Islam kita, mengapa perlu hudud diusul dan dibahas di Parlimen bagi kita menurut ajaran agama kita? Bukan semua penganut ajaran Islam perlu mengamalkan ajaran Islam termasuk menghukum sesiapa yang ingkar terhadap larangannya, tanpa mengira ia dikuatkuasa perlembagaan negara? Umat Islam yang tidak takut dengan hudud hanya kerana ia belum dikuatkuasa sebenarnya menunjukkan sikap bermuka-muka. Mengapa perlu penganut ajaran Islam atau mana-mana kepercayaan perlukan kebenaran bagi kita melaksanakan tanggungjawab kepada Yang Maha Kuasa? Dari apa yang saya faham, enakmen itu diperlukan bagi membolehkan umat Islam menghukum sesiapa yang ingkar dan melanggar undang-udang hudud. Bukankah Tuhan yang akan menghukum kita yang melakukan dosa? Namun, saya tetap salut pendirian konsisten PAS kerana pemimpinnya jelas menyatakan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang-orang bukan Islam. Saya percaya kepimpinan PAS kerana tidak mungkin penganut ajaran lain boleh dihukum dengan undang-undang Islam, sebagaimana orang Islam tidak boleh dipaksa menerima ajaran Kristian. Jadi, saya umumkan, saya orang Kristian dan tiada masalah hudud dilaksanakan. Apa yang dilakukan penganut Islam keatas saudara seagamanya tidak akan menjejaskan saya. Jika mereka rasakan pencuri perlu dipotong tangan, maka apa salahnya? Saya bukan penganut ajaran Islam. Jika mereka mengenakan hukuman bunuh – apa salahnya?Ia bagi umat Islam sahaja. Jika mereka kenakan hukuman rejam ke atas penzina (yang telah berkahwin), saya setuju sahaja. Serius, apa yang boleh saya buat? Saya bukan Islam dan hanya mungkin bersimpati terhadap pesalah. Jika saya seorang umat Islam, salahkah sekiranya saya berkata, "dia wajar menerima hukuman itu?" Umat Islamlah yang wajar menentukan apa yang terbaik bagi mereka. Namun, para reformis Islam berkata hukum hudud sesuai digunapakai di dalam konteks kehidupan zaman silam dan prinsip serta nilai agama perlu diterapkan melalui kaedah yang ada pada kehidupan moden ini. Tetapi Rasulallah (saw) sendiri bersabda: "Siapa kita hendak menentang hukum Allah?" (Al-Bukhari, Kitab Hudud, Bab 89:6406). Jadi bagaimana pula seorang Cina Kristian seperti saya mampu menentangnya? Saya tiada hak. Dan mengapa kaum Cina bercakaran sesama sendiri di dalam isu ini? Ahli politik, maksud saya. Anthony Loke (DAP) menegaskan PAS wajar tinggalkan Pakatan Rakyat jika tetap dengan pendirian mereka membawa usul perlaksanaan hudud ke Parlimen. Mungkin Loke perlu diperjelaskan bahawa PAS tidak wajar memilih di antara Islam dan Pakatan. Loke, jika anda Kristian, ia seperti memilih DAP atau Jesus. Apalah sangat Pakatan berbanding Islam? Ia agama junjungan mereka. Pakatan hanya wadah politik yang boleh diketepikan apabila ia sudah tidak berguna. Kemudian kita ada pelawak Cina dari MCA yang mahu bertengkar dengan DAP berkenaannya. Mengapa begitu? Kerana mahu memenangi hati pengundi Cina. Itu saja. Tetapi saya juga orang Cina dan saya ulangi, tiada masalah dengannya. Saya tidak terlibat dengan respon DAP terhadap niat PAS atau tindakan terdesak MCA ke atas DAP. Kerana saya bukan ahli politik yang menggunakan agama sebagai alat bagi kelangsungan kerjaya. Saya percaya Kristian dan Islam boleh hidup bersama di dalam harmoni dan aman. Saya yakin ini juga yang mahu dicapai penganut agama yang berbeza di negara kita. Dan yang nyata, saya tiada masalah dengan hudud kerana berpendapat, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia. Jadi apa masalahnya? - Oleh Francis Paul Siah Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Ramesh Rao Kagum Lihat Negara Yang Laksana Hudud Posted: 09 May 2014 05:11 AM PDT Kuala Lumpur – "Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia". Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan. "Bagi saya, saya menyokong hudud. "Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana. "Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak. "Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita. "Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut, dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang aman damai. "Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas. "Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka. "Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan," jelasnya lagi.-SH ULASAN GB Prinsip kita: la tanzuru ila man qal unzuru ila maa qal .. "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan" Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan