Sabtu, 10 Mei 2014

.

.


Umno Perlis bergolak, MB minta tinggalkan kerusi?

Posted: 09 May 2014 05:17 AM PDT

DESAS DESUS                                                                                  

Azlan Man sedang diasak?
Walaupun Umno Perlis hanya ada beberapa orang sahaja Adun dan ahli Parlimen tetapi ia tidak terkecuali juga mempunyai nafsu dan naluri untuk bergolak seperti Umno di negeri-negeri lain. Umno Perlis hanya tiga bahagian sahaja; Arau, Padang Besar dan Kangar. Manakala terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Desas desus yang bertiup dari Utara mendesuskan kedudukan menteri besarnya Azlan Man kini sedang diasak agar meninggalkan kerusi MB. Perlantikannya sebagai MB menjadi isu dan kurang disenangi oleh veteran Umno negeri itu terutamanya bekas MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungannya Shahidan Kassim.

Azlan dikatakan tidak memberi komitmen kepada parti disamping tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan walaupun sudah setahun menjadi MB. Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan pemimpin Umno bahagian.


Paling menyedihkan katanya, Azlan juga sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis tidak berfungsi dan gagal untuk menghadiri mesyuarat.

Sepanjang tahun ini, tidak lebih dua kali beliau hadir mesyuarat, kegagalan tanpa sebab ini menyebabkan veteran Umno Perlis kecewa terutamanya pengerusinya Shahidan Kassim.

Ekoran itu laporan telah dibuat kepada Presiden Umno Najib Razak agar mengambil perhatian termasuk menggugurkannya sebagai MB. Menurut sumber dalam sudah empat laporan mengenai Azlan dihantar kepada Najib.

Shahidan sebagai ketua Umno Perlis juga dikatakan pernah mengancam akan memecat Azlan sebagai timbalan ketua badan perhubungan Umno ekoran kegagalannya menghadiri mesyuarat beberapa kali. Azlan dilantik menjadi MB selepas pilihan raya umum lalu setelah menang di kerusi DUN Pauh. Beliau dikatakan MB yang ditunjuk oleh Perdana Menteri.

Perlantikannya menimbulkan isu dan mengejutkan pemerhati Umno Perlis kerana beliau dianggap sebagai "orang asing" di Perlis yang tidak pernah bergelumang dengan Umno Perlis. Sebelum ini Azlan adalah Timbalan Pengarah Biro Pengaduan Awam dan merupakan Pegawai Tadbir Diplomati (PTD).

Umno Perlis bermasalah untuk mencari calon MB bagi mengganti Mohamad Isa Sabu yang mengambil alih daripada Shahidan Kassim.

Pergolakan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008 apabila bekas MB Shahidan Kassim tidak dilantik menjadi menteri besar Perlis kononnya beliau ditolak oleh Istana. Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi telah pun mengeluarkan watikah perlantikan Shahidan sebagai MB, tetapi ia tidak diperkenan oleh Raja Perlis.

Nasib Azlan menjadi tanda tanya dimana beliau kemungkinan akan terus diasak selagi tidak meninggalkan kerusi MB Perlis. Besar kemungkinan sekiranta Najib membuat semakan berhubung prestasiseluruh MB, Azlan salah seorang yang akan digugurkan. [wm.kl.7:57 pm 09/05/14]

Tiada ulasan: