Khamis, 8 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Jurujual Buang Bayi di dalam Tandas Farmasi

Posted: 08 May 2014 01:25 AM PDT


[HM] Ampang – Seorang jurujual farmasi yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkannya di dalam tandas di Taman Melawati di sini, Jumaat lalu menangis sebaik melihat gambar mayat anaknya ketika ditunjukkan polis mahkamah.

Dengan pengakuan remaja berusia 18 tahun itu, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai ini untuk jatuh hukum dan mendapatkan laporan akhlaknya.

Remaja itu pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu tanpa diketahui sama ada itu bayi mati selepas atau semasa dilahirkan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam 4 petang pada 2 Mei lalu di tandas sebuah farmasi di Taman Melawati.

Remaja perempuan yang juga pekerja farmasi berkenaan ditahan ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan .

Penahanan itu dibuat selepas rakan sekerjanya menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalam tandas premis berkenaan.

Pekerja berusia kira-kira 30 tahun itu menemui mayat bayi tersebut yang sudah kaku pada pukul 4 petang iaitu ketika dia masuk untuk meletakkan bekas berisi air di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihak polis menerima panggilan daripada salah seorang pekerja farmasi terbabit sebelum sepasukan pegawai polis dan forensik dikerah ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba katanya, pihak forensik mendapati mayat bayi yang berada di dalam mangkuk tandas sudah tidak bernyawa.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak pengurusan bagi meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan bagi membantu siasatan.

"Mayat bayi yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Ke seksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau pembuangan bayi yang telah mati. -8/5/14/krdt: MyNewsHub

P/s: KEJAM!!!!


Pelajar Ditahan, Teman Lelaki Dicari Bantu Kes Mayat Bayi di dalam Tangki Pam Tandas

Posted: 08 May 2014 01:23 AM PDT



[Bernama] Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Butterworth, Bukit Mertajam ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth semalam.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di rumahnya pada jam 12.30 tengah hari semalam, kira-kira lima jam selepas mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata siasatan awal polis mendapati pelajar terbabit dibawa bapanya ke klinik itu pada Selasa selepas mengadu sakit perut kerana senggugut.

"Ketika diperiksa doktor, remaja perempuan itu memaklumkan dia sakit perut dan mahu ke tandas dan melahirkan bayi lelaki di tandas itu," katanya kepada pemberita selepas 'Program High Policing' di Kubang Semang, hari ini.

Beliau berkata, remaja itu dipercayai panik apabila bayinya menangis lalu memasukkannya ke dalam tangki pam tandas berkenaan sebelum dia pergi ke kereta bapanya yang sedang menunggu di kawasan klinik itu.

Mazlan berkata, remaja itu tidak memberitahu bapanya kejadian itu dan mereka terus pulang ke rumah.

Katanya, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu mengaku mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 18 tahun.

Remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan sementara polis cuba mengesan teman lelaki remaja berkenaan yang dipercayai melarikan diri.

Pagi semalam, seorang pesakit wanita yang menggunakan tandas di klinik itu, menemui mayat bayi lelaki tanpa pakaian di dalam tangki pam tandas klinik itu. – 8 Mei, 2014.

P/s: KEJAM!!!!


[Video] Titah Penuh Sultan Brunei tentang Pengisytiharan Penguatkuasaan Hukuman Jenayah Syariah

Posted: 08 May 2014 12:43 AM PDT



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Mari lah kita sama-sama merafa'kan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul di pagi yang indah ini.

Pada 22hb Oktober, 2013 yang lalu, Beta telah mengumumkan pewartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah, 2013. Maka pada hari ini, setelah berlangsung enam bulan, Beta dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala serta bersyukur, mengisytiharkan bahawa esok, hari Khamis 1hb Rejab, 1435 Hijrah bersamaan 1hb Mei, 2014 Masihi adalah tarikh, mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah, 2013, fasa pertama, yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya.

Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkannya, sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan : "enam bulan selepas Akta digazetkan", dimana sehingga kehari inipun ia masih lagi dalam lingkungan enam bulan tersebut.

Alhamdulillah, dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugama-Nya. Ini pasti berlaku sebagaimana firman-Nya dalam Surah Muhammad, ayat 7, tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman jika sekiranya kamu menolong (ugama) Allah, (nescaya) Allah akan menolong (dan membela kamu untuk mencapai kemenangan) serta menetapkan pendirian kamu (dalam membela kebenaran)."

Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah, maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapan-Nya dalam perkara perundangan, sudahpun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing, terutama agensi-agensi yang berkaitan, hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berhemah.

Ingatlah, fokus kita hanyalah kepada Allah jua, untuk mencari redha-Nya semata-mata, bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak.

Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kacamata yang buruk, kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita, tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja, sebagaimana kita juga menghormati mereka.

Ada pun andaian-andaian berupa pelbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang kepada teori yang statusnya tidak lebih daripada teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori, tetapi "hukum wajib" yang tidak ada keraguan padanya.

Kalau teori mengatakan Undang-Undang Allah kejam dan tidak adil, tetapi Allah sendiri telah menegaskan undang-undang-Nya itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah?

Dengan ikhlas kita tegaskan, bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah, 2013 ini bukanlah untuk suka-suka, tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Beta amatlah bangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, termasuk daripada kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidangnya yang berlangsung baru-baru ini.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Video berkaitan di sini.


Kristian Riau Bantu Musabaqah al-Quran

Posted: 07 May 2014 09:06 PM PDT


Sekadar hiasan.
[HM] Batam: Penganut Kristian di Kepulauan Riau bersiap sedia membantu kerajaan wilayah berkenaan menjayakan majlis Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) peringkat kebangsaan, lapor media semalam.

Riau sebelum ini diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi majlis berkenaan.

Seorang pemimpin Kristian Protestan Batam, Hanny Andreas berkata MTQ adalah wadah terbaik untuk mereka mempromosi Kepulauan Riau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Justeru saya menyeru semua warga Riau mengetepikan perbezaan agama dan membantu menjayakan MTQ kali ini," katanya.

Menurut Andreas, komuniti Kristian sudah beberapa kali diundang untuk bekerjasama dalam aktiviti menjelang MTQ.

Katanya, mereka turut menghadiri siri perjumpaan dengan penganjur majlis.

"Kami sudah mengikuti tiga majlis persediaan MTQ.

"Kami juga akan hadir di majlis perasmian MTQ nanti," katanya.- AP/8/5/14


Tiada ulasan: