Khamis, 8 Mei 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perkasa bawa Kabinet ke mahkamah jika gugur ruangan ‘kaum’ dalam borang rasmi

Posted: 08 May 2014 03:56 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Perkasa akan ambil tindakan undang-undang untuk buktikan penghapusan identiti kaum bertentengan dengan Perlembagaan, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Gambar fail The Malaysian Insider.Perkasa akan ambil tindakan undang-undang untuk buktikan penghapusan identiti kaum bertentengan dengan Perlembagaan, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Gambar fail The Malaysian Insider.






























Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) akan mengambil tindakan undang-undang jika Putrajaya berhasrat menggugurkan ruangan 'kaum' dalam borang rasmi kerajaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata pertubuhan badan bukan kerajaan itu bersedia melantik dua firma guaman jika hasrat itu diteruskan dan akan membuktikan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Perkasa akan bawa perkara ini ke mahkamah untuk mohon mahkamah mengisytiharkan penghapusan identiti kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan.

"Kajian sedang dibuat dengan mendalam dan teliti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ibrahim berkata, Kabinet boleh membuat apa jua keputusan tetapi tidak boleh melangar Perlembagaan.

"Perkasa akan lawan habis-habisan melalui perundangan," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Lian berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang mewajibkan penggunaan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

"Kami mahu menegaskan menyertakan perkataan kaum adalah di bawah bidang kerajaan.

"Pemuda Gerakan mencabar presiden Perkasa menyatakan peruntukan mana dalam Perlembagaan menjadikan mandatori untuk kerajaan memasukkan ruangan kaum," katanya.

Malah, Tan turut mengingatkan Perkasa agar tidak membuat dakwaan kosong berhubung perkara itu jika tidak mengetahui peruntukan tersebut.

"Pemuda Gerakan percaya pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi di Malaysia akan menamatkan diskriminasi kaum," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan Kabinet membuat keputusan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Najib berkata, Kabinet sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada untuk memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.

"Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping di Taiping, Perak hari ini.

Menurut akhbar Berita Harian, Najib berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memperbetul kenyataannya yang disiarkan media sebelum ini selain memohon maaf atas kesilapan itu.

Berita Harian hari ini menyiarkan kenyataan Belaun yang mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.

Katanya, pendekatan itu bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan, selain dapat memupuk budaya keterangkuman dalam kalangan pelbagai kaum yang berbeza di negara ini.

"Umpamanya, borang kerajaan berkaitan kebajikan tidak memerlukan ruangan 'kaum' kerana setiap keputusan yang dibuat selepas itu adalah berdasarkan kepada keperluan, bukannya berasaskan kaum.

Justeru, maklumat mengenai kaum tidak diperlukan," kata Belaun seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Siapa berkuasa, Najib atau Ibrahim Ali? soal DAP

Posted: 08 May 2014 03:54 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN


Lim Guan Eng kesal akan kewujudan kumpulan pelampau seperti Perkasa yang kerap menggugat keutuhan perpaduan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2014. Lim Guan Eng kesal akan kewujudan kumpulan pelampau seperti Perkasa yang kerap menggugat keutuhan perpaduan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider.  


Siapakah yang sedang mentadbir Putrajaya, Perkasa atau Barisan Nasional (BN)? soal DAP berikutan keputusan perdana menteri mengekalkan ruangan "kaum" dalam borang rasmi kerajaan, bercanggah pengumuman awal seorang menteri yang memaklumkan ia akan dibuang secara berperingkat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak atau Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bertanggungjawab bagi kerajaan persekutuan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata Putrajaya memutuskan untuk menghapuskan ruangan "bangsa" secara berperingkat.

Bagaimanapun, Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika Putrajaya menggugurkan ruangan "bangsa" daripada borang rasmi kerajaan, mendakwa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini, Najib mengumumkan tidak ada rancangan untuk menggugurkan ruangan "kaum" itu.
"Kenyataan itu adalah tidak tepat. Kami ada berbincang mengenainya dalam Kabinet tetapi keputusan kami adalah untuk mengekalkannya,"  kata perdana menteri.

Najib dilaporkan berkata ruang "kaum" diperlukan untuk memastikan "setiap masyarakat diberi pertimbangan adil" dan tidak ketinggalan daripada dasar-dasar kerajaan.

Lim berkata pengumuman Najib mengenai subjek yang tidak mempunyai nilai menimbulkan persoalan sama ada BN atau Perkasa menguasai Putrajaya.

"Joseph Entulu bermaksud baik dengan pengumumannya semalam memandangkan ruangan 'kaum' tidak memberi nilai tambah dalam borang seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia," kata Lim.

"Mengeluarkan ruangan 'kaum' akan menjadi satu langkah ke hadapan ke arah mewujudkan sebuah identiti kebangsaan tunggal."

Namun selepas lebih 50 tahun merdeka, organisasi seperti Perkasa masih "mencarik fabrik sosial" perpaduan negara, kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua kumpulan pelampau dan perkauman seperti Perkasa memperoleh kelebihan seperti yang mereka nikmati kerana kekebalan undang-undang untuk membuat kenyataan tidak berperikemanusiaan dan ganas terhadap orang bukan Islam.

"Bukan sahaja mereka membuat kenyataan menghasut tetapi mereka juga kelihatan mempengaruhi dasar dan membuat keputusan di peringkat menteri kerajaan," kata Lim.

Dua Warga Jerman Diculik Di Perairan Filipina - Polis Sabah

Posted: 08 May 2014 03:39 AM PDT


Hamza Taib
 

Oleh: MUGUTAN VANAR 


KOTA KINABALU: Dua warga Jerman yang didapati hilang daripada kapal layar mereka dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di selatan perairan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, penculikan itu dikatakan berlaku di kawasan perairan Palawan dan bukannya di bahagian utara Sabah iaitu Kudat seperti yang didakwa beberapa pihak.

"Ia tiada kena mengena dengan Sabah," katanya.

Dua mangsa berkenaan, Dr Stefan Viktor Okonek, 72, dan Henrite Dielen, 42, yang berlayar di kawasan Mindanao didapati hilang daripada kapal layar mereka di perairan berhampiran Palawan yang terletak bersebelahan Kudat di Sabah.

Dipercayai mangsa dibawa kumpulan pelampau Abu Sayyaf ke Jolo.

PAS Selangor akan ambil tindakan jika terbukti ahli kutip sewa pasar

Posted: 08 May 2014 03:34 AM PDT

Oleh; HAFIZAN TAIB dan NAEEM RAFFI


SHAH ALAM : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah diarahkan mengambilalih pengurusan pasar pagi dan malam di seluruh Selangor berkuatkuasa 2012.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata arahan dibuat Kerajaan Negeri itu diambil supaya pengurusan tapak perniagaan diletakkan di bawah bidang kuasa PBT sepenuhnya dalam usaha menjadikannya lebih tersusun dan kemas.

Katanya, pengambilalihannya dilakukan secara beperingkat daripada pihak yang terbabit antaranya Jawatankuasa Penduduk (JKP) di kawasan berkenaan.

teng-chang-kim"PBT sudah mengambialih soal pengurusan termasuk kutipan sewa pasar pagi dan malam. Ia membabitkan banyak kawasan di bawah pentadbiran PBT seluruh Selangor dan bermula 2012, ia dilakukan secara berperingka," katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Chang Kim berkata, sehingga kini PBT meneruskan langkah itu dengan bilangan tapak pasar pagi dan malam semakin mengecil.

"Kes yang masih ada tidak dapat dipastikan tetapi mungkin terpencil," katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan ahli parti tertentu yang menganggotai JKP terbabit menjalankan aktiviti kutipan sewa tapak pasar pagi dan malam di negeri itu dan ia dikatakan berlaku sejak beberapa tahun lalu.

yunusMengulas perkara itu, Bendahari PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata PAS negeri akan menjalankan kajian berhubung perkara terbabit.

"Kita akan kaji perkara ini sama ada benar atau tidak. Jika benar maka tindakan akan diambil," katanya yang juga Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, pula berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara terbabit dan pihaknya akan menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan sebelum tindakan diambil.

YB Iskandar 2"Kita akan menyiasat terlebih dahulu sejauh mana dakwaan berhubung perkara itu. Adakah kutipan itu dilakukan atas arahan PBT atau pihak lain.

"Setakat ini dakwaan terbabit hanya khabar angin kerana belum terbukti kebenarannya. Saya hanya akan bertindak selepas menerima laporan," katanya.-NFN-

Bagaimana ISMA membantu dakwah Islam

Posted: 08 May 2014 03:25 AM PDT

perutusan-ust-lah


Izmil Amri


ISMA tidak berdakwah. Itu nombor wahid. ISMA bukan kerjanya berdakwah. Ia malah menghindar dan membantutkan kerja-kerja dakwah orang lain. Ini dosa ISMA yang harus ditanggungnya sampai mati. Dosa ini tidak akan terampun selagimana para pendakwah yang digagalkan ISMA tidak mengampunkan dosa mereka.

ISMA ini ibarat tikus membaiki labu. Sepatutnya tikus-tikus ini diberi makan racun sebelum sempat menyentuh labu.

Kemarahan kita terhadap ISMA ini lain macam betul. Pun begitu masih ada dua tiga kerat umat ini yang merasakan bahawa ISMA ini benar kata-katanya. Mereka ini sesat dan telah berpaling daripada agama. Mereka juga turut menanggung dosa menggagalkan dakwah orang lain. Malah lebih berat, mereka ini barangkali menanggung dosa membikin umat Islam sendiri berpaling daripada agama.

Bukan sedikit umat yang membelakangi agama dalam keadaan yang tidak perlu disuruh-suruh. Mat rempit kaki minum todi dan berdagang perempuan pun tidak perlu disuruh-suruh untuk berpaling daripada ajaran agama. Tetapi ISMA mudah sahaja menjadi punca, membenihkan benci dan meluat umat Islam sendiri, dan langsung perlahan-lahan menjauhi Islam. Ini dosa ISMA yang kalau Nabi masih ada, pasti ditempelengnya orang ISMA ini semua.

Kebencian yang ditanam oleh ISMA terhadap orang Cina terutamanya membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana Cina Muslim seperti Ridhuan Tee contohnya menanggapi kebencian ISMA itu. Atau adakah dengan masuk Islam maka semua Cina bertukar jadi Melayu?

Banyak persoalan boleh dilontarkan ke telinga-telinga pekak gerombolan ISMA yang bongkak.
Antaranya termasuk persoalan seorang Cina Muslim yang bertanyakan apakah kebaikan yang muncul daripada tindakan pak-pak ustaz ISMA mengeluarkan kenyataan perkauman yang membenihkan kebencian?

Jawapannya; pastilah tidak ada kebaikan sama sekali. Selain menimbulkan rasa tidak senang masyarakat, ISMA dengan cemerlang sekali membikin fitnah terhadap agama dan menyebabkan agama dipandang keji oleh segenap kelompok masyarakat.

ISMA sebenarnya menyebarkan dakyah agama baru. Agama ISMA ini hanya boleh dianuti Melayu.
Agama ISMA adalah agama perkauman yang memandang kaum sebagai faktor penting untuk membeza-bezakan manusia secara sosial dan ekonomi. Agama ISMA adalah agama politik yang mengagungkan asabiyyah.

"Telah bertanya seorang lelaki, wahai Rasulullah s.a.w adakah asabiyyah itu mencintai kaumnya? Sabda Nabi, tidak. Tetapi asabiyyah itu adalah seorang yang menolong kaumnya di atas kezaliman."
"Bukan dari golongan kami sesiapa yang menyeru kepada asabiyyah dan bukan daripada kami sesiapa yang membunuh (berperang) kerana asabiyyah dan bukan dari kami sesiapa yang mati di atas dasar asabiyyah."

ISMA menghalalkan kezaliman terhadap golongan yang bukan sekaum dengannya. ISMA memandang jijik mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu. ISMA adalah perkumpulan manusia yang mendustakan ajaran Nabi dan mempergunakan nama agama untuk kepentingan sendiri-sendiri.

ISMA memperdagangkan nama Islam dan menyandarkan fitnah kepada nama Tuhan dan agama.
ISMA adalah pertubuhan paling berdosa terhadap umat Islam Malaysia. Pastinya sekalian musuh-musuh Islam yang ditentang ISMA itu sedang bertepuk tangan melihat telatah jemaah ini yang akhirnya melepaskan tembakan ke kaki sendiri dan mencacatkan usaha murni perkumpulan lain yang gigih mengajak orang supaya saling memahami, menyayangi dan berbuat baik sesama manusia tanpa menimbulkan rasa benci.

ISMA pastinya histeria jika ia menjejak tanah suci Mekah apabila mengerjakan umrah dan haji, lalu melihat berbondong-bondong umat Islam yang bukan Melayu sahaja di sana. Ia pastilah akan berteriakan seraya meroyan mahu pulang ke negara ISMA-nya yang hanya selayaknya diduduki oleh Melayu-Islam.

Barangkali ISMA boleh bikin kaabah di Kuala Lumpur, supaya Melayu-ISMA boleh bertawaf secara aman tanpa perlu berlaga bahu dengan orang Islam berbilang kaum di Mekah sana.

Jadi pokoknya ISMA tidak membantu dakwah Islam. ISMA bukan Islam. ISMA adalah sebuah jemaah syok sendiri yang merasakan ia layak menjadi penguasa dengan bertanding sekadar tujuh kerusi Parlimen. ISMA adalah pertubuhan picisan yang selayaknya diketawakan dan dicerca kerana kerja buatnya yang menjauhkan orang daripada Islam. ISMA ni kumpulan tidak sedar diri yang tidak menyedari bahawa tanpa kalimat ISMA, perkataan KRISMAS pastinya tidak boleh dieja lengkap.
ISMA berdosa. ISMA berdosa besar. Semoga ISMA segera sujud dan bertaubat. – Roketkini.com

LIHAT VIDEO DI SINI

MCA kerah 100 peguam untuk sekat hudud

Posted: 08 May 2014 03:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MCA menubuhkan jawatankuasa bertindak khas melibatkan 100 orang peguamnya untuk menghalang enakmen hudud Kelantan diluluskan mengikut saluran undang-undang.

Biro guaman MCA Tay Puah Chuan yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa bertindak itu berkata, mesyuarat pertamanya akan diadakan pada 17 Mei.

Para paguam itu akan membuat sumbang saran cadangan untuk menyekat usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Buat masa ini, MCA berkata parti itu antara lainnya akan berusaha menyekat Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi tujuan berkenaan.

"Untuk ini(menyekat proses Parlimen), peluangnya nampak tipis," kata Tay dalam satu sidang media hari ini.

Usaha kedua adalah memfailkan saman untuk memastikan Kelantan tidak boleh melaksana enakmen negeri itu, yang dianggap tidak mengikut perlembagaan.

"Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang paling tinggi di negara ini, apa-apa undang-undang baru dianggap undang-undang yang dianggap tidak mengikut perlembagaan, dan akan menjadi tidak sah dan batal," katanya.

Chegubard dan dua lagi akan didakwa semula

Posted: 08 May 2014 03:08 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, Edy Nor Reduan dan Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian akan didakwa semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Mereka menerima waran semalam supaya hadir di mahkamah untuk didakwa semula di bawah Seksyen 9(1) dan dihukum di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 - yang telah diisytihar tidak sah - kerana menghadiri perhimpunan anti-kenaikan harga barang, TURUN, pada malam tahun baru yang lalu.

Hanya minggu lalu, ketiga mereka termasuk Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dibebaskan oleh mahkamah sesyen Kuala Lumpur selepas hakim mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Timbalan Selangor Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad awal minggu ini.

Pada 6 Mei lalu, Nik Nazmi didakwa semula di Mahkamah Sesyen
Petaling Jaya apabila hakim Yasmin Abdul Razak melepas tanpa membebaskannya.

Yasmin berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan mahkamah rayuan sebelum ini.

Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa hukuman Seksyen 9 (5) PAA kerana tidak memberi notis 10 hari kepada pihak berkuasa, tidak mengikut perlembagaan dan tidak munasabah.

Peguam Eric Paulsen berkata tindakan peguam negara mendakwa semula ketiga-tiga mereka selepas Mahkamah Sesyen membebaskan mereka adalah salah.

Katanya, ia menunjukkan satu penghinaan dan sikap tidak mengendahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 9 (5) sebagai tidak sah dan terbatal.

Dua tahun selepas umum mansuh, Akta Hasutan jadi senjata utama BN

Posted: 08 May 2014 03:06 AM PDT

TonyPua_walkabout


Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Dua tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, akta itu kini menjadi senjata utama kerajaan pimpinannya dalam mengekalkan kuasa dan menekan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, rakyat menyaksikan sendiri Perdana Menteri memungkiri janjinya dengan membiarkan akta itu digunakan untuk mendakwa para pemimpin Pakatan serta aktivis masyarakat.

"Kita semua menunggu pemansuhan akta lapuk itu (selepas pengumuman dibuat). Namun Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 telah berlalu dan Najib mendapat mandat baru walaupun kalah undi popular, tiada apa yang berubah.

"Kini jelas bahawa Najib tidak berniat untuk memansuhkannya. Malah, ia akan digunakan dengan lebih keras ke atas lawan politik BN untuk menyekat ruang demokrasi dan kebebasan bersuara," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 11 Julai 2012, Najib dalam satu majlis mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948, kononnya sebagai sebahagian daripada usaha 'transformasi'nya.

Setahun kemudian, beliau sekali lagi mengulangi janji itu dalam satu wawancara dengan British Broadcast Corporation, dengan menegaskan akta itu akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

"Najib bersikap hipokrit dengan berlagak di depan masyarakat antarabangsa bahawa beliau menunjukkan kelonggaran kepada pihak yang membantah kerajaan.

"Jelas, tiada seorang pun mangsa akta dalam tempoh itu yang menyatakan hal yang boleh menjejaskan kestabilan negara. Mereka hanya menggugat kredibiliti kerajaan BN, sedangkan itu bukan satu kesalahan dalam negara demokratik," kata Setiausaha Publisiti DAP itu lagi.

Tahun lalu, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ahli PAS Datuk Tamrin Ghafar bersama-sama aktivis Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang ditahan di bawah akta itu ekoran berucap dalam satu forum berhubung keputusan PRU pada 13 Mei lalu.

Awal tahun ini pula, bekas Pengerusi DAP Karpal Singh dijatuhkan hukuman bersalah selepas memberikan pandangan perundangan berhubung krisis kerajaan Perak tahun 2009 dan seterusnya Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok didakwa dua hari lalu disebabkan klip video Onederful Malaysia.

Mengulas dakwaan terbaru itu, Pua menyifatkan ia adalah semata-mata bertujuan politik, kerana tiada satu pun kandungan video itu yang menyentuh hal-hal sensitif seperti kaum dan agama.

"Dalam kertas pertuduhan daripada Pejabat Peguam Negara, tiada satu bahagian pun yang menyentuh hal-hal sensitif itu. Teresa didakwa kerana mengkritik kelembapan kerajaan dalam isu keselamatan negara dan pendidikan," katanya lagi. – Roketkini.com

[BERGAMBAR] Taiping Dilanda Ribut Dasyat Sehari Sebelum Kedatangan Najib

Posted: 08 May 2014 03:03 AM PDT

KELAB GREENBOC


Semalam, 7 Mei 2014, Taiping dilanda ribut besar. Kejadian tersebut berlaku sehari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak dijadualkan mengadakan lawatan ke Taiping untuk merasmikan Rumah UMNO Taiping.

Berikut ialah laporan daripada blog orangni.


8 Mei 2014: Najib datang Taiping untuk rasmi rumah UMNO Taiping
Persiapan gila UMNO Taiping... Jalan di paku dengan papan untuk laluan Najib kepentas utama esok 8 Mei 2014...
.........................
Ini kejadian 7 Mei 2014
Sehari sebelum lawatan Najib ke Taiping...
Gerai buah dihadapan Pasarayaku berhampiran Pump minyak Petronas musnah dilanda ribut
Banyak kedai rosak kerana bumbung runtuh dipukul angin kencang
Banyak pokok tumbang
Gerai kawasan tapak pasar malam Kemunting Taiping rosak teruk dipukul angin kencang
Pokok tumbang dan mengenai litar elektrik
Banyak kereta rosak dihempap pokok
Salah sebuah kereta rosak teruk dalam ribut di Taiping
Papan tanda BN (A) dan kontena UMNO Kemunting (B) tumbang dan terbalik dipukul angin ribut semalam 7 Mei sebelum 8 Mei untuk menyambut kedatangan Najib.



Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas rumahnya di No 64, Batu 4 Kamunting ditimpa pokok yang tumbang kira-kira jam 3 petang tadi. Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berkata, mangsa yang terperangkap dalam rumah ditemu dan tersepit di atas katil dan bawah kerangka tingkap. - Gambar dari FB TZ

** 8 Mei 2014 : Adakah hari ini Najib datang Taiping sekadar nak rasmi bangunan baru UMNO Taiping atau mungkin akan ke Tesco Taiping untuk jualan ayam se-ekor Seringgit...???? Sama-sama warga Taiping nantikan laporannya.... -orangni

Ruang kaum dalam borang kerajaan kekal, BN nyata tidak mampu berubah

Posted: 08 May 2014 03:00 AM PDT

Hannah-surau


SHAH ALAM – Keraguan Speaker Dewan Negeri Selangor Hannah Yeoh terhadap laporan kononnya ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan akan digugurkan ternyata benar apabila hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan hal tersebut.

"Najib bukanlah seorang reformis, beliau tidak mampu bergerak melampaui hal perkauman," ulasnya ketika dihubungi.

Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya telah lama berkempen supaya borang rasmi kerajaan menggugurkan ruang kaum.

"Saya telah menulis tentang hal ini sejak Jun 2011. Anak saya, Shay bakal berusia tiga tahun. Masih tidak ada khabar berita," kata beliau yang tegas berpendirian bahawa anaknya berbangsa Malaysia dan tidak perlu dikenali berdasarkan kaum.

Agensi berita Bernama melaporkan semalam bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah akan digugurkan.

Belaun dilaporkan berkata bahawa pendekatan tersebut bertujuan memudahkan urusan dengan kerajaan, selain memupuk budaya keterangkuman dalam masyarakat berbilang kaum.

"Umpamanya, borang kerajaan berkaitan kebajikan tidak memerlukan ruangan 'kaum' kerana setiap keputusan yang dibuat selepas itu adalah berdasarkan kepada keperluan, bukannya berasaskan kaum. Justeru, maklumat mengenai kaum tidak diperlukan," katanya.

Menurut Hannah, meski beliau menerima baik usaha menteri dari Sarawak untuk meyakinkan Kabinet untuk berubah, usaha itu ternyata sia-sia belaka.

"Kalau untuk menyelesaikan isu kaum dalam borang pun mereka tidak mampu, kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk menghadirkan polisi substantif yang tidak berasaskan kaum," tambah Hannah lagi.

"Ia tidak akan berlaku. BN tidak mampu berubah, ia perkauman, dulu, kini dan selamanya," tegas beliau.

Najib Razak hari ini berkata kabinet tidak pernah membuat keputusan untuk menggugurkan ruang kaum dalam borang kerajaan.

Sebaliknya amalan tersebut akan dikekalkan, kononnya demi memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan.

Menteri yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sebaliknya juga dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan susulan dan memohon maaf. – Roketkini.com

[BONGKAR] Siapa Yang Reka/Sunting Rakaman Audio MH370?

Posted: 07 May 2014 11:04 PM PDT

KELAB GREENBOC


MH370: Rakaman audio disunting terlebih dahulu?


PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat 'jarak kosong' yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

"Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

"Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit," katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

"Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti," kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru. -SH


LIHAT VIDEO DI SINI


ULASAN GB

Bahan bukti direka, diusik, diubah, diedit sesuka hati sudah menjadi rampan di dalam negara ini. Ia seperti wujudnya hasrat pihak tertentu untuk mempastikan bahan bukti itu berpihak kepadanya. Ia semacam mengesahkan tentang wujud sebuah konspirasi.

Di dalam isu MH370 sebelum kejadian rakaman perbualan audio disunting seperti laporan di atas, telah timbul juga kes dimana gambar fotokopi dua penumpang misteri bertindih. GB pernah membuat ulasan, petikan:

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,"

Itu jawapan polis apabila isu gambar suspek yang meragukan itu timbul.

Di dalam hal sebegini penting, bolehkan hendak fotokopi pun tak faham-faham?

Bukankah itu menunjukkan tidak profesyenalnya anggota polis di dalam melakukan kerja yang begitu kecil? Jika kerja sebegitu kecil seperti fotokopi pun melakukan kesilapan apatah lagi di dalam hal-hal yang lebih besar?

Satu-satu maklumat penting yang diedarkan kepada umum tidak sepatutnya mempunyai kesilapan apatah lagi kesilapan yang bersifat kecuaian.

Ini mengingatkan kita tentang kisah pegawai penyiasat polis bernama Jude Blacious Pereira yang didakwa telah mengusik sample bahan bukti dengan memotong plastik yang sepatutnya sampel itu TIDAK sepatutnya diusik lansung bagi mempastikan TIADA KERAGUAN terhadap bahan bukti berkenaan. Ia membuka ruang untuk pihak tertentu untuk memanipulasi bahan bukti.

Kita bukan nak merendah-rendahkan kewibawaan pihak polis tetapi ruang masih banyak untuk PDRM menngkatkan professionalismenya dan mutu kerjanya supaya ia tidak menjadi isu seperti kes gambar photofit warga Iran berkenaan.

Yang peliknya di Malaysia ini, bahan bukti yang tercemar dan bahan bukti rekaan/suntingan boleh diterima oleh hakim-hakim mahkamah!

1MDB sokong Jho Low bida hotel London RM5 bilion?

Posted: 07 May 2014 10:42 PM PDT

KEADILAN DAILY


ClaridgesLONDON : Sarawak Report mendedahkan, aktiviti pelaburan Taek Jho Low, jutawan yang rapat dengan pimpinan BN disokong wang dana yang dipinjam daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sarawak Report dalam laporan eksklusifnya 2 Mei lalu meneliti bukti di Mahkamah Tinggi UK menunjukkan bahawa tuntutan Jho Low bercanggah dan dan menimbulkan persoalan serius.

Menurut Sarawak Report, pada Januari 2011, 1MDB mengemukakan surat bagi pemegang ekuiti persendirian Kumpulan Wynton yang berikrar bagi pembelian saham kumpulan hotel Coroin termasuk hotel terkemuka Claridges, The Connaught dan The Berkeley terhadap saingan bidaan Barclay.

The Wynton

Bidaan itu disokong Wynton untuk tawaran muktamad daripada £1.028 bilion (RM5.7billion).

Butiran tawaran Coroin dan penglibatan 1MDB melalui syarikat Jho Low iaitu Wynton Group dalam percubaan pembidaan terperinci dalam penghakiman 158 muka surat bertarikh 10 Ogos 2012 oleh Hakim David Richards di Mahkamah Keadilan Diraja Britain.

Penghakiman memperincikan bagaimana saingan kedua pembida untuk membeli pegangan dalam Coroin Group.

Low_Wynton

Barclay yang merupakan pemenang dalam bidaan tersebut, namun pemegang saham lain mempersoalkan kaedah mereka, menyebabkan pertikaian undang-undang.

Dalam penghakiman tersebut, Hakim merekodkan bilangan lain-lain tawaran dibuat semasa persaingan pengambilalihan dan salah seorang daripadanya berasal dari Malaysia iaitu Jho Low yang mewakili Wynton Group bersama abangnya.

Hakim menjelaskan bahawa Jho Low mewakili diri dan perusahaannya sebagai suatu entiti yang disokong dana pemerintah Malaysia.

Dokumen penghakiman Britain dimulai dengan menyatakan: "Pelabur yang berpangkalan di Malaysia adalah Jho Low, usahawan dengan sokongan dari dana pemerintah Malaysia, melalui sebuah entiti yang disebut The Wynton Group".

duit_rakyat_Malaysia_habis_kerana_Cukong_iniSementara itu, untuk mengukuhkan tawarannya, Jho Low menampilkan jaminan-jaminan pihak ketiga termasuk surat bertarikh 15hb Januari 2011 dari 1MDB mengesahkan sokongan tawarannya, seperti direkodkan oleh hakim itu.

Menurut Sarawak Report, bukti ini membenamkan penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB bahawa beliau tidak ada kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low melalui sokongan 1MDB.

Setahun berlalu, BN gagal tadbir Kedah

Posted: 07 May 2014 10:32 PM PDT


Oleh ZULKIFLI YAHAYA


SELEPAS genap setahun BN mengambilalih pentadbiran dari tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, harapan rakyat Kedah menggunung untuk melihat anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diberi mandat sebagai menteri besar, melakukan perubahan besar di negeri itu.

Malang sekali harapan rakyat menjadi sia-sia, kerajaan BN Kedah ternyata gagal dalam banyak perkara.

Jika ada sedikit perubahan ataupun program besar yang berlaku di Kedah maka ia adalah projek Kerajaan Persekutuan bukannya milik kerajaan negeri.

Setahun adalah tempoh masa yang agak pendek namun senarai kegagalan BN sudah panjang. Berikut adalah senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:
  1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.

  2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2013.

  3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.

  4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.

  5. GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan 'Menteri Besar Kedah'.

  6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

  7. GAGAL mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.

  8. GAGAL mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.

  9. GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati 'bersedekah' kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.

  10. GAGAL menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut tradisi pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.

  11. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.

  12. GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin 'bijak' kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?

  13. GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.

  14. GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat 'mencurah air ke daun keladi'.

  15. GAGAL meneruskan program pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.

  16. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku. Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.

  17. GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.

  18. GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.

  19. GAGAL menangani penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.

  20. GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya.

Fenomena ‘Ya Hanana’ di Malaysia

Posted: 07 May 2014 10:28 PM PDT






 Oleh KHAIRUZZAMAN MOHD WAFA 


"TELAH muncul agama yang didukung dengan munculnya Nabi yang bernama Ahmad, betapa beruntungnya kami dengan Muhammad s.a.w., itulah anugerah dari Allah. Betapa beruntungnya kami."Itulah sebahagian daripada terjemahan qasidah yang sangat masyhur pada ketika ini iaitu qasidah 'Ya Hanana'.

'Ya Hanana' kini menjadi satu fenomena baru kepada masyarakat kita di Malaysia sehingga di mana-mana sahaja kita berada, kita akan mendengar mengalunkan qasidah ini, tidak kiralah sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa kerana seronok dengan alunannya yang santai dan menghiburkan.

Berbalik pada sejarah, sebenarnya qasidah atau alunan bait-bait syair Arab ini telah pun masyhur sejak zaman sebelum Islam, yang mana mengandungi puji-pujian dan kepada wanita, harta benda, ataupun individu yang dianggap berjasa kepada masyarakat tempatan.

Selepas kedatangan Islam, kandungan syair-syair ini telah berubah daripada sesuatu tidak memberi manfaat, kepada satu medium yang boleh mengajak manusia ke arah kebaikan dan ada antaranya mengandungi pujipujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda.

Bermula daripada seni syair yang dibacakan dalam berbentuk puisi sehinggalah diangkat seninya dan telah dialunkan secara berlagu dan kemudiannya qasidah dilagukan dengan iringan muzik tradisional iaitu rebana, kompang dan tamborin.

Adapun begitu, pada asalnya qasidah ini telah pun masyhur di Malaysia sejak awal tahun 1970-an sepertimana masyhurnya marhaban dan berzanji pada waktu itu. Akan tetapi generasigenerasi yang terkemudian tidak terlalu berminat dengan seni ini kerana ia kelihatan hambar dan membosankan sehingga jarang sekali kita dapat melihat anak-anak muda yang mengetuai majlis-majlis sebegini sehinggalah datangnya tokohtokoh ulama yang mengangkat kembali seni ini.

Antaranya Habib Syech As-Segaf yang mempopularkan kembali qasidah dua tahun yang lalu kepada masyarakat kita dalam bentuk yang menarik dan menghiburkan. Perkara ini telah disambut baik oleh masyarakat kita dengan penganjuran majlis selawat dan qasidah di pelbagai tempat sekitar dalam negara.

Dan kini, kita dapat melihat fenomena baru yang tidak pernah kita duga sebelumnya iaitu semakin banyaknya kumpulan-kumpulan qasidah umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan, dibentuk sama ada bermula di pusat pengajian pondok, institusi pengajian tinggi ataupun anak-anak muda yang mempunyai inisiatif sendiri bagi memeriahkan majlis ilmu dengan alunan qasidah memuji Nabi.

Apa yang paling menarik dan paling ketara sekali pada ketika ini adalah majlis perkahwinan yang dahulunya dihiasi dengan nyanyian karaoke telah diubah dengan alunan-alunan qasidah sama ada dalam bentuk audio cakera padat ataupun nyanyian secara 'live'. Ini adalah satu perkembangan yang baik.

Ada beberapa soalan yang timbul sejak akhir-akhir ini berkenaan dengan qasidah iaitu adakah kita memperolehi syafaat Nabi ketika mengalunkan qasidah? Kata ulama, sesungguhnya mengalunkan qasidah ini tidaklah mendapat syafaat Nabi, melainkan ada bait-bait yang menyebut kalimah selawat yang sahih seperti "Allahumma Salli 'ala Muhammad" atau "Sallallahu 'ala Muhammad." Walaupun begitu, qasidah ini merupakan jalan-jalan atau cabang-cabang ilmu untuk kita mengenali siapa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat.

Begitu juga dengan marhaban dan berzanji yang dikarang oleh Sayyid Ja'far Al-Barzanji yang mana kandungannya menceritakan tentang sirah Nabi dalam bentuk syair.

Oleh itu, ketika mana kita ingin mengalunkannya, adalah lebih diutamakan untuk melihat kepada terjemahannya sekali agar kita dapat menghayati setiap bait-bait yang dikarang, bukan sekadar tertumpu pada alunan dan melodinya semata-mata.

Perlu juga diingatkan bahawasanya qasidah ini bukanlah amalan yang paling utama untuk menzahirkan cinta kita kepada Nabi, akan tetapi bagaimana cara kita mengaplikasikan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita.

Janganlah hanya sekadar ber-'Ya Hanana' tetapi langsung tidak mengamalkan sunnah Nabi bahkan sering bertelagah sesama sendiri terutamanya dalam halhal kecil sehingga mengabaikan hak-hak Muslim yang perlu ada dalam setiap diri masing-masing.

Kesimpulannya, perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. sebagai tanda cinta kita sebagai seorang Muslim kepada Baginda s.a.w., kerana para ulama mengatakan: "Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan sering menyebutnya." "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.); wahai orangorang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." - Surah Al Ahzab: 56

>> Penulis adalah siswa Falkuti Pengajian Bahasa Utama, USIM

Pian Cecupak, Boy Iman, Nash terima gelaran Datuk

Posted: 07 May 2014 10:21 PM PDT


Pian Cecupak, Boy Iman, Nash  
Dari kiri Pian Cecupak, Nash, Boy Iman


SIAPA sangka, aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.

Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.

"Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid.

"Takkanlah segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana ALLAH SWT.

"Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini," katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang
bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.

Aktif berpersatuan

Walaupun sebelum ini pelakon Nurul Iman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman kurang menyerlah dalam industri seni, namun ia tidak membataskan pelakon ini untuk berjaya dengan cara sendiri.

Bersyukur dengan gelaran Datuk yang diterima, Boy berkata, ia bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya. Malah dia tidak menyangka kerja amal yang dilakukannya sebelum ini menjadi faktor utama melayakkannya menerima gelaran Datuk.

"Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi.

"Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya," katanya.

Menurut Boy, dia juga sering menjayakan program keraian yang melibatkan Kerajaan Naning.
"Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis," katanya.

Sementara itu, bagi Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, gelaran yang diterima tidak membuatkannya mendabik dada. Jelas bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini, dia masih seperti 'Nash' yang dulu.
"Biarpun telah diberikan gelaran Datuk, itu tidak membezakan siapa diri saya.

"Saya harap dengan penganugerahan ini, usaha saya untuk terlibat dalam kerja amal akan terus berterusan," katanya yang turut aktif melakukan kerja-kerja amal.

Hudud: Ramai sudah buka mata, kata Asri

Posted: 07 May 2014 10:17 PM PDT


Dr Asri Zainul Abidin  
Dr Asri Zainul Abidin


SHAH ALAM - "Bagus juga Pas bawa hudud ini, sebab Dr Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) sudah baca tentang hudud," demikian antara petikan menarik daripada Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin sepanjang berlangsungnya Wacana Sinar Harian Siri ke-27 hari ini.

Menurut Asri, kelantangan Kelantan dalam membawa isu hudud pada masa ini telah menyebabkan ramai pihak mula buka mata dan cuba belajar tentang hukum itu.

"Ramai yang telah cuba belajar hukum ini.

"Tengok hari ini Ka Siong sudah baca tentang hudud,"  katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ka Siong memberitahu kepada peserta wacana dan ahli panel bahawa beliau telah mengambil masa hampir empat hari untuk membaca dan memahami tentang undang-undang hudud Kelantan sebelum memenuhi jemputan sebagai ahli panel wacana kali ini.

"Saya sudah baca empat hari dan minta kawan Melayu tolong jelaskan tentang hukum yang berkaitan," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Wacana kali ini turut menampilkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah.

Wacana ini, dikendalikan oleh penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

Nik Aziz kesal muslimah disamakan pelacur atasan

Posted: 07 May 2014 10:15 PM PDT


Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Nik Abdul Aziz Nik Mat


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan kenyataan keterlaluan Setiausaha Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang menyamakan wanita bertudung yang menyertai demonstrasi GST 1 Mei lalu sebagai 'pelacur atasan'.

 "Yang tentunya pelacur duduk di hotel, kenapa golongan ini tidak dilawan. Muslimah zaman Nabi pun dibawa ke medan perang, kerjanya memegang air dan memberi minum kepada tentera Islam," katanya dipetik dalam laman sosial, Harakahdaily.net, semalam.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu  turut meminta orang ramai tidak memandang serong terhadap demonstrasi yang dijalankan demi kepentingan masyarakat itu.

"Kita doakan agar dia (Mohd Radzi) diberi keselamatan oleh ALLAH," katanya.

Mohd Radzi didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut di laman sosial Facebook miliknya yang memberi perumpamaan muslimah bertudung labuh yang menyertai demonstrasi itu setaraf dengan pelacur kelas atasan.

Kenyataan Mohd Radzi itu dikecam pelbagai pihak termasuk Muslimat Pas yang menggesa ulama muda itu menarik balik kenyataan tersebut dan jika enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Selain itu, Pemuda Pas Pusat menggesa permohonan maaf secara terbuka oleh Mohd Radzi dan menarik balik kenyataan itu sekali gus membubarkan jawatankuasa berkenaan.

Sementara itu, Muslimat Pas Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap akaun Facebook tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, semalam.

Nuridah Salleh mendakwa kenyataan itu dibuat menerusi akaun Facebook bernama 'Abu Amru Radzi Othman' pada 2 Mei lalu.

"Saya dengan ini membantah kenyataan tersebut kerana menganggap ia satu kenyataan yang biadap dan juga menjatuhkan maruah saya serta peserta-peserta bertudung labuh lain," katanya.

Nuridah juga menuntut polis memanggil Radzi untuk dirakam keterangannya selain menuntut Radzi menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada wanita bertudung labuh.

Kanak-kanak maut rumah dihempap pokok

Posted: 07 May 2014 10:11 PM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut apabila rumahnya runtuh dihempap sebatang pokok besar yang tumbang akibat ribut di Taman Perumahan Awam Kamunting dekat Taiping semalam.
  
S Lingiswaran disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 petang dipercayai akibat sesak nafas.
  
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Mohd Taufiq Sattar berkata insiden itu berlaku pada 3.34 petang dan mangsa ditemui di atas katil dalam keadaan dihempap tingkap lima belas minit kemudian.

Beliau berkata mangsa berada di rumah berkenaan bersama-sama lima anggota keluarga lain iaitu ibu, dua orang nenek, adik serta ibu saudara manakala bapanya tiada di rumah.
  
"Ketika kejadian, mangsa yang berada dalam bilik tidak sempat menyelamatkan diri manakala anggota keluarganya yang lain sempat keluar dari rumah itu," katanya ketika dihubungi.
  
Mohd Taufiq berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping bersama 13 anggota dikerah ke tempat kejadian dan pihaknya menerima lima laporan pokok tumbang susulan hujan lebat serta ribut di kawasan Kamunting.- Bernama

Pengusaha harumanis di Perlis wajib bayar zakat

Posted: 07 May 2014 10:09 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengusaha tanaman mempelam harumanis di Perlis wajib mengeluarkan zakat apabila hasil diperolehi memenuhi syarat, kata Mufti Negeri, Datuk Dr Juanda Jaya.
  
Beliau berkata perkara itu antara keputusan perbincangan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis ke-14 selama dua hari bermula Isnin lepas di Kuching.

Dr Juanda berkata keputusan itu berpandukan jawatankuasa sama yang membuat keputusan pada 1985 bahawa selain makanan ruji hasil pertanian lain juga wajib dikeluarkan zakat.
  
Ketika itu Perlis menjadi pengeluar tebu terbesar negara dan pengusaha tanaman itu diseru mengeluarkan zakat.
  
"Keputusan Jawatankuasa Fatwa itu juga memutuskan hasil tangkapan laut seperti ikan, mutiara dan telur penyu (jika ada) termasuk dalam senarai wajib zakat.
  
"Suka saya memaklumkan kepada rakyat Perlis supaya menunaikan kewajipan ini... untuk mendapat keberkatan Allah SWT agar hasil pada tahun-tahun berikut bertambah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Menurut Dr Juanda zakat yang wajib dikeluarkan adalah antara 5 hingga 10 peratus bagi lima 'ausuk' hasil harumanis atau bersamaan 653 kilogram buah setelah ditolak segala kos termasuk subsidi kerajaan.
  
Beliau berkata pengusaha boleh menghubungi Baitulmal untuk mengetahui kaedah pengiraan yang betul.
  
Menurutnya rekod Baitulmal tidak menunjukkan pembayaran zakat harumanis. - Bernama

Ahmad Said enggan ulas isu tukar MB T'ganu

Posted: 07 May 2014 09:58 PM PDT

 

MALAYSIAKINI


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said enggan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung Terengganu bakal menerima menteri besar baru dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai dua nama ADUN yang disebut laporan itu calon menteri besar baru, Ahmad berkata terserah kepada penulis berita tersebut untuk membuat andaian.
  
"Biarkan dia," katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Tasik Kenyir semalam.
  
Akhbar itu antara lain menyebut Ahmad yang dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.
  
Laporan yang memetik sumber itu berkata Ahmad menandatangani surat tersebut yang turut mensyaratkan beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Terengganu kira-kira dua minggu selepas PRU13 pada 5 Mei. 

Laporan itu menyebut ADUN Seberang Takir yang juga Exco Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih Wan Hakim Wan Ahmad sebagai calon menteri besar baru.  
- Bernama

Surirumah dapat gantirugi RM43,999 dari AirAsia

Posted: 07 May 2014 09:54 PM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang suri rumah yang hamil diarah turun dari sebuah pesawat Airasia di Denpasar, Bali, Indonesia tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai sijil perubatan menyatakan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan, mendapat RM43,999 sebagai gantirugi oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.
  
Patricia Karen Chew Mei Yik, 44, dan suaminya Michael Januarius, 57, memenangi saman ke atas Airasia Berhad selepas tiga panel hakim membenarkan rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai saman itu.
  
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail memberikan gantirugi khas kepada pasangan itu sebanyak RM18,999 dan juga gantirugi am berjumlah RM25,000.
  
Beliau juga memerintahkan Airasia membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember 2011, tarikh writ difailkan untuk penyelesaian penuh saman itu.
  
Hakim Abdul Wahab yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga memerintahkan Airasia  membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada pasangan itu.
  
Dalam pernyataan tuntutan mereka, Chew dan Januarius, seorang ahli perniagaan, berkata mereka membeli tiket penerbangan pergi balik ke Bali pada 2 Februari 2011.
  
Mereka berkata selepas menghabiskan percutian mereka di Bali bersama-sama dengan anak perempuan mereka ketika berumur empat tahun (kini 7 tahun), mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 26 Februari 2011.
  
Pasangan itu mendakwa sebelum pesawat itu berlepas, seorang pramugari bertanyakan sama ada Chew, yang ketika itu hamil 28 minggu, sama ada beliau mempunyai surat daripada doktor yang mengesahkan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan menggunakan pesawat.
  
Chew berkata beliau mendapat sijil dari pakar sakit puan, Datuk Dr Ang Chin Guan dari Sime Darby Specialist Centre Megah Sdn Bhd yang dikeluarkan pada 11 Februari 2011.
  
Bagaimanapun, beliau memberitahu pramugari terbabit sijil itu diserahkan kepada seorang pramugari yang namanya beliau tidak dapat diingat dalam pesawat pada 20 Februari 2011 semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Denpasar.
  
Chew mendakwa pramugari terbabit memberitahu beliau dalam nada suara marah bahawa semakan dalam sistem online tidak dapat mengesan sijil itu dan Chew dimaklumkan supaya mendapatkan sijil baru dari doktor.
  
Pada ketika itu, suami Chew memutuskan bahawa beliau kekal di dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur tanpa isteri dan anaknya kerana beliau perlu menghadiri satu majlis resepsi korporat di Kuala Lumpur.
  
Bagaimanapun, pasangan itu mendakwa pramugari terbabit memberitahu mereka supaya pergi ke pintu depan untuk berbincang tetapi sebaik mereka berada di situ, seorang pengawal keselamatan mengarahkan mereka untuk turun dari pesawat dan kemudiannya menutup pintu pesawat.
  
Pasangan itu berkata mereka kehilangan bagasi tangan mengandungi sebuah kamera dan sebuah komputer riba yang ditinggalkan di dalam pesawat.
  
Pasangan itu berkata mereka kecewa dan diaibkan dengan cara keadaan itu dikendalikan.
  
Chew kemudiannya memperoleh sijil layak dari segi perubatan di lapangan terbang Denpasar yang membenarkan keseluruhan keluarga itu untuk menaiki pesawat lain ke Kuala Lumpur.
  
Dalam pembelaan mereka, Airasia menafikan Chew dan keluarganya menerima layanan kasar sambil menambah petugasnya dilatih berdepan sebarang keadaan membabitkan penumpang dengan sabar, tenang, sopan dan secara profesional.
  
Syarikat itu mendakwa petugas mereka dalam insiden itu hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard dan peraturan yang dikuatkuasakan.
  
Pada 29 Ogos, 2012, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak saman mereka.
  
Chew dan Januarius diwakili peguam M.Manoharan manakala Airasia diwakili Zaini Mazlan dan Raja Nurul Iylia Raja Mohd Tajuddin.- Bernama

'Kita royalti 5 peratus pun tak dapat lagi'

Posted: 07 May 2014 09:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kelantan akan membincangkan di Dewan Undangan Negeri mengenai usul menuntut royalti 20 peratus mengikut jejak langkah kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata cadangan meminta royalti sebanyak 20 peratus itu bagus dan lebih adil kepada negeri yang menyerahkan hasil mereka kepada Petronas.

"Kita akan bincangkan dalam dewan. Masalahnya ialah Sarawak telah menerima royalti sebelum ini. Kita royalti lima peratus pun tak dapat lagi," kata beliau ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Mohd Amar berkata Kelantan turut menunggu perkembangan jawatankuasa khas royalti minyak dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

"Sekarang jawatankuasa royalti diwakili Tengku Mahkota Kelantan. Kita masih tunggu keputusan mereka," kata beliau.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa negeri pengeluar petroleum mengikut jejak langkah Sarawak yang meluluskan usul menuntut bayaran royalti petroleum dinaikkan kepada kadar 20 peratus.

Selain itu, bekas anggota Exco Kelantan itu juga menuntut agar negeri berkenaan menuntut pemilikan saham dalam syarikat petroleum negara, Petronas untuk membolehkan negeri tersebut menikmati agihan lebih adil.

"Saya mengucapkan tahniah di atas keberanian kerajaan Sarawak. Saya berharap tiga negeri pengeluar yang lain (Kelantan, Terengganu, Sabah) dapat mengambil langkah yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam DUN Sarawak meluluskan usul untuk memohon kenaikan royalti minyak dan gas dari kerajaan persekutuan dari kadar lima peratus kepada 20 peratus.

Sarawak kini menerima RM1.6 bilion setahun dari bayaran lima peratus tersebut. Kenaikan sebanyak 15 peratus dari pengeluar minyak dan gas terbesar di Malaysia itu dijangka akan membolehkan Sarawak menikmati RM6.4 bilion setahun.
 

Suhu politik Terengganu kembali panas

Posted: 07 May 2014 09:40 PM PDT


Suhu politik Terengganu kembali panas Pihak media yang menunggu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) turut hampa apabila Ahmad razif tidak muncul, semalam.
 

NAMA Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman kembali panas apabila beliau sekali lagi dikaitkan bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar Terengganu, seperti mana desas-desus yang bertebaran sebelum ini.

Isu pertukaran pemimpin utama negeri ini dilihat sedikit mencalarkan sambutan genap setahun pentadbiran BN yang mentadbir Terengganu Isnin lalu, yang berjaya mempertahankan kemenangan dalam PRU13 5 Mei tahun lalu, sekali gus menyaksikan politik negeri ini kembali bergelora.

Kemenangan tipis BN dengan kedudukan kerusi 17-15 turut didakwa antara faktor penyebab Datuk Seri Ahmad Said menjadi sasaran, ditambah pula dengan wujud kumpulan tertentu dalam parti berkenaan hingga mengakibatkan berlaku perpecahan dalam kalangan ahli Umno itu sendiri.

Walaupun Ahmad Razif telah beberapa kali menafikan hal berkenaan, namun namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila laporan sebuah akhbar Bahasa Inggeris tempatan semalam, mendedahkan mengenai sumber daripada Putrajaya yang mengatakan wakil rakyat itu diminta untuk bersedia bagi menggantikan kepimpinan utama negeri ini.

Isu berkait pertukaran Menteri Besar Terengganu telah beberapa kali hangat diperkatakan sejak tahun lalu, namun kembali 'tenang' setelah ia dinafikan sekeras-kerasnya pelbagai pihak termasuk baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengatakan tiada perancangan ke arah itu (membabitkan pertukaran Menteri Besar).

Bagaimanapun, penjelasan daripada pemimpin utama negara nyata belum mampu meredakan isu tersebut apabila nama Ahmad Razif yang telah dua penggal memimpin Dun Seberang Takir terus hebat dicanang pelbagai pihak sebagai pengganti Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika ini.

Namun, laporan akhbar berbahasa Inggeris itu seakan mengiyakan perkara tersebut (pertukaran Menteri Besar) apabila Ahmad Razif difahamkan membatalkan kehadiran beliau dalam Majlis Penyerahan Jersi Kejohanan Bola Sepak Adun Seberang Takir yang diadakan di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir, malam semalam, secara tiba-tiba atas sebab tidak diketahui.

Berdasarkan sumber terdekat dengan anak jati Seberang Takir itu, pihak media dimaklumkan beliau terpaksa ke Kuala Lumpur dan dijangka menaiki penerbangan pada jam 4.15 petang semalam, namun sehingga jam 5.30 petang, beliau tidak muncul.

Ahmad Razif bagaimanapun dipercayai menggunakan jalan darat untuk ke Kuala Lumpur bagi mengelak bertemu media yang berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

Turut difahamkan, tujuan beliau ke ibu negara adalah untuk menemui pucuk pimpinan utama parti berkait pertukaran Menteri Besar yang dikhabarkan bakal dibuat pada 15 Mei ini, seperti mana yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini.

Ahmad Razif yang merupakan satu-satunya wakil rakyat BN yang berjaya mempertahankan kerusi dalam PRU13 lalu di Parlimen Kuala Nerus dikatakan antara nama yang disenarai pendek sebagai Menteri Besar yang baharu.

PRK Teluk Intan 31 Mei, penamaan 19 Mei

Posted: 07 May 2014 09:38 PM PDT


PRK Teluk Intan PRK Teluk Intan


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Mei ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Teluk Intan.

Sementara penamaan calon pula akan diadakan pada 19 Mei.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang media yang diadakan selepas selesai mesyuarat khas di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

"SPR telah menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK Teluk Intan.

"Sementara pengundian awal 27 Mei 2014 dan undian biasa  pada 31 Mei 2014," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan PRK Teluk Intan yang melibatkan 60,349 pengundi berdaftar ini sebanyak RM1,470,347.

"Daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK Teluk Intan ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang diwartakan pada 30 April 2014 yang telah dikemaskini sehingga 1 Mei 2014.

"Daftar pemilih tersebut mengandungi 60,349 pemilih berdaftar yang terdiri 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara," katanya.

Sebanyak 36 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian dan seramai 957 petugas pilihan raya dilantik untuk pengendalian proses tersebut.

PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng pada 1 Mei lalu akibat penyakit kanser yang dihidapinya.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.

Tiada ulasan: