Rabu, 7 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sekat di Masjid, Kuliah Ustaz Azhar di Gelanggang Futsal Tetap Mendapat Sambutan

Posted: 06 May 2014 10:57 PM PDT


[HD] HULU TERENGGANU: Buat pertama kali di negeri sendiri, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di gelanggang futsal setelah tidak dibenarkan berbuat demikian di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, malam tadi.

Difahamkan, beliau telah menyampaikan kuliah dua bulan sekali di masjid itu sejak dua tahun lalu tidak pernah dihalang sebelum ini.

Begitupun, dipercayai arahan tersebut dibuat oleh orang politik yang menggunakan pihak berkuasa agama supaya tidak dibenarkan Ustaz Azhar menyampaikan kuliah di masjid berkenaan.

Walaupun diadakan dalam gelanggang futsal, namun tidak menjejaskan kehadiran muslimin dan muslimat termasuk anak-anak muda untuk mendengar kuliah daripada ustaz idola mereka.

Menurut sumber, jumlah para hadirin untuk mendengar kuliah semakin bertambah sehingga pihak masjid menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selesa. - HARAKAHDAILY 7/5/2014

Pengurus Pusat Ternakan Ikan Warga China Diculik di Sabah

Posted: 06 May 2014 10:53 PM PDT


[MK] Satu lagi kes penculikan bersenjata dilaporkan berlaku di perairan Sabah membabitkan sekumpulan lima orang lelaki yang melarikan seorang lelaki warga China dari sebuah pusat ternakan ikan dekat Lahad Datu.

Polis mengesahkan, lima penceroboh melarikan Yang Zailin, 34, seorang pengurus di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd pada kira-kira jam 2.45 pagi ini.

Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dua daripada penceroboh berkenaan memakai celoreng tentera, bertopeng dan bersenjatakan raifal M-16.

"(Pasukan keselamatan) mengejar mereka dan satu tembak menembak berlaku berhampiran Pulau Mataking.

"Mereka bagaimanapun melepaskan diri dan menuju negara jiran," kata Mohd Bakri.

Bernama melaporkan, Yang yang berasal dari Guangzhao bekerja di pusat ternakan yang terletak 3km dari bandar Silam itu sejak tiga tahun lalu.

Laporan itu memetik ketua pengarah Esscom Datuk Mohamad Mentek sebagai berkata, penceroboh berkenaan "dipercayai dari selatan Filipina".

Menurutnya, pusat ternakan tersebut dimiliki orang seorang warga Hong Kong yang dikendalikan oleh 16 kakitangan – masing-masing lapan orang dari Timor Timor dan Suluk.

Kejadian penculikan di perairan Silam tersebut merupakan kejadian kedua yang berlaku tahun ini di Sabah, sebulan selepas kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna.

Dalam kejadian di Semporna itu, kumpulan berkenaan menculik dua orang wanita, salah seorangnya berusia berusia 40 tahun warganegara Filipina yang bekerja di pusat peranginan tersebut dan seorang lagi adalah adalah pelancong warga yang berusia lingkungan 20-an.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna.

Sementara itu Bernama petang ini melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis telah menahan 19 individu, 11 daripadanya etnik berketurunan Suluk dan selebihnya warganegara Indonesia di kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya cuma sembilan daripada tahanan berkenaan mempunyai dokumen dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Polis percaya kumpulan berkenaan merupakan satu daripada kumpulan yang menculik untuk tebusan namun belum dipastikan sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Singamata Adventures Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu. -6/5/14

Jumlah Mangsa "Raja Sodomi" Meningkat 100 Orang

Posted: 06 May 2014 10:49 PM PDT

Andrian Sobari yang turut digelar raja Sodomi.
[HM] Sukabumi: Jumlah kanak-kanak mangsa serangan seksual pemuda tempatan - yang mula dilaporkan media Ahad lalu - kini meningkat kepada 74 orang.

Sumber polis berkata, setakat ini suspek, Andri Sobari, sudah ditetapkan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Jika disabitkan kesalahan, kata sumber itu, Andri boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Akhbar ini kelmarin melaporkan polis menyiasat dakwaan seorang lelaki - yang mendakwa pernah diliwat ketika kecil - melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak semuda lapan tahun.

Biasanya kanak-kanak terbabit dibawa ke kawasan kolam mandi umum di Sukabumi.

Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak Kampung Lio Santa di Sudaya Hilir.

Sumber polis berkata, sesetengah mangsa mendakwa dicabul sehingga tujuh kali.

"Untuk ketika ini semua mangsa sedang menjalani pemeriksaan fizikal dan psikologi.

"Sesetengah mangsa didapati mengalami kecederaan serius pada anggota sulit mereka," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia, Erlinda, mengaku korban serangan seksual Andri mungkin mencapai lebih 100 orang.

"Ia berdasarkan maklumat dalam buku catatan harian Andri," katanya.- Agensi/7/5/14

Berita awal di sini.


Bakar Isteri Kerana Mas Kahwin

Posted: 06 May 2014 10:46 PM PDT


[HM] Kathmandu: Pihak polis Nepal sedang mencari seorang lelaki dan bapanya kerana dituduh membakar isterinya kerana berang tidak menerima mas kahwin.

Polis menuduh Farid Sheikh dan ibu bapanya menuang minyak tanah ke atas wanita berusia 25 tahun yang mengandung tujuh bulan itu dalam cubaan memeras harta, termasuk motosikal dan kerbau dari keluarganya. 

"Ketika kejadian bulan lalu, mereka membawa mangsa ke India untuk dirawat dengan berkata wanita itu kemalangan," kata jurucakap polis Prem Basnyat kepada AFP. 

Selepas keadaannya bertambah teruk dan mengalami keguguran, bapa mangsa mengetahui perkara sebenar dan meminta polis memfailkan tuduhan jenayah ke atas keluarga besannya di daerah Banke, barat Nepal.

"Kami merakamkan kenyataannya semalam (Isnin), tetapi suami dan bapa mentuanya melarikan diri.

"Kami menjalankan operasi memburu mereka," kata Bansyat. 

Kumpulan hak asasi manusia tempatan berkata, mereka membawa mangsa ke sebuah hospital di Kathmandu. 

Wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal dengan seluruh bahagian bawah badannya berbalut. 

Mangsa menceritakan bagaimana suaminya "menderanya setiap hari kerana tidak memberikan mas kahwin. Suaminya turut mencucuh rokok pada kemaluannya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. 

Aktivis Nepal telah lama menggesa supaya hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah keganasan berkait dengan mas kahwin. 

Mereka berkata, tradisi pengantin perempuan memberikan hadiah dan bayaran kepada suami dan keluarganya supaya perkahwinan boleh dilangsungkan masih lagi diamalkan di negara seperti Nepal, India dan beberapa yang lain walaupun ia sudah diharamkan secara rasmi. - AFP/7/5/14

Lanjut di sini.

Isu Pelacur: Muslimat PAS Mahu Sama Ulama UMNO

Posted: 06 May 2014 10:41 PM PDT


Tarik Balik atau Saman, Muslimat PAS Beri Amaran kepada Ulama Muda Umno 

[TMI] Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataannya berkenaan muslimah yang turun berdemonstrasi seperti pelacur kelas atasan atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.

"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya, lapor Harakahdaily.

Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan wanita Islam bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.

Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis:"Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya".

Beliau juga menulis:"Muslimah tudung labuh yang berdemonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"

Siti Zailah berkata, pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran.

Beliau berkata, kenyataan Radzi itu adalah ucapan kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu. -7/5/14


Kenyataan biadap: Laporan polis terhadap Mohd Radzi


[HD] Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) membuat laporan polis terhadap Setiausaha Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman yang mengeluarkan kenyataan biadap dalam laman facebooknya, dengan menggelarkan para muslimat yang turun berdemonstrasi dalam himpunan anti GST tempoh hari sebagai pelacur. 

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengetuai dewan itu membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini pagi ini. 

Katanya, DMPWP menuntut suspek bernama Mohd Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu. 

"Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi," -7/5/14

Wanita Diculik, Cuba Dirogol & Disamun

Posted: 06 May 2014 10:27 PM PDT

Sekadar hiasan.
[HM] Brickfields: Seorang wanita terpaksa bergelut dan ditumbuk berulang kali di dalam kereta hampir satu jam untuk mempertahankan kesucian dirinya daripada dinoda seorang lelaki tidak dikenalinya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan sedang menunggu bas di perhentian berhampiran sebuah pasar raya sebelum dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, seorang lelaki memberhentikan kenderaan berkenaan tidak jauh dari tempat mangsa berdiri sebelum berpura-pura bertanyakan arah jalan.

Sumber polis itu berkata, suspek menarik dan menolak mangsa masuk ke dalam keretanya sebelum mengunci pintu kenderaan itu.

Katanya, suspek memandu kenderaannya menuju ke pusat bandar sambil memukul mangsa dengan menampar serta menumbuknya berulang kali di kepala.

"Suspek memberitahu kononnya dia sudah memerhatikan gerak-geri mangsa sejak sekian lama selain mengetahui rumah dan tempat kerja mangsa.

"Suspek memberhentikan kenderaannya di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di Kepong sebelum cuba memperkosa mangsa," katanya.

Menurutnya, suspek juga mengugut akan memanggil 15 orang rakannya untuk merogol mangsa selain mendakwa kawasan Kepong adalah 'jajahannya'.

"Suspek yang gagal membuka baju mangsa terus memandu kenderaannya meninggalkan lokasi terbabit sebelum meminta mangsa menyerahkan subang emas, rantai emas dan wang tunai RM1,500," katanya. -7/5/14


Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB Terengganu

Posted: 06 May 2014 09:38 PM PDT


[Mstar] PETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. -Joceline Tan/7/5/14


Tiada ulasan: