Rabu, 7 Mei 2014

Biaqpila

Biaqpila


GAMBAR TAIPING DILANDA RIBUT

Posted: 07 May 2014 07:59 AM PDT



Kemunting Taiping 7 Mei 14: Dalam jam 3:30ptg hujan lebat serta angin kencang telah menumbangkan sebatang pokok besar berhampiran lampu isyarat Kemunting (tak jauhProdua dan KFC Kemunting).


Dilaporkan beberapa buah kenderaan rosak teruk dihempap pokok tersebut dan tiada laporan kecederaan dilaporan. 

Pihak BOMBA telah bergegas ketempat kejadian untuk menyelamat serta mengalihkan pokok tersebut yang menghalang kenderaan,kerana jalan tersebut adalah laluan utama dari TOL Kemunting ke pekan Kemunting dan Taiping. 



Ini kejadian 7 Mei 2014
Sehari sebelum lawatan Najib ke Taiping...
Gerai buah dihadapan Pasarayaku berhampiran Pump minyak Petronas musnah dilanda ribut
Banyak kedai rosak kerana bumbung runtuh dipukul angin kencang
Banyak pokok tumbang
Gerai kawasan tapak pasar malam Kemunting Taiping rosak teruk dipukul angin kencang
Pokok tumbang dan mengenai litar elektrik
Banyak kereta rosak dihempap pokok
Salah sebuah kereta rosak teruk dalam ribut di Taiping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas rumahnya di No 64, Batu 4 Kamunting ditimpa pokok yang tumbang kira-kira jam 3 petang tadi. Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berkata, mangsa yang terperangkap dalam rumah ditemu dan tersepit di atas katil dan bawah kerangka tingkap. - Gambar dari FB TZ
Papan tanda BN dan kontena UMNO Kemunting tumbang dan terbalik dipukul angin ribut hari ini 7 mei sebelum 8 mei untuk menyambut kedatangan Najib.



orangni


DEPA NI MASIH TAK NAK MENGAKU INTERNET KAT MALAYSIA LEMBAB

Posted: 07 May 2014 12:14 AM PDT


SKMM: Keraguan menteri bukan tak berasas


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyuarakan keraguan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung data online yang dikeluarkan Ookla mengenai kelajuan jalur lebar Malaysia.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan hari ini berkata keraguan Ahmad Shabery bukannya tidak berasas.

"Sejak kebelakangan ini, beberapa ujian kelajuan jalur lebar telah dijalankan dan diterbitkan pelbagai pihak yang menggambarkan keputusan berbeza-beza," katanya.

Mohamed Sharil berkata setiap ujian kelajuan jalur lebar diukur menggunakan kaedah yang berbeza yang menyebabkan hasilnya berbeza-beza.

Dilaporkan bahawa Ookla dalam kajiannya baru-baru ini memberikan purata penarafan kelajuan jalur lebar Malaysia pada 5.48 Megabit sesaat (Mbps), lebih perlahan daripada Vietnam dan Kemboja.

Semasa Ahmad Shabery diminta mengulas kajian itu beliau dilaporkan sebagai berkata beliau agak ragu-ragu dengan kajian global Ookla.

Ookla merupakan peneraju global dalam ujian jalur lebar dan aplikasi diagnostik rangkaian berasaskan web. Perisian dan perkaedahan syarikat itu menetapkan standard industri jalur lebar untuk ketepatan, populariti, mudah digunakan dan seterusnya pembentukan data statistik.

Mohamed Sharil berkata keputusan berbeza-beza boleh didapati dalam ujian kelajuan jalur lebar memandangkan terdapat pelbagai laporan selain Ookla seperti Akamai dan International Telecommunication Union (ITU).

"Sebenarnya, jika anda lihat keputusan ujian Ookla sendiri, purata kelajuan jalur lebar di Kuala Lumpur adalah 6.29 Mbps dan malah Pantai (satu lokasi di Kuala Lumpur) menunjukkan kelajuan purata setinggi 21.84 Mbps.

"Semuanya bergantung kepada dari mana ujian itu diadakan dan berapa banyak bandaraya dikira," katanya.

Mohamed Sharil berkata, Malaysia mempunyai pasaran penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) yang mantap dan bertenaga, dan sesetengahnya menawarkan kelajuan yang lebih tinggi daripada yang lain.

Oleh itu, apabila ujian kelajuan dijalankan, keputusannya adalah purata," katanya.

- Bernama

MK


Tiada ulasan: