Khamis, 22 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Perogol Kekal Dipenjara 1000 Tahun

Posted: 21 May 2014 09:30 PM PDT



[HM] Tallahassee: Mahkamah semalam mengekalkan hukuman penjara 1,000 tahun ke atas seorang lelaki dari Jacksonville yang merogol tiga remaja pada 31 tahun lalu.

Mahkamah Rayuan Tallahassee menetapkan hukuman itu terhadap Arthur O'Derrell Franklin, kini 48, selepas dia disabitkan dengan 20 tuduhan termasuk melakukan siri serangan seksual, penculikan, rompakan bersenjata dan keganasan melampau.

Rakan Franklin, Terrance Jamar Graham yang baru dibebaskan dari penjara ketika kejadian, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Graham baru berusia 17 tahun ketika itu.

Hukuman penjara 1,000 tahun itu menyebabkan dia hanya boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol selepas 333 tahun.

Dalam hujahnya, Franklin berkata, hukuman dikenakan Mahkamah Agung pada 2010 bercanggah dengan perlembagaan.

Ia juga, katanya, tidak menepati peraturan kerana dia dibicarakan sebagai seorang juvana.

Bagaimanapun, semalam tiga hakim yang bersidang bersetuju Franklin kini boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol.

Justeru, kata hakim, keputusan penjara 1,000 tahun itu wajar dikekalkan.

Hakim Brad Thomas berkata, keputusan sama ada Franklin boleh diberi parol atau tidak kini terletak di tangan Suruhanjaya Parol Florida.

Sementara itu, peguam Franklin, Bryan Gowdy berkata, dia kecewa dengan ketetapan hakim dan menganggap anak guamnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Florida memansuhkan parol pada pertengahan 1980 namun Suruhanjaya Parol masih wujud bagi menangani kes seperti Franklin yang dikenakan hukuman sebelum tarikh berkenaan.

Kata Gowdy, dia pasti terkejut jika Suruhanjaya Parol Florida membebaskan Graham. - Agensi/22/5/14


[Video] Ucapan Adun DAP, Siapa yang Celaka?

Posted: 21 May 2014 07:15 PM PDT



Rayer Bimbang Keselamatannya, Tetapi Enggan Mohon Maaf

[MK] Walaupun bimbangkan keselamatan dirinya, tetapi ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer enggan memohon maaf atas kenyataan "celaka" yang dibuatnya yang mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Umno Pulau Pinang.

Rayer berkata beliau tidak akan menarik balik perkataan itu kerana beliau tidak menujukannya kepada semua ahli Umno.

"Apa yang saya katakan adalah dalam konteks pemimpin-pemimpin yang menyertai protes (terhadap ADUN Machang, Lee Khai Loon )," katanya.

Rayer menggunakan perkataan itu apabila mengutuk MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan dua lagi pemimpin Umno yang menyertai protes itu Januari lalu di Sunway Carnival Mall , Seberang Jaya sebagai membantah flashmob Lee 'I Love Kangkung' yang mereka dianggap satu penghinaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rayer berkata demikian ketika ditemui di tinjauan mesra bersama calon DAP bagi pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.


Sekumpulan kira-kira 12 peserta protes bertindak masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri semalam untuk mencari Rayer tetapi beliau tidak hadir di Dewan.

Mereka terdiri daripada ahli Pemuda Umno dari Tasek Gelugor dan Kepala Batas dan badan bukan kerajaan, PERKASA. -22/5/14



Tiada ulasan: