Rabu, 14 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Elok Kahwin Cepat...

Posted: 14 May 2014 07:27 AM PDT


Mungkin mahu berlawak, namun perbuatannya itu sangat tidak wajar dan dianggap sumbang seleweng. 

Jika sudah kemaruk mahu berbuat demikian, benarlah kata warga siber, eloklah remaja ini berkahwin  sebelum dia melakukan perkara yang sama pada orang lain. -DCM

[Video] Berani Tangkap Ular Tedung Lebih 4 Meter?

Posted: 14 May 2014 07:10 AM PDT


Bagi orang yang fobia dengan ular, menonton video di bawah  sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri berasa gerun. Namun pemuda yang dirakam dalam video tersebut kelihatan tenang apabila berhadapan dengan haiwan berbisa yang berukuran melebihi 4 meter itu.

Video sepanjang hampir 8 minit yang dikongsikan oleh pengguna  FB ini menunjukkan pemuda itu berjaya menangkap ular tedung itu dengan menggunakan sebatang kayu.

Paling sempoi apabila dia kelihatan selamba berlindung di balik pokok kelapa sawit sambil mengelak daripada diserang haiwan itu sebelum menewaskan haiwan berbisa tidak lama kemudian.

Salut!!! - DCM




[PANAS] Mat Said Kembali Sertai UMNO

Posted: 13 May 2014 11:23 PM PDT


[BH] PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini. 

Beliau mengetuai 14 ADUN ketika sidang akhbar berkenaan.

Katanya, Ahmad Said memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO melalui panggilan telefon dan ADUN Kijal akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa. -14/5/14


P/s: Seperti yang dijangkakan!




[Video] Kambing Dilahirkan Berwajah Manusia

Posted: 13 May 2014 09:27 PM PDT


[Mstar] MENGEJUTKAN apabila seekor kambing dilahirkan dengan muka manusia di sebuah kampung berdekatan Izmir, Turki.

Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati.

Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka.

Ianya kelihatan seperti binatang bermuka manusia di dalam filem sains fiksyen.

Anak kambing tersebut dilahirkan dengan kaedah pembedahan selepas ia gagal dilahirkan dengan sempurna oleh ibu kambing. -14/5/14




Krisis UMNO Terengganu: Roslee Kembali, Ghazali Dijangka U Turn

Posted: 13 May 2014 09:25 PM PDT


Ghazali Dijangka Kembali Bersama Umno


(Ubah saiz teks)

[Mstar] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib kini makin hampir untuk melakukan pusingan 'u' dengan menarik balik keputusan keluar Umno.

Ketika ini, perbincangan masih lagi berlangsung antara kepemimpinan parti dengan Ghazali yang mengisytiharkan beliau sebagai wakil rakyat Bebas di Terengganu.

Ghazali mengemukakan surat keluar Umno pada hari sama bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berbuat demikian, iaitu malam Isnin.

Sebelum ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik keputusannya untuk keluar Umno beberapa jam selepas berbuat demikian pada pagi Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan keputusan Roslee turut memaklumkan mengenai kemungkinan Ghazali mengikut jejak rakannya itu.

Jika Ghazali membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, bermakna kedudukan Barisan Nasional (BN) lebih selesa dengan 17 kerusi, termasuk Speaker berbanding Pakatan Rakyat 15, termasuk 14 kerusi PAS.

Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditanya pada pagi Rabu, sama ada Ghazali sudah membuat keputusan untuk kembali bersama Umno bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Difahamkan, perkara itu antara yang akan dibincangkan dalam pertemuan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri berkenaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, tengah hari ini. -14/5/14



Tiada ulasan: