DIALOG RAKYAT |
- Kalau Pas yang pegang kerajaan Terengganu mungkin lain keadaan
- MH370: Najib akui tersalah langkah
- Umno uruskan krisis Terengganu dengan lemah, kata Dr Mahathir
- PAS tetap desak sidang DUN Khas Terengganu untuk tentukan majoriti sebenar
- Episod Terengganu: Najib & UMNO Yang Cemas & Kecut Perut, Bukan PAS
- PRK Bukit Gelugor: Sokongan DUN Air Itam ‘solid’ untuk calon DAP, Ramkarpal
- PAS Teluk Intan: Undi DAP, tolak politik kotor UMNO
- 'Pakatan patut jadi k'jaan sementara T'ganu'
- BERSIH: Dedah politik wang di T'ganu
- Dyana Sofya mungkin calon DAP Teluk Intan
- Ahmad: Najib mohon maaf, saya begitu jua
- Krisis di Terengganu, balasan rampasan kuasa di Perak – Nizar
- Ramkarpal Pilih Kedai Kopi Kegemaran Bapa Untuk Dekati Pengundi
- PAS Nafi Penyokong Halang Speaker DUN Terengganu Masuk Istana
- Krisis Politik Terengganu: Ahmad Said Masih Ahli Umno - MB
- Ghazali Dijangka Kembali Bersama Umno
- Prof Agus: PR Diam-Diam.. Yang Jelas Kapal UMNO Semakin Bocor & Bakal Tenggelam...
- Kredibiliti Najib tercalar lagi dengan dengan krisis Terengganu, kata penganalisis
- SPR pantau krisis di Terengganu
- 'Raja Dadah' warga Iran ditahan
- Anwar, isteri terlibat kemalangan
- Pertahan kedudukan BN di Terengganu
Kalau Pas yang pegang kerajaan Terengganu mungkin lain keadaan Posted: 14 May 2014 08:09 AM PDT Kalau kemelut di Terengganu itu berlaku dalam Pas barang kali kita sudah mengetahui apakah penamatnya. Dua peristiwa sebelum ini menunjukkan keadaan sama bila dihadapi parti pembangkan ia sangat rapuh dan Umno dapat mengambil kerajaan dengan mudah tanpa berpenat lelah. Setengah abad lalu kerajaan Pas Terengganu yang menang dengan majoriti mudah, kelebihan tiga undi telah jatuh apabila undi tidak percaya dilakukan. Dua orang wakil rakyat Pas bertindak menyokong Umno semasa undi tidak percaya dikemukakan dalam Dewan. Begitu juga di Perak apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan mengistyharkan diri mereka bebas, menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat hilang majoriti. Ketiga calon bebas menyokong UBN. Undi tidak percaya tidak diperlukan, kerana Sultan Perak menggunakan budi bicaranya. Akhirnya Zamary Kadir dari Umno mengangkat sumpah menjadi MB. Hal yang sama berlaku di Terengganu dalam tempoh 48 jam semalam. Hakikinya apabila tiga Adunnya keluar parti, kerajaan Umno Terengganu sudah tumbang apabila kerajaanya tidak lagi mendapat majoriti. Kedudukan Umno dengan Pas sama 15 :14+1. Dengan kedudukan itu tidak wajar perlantikan MB baru dilakukan. Kenapa Tuanku Sultan tidak menggunakan budi bicara untuk menentukan parti mana berhak, kerana Ahmad Said dan dua lagi rakannya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) itu mengumumkan mereka menjadi bebas selepas upacara angkat sumpah MB sudah berlangsung. Kalau pengumuman itu dibuat sebelum jam 8:00 12 Mei keadaan jadi lain kemungkinan majlis angkat sumpah itu akan ditangguhkan. Tuanku Sultan akan memanggil semua parti untuk menentukan dan memutuskan keadaan. Keperluan itu disebut dalam perlembagaan tubuh negeri Terengganu. Kalau Tuanku panggil dan bertanya pendirian tiga Adun yang keluar itu dan mereka menjawab, mereka tidak menyokong Umno maka keputusan untuk lantik Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai MB sukar. Jalan terbaik ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Terengganu. Di sini kalau Amat Said bercadang hendak menggocangkan kerajaan Umno nampak beliau tidak berstrategi. Sepatutnya beliau dan rakannya, mengumum awal-awal, sebaiknya apabila beliau diberitahu telah dipecat sebagai MB. Dalam hal ini Najib Razak lebih cerdik. Umno adalah parti yang cekap, pantas, berani dan mempunyai kekuatan kewangan. Dengan segala kelebihan itu Umno dapat kounter balik menenangkan keadaan. Hari ini ternyata, apabila salah seorang Adun yang mengistyharkan diri, Roslee Daud sudah kembali semula kepada Umno. Proses pemujaan dan convince terus dilakukan. Saya percaya selepas ini dua lagi Adun itu akan rujuk kepada Umno tanpa pun melakukan Cina buta. Akhirnya yang tinggal nanti adalah Ahmad Said terkontang-konting. Itu pun kalau kena cara dan bahasa yang baik Ahmad Said juga akan menarik diri dan akan menangis di hadapan Najib agar dia diterima semula sebagai Adun Umno. Mungkin beliau akan berkata, "tak boleh jadi Hang Tuah pun tak apa, asalkan boleh jadi Hang Kebun." Dalam hal ini ternyata Pas sebuah parti yang baik dan ingin menennag dengan cara baik. Seperti kata Pesruhjaya Pas Terengganu, pihaknya tidak akan melamar wakil rakyat Umno ertinya mengambil kesematan atas kemelut yang berlaku. Baguslah parti Islam kena begitu. Sebab bagi Pas kemenangan bukan bererti benar, kekalahan juga adalah kemenangan. |
MH370: Najib akui tersalah langkah Posted: 14 May 2014 08:07 AM PDT MALAYSIAKINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu. Katanya, kesilapan itu berlaku walaupun Malaysia melakukan yang terbaik dalam "keadaan hampir mustahil" dalam menggembleng usaha 26 negara dalam misi itu. "Dalam beberapa hari pertama pesawat itu hilang, kami terlalu menumpukan kepada cubaan mencari pesawat dan tidak mengutamakan aspek komunikasi. "Pengendali trafik udara juga mengambil masa empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat," kata Najib. Perdana menteri berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan di Wall Street Journal semalam. |
Umno uruskan krisis Terengganu dengan lemah, kata Dr Mahathir Posted: 14 May 2014 07:58 AM PDT Menegaskan demikian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata, jika pemimpin Umno pusat menggunakan pendekatan yang "kasar", ia hanya mengundang masalah seperti dilakukan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak meninggalkan parti berkenaan. "Kalau kita ambil tindakan yang kasar, bagi dia (Ahmad) kalau tinggalkan Umno, tiada masalah. "Tidak seperti di sesetengah negeri, macam Johor, Umno sudah menjadi darah daging. Kalau orang di Kelantan pula, nak tinggalkan PAS dan Umno agak payah sebab pegangan mereka kuat. "Kedua-dua pemimpin (di peringkat pusat dan negeri) mesti terima ada kesalahan di kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang pembangunan politik dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah di Jakarta hari ini. Terengganu menjadi tumpuan selepas Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dilaporkan keluar Umno selepas meletak jawatan sebagai menteri besar. Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud juga dilaporkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas berikutan krisis politik di Terengganu itu. Roslee, bagaimanapun dilaporkan kembali kepada Umno semalam. Ahmad menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, setelah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari tadi. Turut menarik balik peletakan jawatan itu ialah Ghazali. Di Terengganu, Dr Mahathir berkata tindakan pemimpin Umno keluar dari parti itu bukan isu besar berbanding di negeri lain. Menurutnya, di Terengganu, tukar parti perkara biasa dan mereka gemar melakukan percubaan. "Dia cuba Umno selepas itu dia cuba PAS. Lepas itu dia cuba Umno semula. "Itu cara dia (orang Terengganu), jadi kita kena berjaga-jaga kerana dia mudah beralih. Ini karakter orang Terengganu." Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata krisis politik yang berlaku di Terengganu itu berpunca daripada kelemahan parti Umno sekarang. "Umno kini lemah. Sedikit sebanyak kerana pandangan (anggota) ialah (fokus) kerajaan terhadap masalah orang Melayu, masing-masing berkata, berkurangan kerana layanan yang kuat diberi kepada parti lawan dan orang Cina dan sebagainya. "Jadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. "Bagi mereka sokong pun bukan kerana kepimpinan tetapi kerana tidak suka kepada parti lawan," katanya. Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kepimpinan tertinggi Umno perlu memahami sentimen penyokong di peringkat akar umbi bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau menegaskan pemimpin Umno tidak seharusnya mendengar bulat-bulat individu yang berada di sekeliling mereka sahaja, sebaliknya perlu memahami keluhan anggota parti yang sentiasa menyokong Umno. "Pemimpin mesti sedar tentang perasaan orang di bawah. Jangan harap orang yang dekat sahaja. Kita kena tahu orang di bawah dia rasa macam mana. "Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara dasar pentadbiran tetapi mereka tidak tahu macam mana nak gunakan saluran (menyuarakannya) kecuali melalui pilihan raya," katanya. Dr Mahathir berkata sebenarnya Umno banyak melakukan kesilapan yang serupa, namun tidak ramai pemimpin parti itu yang berani tampil memperbetulkan kesalahan tersebut. Ini menyebabkan kepimpinan tertinggi merasakan apa yang dilakukan mendapat sokongan, kata beliau. "Umno jarang belajar... saya dah kata berkali-kali tetapi mereka tidak sedar. Kita akan kehilangan (kuasa) kerana Umno tidak belajar dan buat kesalahan yang sama," katanya. – Bernama, |
PAS tetap desak sidang DUN Khas Terengganu untuk tentukan majoriti sebenar Posted: 14 May 2014 07:50 AM PDT PAS tetap mendesak supaya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas diadakan walaupun ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sudah mengumumkan menarik semula keputusan keluar parti. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata langkah tersebut bertujuan melihat sama ada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mendapat sokongan atau tidak. "Dengan mengadakan Sidang DUN Khas ini kita akan dapat membuat pengesahan mengenai kedudukan serta sokongan mereka dan ia dapat menentukan kedudukan majoriti BN," kata beliau dipetik daripada Harakahdaily hari ini. Semalam, PAS juga menggesa sidang DUN diadakan dengan membawa usul undi tidak percaya ke atas menteri besar itu. Sekiranya majoriti menolak pelantikan Razif, satu pilihan raya negeri bakal diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengeluarkan kenyataan sedang bersiap-sedia berdepan dengan segala kemungkinan susulan perkembangan di Terengganu. Satiful berkata krisis yang berlaku di Terengganu menunjukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) berpecah serta lemah. "Ini krisis dalaman BN itu sendiri, pelantikan Menteri Besar itu menunjukkan perpecahan di dalam BN khususnya Umno itu sendiri," katanya. Menurut Satiful, krisis tersebut akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan semula negeri yang pernah mereka perintah pada 2004 dahulu. "Krisis ini akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapai Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS Pusat masih menunggu laporan daripada PAS Terengganu mengenai situasi terbaru itu. "Sehingga hari ini kita belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada PAS Terengganu. Apa-apa pandangan PAS negeri nanti perlu dikemukakan kepada PAS Pusat," kata Mustafa. Krisis di Terengganu tercetus selepas bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan keluar parti bersama dua lagi Adun. Situasi tersebut menyebabkan BN hilang majoriti dan menimbulkan kebimbangan Terengganu akan jatuh kepada pembangkang, PR. Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan krisis tersebut berjaya diselesaikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan dengan Razif bersama beberapa Adun lain. Ahmad juga dalam sidang media sebentar tadi mengumumkan kembali ke pangkuan Umno bersama dua lagi Adun. BN menguasai DUN dengan 17 kerusi, manakala Pakatan Rakyat memiliki 15 kerusi DUN, PAS 14 dan PKR 1. Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh. Idris kini merupakan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet Najib. Tahun lalu, SPR berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku keadaan DUN tergantung disebabkan BN menang tipis. Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu |
Episod Terengganu: Najib & UMNO Yang Cemas & Kecut Perut, Bukan PAS Posted: 14 May 2014 07:32 AM PDT KELAB GREENBOCAhmad: Najib mohon maaf, saya begitu jua Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepadanya. Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib. "Beliau minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman petang ini. Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu. "Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada satu lagi majlis pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala Lumpur," katanya. Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati permintaannya. "Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal umno. Begitu juga Ghazali Taib. "Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya. -mk ULASAN GB Berakhirnya episod Terengganu... dimana Najib "terpaksa" mengalah dan meminta maaf kepada Ahmad Said. Segala usaha dikerahkan untuk pastikan tidak berlaku pilihanraya di negeri itu. Semenjak 1999, iaitu kewujudan kerjasama parti-parti PAS, DAP dan PKR, UMNO BN cukup takut dengan pilihanraya. Tahun 2014 lagilah teruk dimana di Bukit Gelugor, BN lansung tidak meletakkan calonnya - sesuatu yang amat jarang berlaku dimana parti kerajaan telah mengangkat bendera putih. Itu petanda memang UMNO penakut dan pengecut untuk berhadapan dengan rakyat, sekarang dan selama-lamanya. Jika Bukit Gelugor pun BN dah kecut, inikan pula satu negeri. Negeri Terengganu yang umum mengetahui bahawa UMNO BN hanya menang tipis di situ di dalam pilihanraya yang lalu - dengan kelebihan hanya tiga kerusi. Itu sebab mengapa UMNO sedaya upaya cuba mengelakkan DUN dibubarkan dan mengelakkan pilihanraya diadakan sehingga Presiden UMNO "terpaksa" dan "dipaksa" untuk merendah diri dan memohon maaf kepada Ahmad Said - sesuatu yang pelik untuk Najib lakukan tetapi, demi Terengganu, ia mesti dilakukan. Terengganu sebuah negeri yang unik dimana hasil royalti minyak yang diperolehi dari petronas dikuasai oleh Menteri Besarnya. Itu sebab mengapa sesiapa juga jadi MB Terengganu, ia akan menjadi super kaya-raya... siap boleh pergi dan taja orang lain pergi ke Antartika dan beli dan bela anak singa. Sungguh aneh wang royalti beratus juta ringgit ini diterima semenjak UMNO BN perintah negeri Terengganu tidak pernah diaudit! Mujurlah PAS dan Pakatan tidak gopoh dan tidak melatah sepanjang episod Terengganu ini berlaku. Tidak seperti UMNO di dalam episod Perak dahulu. Bak kata Dr Azman Ibrahim di harakahdaily "PAS tidak menangguk di air keruh tetapi 'cerdiknya' Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri." Apa hyang jelas ialah episod Terengganu adalah sekilas cahaya di dalam gelap yang menunjukkan bahawa ada terdapat tanda-tanda UMNO BN bakal runtuh di negeri it. InsyaAllah. |
PRK Bukit Gelugor: Sokongan DUN Air Itam ‘solid’ untuk calon DAP, Ramkarpal Posted: 14 May 2014 07:28 AM PDT Pasar Air Itam memang merupakan tempat rakyat daerah ini berkumpul saban hari untuk membeli barang-barang keperluan, maka Ram memulakan sesi suai-kenal bersama pengundi Bukit Gelugor di sini seawal jam 8 pagi. Rata-rata peniaga dan pengunjung pasar serta kawasan sekitarnya sudah kenal betul dengan anak ketiga mendiang Karpal Singh ini. Mereka bersalaman dan bertegur seperti kawan-kawan lama. Ram turut mencuba membuat apam balik di sebuah gerai yang terletak di simpang masuk Masjid Jamek Paya Terubong. Tuan kedai turut memimpin tangan peguam bujang berusia 38 tahun ini. Sesi melawat kawasan hari ini turut disertai Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari serta Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. Lazimi kopitiam kegemaran mendiang Karpal Selesai sesi bertemu pengundi, Ram mengimbau kenangan bersama mendiang ayahnya yang sentiasa pulang ke kawasan dan mengadakan sidang media di kopitiam Joo Huat. "Di sinilah ayah saya biasanya mengadakan sidang media setiap hujung minggu. "Dua hari lalu saya bertemu tuan punya kedai dan beliau bersetuju untuk membenarkan kami meneruskan kelaziman tersebut, sekiranya DAP terus menang," ujarnya kepada media. Ram turut berkata bahawa pasar Air Itam ini membuatkan beliau berasa seperti balik kampung, dan beliau begitu selesa sekali di kawasan itu. "Mendiang ayah saya suka sekali datang ke sini pada hujung minggu, sarapan dan kemudian mengadakan sidang media," tambah beliau, sambil berharap supaya memori dan tradisi tokoh DAP itu dapat diteruskan olehnya. Ram turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan DAP yang ikut serta dan memperlihatkan bahawa Air Itam benar-benar memberikan sokongan padu dan hampir mustahil ditembusi oleh pihak lawan. Kawasan DUN Air Itam yang terletak di bawah Parlimen Bukit Gelugor diwakili ADUN DAP Wong Hon Wai. Dua lagi kawasan DUN ialah Sri Delima dan Paya Terubong, yang turut dimenangi DAP dalam PRU ke-13. Pun begitu Ram tidak meninggi diri. Ditanya media siapakah antara tiga calon yang menentangnya itu yang dirasakan paling memberi ancaman, Ram berkata bahawa beliau tidak mendiskriminasi pihak lawan. "Semuanya sama sahaja," kata beliau sambil menambah bahawa beliau tetap berjaga-jaga dengan ancaman tidak langsung Barisan Nasional yang telah mengaku akan memberikan sokongan kepada calon bebas. Ram akan berentap dalam perlawanan empat penjuru menentang seorang calon daripada Parti Cinta Malaysia dan dua calon bebas. Hari mengundi PRK Bukit Gelugor dijadual berlangsung pada 25 Mei ini. – Roketkini.com |
PAS Teluk Intan: Undi DAP, tolak politik kotor UMNO Posted: 14 May 2014 07:21 AM PDT TELUK INTAN: PAS menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan agar tidak terpedaya dengan mainan kotor UMNO dan terus memberi sokongan penuh kepada siapa saja calon yang diletakkan DAP nanti. Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Mohd Anuar Sudin berkata, UMNO tidak mustahil mengulangi taktik penipuan kerana begitu terdesak untuk membuktikan bahawa partinya masih relevan walaupun semakin ditolak seluruh pelusuk negara. "Antara kempen jahat UMNO pada PRU lalu di sini adalah mengeluarkan risalah fitnah mendakwa DAP sebagai parti komunis dan anti-Melayu. "Kita juga mempunyai bukti bahawa mereka meletakkan ahli-ahli UMNO sebagai petugas kira undi SPR dan memindahkan pengundi dari Pasir Bedamar ke Changkat Jong. Satu lagi adalah melalui sogokan wang. "Atas sebab itu, kita (PAS Teluk Intan) akan memulakan gerak kerja awal sebaik saja calon diumum untuk memberi penerangan pada pengundi dan menangkis taktik jahat UMNO, sekaligus memenangkan DAP serta Pakatan sekali lagi," katanya yang juga Bendahari PAS Teluk Intan. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Khairul Anuar Ismail pula menyarankan kepada pengundi agar tidak termakan agenda kurang jelas UMNO berkenaan hudud. "Hudud ini sememangnya bukan agenda Pakatan, tapi persendirian. UMNO sendiri tidak memahami apa itu hudud dan kini tiba-tiba pula beria mahu ia dilaksana. Ini jelas satu lagi rancangan untuk memporak perandakan PAS dan DAP. "Tapi saya cukup yakin seluruh pengundi disini mengetahui bahawa kebersamaan antara kami cukup erat dan kuat, ia tak mungkin dipecahkan melalui masalah itu," ujarnya ketika ditemui di Markas PAS Padang Tembak, Teluk Intan. Tambah beliau, antara kempen yang akan dijalankan PAS pada PRK kali ini selain penerangan mengenai taktik keji UMNO adalah merangkumi isu semasa seperti Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kegagalan menunaikan pelbagai janji dan lain isu yang menyusahkan rakyat. Selain itu, katanya, isu tempatan seperti penurunan harga kelapa sawit yang menghalang aktiviti perladangan, kekurangan prasarana, peluang pekerjaan dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) juga akan dibangkitkan. -Roketkini.com |
'Pakatan patut jadi k'jaan sementara T'ganu' Posted: 14 May 2014 07:18 AM PDT MALAYSIAKINI Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata Sultan Mizan Zainal Abidin sepatutnya melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan sementara di Terengganu dan mengarahkannya untuk membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya baru diadakan. Pensyarah itu berkata ia adalah langkah yang sepatutnya memandangkan menteri besar yang baru dilantik Ahmad Razif Abdul Rahman hilang kepercayan sehingga menyebabkan ADUN Umno keluar parti semalam. "Sultan berkenaan tidak melucut jawatan MB yang enggan meletak jawatan dan tidak berbuat apa-apa. Ini berbeza dengan keadaan (dalam krisis perlembagaan) di Perak di mana Istana memilih untuk bertindak memihak kepada Umno dan BN. "Di Terengganu, kerajaan yang hilang majoriti dibenarkan untuk meneruskan (pentadbiran) dan pakatan yang mendapat majoriti, Pakatan Rakyat dengan 15 kerusi tidak dilantik sebagai kerajaan. "Sultan boleh melantik Pakatan dan memintanya untuk membubarkan DUN. Sementara menunggu pilihan raya negeri diadakan, Pakatan boleh meneruskan sebagai kerajaan sementara," kata Aziz. Bekas profesor undang-undang itu berkata tindakan melantik Pakatan sebagai kerajaan sementara di Terengganu adalah langkah yang lebih mengikut perlembagaan dan demokratik. "Ia akan membolehkan gabungan parti yang memenuhi syarat yang perlu (majoriti mudah) untuk berkuasa dan pada masa yang sama membenarkan rakyat Terengganu bersuara," katanya. Tambahnya, walaupun seorang wakil rakyat Umno mengumumkan kembali kepada parti itu, beliau berkata ia mungkin berlaku dengan cara korup. Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat perkara tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku. Menurutnya lagi, beliau berpandangan bahawa "sistem" sedia ada itu memberi ruang dan masa kepada Umno dan BN untuk mencari jalan demi kelangsungan parti tersebut. |
BERSIH: Dedah politik wang di T'ganu Posted: 14 May 2014 07:10 AM PDT MALAYSIAKINI Badan pemantau pilihan raya BERSIH 2.0 menggesa pihak yang mungkin mempunyai maklumat melibatkan rasuah mengenai hubungan politik dalam kemelut di Terengganu agar tampil mendedahkan perkara itu. BERSIH 2.0 dalam kenyataannya mengesyaki berlaku tipu helah dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda apabila BN kehilangan penguasaan majoriti di DUN Terengganu dalam drama dua hari itu. Menurut kenyataan itu, BERSIH 2.0 juga mendapati penyelesaian dalam isu tersebut menunjukkan parti politik lebih diutamakan berbanding tadbir urus. "BERSIH 2.0 menggesa sesiapa yang mengetahui mengenai usaha untuk membeli atau menjual hubungan politik dengan keuntungan kewangan – terutamanya menggunakan dana awam atau kemudahan lain – untuk mendedahkan maklumat kerana rasuah seperti ini pastinya akan memusnahkan negara," kenyataan itu dipetik. BERSIH merujuk kepada tindakan tiga orang ADUN BN meletak jawatan dari Umno yang menyebabkan parti itu menjadi kerajaan minoriti di negeri Terenganu. Bagaimanapun, tidak sampai 48 jam selepas itu, ADUN Bukit Besi Roslee Daud membatalkan perletakan jawatannya dari Umno. Dua lagi, bekas MB yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga menarik balik surat mereka hari ini. "(Perkembangan ini) bukanlah kali terakhir krisis seperti ini berlaku. Kita mesti menguatkan tekanan agar tindakan untuk betul diambil jika ia kembali berulang. "Menteri besar perlu mendapat persetujuan Sultan untuk membubar DUN agar mereka mendapat mandat yang kukuh untuk mentadbir negeri," katanya. Ia turut menegaskan bahawa Istana tidak seharusnya menentukan bahawa sesuatu kerajaan itu masih mendapat sokongan rakyat dengan hanya memanggil wakil rakyat. "(Ini) akan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian dan menjejaskan imejnya seperti yang berlaku dalam krisis perlembagaan Perak pada 2009. Dalam krisis tersebut, Sultan menolak permohonan menteri besar untuk membubarkan DUN selepas beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat berpaling tadah. Baginda kemudiannya mengarakan BN membentuk kerajaan baru selepas mendapati BN mendapat sokongan majoriti di Dewan. |
Dyana Sofya mungkin calon DAP Teluk Intan Posted: 14 May 2014 07:07 AM PDT MALAYSIAKINI Setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud mungkin diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dalam cubaan mengambil hati pengundi Melayu berikutan pendirian keras parti itu menolak hudud. Dyana antara calon yang sedang dipertimbangkan oleh jawatankuasa pilihan calon parti, kata sumber daripada pimpinan pusat DAP. Sumber itu turut mengesahkan ahli DAP Hew Kuan Yau, setiausaha politik kepada ketua DAP Perak Nga Kor Ming, Chong Zhe Min serta bekas ADUN Jalong Leong Mee Meng; turut dipertimbangkan. Calon itu mungkin akan diumumkan Sabtu ini, dua hari sebelum penamaan calon PRK Teluk Intan, kata sumber itu kepada Malaysiakini. Sementara itu, satu lagi sumber pimpinan pusat berkata jawatankuasa tersebut, yang dianggotai pemangku pengerusi parti, Tan Kok Wai, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Kit Siang sendiri masih belum membuat keputusan berkenaan calon berkenaan. Kedua-dua Kit Siang dan Tan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang maklumat berkenaan calon parti itu. "Saya tiada apa hendak dikatakan," jawab Kit Siang. Umum mengetahui kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang telah pun diangkat menjadi wakil rakyat termasuk exco kanan Selangor Datuk Teng Chang Kim, dan Ean Yong Hian Wah; exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok dan MP Batu Kawan Kashturiraani Patto. Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah. "Ya, memang saya berminat (bertanding di Teluk Intan)," kata Dyana kepada Malaysiakini tetapi mengaku pimpinan parti masih tidak memberitahu beliau mengenai pencalonan. "Walaupun saya bukan dari Teluk Intan dan dan tidak banyak menghabiskan masa di sana, saya mempunyai kawan dan keluarga di sana,"kata beliau. |
Ahmad: Najib mohon maaf, saya begitu jua Posted: 14 May 2014 07:04 AM PDT MALAYSIAKINI Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepadanya. Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib. "Beliau minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman petang ini. Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu. "Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada satu lagi majlis pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala Lumpur," katanya. Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati permintaannya. "Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal Umno. Begitu juga Ghazali Taib. "Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya. |
Krisis di Terengganu, balasan rampasan kuasa di Perak – Nizar Posted: 13 May 2014 09:58 PM PDT Fiza Halim KUALA LUMPUR : Pergolakan politik yang berlaku di Terengganu adalah balasan akibat rampasan yang dilakukan Umno di Perak pada tahun 2009, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, pergolakan politik di Terengganu dilihat semakin parah antara Umno negeri itu dengan Umno Pusat sehingga wakil rakyat mereka secara sukarela keluar dari parti itu. "Pergeseran mereka parah. Dulu cakap Pas dan KEADILAN parti yang tak boleh tadbir. Tapi kita lihat secara terang-terangan pergolakan Umno lebih dahsyat lagi," kata Nizar kepada Keadilandaily. Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar di Perak ditumbangkan pada 2009 dengan taktik lompat parti oleh dua Adun KEADILAN iaitu Kapten (B) Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi serta Adun DAP, Hee Yit Fong. Kini, di Terengganu tragedi sama berulang apabila tiga Adun BN mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Kijal) Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi). Nizar berkata, Datuk Ahmad Said dilucutkan jawatan sebagai Meneteri Besar Terengganu kerana dia mempunyai krisis dengan Timbalannya iaitu Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan orang kanan Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Muhyiddin Yassin. "Mereka dari dulu tiada persefahaman, ada perbalahan yang jelas. Tak mustahil Ahmad Said boleh digugurkan," tambah Nizar yang juga Adun Changkat Jering. Jelas Nizar, apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang bukan sahaja gagal mentadbir negara, malah tidak mampu mengurus negeri dibawah pentadbiran BN sendiri. Dalam pada itu, kata Nizar ada tangan tersembunyi dalam Umno yang berniat menjatuhkan Ahmad Said, selain budaya tikam-menikam sesama sendiri dalan parti itu. "Ada orang ketiga yang mahu hancurkan seseorang yang tidak disukainya lagi. Prinsip Umno memang macam itu. Jatuhkan orangnya sendiri kerana ada kepentingan," ulas Nizar. |
Ramkarpal Pilih Kedai Kopi Kegemaran Bapa Untuk Dekati Pengundi Posted: 13 May 2014 09:51 PM PDT GEORGE TOWN: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo akan meneruskan tradisi mendiang bapanya yang menamatkan sesi bertemu rakyat dengan mengadakan sidang media di Kedai Kopi Ju Huat, Air Itam di sini. Kedai Kopi berkenaan diusahakan pasangan Tan Bek Chooi, 50 dan Law Gueh Kheng, 45, sejak 12 tahun lalu. "Biasanya bapa saya akan memesan kopi kegemarannya di kedai ini selepas bertemu penduduk kampung pada hujung minggu dan hal yang sama akan saya lakukan," katanya. Beliau berkata demikian selepas bertemu penduduk dan peniaga di Pasar Pekan Air Itam di sini, pagi Selasa. Menurut Ramkarpal, tempat itu juga menjadi pilihan bapanya bersarapan pagi sebelum mengadakan sidang media sejak menjadi wakil rakyat pada 2008. "Bapa saya selesa dan suka bersarapan di sini. Jadi saya harap memori indah itu dapat diteruskan jika saya diberi peluang menjadi wakil rakyat di Bukit Gelugor," katanya. PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan di Gua Tempurung pada 17 April lalu. |
PAS Nafi Penyokong Halang Speaker DUN Terengganu Masuk Istana Posted: 13 May 2014 09:44 PM PDT Oleh: FARIK ZOLKEPLI KUALA TERENGGANU: PAS menafikan khabar angin bahawa penyokong parti itu cuba menghalang speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu daripada memasuki istana pada Selasa. Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut memberi jaminan bahawa penyokong parti tidak akan mengambil jalan keluar dengan bertindak sedemikian. "Itu bukan cara kita. Kontroversi semasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional, bukannya kita," katanya kepada The Star pada Selasa. Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa jawatankuasa PAS negeri akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pilihan parti memandangkan krisis politik semasa. "Kita akan menimbang pilihan kita dan membuat keputusan berdasarkan tindakan yang terbaik. Kita berharap orang ramai akan berhenti menyebarkan khabar angin," katanya. Abdul Wahid, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam yang juga ketua pembangkang negeri turut menafikan bahawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dipelawa menyertai PAS. "Kami lebih selesa untuk tidak terlibat dalam masalah Barisan Nasional," kata beliau. Pada Isnin, Ahmad Said bertindak keluar dari parti hanya selepas beberapa jam beliau digantikan dengan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu |
Krisis Politik Terengganu: Ahmad Said Masih Ahli Umno - MB Posted: 13 May 2014 09:41 PM PDT Oleh: FARIK ZOLKEPLI KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengikut jejak beliau mengumumkan keluar dari Umno masih lagi sebagai ahli parti. Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menerima sebarang surat rasmi berkenaan keputusan keluar Umno dari ketiga-tiga individu terbabit sekali gus menyebabkan mereka masih lagi ahli Umno. "Tiada yang tidak pasti mengenai sama ada mereka masih lagi ahli Umno atau tidak. "Saya menganggap tiada krisis dalam parti, ia hanya persepsi," katanya pada sidang media pertama beliau sebagai Menteri Besar yang baharu pada Rabu. Ditanya mengenai gesaan PAS supaya DUN dibubarkan, Ahmad Razif berkata, ia sentiasa menjadi sebahagian daripada strategi parti itu. Ahmad Razif turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan membincangkan mengenai pembubaran DUN dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijangka akan ditemuinya dalam satu perjumpaan kemudian di Putrajaya pada Rabu. "Keadaan masih lagi stabil di Terengganu. Barisan Nasional akan meneruskan perjuangannya di negeri ini," katanya. Pada Isnin, Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno selepas beberapa jam beliau digantikan dengan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu. |
Ghazali Dijangka Kembali Bersama Umno Posted: 13 May 2014 09:39 PM PDT MSTAR ONLINE Ketika ini, perbincangan masih lagi berlangsung antara kepemimpinan parti dengan Ghazali yang mengisytiharkan beliau sebagai wakil rakyat Bebas di Terengganu. Ghazali mengemukakan surat keluar Umno pada hari sama bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berbuat demikian, iaitu malam Isnin. Sebelum ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik keputusannya untuk keluar Umno beberapa jam selepas berbuat demikian pada pagi Selasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan keputusan Roslee turut memaklumkan mengenai kemungkinan Ghazali mengikut jejak rakannya itu. Jika Ghazali membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, bermakna kedudukan Barisan Nasional (BN) lebih selesa dengan 17 kerusi, termasuk Speaker berbanding Pakatan Rakyat 15, termasuk 14 kerusi PAS. Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditanya pada pagi Rabu, sama ada Ghazali sudah membuat keputusan untuk kembali bersama Umno bagaimanapun enggan memberi sebarang komen. Difahamkan, perkara itu antara yang akan dibincangkan dalam pertemuan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri berkenaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, tengah hari ini. |
Prof Agus: PR Diam-Diam.. Yang Jelas Kapal UMNO Semakin Bocor & Bakal Tenggelam... Posted: 13 May 2014 09:34 PM PDT KELAB GREENBOCProf: PAS, PKR tak perlu ambil kesempatan PAS dan PKR tidak perlu mengambil kesempatan atas krisis politik semasa di Terengganu untuk mempengaruhi wakil rakyat Umno keluar parti, kata pensyarah dan penganalisis politik terkenal. Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, jika ada ADUN atau ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan. "Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?" katanya. Bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said awal pagi tadi bersama dua lagi ADUN Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi bebas. Ia ekoran tidak puas hati dengan kaedah pertukaran menteri besar negeri itu. Beberapa ADUN lagi dijangka mengikut jejak langkah itu. Ia mencetuskan krisis politik baru apabila BN kini menjadi kerajaan minoriti dengan 14 kerusi dalam DUN berbanding PAS (14), PKR (1) dan bebas (3). Menulis dalam Facebook beliau hari ini, Mohammad Agus juga berkata, beliau fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa ADUN keluar parti, kerajaan Terengganu bertukar tangan. "Jika bertukar tangan, biarlah 'rakyat' yang menjadi penentunya. Bubarkan DUN dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi," katanya. Beliau juga menggesa pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu dijadikan pengajaran. "Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai dewan (DUN)," katanya lagi. -mk
|
Kredibiliti Najib tercalar lagi dengan dengan krisis Terengganu, kata penganalisis Posted: 13 May 2014 04:42 PM PDT Dengan tuduhan sebagai pemimpin lemah masih terngiang-ngiang di telinga, kredibiliti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tercalar lagi dengan krisis Terengganu, kata penganalisis. Bagaimanapun, mereka berkata ia bukan salah presiden Umno itu seorang atas terjadinya kemelut yang kini berada di luar kawalan, setahun selepas memenangi mandat pertamanya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mereka berkata, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno pertama menjadi wakil rakyat bebas perlu memikul tanggungjawab sama seperti beliau di atas prestasi tidak cemerlang dan hakikat sedia maklum jangka hayat perkhidmatan terhad. "Ini akan memberi kesan negatif yang besar terhadap kredibiliti Najib dalam Umno. Adakah ia melemahkan kepimpinan Najib? Ya. Kedua-dua Najib dan Ahmad Said sama-sama bertanggungjawab. "Ini bukan semata-mata kesalahan Najib," kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, ahli Umno akan menyalahkan Najib untuk krisis kali ini walaupun terdapat alasan kukuh bagi Ahmad untuk berhenti. Ahmad diakui mempunyai prestasi yang lemah. Malah, lawatan kerja 15 hari ke Antartika awal tahun ini pun tidak disenangi rakan-rakan Umno dan Barisan Nasional (BN). "Cara perkara ini dikendalikan memakan diri sendiri dengan cara yang sangat tidak baik. Saya mengesyaki Najib cuba mengendalikannya dengan lebih baik tetapi mesti ada beberapa pertimbangan serius yang terlepas pandang oleh Umno membawa kepada keadaan ini. "Saya berharap ahli Umno boleh melihat tindakan memberhentikan Ahmad bukan satu keputusan yang salah," kata Wan Saiful. Namun, beliau tidak melihat pergerakan dalam Umno untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan tertinggi itu kerana tiada tanda mana-mana individu sanggup melakukannya. Cabaran terbaru terhadap kredibiliti Najib, kata penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan adalah kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang lemah. Katanya, Najib dilihat sebagai tidak memberi kepimpinan yang tegas dalam parti sendiri dan di peringkat kerajaan persekutuan. "Ini sedang berlaku kerana beliau dilihat sebagai lemah, orang tidak mendengar katanya dan terdapat masalah disiplin di bawah kepimpinan beliau," katanya. Memberi penilaian secara berhati-hati, Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, keseluruhan krisis akan memberikan kesan besar kepada Najib. Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi BN, tidak mampu kehilangan sebuah lagi negeri jika satu lagi pilihan raya dibuat di negeri pantai timur itu untuk menyelesaikan kemelut politik. "Ini adalah ujian besar bagi Najib, beliau perlu memastikan negeri itu kekal di tangan BN. Pilihan terakhir baginya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya sambil menambah parti Melayu itu perlu menyelesaikan hal ini dengan cepat. Bagaimanapun, Profesor James Chin tidak melihat krisis ini semakin melemahkan Najib dan berkata ia hanya akan berlaku sekiranya terdapat perubahan kerajaan di Terengganu. Beliau berkata, semua sedia maklum Ahmad sepatutnya melepaskan jawatannya setahun selepas PRU13. "Beliau tidak gembira dengan perjanjian sedia ada, jadi beliau melakukan ini untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik. Persoalannya, berapa harga yang Umno sanggup bayar untuk Ahmad pergi secara senyap?" kata penganalisis politik daripada Universiti Monash Malaysia itu. Beliau percaya krisis ini tidak memberi sebarang kesan kepada landskap politik Malaysia, dan menganggap ia "masalah domestik Umno". "Mereka tahu mereka memerlukan menteri besar baharu untuk bersedia bagi pilihan raya umum akan datang, jika Ahmad masih kekal, mereka akan habis," katanya. Ahmad dipercayai menjadi perancang kepada pergolakan politik di Terengganu. Bekas menteri besar itu keluar Umno beberapa jam selepas beliau digantikan oleh Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar Terengganu pada Isnin. Ahmad bertindak balas terhadap Najib kerana menguatkuasakan surat peletakan jawatan yang ditandatanganinya selepas dilantik semula sebagai menteri besar penggal kedua selepas PRU13 tahun lalu – walaupun merayu agar ianya dikuatkuasakan selepas perkahwinan anaknya pada 17 Mei. Surat itu dikatakan untuk memujuk ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan pelantikan semula Ahmad sebagai menteri besar. Parti bersetuju Ahmad dibenarkan untuk berkhidmat sebagai menteri besar hanya setahun lagi. Ini menyebabkan dua lagi Adun Terengganu mengikut jejak Ahmad: Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud. Ketiga-tiga mereka mengisytiharkan menjadi wakil rakyat bebas. Tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan semalam salah seorang daripada wakil rakyat bebas itu kembali kepada Umno. Shahidan berkata, Roslee mengubah keputusannya untuk meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas. "Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi. |
SPR pantau krisis di Terengganu Posted: 13 May 2014 04:23 PM PDT KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau perkembangan politik di Terengganu selain bersiap sedia menghadapi kemungkinan diadakan pilihan raya negeri. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR perlu membuat persediaan kerana hanya mempunyai masa 60 hari seperti termaktub dalam perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya Dewan Undangan Negeri Terengganu dibubar. Terengganu sebuah negeri yang luas iaitu mempunyai 32 Dewan Undangan Negeri, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Abdul Aziz berkata dengan merujuk kepada situasi terkini di Terengganu yang mempunyai bilangan kerusi genap iaitu 32, semua parti politik wajar menyokong usaha SPR melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya. "Perlunya persempadanan semula ini untuk jadikan kerusi Dun dan Parlimen ganjil kerana jika genap akan timbul masalah bila kedudukan kerusi menjadi 50-50," katanya. Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada PRU13, katanya. Abdul Aziz menarik perhatian bahawa pilihan raya negeri memerlukan perbelanjaan tinggi, lebih-lebih lagi bagi negeri sebesar Terengganu. Terengganu menjadi tumpuan susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar semalam, selain turut mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas bagi kerusi Kijal. Turut mengikut jejak Ahmad ialah Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi). Berikutan perkembangan terbaharu itu, BN kini mempunyai 14 daripada 32 kerusi Dun Terengganu, Pas (14), PKR (1) dan Bebas (3). Berikutan peletakan jawatan Ahmad, Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu. Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, semalam. - Bernama |
'Raja Dadah' warga Iran ditahan Posted: 13 May 2014 04:19 PM PDT KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 'Raja Dadah' sindiket pengedaran antarabangsa dari Iran, hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) atas kejayaan terbaharu itu. Mesej Tweetnya itu menyebut: "Syabas lagi STING @PDRMsia berjaya berkas Kingpin Dadah warga Iran yang sangat dikehendaki sebentar tadi. Bebaskan Negara dari dadah!" Dalam tweetnya itu, beliau berkata pihaknya turut menahan dua warga Nigeria dan merampas 9.4 kilogram syabu di Bukit Jalil, hari ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk NoorRashid Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata beliau belum menerima maklumat terperinci mengenai kejadian itu kerana operasi berkenaan baru dijalankan. Bagaimanapun, satu sidang media akan diadakan esok di Bukit Aman, katanya. Semalam, PDRM memaklumkan JSJN dan Sting berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa berikutan tertangkapnya tiga lelaki warga Iran pada minggu pertama bulan ini dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM3.16 juta. - Bernama |
Anwar, isteri terlibat kemalangan Posted: 13 May 2014 04:17 PM PDT SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi. Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. "Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas. Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya. |
Pertahan kedudukan BN di Terengganu Posted: 13 May 2014 04:15 PM PDT KUALA LUMPUR - Kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu harus dipertahankan demi memelihara mandat yang diberi oleh rakyat kepada Umno pada PRU13 yang lepas. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Umno khususnya Umno Terengganu mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang wujud. "Pada masa sama, semua pihak harus beri ruang dan masa untuk pucuk pimpinan parti menggunakan segala saluran yang ada bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Terengganu menjadi tumpuan sejak semalam selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu malam tadi. Susulan perkembangan itu, Ahmad, Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas. Bagaimanapun, Roslee menarik kembali surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat BN menjadikan BN kini memegang 16 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2). Hishammuddin berkata, Ahmad melakukan kesilapan apabila mengambil keputusan keluar daripada parti kerana beliau sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini. "Justeru, tidak ada sebab untuk beliau bertindak begini sehingga tergamak mencemar imej parti," katanya dan menambah Umno Terengganu perlu sentiasa matang, setia dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan tatkala berhadapan kemelut politik ini. Beliau berkata ketika Terengganu diperintah oleh pembangkang pada satu masa dahulu, banyak masalah rakyat tidak mampu diselesaikan dan ramai yang putus harapan. "Oleh itu, jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali dan rakyat berada dalam situasi sukar," kata Menteri Pertahanan dan juga pemangku Menteri Pengangkutan itu. Hishammuddin yang juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu turut menyeru semua pihak agar rasional, bertindak bijak dan tidak mengambil keputusan melulu sehingga melangkaui kepentingan parti ketika berhadapan insiden terkini itu. "Jangan terburu-buru atau melatah ketika kita berhadapan dengan ujian sebegini kerana pihak lawan sentiasa menunggu untuk mengambil kesempatan. Sebaliknya, marilah rapatkan barisan demi parti keramat ini khususnya Umno Terengganu," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan