DIALOG RAKYAT |
- UMNO anti Melayu
- SPR jangan jadi "babi bajak"
- Rempuh DUN: Siasatan polis 95% selesai
- Premis jual coklat dengan DNA babi boleh didenda RM100,000 atau penjara
- Teluk Intan: PAS 'all out' tarik undi Melayu
- Piala Thomas: Anak Malaysia disebalik kejayaan Jepun
- Manifesto calon BN kitar semula, kata DAP
- Bukit Gelugor: DAP berjaya raih undi Melayu
- Hilang deposit, Huan percaya prestasinya baik
- BN tawar universiti, pengiktirafan Unesco
- Ibu tunggal: Shahrizat beri RM500, lampin
- Bajet 2015 dibentang 10 Oktober
- Misteri sampan berpusing tengah laut terjawab
- Cek palsu: Bekas eksekutif akaun dipenjara, denda
- Hakim tolak bantahan peguam anak Taib Mahmud sekat pegawai bank beri keterangan
- DAP gesa Najib beri penjelasan pinjaman RM40 juta kepada ahli perniagaan
- Laporan MH370 Inmarsat dijangka dikeluarkan esok, kata Hishammuddin
- Kaum Cina tidak bersyukur undi DAP kerana mereka kaya, kata Zahid
- [VIDEO] "Selfie Dyana", UMNO BN Saja Hadir Untuk Timbulkan Kekecohan
- MB: Penduduk Kajang dingatkan fikir dulu sebelum jual tanah
- Peneroka tanah haram tidak layak terima pampasan
- Pelajar M'sia kemalangan di Perth tiba di tanah air
- Kemarau Piala Thomas berterusan
- Abim pertimbang failkan saman
- Kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan ditetapkan untuk mediasi 2 Julai
Posted: 26 May 2014 06:15 AM PDT sakmongkol.blogspotPencalunan Dyana Bt Daud sebagai calun parlimen di Teluk Intan membuat UMNO seperti hilang akal. Para pemimpin yang betaraf menteri pun mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal. Adenan bin Manzur, s/u agung UMNO dan menteri mengugut penduduk Teluk Intan, jika mahukan pembangunan dan kemajuan, pilih lah Mah Siew Keong, calun BN. Mah sudah dua penggal jadi MP Teluk Intan dan pernah jadi menteri- tidak juga dibangunkan Teluk Intan. Tindakan yang dia lakukan ialah memaksa kolej komuniti membeli sederetan bangunan yang tidak laku kerana membantu kepentingan golongan peniaga. Akibat nya, pihak koleh komuuniti ketandusan wang. Jadi kemajuan dan pembangunan apa yang Adenan Manzur cakap? Boleh jadi Adenan Manzur ini tidak bersekolah tinggi. Tangung jawab kerajaan memanglah membawa pembangunan kerana dana untuk pembangunan dikuasai mereka. Jika wang tersebut ada dalam tangan pembangkang, rakyat tidak lansung memerlukan BN dan tidak perlu Adenan Manzur mengugut pengundi Teluk Intan. Rahman Dahlan, menteri perumahan dari Sabah mengeluarkan kenyataan yang sangat dangkal. Dia benar2 membodohkan pengundi Teluk Intan dan menconteng arang dimuka mereka. Dia menyebut adalah bodoh jika rakyat Teluk Intan memilih calun kerana calun itu cantik. Jadi mengikut Rahman Dahalan, pengundi Teluk Intan ini pada dasar nya bodoh. Nyatalah ini suatu penghinaan kepada akal budi pengundi Teluk Intan. Pengudni tahu keriteria mahu menyokong siapa. 52% pengundi yang menyokong PR dalam PRU13 tidak memilih calun2 mereka berdasarkan kecantikan. Mereka menolak BN kerana dasar yang mereka jalankan dan pengundi muak kepada keangkuhan pemimpin kerajaan seperti yang diwakili oleh orang macam Rahman Dahalan. Nak buat macam mana? Budak Dyana Daud ini ditakdirkan berupa demikian. Jika kecantikan seseorang jadi penentu pemilihan, maka mengapa BN tidak mencari calun diantara ribuan puteri2 UMNO yang suka rhumba dan zhumba itu? Sesiapa yang tahu dan kenal Mah, sudah pasti tahu Mah berambut uban dan putih. Tapi untuk mencantikkan ketrampilan Mah , dalam poster nya, rambut yang putih dihitamkan, dan wajah nya di touch up supaya kelihatan lebih tegang kulit dan bergetah. Apa sudah jadi pada UMNO yang dibangunkan tahun 1946, yang penuh dengan idealism dan sekurang2 ny amenampak dan mengamalkan disiplin? Kualiti kepimpinan nya sudah menurun dan parti itu dirampas kuasa oleh kontraktor jalanan yang laku perangai nya tidak lebih dari gerombolan pemuda yang merempuh masuk sidang dewan undangan negeri pulau pinang . sama seperti mentality gerombolan pemuda yang tunjuk perasaan condong kepada keganasan dan mengugut mahu membakar ibu pejabat DAP. apa sudah jadi kepada UMNO? Ada rakyat yang terasa, bangkit mengugut mahu membakar ibu pejabat UMNO atau bakar rumah Najib di Pekan, bila Najib yang mulut memang celupar meng-haramjadahkan peneroka yang berbangsa melayu? Tidak ada. Ini perkataan celaka disifatkan sebagai menghina sangat bangsa Melayu. Hoi- bangsa Melayu terhina dan dihinakan oleh dasar yang UMNO laksanakan. Kelompok yang paling miskin dikalangan 40% rakyat yang miskin ialah Melayu. In setelah UMNO berusia 68 tahun dan memerintah 57 tahun, keadaan orang Melayu tidak diselesaikan. Lihat sahaja apa dasar pembangunan yang UMNO dan BN tawarkan di Teluk INtan. Tanah majlis bandaran diperlakukan JV bikin bangunan, tapi bangunan setiap satu berharga RM1.4 juta? Berapa kerat orang Melayu dapat membeli bangunan seperti ini pada harga yang demikian? sedangkan tanah tersebut asalnya milik Melayu. Sebuah pusat perubatan tersergam indah di kawaan Batak Rabit di tengah2 desa yang di diami oleh majority nya Melayu. Ini tanah asalnya kerajaan yang punya di ambil dan diserahkan oleh kerajaan piminan UMNO kepada bangsa lain. Orang Melayu dihina dalam senyap apabila kerajaan Melayu yang diberikan amanah oleh orang Melayu menjual dan menggadai tanah milik Melayu dan kerajaan kepada bangsa lain tanpa gantian. Penghinaan ini lebih dasyat dari istilah celaka yang digunakan. Dan pekataan celaka itu dilimparkan secara khusus kepada beberap pemimpin UMNO yang Melayu nya belum sahih! Reezal Merican Naina Merican nama nya- Melayu atau apa dia ini? Orang melayu telah lama dihina dan diperbodohkan apabila nilai yang dibawa oleh UMNO memusnahkan nilai budi orang Melayu. Ada kita lihat golongan cina menyebut hidup cina dan berarak mahu membunuh orang Melayu? Ada kita lihat orang Cina menyebut hidup Cina dan menghantar ah keong rempit menganggu ceramah? Warga Melayu yang menjerit dalam ketrampilan yang mengancam semasa calun Melayu DAP dan menjerit2 jangan bawa kafir mask kedalam kampung ini lupa, yang UMNO suruh pilih seorang kafir juga. Ini pertandingan calun Melayu DAP lawan calun Cina BN. UMNO yang menjuarai Melayu mengajak orang Melayu memilih seorang Cina mengatasi seoarang anak bangsa Melayu? Gerakan yang lawan, tapi UMNO yang menjuarai Melayu itu bersungguh sungguh mahu bunuh anak bangsa sendiri. Padan muka, rasism dan perkauman UMNO memerangkap dirinya sendiri. UMNO memasag gambar yang menunjukkan BN itu gabungan parti berbilang bangsa. Tapi UMNO itu sendiri berbilang bangsa? MCA berbilang bangsa? Gerakan yang lama memerintah pulau pinang dahulu pernahkah mereka meletakkan calun Melayu untuk bertanding? MIC berbilang bangsa? Yang berbilang bangsa ialah DAP. benar, jumlah orang Melayu sekarang tidak ramai dalam DAP. sebab DAP lama jadi momokan dan bogeyman UMNO untuk menakutkan orang Melayu. Tapi ia parti yang berbilang bangsa dan majoriti ahli nya dan pemimpin nya bangsa cina. Itu fakta yang kita tidak sorok dan tidak nafikan. Melayu tidak diberi masuk kedalam DAP tapi UMNO mahu bising mengapa tidak ramai Melayu dalam DAP. Dap bukan ujud untuk menyelesaikan masaalah UMNO. Saya Melayu dalam DAP tidak ada masaalah jika pemimpin tertingginya bukan Melayu. Sebab saya tahu, jika DAP menang semua kerusi pun, mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan federal tanpa sokongan orang Melayu. Tapi DAP enggan berkerjasama dengan parti seperti UMNO. Merka mahu berkerja sama dan berpakat dengan parti yang mewakili orang Melayu yang menerima matlamat membina seuah kerajaan yang mendaulatkan undang2 dan menjalankan dasar yang adil dan saksama. Kalau UMNO mahukan lebih ramai Melayu- maka sokong keinginan ramai Melayu masu masuk DAP. dan bila ada Melayu masuk DAP, maka melayu tersebut jangan dianggap sebagai pembelot, pengkhianat, penyembah tokong lim dan tidak tahu bersyukur. Pengajaran Nabi Musa patut jadi panduan kepada orang Melayu. Musa AS diselamatkan oleh isteri Firaun. Dia membesar dibawah penjagaan Firaun. Susah senang sakit pening semua dijaga oleh Firaun. Tapi akhirnya Musa bangkit menentang Firaun. Maka jika kita pakai definisi UMNO seperti pandangan dangkal dari cukgu sekolah Rendah MP Lenggong, Musa lah orang yang paling tidak bersyukur dan beterima kasih. Bukan demikian? Membesar dan hidup kerana Firaun, tapi kemdian dia gigit tangan Firaun. Ini soal lepasan UITM dan penerima habuan kesan DEB mahu dituduh tidak bersukur dan berterima kasih- apalah sangat khianat dan pembelotan ini berbanding dengab khianat dan belot nya Musa AS? Prinsip nya ialah ini: bangun menentang dan menegakkan keadilan dan kebenaran dan membetulkan kesalahan itu lebih mulia dari berterima kasih membabi buta mendiamkan diri bila rasuah, ketiadakadilan, rompakan perbendaharaan berleluasa. Maka orang Melayu- bangkitlah untuk menjadi penegak kebenaran dan kemakrufan. Nyahkan dan singkirkan kepalsuan dan kemungkaran yang UMNO bawa. |
Posted: 26 May 2014 05:51 AM PDT Apabila Zahid Hamidi memberi ancaman kepada anggota Rela dalam kempen di Teluk Intan dengan berkata dia tahu siapa yang undi siapa, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf menganggap kata-kata Zahid itu sebagai nasihat. Bagi SPR ia tidak pun bersalahan dengan akta pilihan raya yang melihat kata-kata Zahid itu sebagai satu kesalahan kerana menggunakan kuasa memaksa pengundi agar undi BN. Aziz beralasan Zahid tidak pun tahu anggota Rela akan undi siapa dan tidak semua anggota Rela yang dapat mengundi. Alasan diberikan Aziz untuk membela Zahid itu sungguh menyedihkan. Ia tentu mengilankan ramai rakyat yang berharap agar SPR berada di mentera keadilan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengendalian pilihan raya. Kita ingin tahu macam mana nada Aziz kalau kebetulan yang membuat ancaman (kesalahan) itu terdiri dari pihak Pakatan Rakyat. Sudah tentu Aziz akan cepat-cepat memberi kenyataan sebaliknya. Tentu dia akan mengatakan pihak SPR akan menyiasat dan akan mengambil tindakan. Dan dia juga akan siap menghuraikan bentuk-betuk kesalahan dari sisi akta SPR untuk mengekang kejadian seperti itu dari terus berlaku. Nampak sekali tindakan Aziz berat sebelah. Mengenai hal-hal beginilah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan marah dengan SPR kerana gagal mempamirkan mereka berada di tengah-tengah. Sedarkan Aziz dan orang-orang yang memiliki kuasa seperti beliau itu dengan tindakan sebegitulah menyebabkan generasi muda marah dan menjadi anti kerajaan. Sikap buruk begitu juga menyebabkan generasi muda makin jauh dengan parti pemerintah. Mereka akan hulang kepercayaan kepada integriti kerajaan. Walaupun SPR sebuah suruhanjaya bebas tetapi ia menjadi "babi bajak" kepada kerajaan dengan apa yang ditunjukkan oleh Aziz itu. Cubalah berkhidmat mengikut piagam perkhidmatan yang digariskan dalam suruhanjaya berkenaan. Kita dilantik dan diharap menjadi pengadil yang adil, maka adillah. Kalau tidak mungkin boleh adil sepenuhnya, tunjuk-tunjuklah keadilan. Sebagai seorang Islam tentu juga kita akan berusaha menghindarkan diri daripada dikutuk oleh orang sepanjang masa. Kelakuan yang Aziz lakukan bukan sesuatu akhlak yang baik dari sisi Islam dan budaya Melayu. |
Rempuh DUN: Siasatan polis 95% selesai Posted: 26 May 2014 05:44 AM PDT Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 448 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan laporan lengkap akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat. "Setakat ini 95% dah selesai. Polis menyiasat kes ini dari pelbagai sudut dan setakat ini telah merekodkan keterangan 27 orang saksi," katanya kepada pemberita di George Town hari ini. Beliau meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi liar sehingga siasatan selesai dijalankan. Rabu lepas sekumpulan lelaki menyerbu masuk DUN sebagai membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer menggelarkan "Umno celaka" ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Selasa. Sementara itu, Mior Faridalatrash berkata polis menerima 19 laporan berhubung kes salah laku sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang berakhir semalam. Beliau berkata lima kertas siasatan yang dibuka telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses seterusnya. "Pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman dan kebanyakan kes adalah berkaitan rasa tidak puas hati calon bertanding," katanya. – Bernama |
Premis jual coklat dengan DNA babi boleh didenda RM100,000 atau penjara Posted: 26 May 2014 05:42 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDERPremis yang masih menjual dua jenis coklat Cadbury yang mengandungi DNA khinzir (porcine), boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin berkata hukuman itu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, tidak kira sama ada penjual di peringkat runcit, pengedar atau pengilang. "Bagi sesebuah pertubuhan perbadanan pula mereka boleh didenda tidak melebihi RM 250,000. "Bagaimanapun kadar hukuman itu akan ditentutan di mahkamah sama ada wajar mengenakan RM250,000 atau RM100,000 dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Beliau berkata mana-mana pihak yang masih menjual coklat berkenaan sewajarnya memulangkan kembali kepada pihak pembekal dan pengilang. Katanya arahan juga telah dikeluarkan kepada pejabat-pejabat cawangan KPDNKK di seluruh negara untuk bergerak memantau penjualan coklat itu termasuk di kedai-kedai bebas cukai di lapangan terbang. Menurutnya KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pemeriksaan. "Kami menurunkan kuasa kepada 212 pegawai Jakim di seluruh negara dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk penguatkuasaan berhubung halal ini," katanya. Sabtu lepas, Kementerian Kesihatan mendedahkan dua sampel coklat Cadbury, iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam, dikesan mengandungi DNA (Asid Deoksiribonukliek) khinzir. Jakim menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat itu. – Bernama, |
Teluk Intan: PAS 'all out' tarik undi Melayu Posted: 26 May 2014 03:51 AM PDT Timbalan Pengarah Operasi Induk PAS PRK Teluk Intan, Salman Saleh berkata, keyakinan itu disuarakan berdasarkan respon daripada pengundi kepada jentera PAS yang turun ke lapangan. Menurutnya, jentera diberi reaksi positif oleh para pengundi ketika berkempen dari rumah ke rumah khususnya di kawasan majoriti melayu seperti Kampung Bahagia dan Kampung Changkat Jong. "Kami sudah kenalpasti strategi dan isu-isu yang sangat berkesan serta dekat dengan hati pengundi," katanya ketika ditemui di Markas Induk PAS, Padang Tembak dekat sini hari ini. Menurut beliau, Pakatan Rakyat turun di Teluk Intan sebagai 'underdog' dan sedang berusaha keras memastikan calon dari DAP, Dyana Sofya menang pada PRK kali ini. Jelas Salman, PAS sendiri melalui jentera muslimat turun rumah ke rumah merayu undi dan dalam masa yang sama memberikan penerangan tentang isu-isu semasa. Setiap malam, PAS katanya akan menyusun ceramah umum disetiap UPU dengan menampilkan pimpinan-pimpinan PAS peringkat negeri dan pusat. "Kami telah turunkan jentera secara 'all out' bagi memastikan kemenangan di parlimen Teluk Intan dapat dikekalkan serta dijayakan keputusannya. "Saya sangat berpuas hati dengan semangat jentera dari seluruh negara yang tidak putus-putus datang membantu," jelasnya. |
Piala Thomas: Anak Malaysia disebalik kejayaan Jepun Posted: 26 May 2014 03:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Disebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia. Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam erena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam. Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17. Bekas guru ini sekarang berkidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka. Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan nama Abe Awe dikalangan kawan-kawan beliau di Kelantan. Laman Facbook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini. Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. |
Manifesto calon BN kitar semula, kata DAP Posted: 26 May 2014 03:41 AM PDT TELUK INTAN: Pemimpin DAP menyifatkan manifesto calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong sebagai manifesto kitar semula. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, manifesto berhubung cadangan pembinaan Universiti itu tidak lebih dari hanya janji politik. "Kita mahu Mah beritahu kepada seluruh penduduk Teluk Intan, di mana lokasi, bila dan apa nama universiti yang ingin dibina. "Kita tidak mahu rakyat terpedaya dengan manifesto kitar semula, sedangkan janji untuk membina universiti telah dinyatakan BN sebelum ini tetapi tidak ada pembinaan langsung dan sekarang mereka janji semula," jelasnya. Nga berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan DAP hari ini. Beliau turut menggesa BN agar lebih jujur dalam janji mereka dan tidak memperdayakan rakyat Teluk Intan hanya semata-mata untuk mendapatkan undi. Nga turut mempersoal tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat pecah tanah untuk Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Taiping, Perak ke Banting, Selangor di sini semalam. "Yang peliknya pecah tanah itu dilakukan ditengah-tengah bukan permulaan lebuhraya tersebut. "Lebuhraya itu menghubungkan Banting dan Taiping, bagi Teluk Intan hanya sedikit sahaja laluannya, biasanya pecah tanah dilakukan pada pemulaan jalan tersebut bukan tengah-tengah laluan," katanya. Beliau juga mendakwa manifesto BN itu membuktikan parti itu mengakui pembangunan di Teluk Intan jauh ketinggalan dengan tempat-tempat lain walaupun BN merupakan parti pemerintah di Perak dan Putrajaya. Turut serta pada sidang media itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. - |
Bukit Gelugor: DAP berjaya raih undi Melayu Posted: 26 May 2014 03:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Pertambahan undi Melayu untuk calon DAP, Ramkarpal Singh Deo dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor disifatkan satu kemenangan besar buat Pakatan Rakyat. Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu, pengundi dari Kampung Melayu antara yang terbanyak memberi undi kepada calon DAP walaupun Umno BN sering menggambarkan parti itu anti Islam dan Melayu. "Kita berbangga apabila undi melayu meningkat dalam PRK semalam. Orang Melayu di Bukit Gelugor tidak mudah terpengaruh dengan politik Umno BN. "Satu kejayaan besar apabila unit peti undi di situ tidak pernah menang tetapi kali ini ia menyebelahi Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS, berkata, PRK Bukit Gelugor menyaksikan 869 undi dari Kampung Melayu telah berjaya diperoleh DAP berbanding 433 yang menyokong Parti Cinta Malaysia (PCM). Difahamkan, Kampung Melayu merupakan salah satu daripada dua kawasan majoriti pengundi Melayu yang gagal diraih undi oleh DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Jelas Mohamad, kemenangan ini juga menunjukkan kebencian rakyat terhadap isu perkauman yang dibawa oleh Umno BN apatah lagi dengan insiden mereka menceroboh sidang Dun Pulau Pinang baru-baru ini. Bukan itu sahaja, tambahnya, kehidupan rakyat yang semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup dalam masa yang sama pembaziran terus berlaku membuatkan rakyat menolak pentadbiran Umno BN. "Dalam keadaan rakyat miskin, kerajaan pula boleh membawa masuk dua ekor panda yang menelan kos puluhan juta ringgit, bagi rakyat ini adalah pembaziran," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS. Selain tanpa penyertaan Umno dalam PRK ini, bagi Mohamad tiga calon lawan DAP yang kehilangan wang deposit juga memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menjadi pilihan rakyat. "Kemenangan ini sekaligus menjadi referedum rakyat menolak pentadbiran Umno BN," tambahnya. Dalam PRK itu, calon Pakatan Rakyat dari DAP itu menang dengan majoriti 37,659 undi. Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi sementara dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799) dan Abu Backer Sidek (225), undi rosak pula 539. Sebanyak 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,431 membuang undi di 17 pusat mengundi. |
Hilang deposit, Huan percaya prestasinya baik Posted: 26 May 2014 03:30 AM PDT MALAYSIAKINI Walaupun hilang deposit, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan percaya prestasinya dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor cukup baik kerana majoriti DAP berkurangan di kawasan itu. Huan gembira dengan undi 3,583 yang diterimanya kerana ia hampir sekali ganda lebih besar daripada yang diperolehnya di Batu Kawan dalam pilihan raya umum ke-13. "Saya harap penyokong saya tidak sedih kerana ini hanya perjuangan biasa, bukan peperangan. Walaupun saya tewas, saya berjaya kurangkan majoriti DAP," katanya. Calon DAP Ramkarpal Singh sebelum ini berkata mahu mencapai majoriti lebih besar berbanding bapanya, mendiang Karpal Singh yang memperoleh 41,000 undi majoriti. "Tetapi oleh kerana dia hanya selamat dengan majoriti 37,000 lebih, tolong jangan putar belit atau beri alasan seperti jumlah keluar mengundi rendah," katanya dalam sidang media. Keputusan pengundian semalam menyaksikan Ramkarpal menang dengan 37,659 undi. Bapanya sebelum ini mendapat 41, 778 undi. Dua calon bebas – Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan – masing-masing kalah teruk dengan 799 dan 225 undi. |
BN tawar universiti, pengiktirafan Unesco Posted: 26 May 2014 03:27 AM PDT MALAYSIAKINI Calon BN Datuk Mah Siew Keong sewaktu mengumumkan manifesto beliau hari ini menawarkan sebuah universiti untuk pengundi Teluk Intan sekiranya berjaya dipilih menjadi anggota Parlimen kawasan itu. Manifesto yang bertemakan pembangunan itu turut menawarkan usaha untuk menyenaraikan Menara Condong Teluk Intan sebagai tapak warisan dunia bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). Ia adalah sebahagian janji Mah untuk merancakkan pembangunan komuniti dan sektor pelancongan di Teluk Intan. "Adalah hasrat saya untuk mendapatkan satu universiti di Teluk Intan untuk anak-anak muda kita. "Saya berjanji akan bekerja kuat untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media pagi ini. Beliau mengakui usaha untuk menyenaraikan Menara Condong sebagai tapak warisan Unesco agak mencabar kerana ia akan memakan masa dan ia juga memerlukan kelulusan daripada tujuh kementerian untuk tujuan itu. "(Penyenaraian) Menara Condong ini bukan kerja yang mudah, tapi ia adalah tentang usaha. "Kita perlu dapat kelulusan tujuh kementerian," katanya. Ringkas tapi penting Selain itu, beliau turut menawarkan satu stadium dan lebih banyak padang futsal, membina lebih banyak zon WiFi, dan mentransformasikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian dan pusat untuk pencinta makanan di negeri Perak. Beliau juga turut berazam membina lebih banyak rumah mampu milik untuk penduduk Teluk Intan di samping menyelesaikan masalah-masalah setempat seperti perparitan dan lampu-lampu jalan. "Manifesto ini adalah ringkas, bukan benda-benda besar, namun ia adalah penting," katanya pagi tadi. Pada masa sama katanya, penduduk Teluk Intan perlu menggunakan peluang pilihan raya kecil ini untuk memastikan pembangunan di kawasan itu dapat dilaksanakan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin kerajaan untuk berkempen dan memberi perhatian khusus buat Teluk Intan. "Suka tak suka, ini adalah satu pilihan raya kecil dan saya terima kasih banyak-banyak kepada pemimpin yang datang ke Teluk Intan dan saya ambil kesempatan untuk berbincang dengan mereka," katanya. |
Ibu tunggal: Shahrizat beri RM500, lampin Posted: 26 May 2014 03:19 AM PDT MALAYSIAKINI Seorang ibu tunggal di Teluk Intan mendakwa Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawatnya pagi tadi dan memberikan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan sambil merayu sokongan terhadap BN. "Saya diberi RM500 dan pampers (lampin), untuk kegunaan anak perempuan saya," katanya kepada Malaysiakini, sambil berterima kasih terhadap Shahrizat dan BN atas hadiah itu. Penganggur 57 tahun itu mendakwa, Shahrizat memintanya mengundi calon BN Mah Siew Keong. P Panjalay menetap di Taman Semarak dan menjaga tiga anak perempuannya yang berumur antara 33 hingga 36 tahun yang mempunyai masalah mental. Shahrizat meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumahnya pagi ini. Panjalay mendakwa, Shahrizat menyerahkan wang kepadanya tetapi beliau tidak pasti sama ada ia datang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Umno. Tanpa mengambil kira sumbangan ini, beliau bagaimanapun berkata sentiasa menjadi penyokong BN. "Saya akan tetap sokong BN. Saya tidak pernah pangkah pembangkang. Saya akan bawa anak kedua saya untuk mengundi sama. Kami berdua akan sokong BN," katanya. Shahrizat, penasihat khas kepada perdana menteri dalam isu-isu wanita dan kebajikan melawat dua keluarga di Teluk Intan hari ini. Beliau turut melawat sebuah keluarga lagi di Jalan Mat Intan yang baru sahaja kehilangan anggota keluarga sebelum menghadiri program keagamaan di Taman Intan. Shahrizat dalam reaksinya di Twitter sebentar tadi menafikan perkara itu. "Portal propembangkang fitnah I give 500 ringgit and pampers to voters buy votes. "Sebagai pengerusi Yayasan Kebajikan Negara saya buat lawatan kepada pelanggan YKN," katanya. |
Bajet 2015 dibentang 10 Oktober Posted: 26 May 2014 03:08 AM PDT PUTRAJAYA - Bajet 2015 bakal dibentang pada 10 Oktober ini di Parlimen, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurutnya, bajet kali ini genting memandangkan ia belanjawan paling akhir di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). "Bajet kali ini genting ekoran ia bajet terakhir di bawah RMK10 yang akan memberi peruntukan untuk baki program dan projek bawah RMK10. "Bajet 2015 ini dijadual untuk pembentangan di Parlimen pada 10 Oktober 2014," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Konsultasi Bajet 2015, hari ini. Menurutnya Majlis Konsultasi Bajet 2015 itu merupakan platform penting terhadap penyediaan Bajet 2015. "Kerajaan akan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima segala pandangan dan cadangan sebagai input penyediaan Bajet 2015. "Pandangan dan input daripada setiap pelusuk masyarakat termasuk pertubuhan-pertubuhan industri dan badan-badan bukan kerajaan akan dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh bagi mengatasi cabaran dan isu-isu semasa. "Setiap isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dikemukakan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan Bajet 2015," katanya. Sementara itu, beliau menyentuh bahawa kerajaan menjangka untuk mengurangkan defisit fiskal negara tahun ini. "Kita jangka untuk kurangkan defisit fiskal negara kepada 3.5 % tahun ini dan mencapai belanjawan yang seimbang pada 2020. "Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah mempertimbangkan beberapa langkah fiskal termasuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi," katanya. |
Misteri sampan berpusing tengah laut terjawab Posted: 26 May 2014 03:06 AM PDT Pegawai polis, bomba dan Marintim menjalankan operasi mencari di laut. - Foto Ihsan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang TANJONG KARANG - Tanda tanya seorang kaki pancing yang terkejut melihat sebuah sampan berpusing tanpa kelibat orang rupa-rupanya membawa berita kehilangan seorang lelaki sejak semalam. Sinar Harian difahamkan, keadaan sampan yang berpusing-pusing tanpa henti kira-kira lima kilometer dari pesisiran pantai Sungai Kajang, di sini menimbulkan tanda tanya sebelum saksi menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan. Mangsa, Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, dipercayai turun ke laut seorang diri pada Ahad lalu sebelum sampannya ditemui kaki pancing yang lain yang lengkap peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit. Rakan mangsa, Khairi Nordin, 52, berkata, biasanya dia dan Hassan Ashari akan turun ke laut bersama-sama hampir setiap hujung minggu untuk mencari hasil ikan untuk stok makanan mereka sekeluarga. "Tapi kebetulan masa kejadian, saya tak ikut dan terkejut bila dapat panggilan kawan-kawan yang mengatakan jumpa sampan Hasan tapi tiada kelibatnya. Saya bimbang dia terjatuh sebab sampannya berpusing sampai habis minyak," katanya sebak. Isteri mangsa, Maifuzah Jaid, 37, berkata, dia tak menyangka panggilan daripada suaminya kira-kira jam 12 tengahari itu rupa-rupanya panggilan terakhir sebelum dia sekeluarga dimaklumkan mengenai kehilangan suaminya di laut. "Saya betul-betul tak sangka jadi begini sebab masa terima panggilan itu, abang tak cakap apa-apa yang mencurigakan. Tak ada tunjuk kata-kata pelik atau kelakuan yang berbeza seperti sebelum ini," katanya kepada media. |
Cek palsu: Bekas eksekutif akaun dipenjara, denda Posted: 26 May 2014 03:04 AM PDT SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif akaun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun hari ini selepas didapati bersalah menggunakan 26 keping cek palsu bernilai RM1.8 juta, lima tahun lepas. Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Aliah Fadzilah Wan Abdullah @ Tan Mei Wan, 40, seorang mualaf. Selain itu, tertuduh turut didenda RM150,000 selepas dia didapati bersalah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan 10 daripada 26 keping cek tersebut bernilai RM918,520.48. Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara lima tahun lagi sekiranya gagal membayar denda itu. Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan Aliah Fadzilah daripada pertuduhan memalsukan 26 keping cek sama selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Tertuduh sebelum ini dibicarakan atas pertuduhan memalsukan 26 keping cek dan 26 pertuduhan menggunakan cek palsu sama di Syarikat Orion Orchard Sdn Bhd di Bandar Baru Klang, dan di cawangan dua bank di Shah Alam antara 10 Februari 2009 dan 27 Mei 2009. Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 467 dan 471 Kanun Keseksaan. Tertuduh juga dibicarakan atas 10 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang melalui 10 keping cek berkenaan ke akaun miliknya dan milik individu lain. Bagi kesalahan itu, Aliah Fadzilah didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Seramai 14 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Hakim Aslam bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan tetapi memerintahkan wanita itu membayar denda dalam tempoh dua minggu. Mahkamah juga mengekalkan wang jaminan RM150,000 yang ditetapkan ke atas tertuduh sebelum ini dan memerintahkan wanita itu melapor diri di Bahagian Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Jumaat pertama setiap bulan. Hakim Aslam menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan bagi mengetahui status pembayaran denda. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber, Siti Syuhada Alwi dan Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Ravi Nekoo. - Bernama |
Hakim tolak bantahan peguam anak Taib Mahmud sekat pegawai bank beri keterangan Posted: 26 May 2014 02:53 AM PDT Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menolak bantahan peguam anak bekas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir untuk menghalang pegawai bank daripada memberi keterangan mengenai simpanan kewangan defendan yang dianggarkan bernilai hampir RM 9 juta. Peguam defendan, Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din mempertikaikan keterangan saksi dengan mendakwa pendedahan itu bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan yang mewajibkan pihak bank melindungi kerahsiaan pelanggannya. Selain itu, Hakim Muhammad Abdul Karim Wahab juga menolak tuntutan Saadiah yang mendesak untuk memberi bukti kebenaran daripada pihak CIMB untuk saksi memberi keterangan. Terdahulu dalam kes perbicaraan tuntutan cerai RM 400 juta, Magendran Pillai selaku saksi kepada Shanaz A Majid memberitahu bahawa simpanan Abu Bekir, anak kepada Tun Abdul Taib Mahmud dianggarkan hampir RM 9 juta melalui empat akaun berasingan daripada deposit tetap dan semasa setakat 30 September 2012. Antara lain dalam bantahannya Zainul berkata tidak ada bukti yang menunjukkan saksi menerima resolusi syarikat bagi mendedahkan maklumat berkenaan. Manakala Peguam Shahnaz, Akbardin Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa Magendran adalah mewakili pihak bank dan disepina sebagai saksi. Shahnaz, kakak kepada penyanyi popular Datuk Sheila Majid dan Mahmud Abu Bekir berkahwin pada Januari 1992 dan mempunyai seorang anak yang kini berusia 20 tahun, Raden Murya. Mahmud Abu Bekir memfailkan perceraian mereka pada Mei 2011. Semasa keterangan balas, Magendran yang merupakan pembantu naib presiden Unit Resolusi Pelanggan CIMB tidak bersetuju kehadirannya sebagai saksi bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. "Tidak bersetuju kerana akta itu juga mempunyai pengecualian kerahsiaan membenarkan saya memberi maklumat butiran akaun defendan di mahkmah," kata Magendran. Akbardin berkata tidak ada keperluan bagi pihak bank membuat resolusi apabila ia sudah sememangnya sebahagian daripada skop kerja dan tanggungjawab sebagai saksi. Hakim kemudiannya memutuskan mahkamah berpuas hati dengan jawapan diberikan Akbardin bahawa sudah menjadi sebahagian tanggungjawab Magendran mendedahkan maklumat. "Tidak ada keperluan bagi resolusi syarikat sebelum pendedahan maklumat memandangkan bukti subjek berdasarkan pemeriksaan balas," kata hakim di Mahkamah Tinggi Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini, akauntan yang dilantik Shahnaz, Andrew Heng bagi mengumpul maklumat mengenai harta kekayaan bekas suaminya mendedahkan anggaran aset kekayaan Abu Bekir bernilai antara RM976 bilion dan RM1.395 bilion. Heng memberitahu mahkamah Abu Bekir mampu membayar tuntutan bekas isterinya berdasarkan jumlah aset dimiliki plaintif. Peguam Abu Bekir dijangka memanggil tiga atau empat saksi dalam perbicaraan akan datang. Manakala peguam Shahnaz pula akan memanggil saksi ketiganya, Pengurus Jabatan Perkhidmatan Pelanggan Mursinah Manaf untuk memberi keterangan. Mahkamah memutuskan perbicaraan ditangguhkan sehingga 3 Jun ini. |
DAP gesa Najib beri penjelasan pinjaman RM40 juta kepada ahli perniagaan Posted: 26 May 2014 02:48 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memberi penjelasan hubungan seorang ahli perniagaan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memberikan akses kepadanya mendapat pinjaman RM40 juta daripada Bank Rakyat. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, timbul persoalan sama ada tindakan itu mengikut prosedur yang betul atau bersifat politik semata-mata. "Najib mesti menjelaskan apakah asas Bank Rakyat meluluskan pinjaman ini. "Bagaimanakah pinjaman yang begitu tinggi nilainya diberikan kepada seorang VIP tanpa kemampuan membayar semula atau sebarang bantuan kewangan? " soalnya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian dalam respons terhadap pendedahan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang tidak disambung kontraknya gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Najib. Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Najib juga harus mendedahkan tawaran kompromi oleh VIP itu selepas tempoh khidmat Sabbaruddin tidak dilanjutkan. Beliau turut mempersoalkan sama ada individu tersebut dibenarkan membuat pembayaran semula secara 120 kali ansuran selama 10 tahun, tanpa faedah. "Najib harus jujur dan memperhitungkan semua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai keadaan kewangan meragukan," katanya. Katanya, kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni. "Kedibiliti dan integriti Bank Negara dalam memastikan sistem kewangan yang baik dan boleh dipercayai dipersoalkan apabila pinjaman diberikan semata-mata atas dasar naungan politik pemberian wang," katanya. Sabaruddin mendedahkan VIP itu bertemu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan. Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated". "10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut. Menurut Sabbaruddin, Hasan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu enggan menandatangani surat menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat. Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu. The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini. Selain pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama. Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. |
Laporan MH370 Inmarsat dijangka dikeluarkan esok, kata Hishammuddin Posted: 26 May 2014 02:40 AM PDT Pemangku menteri pengangkutan itu berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya dan pihak yang akan membuat pengumuman adalah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat sendiri. "Mungkin esok kerana yang mengumumkannya adalah DCA dan Inmarsat. Ia bukan berkait Inmarsat sahaja tetapi panel pakar lain seperti ICAO, NTSB, AAIB dan pakar lain. "Mereka bekerjasama untuk mengetahui apa yang berlaku. Jika saya kata dikeluarkan esok, ia bergantung kepada keputusan mereka," katanya pada satu sidang media di klia2 hari ini. MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu dan masih belum ditemui sehingga kini. |
Kaum Cina tidak bersyukur undi DAP kerana mereka kaya, kata Zahid Posted: 26 May 2014 02:35 AM PDT Hanya orang Cina akan gembira jika calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong kalah pada 31 Mei, kerana mereka sudah kaya dan tidak bersyukur untuk itu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini. "Saya akan berasa sedih jika DAP menang sekali lagi di Teluk Intan. Orang Melayu akan menjadi sedih. Orang India akan lebih sedih. "Tetapi orang Cina tiada terkesan kerana mereka mempunyai pelbagai perniagaan. Tetapi jika tidak kerana orang Melayu atau India yang membeli barang-barang mereka, mereka tidak akan mempunyai perniagaan. "Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan hari ini. |
[VIDEO] "Selfie Dyana", UMNO BN Saja Hadir Untuk Timbulkan Kekecohan Posted: 25 May 2014 10:15 PM PDT KELAB GREENBOCMenara Condong 'tegang' di petang Ahad Dataran Menara Condong Teluk Intan petang semalam panas seketika apabila pertengkaran tercetus di antara penyokong BN yang mendirikan khemah di situ, dengan penyokong Pakatan Rakyat yang menantikan kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk sesi 'selfie' di kawasan yang sama. Kekecohan bermula sekitar jam 4 petang apabila penceramah BN yang diperkenalkan sebagai pemangku Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berceramah di bawah khemah BN, dengan bahasa badan dan intonasi pidato seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pada masa sama, ceramah Faizal itu disiarkan melalui sistem pembesar suara dengan salah satu pembesar suara dihalakan ke arah kumpulan yang menanti kehadiran Dyana, yang berada dalam jarak kurang 10 meter dari khemah itu. Kira-kira sepuluh minit Faizal berceramah, seorang remaja lelaki dari kumpulan yang menanti Dyana berjalan ke arah Faizal dengan wang kertas RM1 dihulurkan kepadanya, isyarat untuk memperolok-olokkan beliau sebagai individu yang boleh 'dibeli'. Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan seorang penyokong BN di bawah khemah yang meluru ke arah remaja itu dan menyuruhnya berundur ke belakang. Penyokong BN itu kemudian disusuli oleh beberapa orang penyokong BN lain yang turut menyerbu remaja lelaki itu. Pada masa sama, beberapa remaja lelaki dari kumpulan penyokong Pakatan bergegas ke arah penyokong-penyokong BN yang menyerbu remaja lelaki itu. Tiada 'selfie', cuma bergambar Tolak-menolak dan jerit-menjerit ke arah satu sama lain tercetus di antara kedua-dua kumpulan tersebut selama kira-kira dua minit dengan penyokong BN (berpakaian putih) yang mula meluru ke arah remaja itu menjerit, "Ini kawasan Teluk Intan! Jangan buat kacau di sini!". Keadaan kembali terkawal apabila penyokong BN itu ditarik rakan-rakannya untuk kembali ke bawah khemah BN dan remaja lelaki penyokong Pakatan itu ditarik jauh dari kawasan pertengkaran tercetus. Sekitar jam 4.20 petang, Dyana Sofya tiba di Menara Condong untuk sesi 'selfie' bersama pengunjung menara itu. Pada masa sama, kelihatan tujuh orang anggota polis dengan vest rasmi ' kelihatan berada berhampiran kawasan menara untuk mengawal keadaan. Sesi 'selfie' bersama Dyana dihadiri kira-kira 300 orang. Mereka berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk bergambar dengan Dyana di hadapan replika buku yang memaparkan maklumat tentang menara itu. Sebelum sesi bergambar bermula, Dyana sempat merakamkan penghargaan kepada inisiatif perpustakaan indie dikenali sebagai "Buku Jalanan Seri Manjung" yang turut berada di tepi menara itu. . "Kenapa saya tak nak ke sana (ke tangga pintu masuk menara) dan saya berdiri di depan ini? "Kerana di depan ini ada buku," kata Dyana sambil tersenyum dan menunjuk ke arah replika buku dan kumpulan Buku Jalanan yang menghampar tikar di atas dataran untuk pameran buku. Polis neutralkan keadaan Keadaan bagaimana pun kembali 'tegang' apabila kira-kira sepuluh orang dengan baju-T BN mula bergerak ke sesi bergambar dan bergerak ke arah Dyana sofya yang kini berdiri di tangga masuk ke menara keran hujan rintik-rintik mula turun. Polis mengekori kumpulan penyokong BN itu dan keadaan kembali aman apabila kumpulan tersebut beredar perlahan-lahan selepas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, ACP Fadzil Ahmat berdiri berhampiran mereka. Dyana kemudian meluangkan masa selama kira-kira 40 minit sehingga jam 5 petang untuk bergambar dengan pengunjung yang beratur sepanjang kira-kira 10 meter untuk sesi tersebut. Beliau kemudian beredar ke satu lagi majlis untuk sesi menonton pertandingan akhir Piala Thomas di antara Malaysia dan Jepun bermula pada jam 5.30 petang. ACP Fadzil dalam sidang media ringkasnya kemudian menyatakan rasa syukurnya kerana polis berjaya meneutralkan ketegangan yang berlaku apabila tiba segera di tempat kejadian. "Kita berjaya meneutralkan keadaan. Awak nilai sendiri keadaan, Alhamdulillah," katanya sambil tersenyum puas, selepas sesi taklimat kepada anggota-anggota yang bertugas. Hujan rintik-rintik yang berterusan dari tadi kemudian bertukar menjadi hujan lebat, seolah-olah mahu menyejukkan ketegangan di Menara Condong Teluk Intan, pada petang Ahad. -mk |
MB: Penduduk Kajang dingatkan fikir dulu sebelum jual tanah Posted: 25 May 2014 10:04 PM PDT SELANGOR KINIKAJANG : Penduduk Kajang diperingatkan agar mengetahui nilai tanah di kawasan itu sebelum membuat keputusan menjualnya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata pemilik tanah menjual tanah mereka tanpa menyedari bahawa tanah di Kajang itu sepatutnya dijual berdasarkan harga tanah bandar bukannya harga tanah kampung. "Selepas pembinaan MRT (MRT Sungai Buloh-Kajang), nilai tanah di Kajang ini sangat tinggi. Jadi, saya mengingatkan rakyat untuk bersabar supaya apabila mereka menjual tanah tanpa mengira keadaan ini, boleh jadi mereka mendapat hasil yang berkurangan. "Terutama dari segi tanah-tanah hampir kampung. Kajang ini walaupun dikatakan bandar tetapi ada juga kampung-kampung dan mereka fikir mereka menjual tanah kampung, tapi yang sebenarnya tanah yang dijual itu tanah bandar," katanya dipetik Sinar Harian. Sehubungan itu, beliau berpesan kepada rakyat Kajang agar bersabar untuk tempoh kurang lima tahun. "Harga di kampung boleh jadi RM15 sekaki kalau tanah bandar RM60 sekaki, jadi, kalau mereka tidak bersabar dan mencari jalan untuk mendapat kelulusan menjadikan tempat itu kawasan perumahan dan sebagainya, mereka mendapat nilai yang kurang. "Jadi, untuk saya kemajuan ini mesti dinikmati oleh semua rakyat dan mereka perlu berjaga-jaga. Tempoh bersabar itu tidak sampai lima tahun. Projek MRT itu akan siap dalam tempoh dua tahun. Tapi jangan jual tanah dengan cepat," katanya. Bersandarkan jawatan yang dipegangnya, Abdul Khalid merasa bertanggungjawab agar semua rakyat di negeri ini mengetahu nilai tanah masing-masing. "Saya sebagai Menteri Besar ada kalanya ada (menerima) permohonan untuk meluluskan penjualan tanah walaupun sepatutnya saya tidak campur tapi saya rasa bertanggungjawab jika mereka tidak tahu nilai yang baik untuk mereka," katanya.EZY |
Peneroka tanah haram tidak layak terima pampasan Posted: 25 May 2014 10:01 PM PDT Oleh: AFEEQA AFEERA SERDANG: Peneroka dan pekebun kecil Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang yang menjalankan pertanian secara haram di tanah berkenaan tidak akan menerima bayaran pampasan daripada Kerajaan Negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tanah terbabit adalah milik Kerajaan Negeri sepenuhnya yang diterokai secara haram penduduk di kawasan itu dan mereka tidak pernah membayar sebarang premium. "Kita tidak akan membayar pampasan kepada mereka yang melakukan penerokaan tanah secara haram kerana jika berbuat demikian, kita perlu bayar kepada lebih 500,000 peneroka tanah lain. "Kalau kita bayar, nanti Selangor penuh dengan penerokaan secara haram. Ini tanah rakyat Selangor, mereka yang kena bayar pampasan semula," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor di Universiti Putra Malaysia, di sini, semalam. Sebelum ini, lebih 50 peneroka tanah kawasan Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang berdekatan Sabak Bernam berkumpul secara aman di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), awal Mei lalu. Ia berikutan mereka membantah tindakan Kerajaan Negeri yang didakwa mengambil alih tanah yang menjadi mata pencarian keluarga mereka sejak 60 tahun lalu. Mereka adalah sebahagian daripada 336 peneroka yang menuntut Kerajaan Negeri supaya menarik balik keputusan pengambilalihan itu, selain membenarkan mereka terus mengusahakan penanaman kelapa sawit, sawah padi dan koko di atas Tanah Hutan Simpan Sungai Karang itu.-NFN- |
Pelajar M'sia kemalangan di Perth tiba di tanah air Posted: 25 May 2014 09:57 PM PDT SEPANG: Sepuluh murid Malaysia yang terlibat kemalangan di Perth, Australia Rabu lepas, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Ahad malam. Ketibaan mereka dan empat guru pengiring itu disambut Pengarah Pendidikan Selangor Datuk Mahmud Karim. Bercakap kepada pemberita, Mahmud berkata kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami cedera ringan dan berjaya menyelesaikan semua aktiviti yang dirancang di sana. "Seorang lagi guru tidak dibenarkan pulang oleh pihak hospital kerana masih menjalani rawatan pergelangan kaki dan tangan, manakala seorang lagi pelajar dibawa pulang sendiri oleh ibu bapanya," katanya. Dalam kejadian itu, bas yang membawa 21 penumpang terdiri daripada murid berusia antara 10 hingga 12 tahun dan guru dari Malaysia dan Indonesia terbabas di kawasan pergunungan di selatan Perth. Kumpulan terbabit dalam perjalanan ke Tasik Leschenaultia, 50 kilometer di selatan Perth, bagi mengikuti satu seminar pendidikan alam sekitar. Mengulas lanjut, Mahmud berkata kumpulan dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu tiba di Perth pada 20 Mei lepas. Seorang murid, Aishah Ahmad Firdaus, 12 berkata dia hanya tersedar bas terbabas selepas mendengar jeritan beberapa orang murid dan guru. Sementara itu, guru pengiring Noraidah Badaruzaman, 33, berkata walaupun dalam kesakitan selepas kejadian, ingatan beliau hanya untuk menyelamatkan anak muridnya. "Keadaan masa tu kabus sangat tebal dan merupakan kawasan bukit, bas juga tidak dipandu laju iaitu tidak lebih 50 km sejam," kata guru mata pelajaran Seni Visual dan Bahasa Malaysia itu. - |
Kemarau Piala Thomas berterusan Posted: 25 May 2014 09:52 PM PDT Gandingan Tan Wee Kiong (kanan) dan Goh V Shem menghidupkan harapan Malaysia apabila mengutip mata penyamaan bagi mengheret Jepun ke perlawanan penentuan. KAPTEN Piala Thomas, Liew Daren gagal merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia untuk menamatkan kemarau 22 tahun menjulang trofi berprestij itu apabila gagal menyumbang mata kemenangan sekali gus menyaksikan skuad negara tewas 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan final di Stadium Siri Fort, New Delhi, India malam tadi. Daren yang tewas dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini sekali lagi gagal untuk menebus kesilapan itu apabila ditundukkan Takuma Ueda 12-21, 21-18 dan 17-21 dalam pertarungan yang penuh mendebarkan. Kekalahan ini sekali gus mengulangi perlawanan final di Guangzhou 2002 apabila skuad negara tewas 2-3 kepada Indonesia. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah pada kejohanan 1992 di Kuala Lumpur. Terdahulu, seperti biasa, Datuk Lee Chong Wei melunaskan janjinya apabila mengungguli mata pertama perlawanan itu menewaskan perseorangan pertama Jepun, Kenichi Tago 21-12 dan 21-16 dalam masa 45 minit. Bagaimanapun, peluang skuad negara untuk menambah mata tidak kesampaian apabila Tan Boon Heong-Hoon Thien How tewas kepada Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo 21-12, 17-21 dan 19-21 pada aksi kedua pertemuan itu. Situasi kem negara semakin mendebarkan setelah harapan yang diletakkan kepada perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng untuk menambah mata kedua tidak kesampaian apabila turut tumpas 15-21 dan 17-21 kepada Kento Momota sekali gus menyebabkan Malaysia ketinggalan 1-2. Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga cemas seketika apabila tewas kepada Keigo Sonoda-Takeshi Kamura di set pembukaan, namun bangkit dengan persembahan lebih baik dalam dua set berikutnya untuk menang 19-21, 21-17 dan 21-12. Kejayaan V Shem-Wee Kiong gagal menyuntik semangat Liew Daren selaku perseorangan ketiga apabila ditumbangkan Ueda. Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992. |
Posted: 25 May 2014 09:42 PM PDT SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan mempertimbangkan untuk menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna. Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut yang terang-terang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi. "Kita merasakan Cadbury sengaja menipu kerana berselindung sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). "Buat masa ini kita tuntut dulu produk keluaran syarikat itu dikeluarkan daripada rak makanan halal di kedai-kedai yang menjualnya," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, syarikat Cadbury perlu memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam. "Adakah mereka tidak sedar pengguna paling ramai di negara kita adalah Islam? Jadi perbuatan mereka melampau dan tidak sensitif," ujarnya. Dalam pada itu, Amidi menyuarakan kekesalannya kepada Jakim yang bertanggungjawab menyelidik produk bagi memastikan statusnya benar-benar halal. "Jakim rasanya perlu pendekatan yang lebih baik bagi menjaga kemashlahatan Islam daripada terdedah dengan makanan tidak halal. "Perlunya prosedur baru, bukannya hanya lakukan tinjauan di kilang sahaja," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi II, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata insiden itu seolah-olah umat Islam sengaja dipersendakan. "Kerajaan tidak boleh berlengah lagi, perlu ambil tindakan segera ke atas syarikat Cadbury, ini sudah melampau. "Kita tidak mahu lagi kejadian seperti ini berulang.Saya sendiri sekarang ini apabila tengok mana-mana coklat pun akan timbul rasa loya," katanya. |
Kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan ditetapkan untuk mediasi 2 Julai Posted: 25 May 2014 09:37 PM PDT Kes saman fitnah anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditetapkan untuk mediasi pada 2 Julai depan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Aziz dan Utusan. Azhana ketika ditemui pemberita berkata mediasi itu akan didengarkan di hadapan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim pada tarikh berkenaan. Beliau berkata sekiranya kedua-dua pihak berkenaan gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan dua hari bermula 21 Ogos depan untuk perbicaraan kes saman itu. Pada 23 Nov 2012, Nurul Izzah selaku plaintif memfailkan saman tersebut dengan mendakwa Aziz dan Utusan, sebagai defendan pertama dan kedua, memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu. Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 5 dan 7 Nov 2012. Beliau memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah itu, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan