. |
Peguam muda Melayu calon DAP di Teluk Intan Posted: 16 May 2014 11:06 PM PDT TERKINI Seperti yang telah diramalkan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 (foto) telah diumumkan calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen P76 Teluk Intan yang hari penamaan calon 19 Mei dan hari mengundi 31 Mei. Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng lewat tengah hari ini di Teluk Intan. Pengumuman Dyana Sofya seorang peguam muda itu menunjukkan keberanian dan kelainan DAP dalam politik. Parti itu senantiasa membuat peralihan dan perubahan yang dinamaik khasnya dalam pemilhan calonnya. Disaat parti lain masih meletakan calon-calon lama yang sudah luruh gigi, atau sering berak-berak tetapi DAP mendahului dan pantas membaca selera rakyat khasnya generasi baru yang inginkan calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan berketrampilan dengan mengambil generasi muda. Bagi DAP parti itu tidak meletakkan calon berdasarkan soal lama atau baru (sinioriti) tetapi lebih mengutamakan kepada keserlahan bakat kepimpinan kepada seseorang. Dyana baru menyertai DAP 2012. Keberanian DAP mempertaruhkan Dyana Soyfa ini dilihat penerusan parti itu dalam memilih bakal-bakal pemimpin masa depan. Perletakan Dyana itu juga memberi peluang terbaik untuk orang Melayu mendapat satu lagi suara seetnik di parlimen. Elok kalau parti-parti lain khasnya parti dominasi Melayu meniru DAP. Pilihan raya keccil kerusi parlimen Teluk Intan diadakan ekoran Seah Leong Peng. Dalam pilihan raya 2013 Leong Peng menang dengan majoriti 7,313. [wm.kl.2: 01 pm 17/05/14] |
Keunikan Melayu yang memusnahkan diri Posted: 16 May 2014 04:44 AM PDT RENCANA Kalau diperhatikan banyak sifat, perwatakan, cara berfikir atau kemanusiaan orang Melayu yang anih-anih dan pelik. Setengah dari kevarsian itu membezakan atau mengenalkan orang Melayu dengan kaum bukan Melayu. Selalu kita dengar salah satu sifat unik orang Melayu yang tidak ada kepada kaum lain ialah suka "mengamuk" dan suka "latah". Dua sifat ini menjadikan bangsa Melayu berbeza dengan kaum-kaum lain dan kononnya sifat unik yang negatif ini tidak ada kepada kaum lain. Saya bersetuju kalau latah tidak ada kepada kaum lain, tetapi tidak setuju kalau amuk atau mengamuk juga tidak ada. Selalu kita dengar ada kejadian di negara luar ada orang yang nekad melakukan sesuatu yang trajis, misalnya membunuh kerana dirangsang sesuatu elemen, atau pun merempuh bangunan dengan memandu kereta dan sebagainya. Ada juga yang bertindak membunuh orang ramai di tempat-tempat awam. Itu adalah amukan yang berlaku apabila seseorang tidak berjaya mengawal emosi dan dilanda stress peringkat lima hingga 10 bintang. Sebaliknya latah tidak ada kajian atau journal kesihatan atau piskologi menunjukkan perbuatan/kejadian latah itu ada kepada kaum lain. Filem atau wayang gambar adalah eksperesi kemanusiaan sesuatu kaum dan bangsa. Tidak pernah kita temui watak-watak yang latah seperti dalam drama dan filem Melayu. Ini menunjukkan produser atau pun pengarah Barat tidak ada ilmu mengenai latah. Kecuali didalam filem Hindi, tetapi latah yang berlaku, dilakukan watak-watak badutnya adalah tindakan spontan yang lebih kepada humur didalam filem itu sahaja bagi tujuan menghibur. Dilihat dari budaya hidup orang India secara realitinya, peratus latahnya berbanding dengan orang Melayu begitu rendah sekali. Dalam kelompok Melayu kadang-kadang sifat/kejadian latah itu terbawa kepada tiga keturunan dan jangka masa latahnya begitu panjang ada dari Zohor berhenti selepas Asar dan bersambung semula selepas Isyak. Kehebatan orang latah juga boleh membunuh seekor tedung yang sudah siap sedia untuk memangutnya. Diceritakan seorang penoreh getah yang pelatah sanggup dan berani merait kepala tedung dengan pisau penorehnya. Sebenarnya selain dari dua sifat unik itu, orang Melayu memiliki satu lagi keunikan, bahkan ia lebih super unik kerana ia berlaku secara kumpulan, majmuk. Keunikan dimaksudkan ini ialah dalam dunia politik. Kenapa dikatakan politik orang Melayu unik kerana orang Melayu sanggup hilang punca hatta sesama sendiri kalau sudah dirasuk "animisme" politik. Mereka boleh meletakkan kepentingan bersama terpisah kerana diasingkan oleh warna-warna atau ideologi politik yang dicipta bukan berasalkan kitab hidup mereka Quran dan Hadtih. Seorang agamawan berpolitik juga boleh membelit serbannya dengan berbagai cara dan cukup seni belitan dan balutannya. Isu hudud yang sedang menjadi isu kontroversi sekarang ini membuktikan akan keunikan orang Melayu dalam bersiasah. Isu ini memperlihat politik orang Melayu jauh ke belakang berbanding dengan politik orang Cina. Walaupun asas atau umbinya hudud itu adalah hak orang Melayu (Islam) tetapi mereka tidak dapat bersatu kerana perbezaan fahaman sekular, politik. Orang Cina dari semua rahang parti, walaupun kegiatan mereka dipisahkan ideologi politik namun dapat bersatu dan mereka sepakat menolak hudud bila mana kerajaan Pas hendak melaksanakannya. Mereka semua menjadi waras dan mempunyai alur dan aliran berfikir yang satu. Tanpa sebab jelas kenapa mereka tolak hudud, saya nampak mereka menjadikan hudud sebagai mekanisme atau landasan untuk bersatu seperti soal budaya dan pendidikan. Bukan sahaja parti Cina diluar laman pakatan dengan Pas, seperti MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain tetapi rakan politik Pas, DAP sendiri juga tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan Kelantan itu. Semua mereka sebulat dan senekad menentang hudud dengan alasan dan hujah berbeza tetapi membawa maksud sama. Secara tidak sedar dan tidak langsung orang Cina membentuk solidariti menerusi isu ini. Bila ditenguk kepada orang Melayu dari berbagai kelompok mereka nampak tidak "seregis". Semangtat "asobiyyah" yang dihalalkan untuk mempertahankan yang haq tidak wujud. Kontradiknya bukan saja Melayu berbangsa Umno, berbangsa Pas, sebaliknya dalam satu "bangsa" juga mereka bersalah faham. Misalnya didalam Pas sendiri mempunyai pandangan berbeza mengenai hudud. Ada yang meletak ia diperingkat periority, very concerned dan obses dengan hudud. Ada yang melihatnya lebih sekadar kepada modal politik daripada orang-orang yang kering idea mencari modal material dan mahu menjadi popular tanpa memikirkan implikasi politik, dan ada yang lain pula merasakan ia sesuatu yang membuang masa sahaja. Pandangan kelompok ketiga ini sangat bahaya. Begitu juga Melayu didalam Umno sinikal dengan hudud mereka memberi sokongan tetapi bukan sepenuh jiwa atas maksud hudud sebagai suatu kewajiban dalam beragama. Mereka sekadar menyokong tetapi tidak bersedia untuk melaksana? Mereka lebih kepada untuk "menghalakkan" Pas melaksanakan hudud untuk melihat Pas bergaduh dengan DAP dan mengharap komuniti Cina supaya kurang senang dengan Pas. Ertinya tidak ada "kesetambulan" dan "kesetongkolan" sokongan dari kalangan orang Melayu mengenai hudud ini melainkan masing-masing bermuka dengan wajah dan tujuan tersendiri. Sikap dan pendirian ini yang membentuk satu ciri-ciri keunikan orang Melayu dalam politik. Keunikan ini tidak membawa manfaat kepada orang Melayu. Keunikan yang selalunya dianggap sesuatu keistimnewaan yang dibanggakan, sebaliknya keunikan ini memusnahkan orang Melayu dan meletakkan "umran" (peradaban) Melayu dalam membentuk "ijmak insani" (badan politik) masih rendah. [wm.kl.7:13 pm 16/05/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan