Sabtu, 17 Mei 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Habislah Dyana.. Raja Bomoh Akan Turut Bertanding di Teluk Intan..

Posted: 17 May 2014 08:59 AM PDT


Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sedang memikirkan kemungkinan untuk bertanding sebagai calon Bebas di pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurutnya ramai penduduk Teluk Intan yang ditemui memintanya untuk bertanding sebagai calon bagi mewakili mereka.

"Ramai yang datang jumpa dan minta Datuk bertanding sebagai calon bebas. "Datuk adalah anak jati Teluk Intan, lahir dan dibesarkan di sini. " katanya kepada wartawan.

Menurutnya lagi sebahagian besar pengundi di Teluk Intan mempunyai pertalian saudara dan merupakan kenalan yang rapat dengannya.

Ibrahim turut berkata, selain masyarakat Teluk Intan, semua ahli persatuan Silat Gayong Ghaib dan Selendang Merah turut menyatakan sokongan dan sanggup untuk menjadi jenteranya sepanjang tempoh berkempen.

"Apapun tunggulah ketika proses penamaan calon nanti kerana Datuk masih memikirkan permintaan mereka itu" katanya lagi.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian anggotanya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Seah mengalahkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional (BN) dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi lapor SuaraTV

Calon BN di Teluk Intan yakin dirinya 'Handsome'... handsome? (Video Inside)

Posted: 17 May 2014 06:03 AM PDT


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini.

Katanya, walaupun pada pilihan raya lalu Mah tewas kepada calon DAP, namun beliau dikenali dan memahami masalah tempatan serta boleh dianggap sebagai 'handsome'.

Handsome??.. kah.. kah.. kah.. perasannya dia.. kalau muka macam ni dia boleh mengaku handsome Dewan Bahasa dan Pustaka terpaksalah tafsir semula perkataan handsome tu...

Ini laporan berkaitan..

TELUK INTAN, BN telah menamakan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN untuk berdepan dengan calon muka baru DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Pencalonan veteran politik itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Teluk Intan petang ini.

Tempat pengumuman calon BN itu dibuat tidak jauh dari lokasi di mana DAP mengumumkan pencalonan Dyana tengahari tadi.

Anak tempatan, Mah memewakili Parlimen Teluk Intan antara tahun 1999 hingga 2008 sebelum tewas kepada calon DAP M Manogaran dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis.

Mah bertanding sekali lagi kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum 2013, tetapi kali ini tewas kepada calon DAP Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

Mah mendapat 20,086 undi manakala Seah memperolehi 27,399 undi, Manakala calon tunggal Bebas hanya mendapat 279 undi.

Kerusi Parlimen itu menjadi kosong selepas Seah meninggal dunia pada 1 Mei kerana menghidap kanser.

Pilihan raya kecil Teluk Intan menyaksikan pertembungan pemimpin politik veteran - Mah yang berusia 53 tahun - manakala muka baru dari DAP Dyana, 27, yang bertanding buat kali pertama.

Hari penamaan calon ditetapkan Isnin ini, manakala pengundian pada 31 Mei.

Ketika mengumumkan calon BN, Muhyiddin berkata Mah telah melalui pengalaman menang dan kalah dalam pilihan raya lalu, tetapi presiden Gerakan itu masih bertenaga.

"Beliau bertanding dalam pilihan raya lepas, tetapi kalah dengan majoriti hanya 7,000 undi," kata Muhyiddin.

Dalam ucapan balasnya, Mah menggesa jentera BN membantunya "merampas semula Teluk Intan" untuk parti pemerintah.

"Seseorang dari pembangkang berkata DAP meletakkan calon wanita yang cantik untuk pilihan raya kecil ini. Saya memberitahu mereka kita akan mencalonkan seorang lelaki yang kacak," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

"Tetapi pada masa itu, saya tak tahu saya yang akan menjadi calon di sini," katanya berseloroh.

Hampir 500 BN penyokong dan pekerja parti hadir di majlis acara pengumuman calon BN hari ini lapor Malaysiakini

Video berkaitan..


Sah!! Dyana Sofya calon DAP di Teluk Intan.. Ni nasihat aku buat DAP..

Posted: 17 May 2014 01:00 AM PDT


Hari ini secara rasminya telah diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan ialah Dyana Sofya Mohd Daud.

Dyana Sofya Mohd Daud ialah Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM,juga merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang.

Jadi.. nasihat aku buat DAP yang akan memulakan kempen dalam masa terdekat ini ialah banyakkan poster-poster untuk Dyana itu..

Bukannya apa.. cuma nak elakkan dari apa yang telah terjadi kepada poster-poster Nurul Izzah berulang pula kepada poster-poster Dyana ini di Teluk Intan.

Kalau masa kempen Nurul Izzah dulu, poster-posternya yang dicetak kelihatan seperti amat sedikit sekali walaupun hakikatnya banyak yang dicetak..

Sebabnya ia kelihatan sikit ialah bila poster dinaikkan pada sebelah malam.. menjelang pagi banyak yang hilang..

Nak marahpun tak boleh pasal yang ambil bawa balik rumah tu semuanya penyokong...

Jadi kalau boleh dalam hal poster kempen Dyana ini pihak DAP cetaklah sebanyak mungkin... he..he..

Ni laporan berkaitan...


Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membuktikan kepelbagaian DAP sebagai sebuah parti politik.

Dalam ucapannya, Dyana menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai untuk "teh tarik' Malaysia yang digemari semua orang.

Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini, kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.

Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Dalam konteks politik serantau, Dyana dilihat sebagai calon kompromi kepada Hew, yang dikenali sebagai pesaing kuat kepada pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming lapor Malaysiakini

Patutlah Najib diangkat menjadi 'Hero' TNB...

Posted: 16 May 2014 05:30 PM PDT


Patutlah tiba-tiba saja Najib diangkat menjadi hero oleh Tenaga Nasional Berhad... ada udang disebalik batu rupanya..

Ini kerana Najib yang berucap ketika menghadiri 'Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri' di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Kuala Lumpur mengatakan Kerajaan melindungi TNB.

Najib menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Perdana Menteri juga berkata ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit.

Hero laaa... Hero yang menjadikan kroni-kroni UMNO/BN yang menguasai TNB tersenyum lebar sebab walaupun TNB kini merupakan sebuah entiti perniagaan, mereka tak perlu bimbang akan mengalami kerugian.

Kerana Kerajaan BN akan terus menaikkan tarif elektrik bagi menjadikan TNB kekal menjana keuntungan yang besar..

Tapi persoalannya disini jika Najib mengatakan tarif elektrik terpaksa dinaikkan awal tahun ini bagi mengelakkan TNB rugi.. adakah TNB rugi tahun yang lalu?

Pada 31 Oktober 2013, Berita Harian melaporkan.. Tenaga Nasional Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion bagi tahun kewangan (TK) berakhir 31 Ogos, 2013 daripada RM4.41 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan bagi tahun ini melonjak kepada RM37.13 bilion berbanding RM35.84 bilion tahun lepas dan ini mencerminkan pertumbuhan permintaan bagi unit elektrik sebanyak 3.8 peratus di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan ini.


Tahun kewangan 2012 pula.. TNB dilaporkan mencatat untung bersih RM3.2 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2012, berbanding RM1.3 bilion yang diraih pada tempoh sama, tahun sebelumnya.

Untung berbillion-billion RM.. masih tak cukup lagi??

Betapa beruntungnya kroni-kroni yang berkuasa dalam TNB itu..  berniaga tapi dijamin tak akan rugi..

Apa yang jelas dalam hal ini ialah Najib lebih mementingkan kroninya yang ada dalam TNB itu berbanding dengan puluhan juta rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban akibat kenaikkan tarif elektrik itu..

Biarpun begitu masih ada macai-macai yang masih bodoh memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada UMNO/BN hingga membolehkan mereka terus memerintah..

Tiada ulasan: