Biaqpila |
BABI DAH MASUK DALAM PERUT MANA BOLEH TARIK BALIK DAH Posted: 24 May 2014 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! KASI HARAM TERUS INI PRODUK JANGAN DOK BAGI MUKA SANGAT BERAPA JUTA ORANG ISLAM DAH TERKENA TAKKAN TAK SERIK-SERIK LAGI JOM PAKAT BOIKOT INI BARANG SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta. Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta. Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut. Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi. "Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut. "Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya. Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine. SH |
Posted: 24 May 2014 06:00 PM PDT ![]() Sepasang suami isteri bersama keluarganya merayakan ulang tahun perkahwinan mereka dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu utama. Pemilik : "Bagaimana perasaan anda terhadap hidangan dan layanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?… Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kami yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun." |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan