Isnin, 12 Mei 2014

Biaqpila

Biaqpila


AHMAD SAID KELUAR UMNO

Posted: 12 May 2014 01:33 PM PDT


Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Mkini


KL DILANDA BANJIR KILAT DI SANA-SINI

Posted: 12 May 2014 01:49 AM PDT


Banjir kilat di KL, sekali lagi...

Banjir kilat telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur, berikutan hujan lebat yang bermula pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Air semakin meningkat pada jalan-jalan utama termasuk Jalan Bangsar dan Jalan Semantan, mengikut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Itis) amaran.

Pengguna Twitter juga berkongsi gambar-gambar dan amaran kenaikan air di Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng.

Beberapa gambar menunjukkan air meningkat kepada lebih daripada 30 sentimeter dalam dengan hujan berterusan.

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata bahawa perkhidmatan Komuter antara Bank Negara dan Kuala Lumpur terhenti kerana banjir kilat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat akan berterusan sehingga akhir bulan ini apabila kemarau berpanjangan dijangka.

-MKini





Lokasi: Berdekatan Plaza Phoenix Cheras


Lokasi: Jalan Semantan


Lokasi: Taman Teanaga

Lokasi: Segambut


MH370: INSURAN DAH BAYAR RM14.2 JUTA KEPADA WARIS

Posted: 11 May 2014 06:00 PM PDT


Kuala Lumpur : Syarikat insurans tempatan sudah membayar lebih RM14.2 juta kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Vincent Kwo berkata, memandangkan keadaan yang luar biasa selepas kehilangan pesawat MH370, syarikat-syarikat insurans hayat di Malaysia mengambil pendekatan yang proaktif dalam mempercepatkan proses tuntutan iaitu bayaran pampasan kepada ahli-ahli keluarga penumpang yang mempunyai insurans hayat di dalam pesawat itu.
Menurutnya, bayaran sudah dibuat kepada beberapa ahli keluarga dan waris penumpang sejak beberapa minggu tanpa melalui proses tuntutan pampasan mengikut prosedur biasa.

"Sehingga ke hari ini, kira-kira RM14.2 juta sudah dibayar kepada waris daripada jumlah pampasan bernilai RM18.7 juta daripada 184 polisi insurans hayat milik mangsa.

"Baki RM4.5 juta itu masih dalam proses berikutan ahli keluarga mangsa belum membuat tuntutan secara rasmi," katanya dalam kenyataan.

HM


Tiada ulasan: