"BERANI KERANA BENAR!" |
- Kronologi Sejarah Islam
- Seni bacaan al-Quran
- Hasilkan kulit daripada kulit
- Aplikasi Android Untuk Liga Bola Sepak Dan Piala Dunia
- Piala Dunia dalam lipatan sejarah
- Aziz Sattar selamat dikebumikan
Posted: 07 May 2014 08:45 AM PDT Kronologi ini bermula daripada detik kelahiran Nabi Muhammad saw. sehingga kejatuhan Khalifah yang terakhir, Khalifah Uthmaniah. ZAMAN NABI MUHAMMAD 570M – 12 Rabiul awwal Nabi Muhammad saw. dilahirkan di Mekah. 610M – 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama di Jabal Nur (Iqrak) 614M – Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir – Mengalahkan Rom. 616M – Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al 618M – Rom mengalahkan Parsi 620M – Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 621M – Perjanjian Aqabah I – 12 orang penduduk Yathrib berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Mus'ab dihantar sebagai naqib ke Yathrib. 622M – Perjanjian Aqabah II – 73 orang Yathrib termasuk dua orang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. 622M – Nabi saw. berhijrah ke Madinah – membentuk Kerajaan Islam Madinah 624M / 2H – Peperangan Badar 625M / 3H – Peperangan Uhud 627M / 5H – Peperangan Khandaq/Ahzab 627M / 5H – Peperangan Yahudi Bani Quraizah 628M / 6H – Nabi melaksanakan Umrah – Perjanjian Hudaibiyah - 630M / 8H – Fathul Makkah 630M / 8H – Peperangan Tabuk 630M / 8H – Peperangan Muktah 632M / 10H – Nabi melaksanakan Haji Wadak 632M / 11 H – Wafatnya Rasulullah saw. pada usia 63 tahun KHULAFA' AL-RASYIDUN 632M – Abu Bakar dilantik menjadi khalifah (2 tahun, 3 bulan). • Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. • Perang Riddah – Selepas kewafatan Nabi utk memerangi golongan tidak membayar zakat,golongan yang murtad dan nabi palsu, banyak berlaku di kawan selatan Hijjaz 633M – Pengumpulan Al Quran bermula atas cadangan Umar disebabkan ramai huffaz syahid dalam medan peperangan 634M – Abu Bakar meninggal dunia. Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah (10 tahun). Penaklukan Damsyik. 635M – Penawanan Madain. 636M – Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin. 637M – Mesir ditawan oleh Amru Al-Ash 638M – Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam. 640M – Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam. 644M – Umar syahid akibat dibunuh oleh Abu Lu'luah, seorang Parsi sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah (12 tahun). 645M – Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk. 646M – Kempen menentang Byzantine. 647M – Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan. 656M – Uthman syahid dibunuh. Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah (5 tahun). Terjadinya Perang Jamal. 657M – Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. 661M – Ali meninggal. Tamatnya pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin. KERAJAAN BANI UMAYYAH – PERLUASAN EMPAYAR (661-750M) 661M – Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummayyah. 670M – Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul. 677M – Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople. 680M – Muawiyah meninggal. Yazid I menaiki takhta. 700M – Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara. 711M – Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana. 713M – Penaklukan Multan. 716M – Serangan ke atas Constantinople. 717M – Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan. 725M – Tentera Islam menawan Nimes di Perancis. 749M – Kekalahan tentera Umayyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiah. 750M – Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiah. Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah. KERAJAAN BANI ABBASIAH – USTAZIATUL ALAM 752M – Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiah. 755M – Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim. 756M – Abd ar-Rahman I (dari Bani Umayyah) menjadi Sultan/Amir di Sepanyol. 763M – Penubuhan kota Baghdad sebagai pusat pemerintahan Bani Abbasiah 786M – Harun al-Rashid menjadi Khalifah. • Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian. o Mengandungi berjuta jilid buku , 36 perpustakaan, 100 penjual buku • Beliau melihat awam hitam berarak melepasi istananya di kota Baghdad. Beliau tersenyum dan berkata,"Wahai awan, pergilah ke mana saja dan curahkanlah airmu di mana saja pelusuk bumi ini, nanti hasil tanamannya akan sampai kepada aku" 792M – Serangan ke atas selatan Perancis. 800M – Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi. 805M – Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus. 809M – Harun al-Rashid meninggal. Al-Amin dilantik menjadi khalifah. 814M/170H – Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al- Ma'mun menjadi khalifah. 873M – Al-Kindi → Banyak memberi komen kepada buku-buku Aristotle dan Plato 1000M – Masjid Besar Cordoba siap dibina. 1005M – Multan dan Ghur ditawan. 1055M – Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad. 1085M – Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol). 1091M – Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat. 1095M – Perang Salib pertama berlaku. 1099M – Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya. 1144M – Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku. 1187M – Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku. 1194M – Tentera Muslim menawan Delhi, India. 1236M – Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol). Ferdinand dan Ratu Isabel berjaya mengalahkan tentera Islam 1258M – Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk dibunuh. Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah. Dua juta mati dibunuh, pembakaran berlangsung selama 40 hari EMPAYAR TURKI UTHMANIAH 1243M – Bangsa Turki yang hidup secara nomad, menetap secara tetap di Asia Kecil. 1299M – Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia. 1301M – Uthman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Uthmaniah. 1345M – Turki Saljuk menyeberangi Selat Bosporus. 1389M – Tentera Uthmaniah menewaskan tentera Serb di Kosovo. 1402M – Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniah di Ankara. 1451M – Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah. 1453M – Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine. 1520M – Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan. • Sultan yang kuat keimanan, berpegang kepada Islam dgn utuh. Memperkenalkan undang-undang Islam (Qanun) • Menakluk kawasan yg paling banyak: Eropah → Hungari, Beograd, Albania, Yunani, Romania, Serbia dan Bulgaria, dan majoriti kawasan Arab • Selepas zaman Sultan Sulaiman bermula kembali era kemerosotan Islam 1526M – Perang Mohacs. Raja Perancis ditawan dan tiada siapa yg mampu membebaskannya hinggakan Perancis memohon lindungan Khalifah 1529M – Serangan dan kepungan ke atas Vienna. 1571M – Perang Lepanto berlaku. 1641M – Pemerintahan Sultan Muhammad IV 1683M – Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua. 1687M – Sultan Muhammad IV meninggal dunia. 1703M – Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III. 1793M – Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru". 1798M – Napoleon cuba untuk menawan Mesir. 1804M – Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama. 1815M – Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua. 1822M – Bermulanya perang kemerdekaan Greece. 1826M – Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniah di Navarino. 1829M – Perjanjian Adrianople. 1830M – Berakhirnya perang kemerdekaan Greece. 1841M – Konvensyen Selat. 1878M – Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi. 1908M – Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniah sekular dihidupkan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina. 1912M – Perang Balkan pertama 1913M – Perang Balkan kedua. 1914M – Empayar Uthmaniah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah. Inggeris menguasai Gallipoli dan menyerang Islambul 1923M – Sistem Khalifah dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Sekular. 1924M – Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniah. |
Posted: 07 May 2014 07:01 AM PDT Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD Ketika ini kebanyakan negeri di Malaysia telah mempunyai calon qari dan qariah untuk mewakili negeri ke musabaqah peringkat kebangsaan. Kemeriahan membaca al-Quran dalam kalangan qari secara bertarannum amat dirasai peminatnya. Bakat yang ada pada pembaca al-Quran bukanlah lesen untuk membaca al-Quran tanpa guru. Seni bacaan al-Quran perlu kepada latihan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada guru yang berkebolehan. Kebiasaannya, guru akan memberi tunjuk ajar cara bertarannum dengan kesesuaian makna ayat. Jika ayat yang dibaca adalah berkaitan azab sudah tentu tarannum yang dialunkan juga adalah bernada sedih. Manakala, sekiranya kandungan ayat bermaksud gembira yang berupa nikmat syurga atau kemenangan sudah tentu nada tarannumnya bersifat ceria dan gembira. Begitu pun terdapat juga qari yang menekankan lagu semata-mata tanpa melihat kepada maksud ayat. Maka berlakulah ayat yang bermaksud azab dibaca dengan nada gembira dan ayat yang bermaksud nikmat syurga dibaca dengan sedih. Ulama Quran sejak dulu lagi selalu berbincang tentang keharusan membaca al-Quran secara bertarannum. Ada yang mengharuskan dan ada yang melarang. Ia menjadi harus jika sekiranya semua kaedah lagu dibaca dengan mengikut hukum tajwid. Ini bermaksud semua lenggok suara atau disebut burdah dibaca tidak melebihi harakat dalam ilmu tajwid. Timbul permasalahan apabila ada penceramah yang membaca satu hadis yang bermaksud orang pertama yang dibicarakan pada hari akhirat ialah pembaca al-Quran, ditanya apakah yang kamu buat? Dijawab aku belajar ilmu dan membaca al-Quran. Malaikat menjawab, kamu dusta, kamu belajar ilmu untuk dikatakan kamu seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran untuk dikatakan kamu seorang qari. Lalu dia dihumbankan ke dalam neraka. Pencerahannya ialah hadis riwayat al-Nasaei dalam sunannya itu perlu dibaca secara keseluruhan. Hadis tersebut bermula dengan lelaki yang syahid yang ditanya bagaimana matinya lalu dijawab. Malaikat berkata kamu dusta tetapi kamu berjuang untuk dikatakan berani dan dia dihumban ke dalam neraka. Kedua lelaki yang belajar ilmu dan al-Quran dan ketiga, lelaki yang dikurniakan harta yang banyak ditanya bagaimana kamu beramal. Lelaki tersebut menjawab aku berinfak di semua tempat. Malaikat menjawab kamu dusta, kamu berinfak untuk dikatakan pemurah dan dia dihumban ke dalam neraka. Ketiga-tiga lelaki di dalam hadis ini mempunyai niat yang tidak ikhlas kepada Allah. Walaupun mereka beramal dengan amalan yang baik tetapi niat mereka tidak ikhlas dengan melakukan untuk tujuan nama, bermegah dan dipuji oleh makhluk.Justeru, amalan mereka tidak diterima. |
Posted: 07 May 2014 06:56 AM PDT SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur teruk akibat terbakar. Lebih 40 peratus bahagian badannya melecur. Kanak-kanak malang itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Johor. Seperti biasa, prosedur Split Skin Garfting (SSG) dilakukan dengan mengambil kulit di bahagian yang sihat dan ditampal di tempat yang melecur atau rosak. Malangnya kanak-kanak berkenaan mengalami jangkitan kuman dan prosedur SSG boleh dikatakan tidak berjaya setelah hampir semua kulit telah diambil dan digunakan untuk menampal bahagian yang cedera sehingga tinggal hanya kulit di bahagian kepala. Permintaan doktor untuk menggunakan kulit di bahagian kepala untuk meneruskan SSG tidak mendapat keizinan daripada keluarga mangsa. Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu reda dan pasrah dengan keadaan anaknya dan tidak mahu dia terus menderita tanpa kulit di kepala. Bagaimanapun dalam keadaan yang semakin mendesak, doktor di sana menghubungi Ketua Pusat Kejuruteraan Tisu, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ruzymah Idrus bagi mendapatkan nasihat dan pertolongan. "Mereka menghubungi saya supaya membantu kanak-kanak malang itu. Mulanya saya keberatan kerana kaedah penghasilan kulit gantian melalui kejuruteraan tisu masih belum digunakan kepada manusia tetapi berjaya digunakan pada tikus dan kambing. "Bagaimanapun atas desakan serta kasihan melihat keadaan kanak-kanak itu, akhirnya saya bersetuju menggunakannya," katanya semasa ditemui di Puat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras baru-baru ini. Dalam prosedur berkenaan, Prof. Ruzymah mengambil sebahagian kecil sel kulit kanak-kanak berkenaan untuk dikultur di dalam makmal kepada saiz dua kali ganda lebih besar. Kulit berkenaan akan dipotong kecil manakala lapisan dermi dan epidermis diasingkan menggunakan enzim. Kedua-dua lapisan dibiakkan secara berasingan kerana keperluan untuk pertumbuhan yang berbeza. Secara histologi kulit gantian dwilapisan menyerupai kulit biasa. Pengamatan menggunakan mikroskop elektron juga mendapati pembentukan sambungan dermis dan epidermis bercantum dengan baik seperti kulit biasa. Kajian juga mendapati kulit gantian ini dapat menyembuhkan luka lebih cepat berbanding kulit normal. Kelebihan kulit gantian ini ialah ia boleh dibuat terlebih dahulu, disimpan dan digunakan apabila diperlukan semasa kecemasan. Beliau kemudiannya memindahkan kulit itu ke bahagian yang melecur dan rosak. Kaedah berkenaan dilakukan berkali-kali sehingga seluruh bahagian yang melecur berjaya ditampal dengan kulit baharu. "Ketika itu saya amat risau kerana tidak pasti sama ada kaedah ini berjaya atau tidak," katanya. Bagaimanapun hasilnya amat menakjubkan, kanak-kanak itu kini bukan sahaja telah pulih tetapi berjaya berjalan keluar dari hospital apabila selesai menjalani rawatan. Menurut Prof. Ruzymah, parut yang dialaminya amat kurang dibandingkan dengan parut yang dihasilkan dengan rawatan SSG. Beberapa bulan kemudian kanak-kanak kembali ke Pusat Kejuruteraan Tisu untuk menyambut hari lahirnya yang kelima. Sejak itu teknologi yang dihasilkan oleh UKM dipatenkan dan sekarang sedang menjalani ujian klinikal sebelum ia dapat digunakan oleh pesakit secara meluas bagi membolehkan pesakit yang memerlukan kulit ganti mendapat rawatan yang lebih baik daripada SSG. Pada masa ini Prof. Ruzymah yang telah menjalankan kajian lebih 10 tahun lalu itu kini sedang menjalankan kajian menghasilkan organ-organ lain dan telah berjaya menghasilkan tulang manusia. "Kejuruteraan tisu amat berguna kepada manusia dan saintis meramalkan mungkin pesakit jantung tersumbat tidak lagi perlu melakukan pembedahan pintasan jantung. Hanya dengan menyuntikkan sel stem, suatu saluran darah baru akan dapat ditumbuhkan di jantung untuk memintas saluran yang tersumbat. Dr. Ruzymah menambah tidak lama lagi, mereka yang menderita sakit sendi seperti lutut akibat osteoartritis juga tidak perlu lagi menderita kerana dengan kejuruteraan tisu, sakit disebabkan kehausan tulang dapat dihilangkan dengan menumbuhkan kembali ligamen bagi tempurung lutut. "Rawatan demikian boleh menjadi kenyataan pada suatu hari nanti," kata Prof. Ruzymah. Kejururuteraan tisu dan perubatan regeneratif ialah satu teknologi bagi menghasilkan tisu, organ atau sel hidup yang boleh digunakan bagi merawat atau menggantikan tisu atau organ yang hilang akibat kecederaan atau masalah konginital. Sel, organ atau tisu dibuat menggunakan sebahagian daripada tisu pesakit sendiri dan dapat mengelakkan proses penolakan tubuh. Tubuh pesakit mengenali sel, tisu dan organ tersebut dan dapat menerimanya dengan baik dan terus sebati dengan pesakit. Ini dapat mengelakkan penggunaan ubat imonopenindasan sepanjang hayat yang mahal dan meningkatkan kos perubatan selepas transplantasi. Perubatan regeneratif merangkumi tiga bidang utama iaitu kejuruteraan tisu, terapi sel dan terapi dengan molekul bioaktif atau biobahan iaitu kerangka. Kesemua bahan ini boleh digabungkan antara satu sama lain. Berpotensi Bidang kejuruteraan tisu berpotensi menghasilkan organ bagi mengatasi kekurangan penderma organ dan pesakit tidak perlu mengharapkan penderma organ sama ada penderma hidup atau mati. Penggunaan kulit gantian yang dihasilkan dengan kejuruteraan tisu secara autologous adalah terbaik tetapi prosesnya mengambil masa tiga hingga empat minggu kerana perlu dibiakkan terlebih dahulu. "Ini adalah proses yang unik kerana semuanya menggunakan bahan daripada pesakit itu sendiri dan tiada bahan asing digunakan, cuma lapisan kain sutera digunakan bagi meletakkan lapisan kulit yang sensitif dan mudah pecah," katanya. Bidang kejuruteraan tisu bermula pada pertengahan 1980-an melalui Dr. Joseph Vacanti dari Children's Hospital dan Dr. Robert Langer dari Massachusets Institute of Technology (MIT) dari Boston, Amerika Syarikat (AS). Di Malaysia, penyelidikan kejuruteraan tisu dimulakan oleh Dr. Aminuddin Saim di penghujung tahun 1999 dengan mendapat pendidikan di bawah Dr. Charles Vacanti ketika Fellowship di UMass dan Harvard Medical School. Dr. Amuinuddin menubuhkan Makmal Kejuruteraan Tisu di PPUM tetapi kemudian beliau berpindah ke Hospital Ampang Puteri dan makmal berkenaan diambil alih oleh Prof. Ruzymah sehingga sekarang. Pada Januari 2008, makmal berkenaan dinaik taraf ke Pusat Kejuruteraan Tisu dan Prof. Ruzymah dilantik sebagai ketuanya sehingga kini. |
Aplikasi Android Untuk Liga Bola Sepak Dan Piala Dunia Posted: 07 May 2014 06:52 AM PDT Bagi para peminat sukan bola sepak, mungkin 2014 FIFA World Cup merupakan salah satu perkara yang dinantikan anda. Seperti biasa, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai aplikasi menarik hadir khusus untuknya, dan terkini dilihat pihak ESPN turut telah menerbitkan sebuah aplikasi untuknya. Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh mengikuti pelbagai berita semasa, disamping turut mengikuti skor dan kemaskini dari laman sosial terus menggunakan aplikasi berkenaan. Selain hanya memfokuskan kepada 2014 FIFA World Cup, pihak ESPN juga turut sama menyertakan kemaskini daripada beberapa liga popular, termasuk Premier Leaguer, UEFA Champions League, La Liga dan sebagainya pada aplikasi yang sama. Muat-Turun ESPN FC Soccer & World Cup untuk Android |
Piala Dunia dalam lipatan sejarah Posted: 07 May 2014 12:46 AM PDT OLEH MUHAMMAD HAFIZ MANSOR KEJOHANAN Bola Sepak Piala Dunia adalah di antara kejohanan paling berprestij di dunia. Ia bermula pada tahun 1930 menerusi cadangan pengerusi FIFA ketika itu, Jules Rimet dua tahun sebelumnya. Uruguay telah menjadi tuan rumah pada edisi sulung kejohanan malah berjaya menjadi juara dengan menewaskan Argentina 4-2. Pada t ahun 1934, tuan rumah Itali berjaya merampas kejuaraan selepas mencatatkan kemenangan 2-1 menundukkan Czechoslovakia manakala Jerman memperolehi tempat ketiga apabila menewaskan Austria 3-2. Tidak cukup dengan itu, Itali mempertahankan kejuaraannya pada edisi 1938 di Perancis apabila membelasah Hungary 4-2. Sebelum edisi 2014, Brazil pernah menjadi host piala dunia pada edisi 1950. Edisi ini menyaksikan suatu keunikan berlaku apabila tiada perlawanan akhir rasmi diadakan. Uruguay memiliki mata tertinggi dan kebetulan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Brazil, maka terus dikira sebagai juara baru merampasnya daripada Itali sejak edisi 1938. Pasukan yang dilihat konsisten ketika ini iaitu Jerman menjuarainya buat pertama kali pada edisi 1954 selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Hungary. Perlawanan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan Austria menewaskan Uruguay 3-1. Brazil memulakan penguasaannya dalam kejuaraan piala dunia bermula pada edisi 1958 dan 1962 yang masing-masing diadakan di Sweden dan Chile. Dalam edisi 1958, tuan rumah Sweden sekadar naib juara selepas tewas kepada Brazil manakala tuan rumah edisi 1962, Chile sekadar di tempat ketiga. England, host piala dunia edisi 1966, menjadi juara selepas mengenepikan pasukan Jerman dengan kemenangan 4-2 selepas masa tambahan. Namun, Brazil kembali menguasai kejuaraan piala dunia apabila membelasah Itali 4-1 pada edisi 1970 yang dihostkan oleh Mexico. Jerman dan Argentina, host edisi 1974 dan 1978, masing-masing mencatatkan kejuaraan selepas menundukkan Belanda dalam perlawanan akhir. Jerman menang 2-1 pada perlawanan akhir edisi 1974 manakala Argentina juga menewaskan Belanda 3-1 pada perlawanan akhir edisi 1978. Edisi 1982, 1986 dan 1990 menyaksikan Jerman layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut namun tewas kedua-dua perlawanan masing-masing pada edisi 1982 kepada Itali 3-1 dan pada edisi 1986 kepada Argentina 3-2 kemudian akhirnya berjaya mencatatkan kejuaraan pada edisi 1990 dengan kemenangan 1-0 menewaskan juara bertahan ketika itu, Argentina. Selepas Jerman yang layak pada perlawanan akhir bagi tiga edisi berturut-turut, kali ini giliran Brazil menunjukkan belangnya. Trio samba bermula pada edisi 1994 di AS selepas membenam Itali dengan sepakan penalty 3-2 selepas terikat tanpa jaringan. Edisi 1998 menyaksikan tuan rumah Perancis merampas kejuaraan Brazil dengan kemenangan 3-0 dan seterusnya Brazil sekali lagi berjaya ke perlawanan akhir dan menewaskan Jerman, edisi 2002 yang diadakan di benua Asia. Edisi 2006 di Jerman menyaksikan pertembungan Itali dan Perancis di perlawanan akhir yang akhirnya memihak kepada Itali dengan sepakan penalty 5-3. Perlawanan akhir ini juga menyaksikan ZInedine Zidane menandukkan Kapten Itali, Materazzi dan akhirnya dilayangkan kad merah. Edisi 2010 di Afrika Selatan menyaksikan Sepanyol mencatatkan kejuaraan pertama selepas menumpaskan Belanda menerusi gol tunggal jaringan Iniesta selepas tambahan masa. Ini merupakan preview ringkas mengenai sejarah kejuaraan piala dunia sejak ianya bermula. Secara keseluruhannya, Brazil paling banyak merangkul kejuaraan piala dunia sebanyak 5 kali, Itali 4 kali manakala Jerman 3 kali. Argentina dan Uruguay masing-masing dua kali. England, Perancis dan Sepanyol hanya sekali mencatatkan kejuaraan piala dunia. Edisi 2014 masih lagi menjadi tanda tanya? Pasukan manakah yang akan mencipta kemenangan dan pasukan manakah yang akan pulang awal. Segala-galanya akan bermula 12 Jun kelak. Debaran kian terasa… Kejohanan empat tahun sekali ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang telah menjadikan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu masyarakat dunia. |
Aziz Sattar selamat dikebumikan Posted: 06 May 2014 06:47 AM PDT KUALA LUMPUR 6 Mei - Seorang lagi insan seni yang terkenal sebagai pelawak veteran dan sering menjadi sebutan antara tiga Bujang Lapok karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan peminatnya awal pagi ini. Datuk Aziz Sattar atau nama sebenarnya, Abdol Azez Satta, 89, meninggalkan khazanah seni tidak ternilai melalui aksi-aksi humornya melalui filem-filem seperti Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana pada pukul 2.10 petang selepas disempurnakan dan disolatkan di Surau Al-Amin, Cheras Perdana. Suasana hiba dalam kalangan sanak saudara, rakan artis dan sahabat handai dapat dilihat ketika mereka memberi penghormatan terakhir. Rata-rata ahli keluarga dan sahabat terkejut dengan pemergiannya yang disifatkan agak mengejut, selepas dikhabarkan berada dalam keadaan stabil, sejak sehari dimasukkan ke hospital petang Ahad lalu. Menurut anak bongsunya, Sandakiah, 46, keadaan bapanya yang sudah dua tahun menetap dengannya di Bandar Tun Hussein Onn memang sudah tidak stabil sejak awal tahun ini. "Keadaan ayah sekejap baik sekejap tidak sehingga menimbulkan rasa risau kepada kami adik-beradik. Selepas sakit, ayah mula tidak mahu makan dan seleranya hilang. Bagaimanapun dia tetap tabah melawan penyakitnya. "Pada awal pagi hari Ahad lalu, ayah mengadu sakit dada dan saya mahu membawanya ke hospital tetapi dia tidak mahu. Lewat petang hari yang sama, baru dia mahu ke hospital," katanya ketika ditemui di surau berkenaan. Ahad lalu, Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat serangan jantung namun keadaannya dilaporkan stabil selepas ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU) hospital tersebut. Antara yang hadir pada majlis pengebumian itu ialah Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar; pelakon Datuk Mustapa Maarof, Datuk Rosnani Jamil, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Freddie Fernandez, Datuk M. Nasir, Datuk Rosyam Nor, Datuk Hattan serta artis-artis veteran yang lain. Turut kelihatan pelakon Hans Isaac, Melissa Saila, Fauziah Ahmad Daud, Fizo Omar, Aizat Amdan dan ramai lagi. Tambah Sandakiah, bapanya juga tidak meninggalkan sebarang pesanan terakhir malah turut menghalang ahli keluarga daripada datang melawatnya di hospital sebelum ini. "Ayah memang tidak mahu menyusahkan mereka (ahli keluarga) untuk datang dari Singapura semata-mata mahu melawatnya. Malah, dua bekas isterinya iaitu Dayang Sofia dan Hashimah juga dilarang untuk datang menziarahi kerana katanya dia sudah sihat waktu itu," katanya. Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak, 20 cucu dan 10 cicit hasil perkahwinan dengan Siti Rumina Ahmad dan Dayang Sofia. Selepas menduda hampir belasan tahun, Aziz berkahwin dengan Hashimah Delan pada Disember 2006 tetapi bercerai pada Mac 2012. |
You are subscribed to email updates from BERANI KERANA BENAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan