Anak Sungai Derhaka |
- Dua warga Jerman pula jadi mangsa culik di perairan Sabah - Palawan..
- Hudud di Brunei sama dengan hudud di Arab Saudi rupanya..
- Sultan dikecualikan dari hudud?.. Hudud jenis apa Brunei laksanakan ni?
- MB Terengganu akan ditukar 15 Mei ini...
- Benarkah DS Wan Azizah tidak bertanggungjawab sebab lari dari Permatang Pauh?
Dua warga Jerman pula jadi mangsa culik di perairan Sabah - Palawan.. Posted: 07 May 2014 07:32 AM PDT Dah jadi macam kat perairan Somalia pulak perairan Sabah ni, lepas satu kes culik muncul satu lagi kes culik.. Dua warga Jerman di atas kapal layar didapati hilang di laut lepas di antara Palawan di Filipina dan Sabah, meningkatkan kebimbangan bahawa mereka mungkin telah diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf. Ketua Angkatan Tentera Filipina (AFP) Pemerintah Barat, Leftenan Jeneral Roy Deveraturda berkata yang hilang dikenal pasti sebagai Stefan Victor Okonek, 71, dan Herike Diesen, 55. Deveraturda berkata berdasarkan laporan Pengawal Pantai Filipina, kedua-dua meninggalkan Palawan menuju ke Sabah pada 25 April setelah bersiar-siar di Mindanao. Beliau berkata kapal layar itu telah ditemui tetapi warga Jerman masih tidak ditemui. "Ianya disahkan. Mereka dalam perjalanan pulang ke Sabah selepas bersiar-siar di Mindanao. "Kami mempunyai laporan dari Pengawal Pantai yang mengatakan bahawa mereka telah pergi ke Palawan, kemudian ke Sabah," lapor Manila Times hari ini.. TWO GERMANS MISSING IN PALAWAN Deveraturda added. "So we are still exerting effort. In the meantime, we consider them as missing persons." Mereka telah disahkan diculik Kumpulan Abu Sayyaf oleh Inquirer.net Missing Germans in the hands of Abu Sayyaf, says MSU prof |
Hudud di Brunei sama dengan hudud di Arab Saudi rupanya.. Posted: 07 May 2014 04:20 AM PDT Rupanya hudud yang dilaksanakan di Brunei adalah sama dengan hudud yang dilaksanakan di negara Arab Saudi.. Jika di Brunei, Sultan mereka tidak tertakluk kepada hukum hudud ( baca di SINI ) begitulah juga dengan di Arab Saudi dimana disana golongan istana juga dikecualikan.. Baca apa kata Dr. Maza pasal perlaksanaan terpilih ini.. SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara. Dr Asri yang juga merupakan bekas Mufti Perlis berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah. "Sebagai Muslim kita wajib menyokong hukuman hudud. "Tetapi perlaksanaan hudud perlulah untuk semua golongan, bukan untuk rakyat bawahan sahaja. "Sebab kalau ikut hadis Nabi, kalaulah Fatimah mencuri, beliau wajib dipotong tangan. "Oleh itu untuk perlaksanaan hudud kita perlu pastikan semua golongan akan dikenakan hudud, walaupun orang tersebut merupakan golongan istana," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini lapor Sinar Harian |
Sultan dikecualikan dari hudud?.. Hudud jenis apa Brunei laksanakan ni? Posted: 07 May 2014 12:55 AM PDT Suatu masa dulu Baginda pernah bertitah.. "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu". Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya yang mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam... video ucapannya sila lihat di ( SINI ) Beberapa ketika kemudian AFP melaporkan Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan antara individu paling kaya didunia berkata perlaksanaan Akta Jenayah Islam telah dilaksanakan secara rasmi selasa lalu, keseluruhan perlaksanaan akan dijalankan secara berperingkat dalam masa enam bulan. "Dengan izin Allah swt, dengan penguatkuasaan undang-undang ini, tugas kita kepada Allah oleh itu dipenuhi," Sultan, 67, berkata dalam ucapannya. Bagus tindakannya itu dan ianya memang satu perkara yang terpuji.. Tapi bila terbaca perkara 84B yang terpapar dalam pembentangan kertas kerja mengenai kajian perlaksanaan hudud di Brunei ini menyebabkan aku tertanya-tanya hudud jenis apakah yang dipraktikkan di Brunei sebenarnya? Kerana menurut fasal 84B. itu menyebut.. "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda" Adake manusia yang tak buat salah?? Seluruh kertas kerja oleh Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia itu boleh di lihat di SINI |
MB Terengganu akan ditukar 15 Mei ini... Posted: 06 May 2014 09:48 PM PDT Patutlah tiba-tiba sahaja tak ada hujan tak ada ribut, kain rentang menyatakan sokongan penuh terhadap Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu digantung di Kemaman. Rupa-rupanya Menteri Besar yang ada tu akan ditamatkan perkhidmatannya dan berundur pada 15 atau 18 Mei ini.. Sokongan dari Pemuda UMNO Kemaman tu kononnya sebagai protes tindakan Najib yang nak gantikan Ahmad Said dengan orang baru rupanya.. Terpaksa proteslah sebab kalau tak protes putuslah kabel.. Ini laporannya...
Menurut akhbar The Star hari ini, Datuk Seri Ahmad Said dijangka berundur antara 15 hingga 18 Mei ini. Dua nama yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri besar yang baru ialah ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar. Abdul Razif ialah Exco Kerajaaan Negeri Terengganu manakala Wan Hakim ialah Pengerusi Backbencher Terengganu. Ahmad Said dikatakan telah menandatangani surat perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pilihanraya umum tahun lepas bahawa beliau akan jadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja. Najib dikatakan kecewa dengan prestasi Ahmad Said pada PRU tahun lepas di mana BN menang 17 kerusi manakala PAS menang 15 kerusi. Istana Terengganu dikatakan sudah menerima dua nama itu dan Putrajaya sedang menunggu perkenan Sultan Terengganu. Ahmad Razif, 49, adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus manakala Wan Hakim,45, kalah dalam pertandingan Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman tahun lepas adalah anak bekas Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad. Sementara itu kain pemidang menyokong kepimpinan Ahmad Said telah dipasang di seluruh negeri. Dua minggu lepas dalam TV3, Ahmad Said berkata beliau terima watikah sebagai menteri besar sehingga 2018. "Kenapa perlu tukar menteri besar sedangkan BN ada 17 kerusi sahaja," kata beliau menjawab soalan pemberita. Rakyat Terengganu dikatakan sedia menerima Ahmad Razif atau Wan Hakim sebagai Menteri Besar yang baru. Cuma mereka harapkan biarlah istana memilih Ahmad Razif dari Kuala Nerus kerana jika Wan Hakim dipilih, ini bermakna selepas Ahmad Said dari Kemaman, jawatan menteri besar tetap milik orang Kemaman. Jika Wan Hakim jadi pilihan istana, ia meneruskan tradisi Umno bahawa tidak semestinya ketua bahagian yang menjadi menteri besar. Isu pertukaran menteri besar heboh tiga minggu lepas apabila Awang Selamat kolumnis Mingguan Malaysia menyebut Najib dikatakan akan menukar dua orang menteri besar dalam masa yang terdekat lapor Free Malaysia Today Baguslah tu... tapi kalau alasannya ialah prestasinya kurang memuaskan pada PRU13 lalu.. macai-macai sepatutnya menukar Najib juga sebabnya prestasi Najib juga teruk masa PRU13 lalu.. Tapi mungkin bukan sebab prestasi kot?.. nampak macam lebih banyak buat kerja bodo dan membazir saja.. contohnya lawatan ke Antartika dan beli bas Amfibia yang lebih mahal dari harga pasaran.. Kesian kat mung Mat Said.. masuk PAS sajalah.. tentu PAS Terengganu suka, sebab jika Mat Said masuk PAS jumlah kerusi dah jadi 16-16.. Bolehlah ditubuhkan Kerajaan UG... |
Benarkah DS Wan Azizah tidak bertanggungjawab sebab lari dari Permatang Pauh? Posted: 06 May 2014 05:30 PM PDT Mula-mula korang baca dulu apa yang dilaporkan oleh portal yang dikatakan dibangunkan oleh UMNO sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang.. Laporannya adalah mengenai Pemilihan PKR Permatang Pauh yang telah berlangsung di Yayasan Aman, Penanti pada 4 Mei lalu.. Jika Zulkifli Nordin menjadikan Anwar Ibrahim sebagai sasaran untuk menumpang populariti.. Kak Min ni pulak menjadikan Wan Azizah sebagai sasaran utamanya.. PULAU PINANG 6 Mei - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti itu kali ini menunjukkan beliau seolah-olah cuba melarikan diri daripada tanggungjawab. Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Norlela tewas selepas hanya mendapat 70 undi berbanding Amir yang memperoleh 171 undi. Yang menghairankan aku ialah kenapa beliau mengatakan pengundi Permatang Pauh dikhianati sedangkan kami di Permatang Pauh langsung tidak merasakan dikhianati. Sebelum pemilihan baru-baru ini Wan Azizah telah menjelaskan sebab-sebab beliau tidak mampu lagi untuk mempertahankan jawatan Ketua Cabang meskipun memorandum dari AJK-AJK Cabang memintanya kekal di jawatan tersebut telah dihantar kepadanya. Antara sebabnya ialah kekangan waktu menghalang beliau dari kekal memegang jawatan Ketua Cabang itu, ini disebabkan beliau perlu menghabiskan banyak masanya di DUN Kajang. Faktor usia juga antara penyebabnya, selain itu beliau mahu memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin muda di Permatang Pauh untuk menerajui PKR Cabang Permatang Pauh. Kami AJK Cabang (kami sebab masa tu aku AJK Cabang) boleh menerimanya walaupun dengan hati yang berat kerana faham masaalahnya.. Sebelum Pemilihan 2014, Wan Azizah menjadi Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Ahli Parlimen di Permatang Pauh ialah Anwar Ibrahim. Dan ADUN bagi ketiga-tiga DUN yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh ialah YB Dr. Afiff Bahardin bagi Seberang Jaya, YB Dr. Norlela Ariffin bagi DUN Penanti dan YB Ustaz Salleh Man bagi DUN Permatang Pasir. Setelah Pemilihan 2014, Amir Hj Ghazali menjadi Ketua Cabang, Ahli Parlimen Permatang Pauh masih kekal disandang oleh Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan ketiga-tiga DUN yang ada, ianya masih kekal sepertimana sebelum berlakunya Pemilihan meskipun Ketua Cabang telah bertukar. Yang bertanggungjawab terhadap pengundi dan warga di Parlimen Permatang Pauh ialah Ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN yang ada bukannya Ketua Cabang. Jadi persoalannya bagaimana dikatakan Wan Azizah melarikan diri dari tanggungjawab dari penduduk setempat sedangkan yang bertanggungjawab ialah Ahli Parlimen dan ADUN yang ada? Jika dikatakan Pemilihan Cabang PKR Permatang Pauh juga seolah-olah diboikot ahli selepas hanya 275 ahli keluar mengundi berbanding kira-kira 6,000 ahli berdaftar yang layak berbuat demikian.. Ini adalah satu tuduhan membabi buta kerana pada Pemilihan PKR 2010 jumlah ahli yang keluar juga adalah rendah dimana hanya 282 Ahli yang keluar untuk memilih. Manakala jumlah ahli yang keluar pada Pemilihan 2014 pula ialah 291 yang keluar bukannya 275, meskipun peningkatannya adalah kecil ianya membuktikan tiada faktor boikot dalam hal ini. Manakala jika dikatakan insiden kekecohan yang tercetus dalam Pemilihan PKR adalah bukti PKR parti yang lemah maka UMNO pula adalah sebuah parti yang lebih lemah lagi. Kerana PKR baru mencecah 15 tahun sedangkan UMNO pula telah berusia lebih dari 50 tahun.. sebabnya dalam Pemilihan UMNO sendiri masih lagi ada pergaduhan, antaranya insiden baling mikrofon sila baca di ( SINI ) dan juga di ( SINI ) Lagipun bagi kami di Permatang Pauh ini... pemimpin datang, pemimpin pergi namum kami tetap disini... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan