"BERANI KERANA BENAR!" |
- Pelihara solat pintu memperkukuh ummah
- Sains di sebalik Israk, Mikraj
- 50 Cara Buat Duit Dengan PC
- Motosikal Tertinggi Di Dunia
- Ibu Ampunkanmu, Mira..
- Risiko kanser perut
- Jeneral Prayuth isytihar diri PM
- Ke final selepas 12 tahun
- Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah
- Paru-paru penyanyi tersohor Sharifah Aini dijangkiti kuman
Pelihara solat pintu memperkukuh ummah Posted: 24 May 2014 07:04 AM PDT Peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab amat berkait rapat dengan solat fardu lima Ibadah solat anugerah terbesar dihadiahkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umatnya untuk dilaksanakan sepanjang hayat di dunia ini. Hadiah inilah juga sebab mengapa Allah SWT menjadikan solat sebagai keutamaan dalam menghisab amal umat Islam pada hari akhirat kelak. waktu yang dikerjakan mukmin. Fardu solat diterima Nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, sekali gus membuktikan pentingnya solat dalam kehidupan seorang mukmin. Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari akhirat ialah solat seseorang. Jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terdapat kekurangan dalam solat fardunya, Allah berfirman (kepada Malaikat): Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari solat fardunya?" (Hadis hasan riwayat al-Tirmizi) Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut, ayat 45) Pahala bersamaan 50 waktu Sungguh berbahagia dan beruntung seorang mukmin yang mendirikan solat seperti diperintahkan Allah SWT, kerana walaupun solat fardu yang pada asalnya 50 waktu hanya tinggal lima fardu saja, namun tetap mendapat ganjaran pahala 50 fardu. Anas bin Malik berkata, "Diwajibkan solat ke atas Rasulullah SAW pada malam Israk dengan 50 waktu, kemudian ia dikurangkan sehingga menjadi lima waktu. Setelah itu Rasulullah SAW diseru: Wahai Muhammad, sesungguhnya percakapan di sisi-Ku tidak berubah. Sesungguhnya bagimu lima waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu." (Riwayat al-Nasa'ie dan Ahmad) Apabila seorang mukmin sentiasa mengingat Allah SWT melalui solat yang dilaksanakan dengan baik dan ikhlas, maka pengaruh solat itu akan membekas di jiwanya. Ia akan merasa dirinya sentiasa dalam pengawasan Allah SWT di mana saja, begitu juga sewaktu ia solat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut, ayat 45) Pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam hari ini berpunca daripada pengabaian solat, selain tidak menjaga kualiti solat sehingga menghilangkan roh solat itu sendiri menyebabkan umat Islam masih tetap terjerumus ke lembah maksiat. Imam Hasan al-Basri berkata, "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara (iaitu) ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan berzikir. Jika engkau merasakan kemanisan dalam ibadah itu, maka bergembiralah kerana hatimu masih hidup dan sihat. Namun, jika engkau tidak merasakan kemanisan dalam ibadah itu, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup." |
Sains di sebalik Israk, Mikraj Posted: 24 May 2014 06:59 AM PDT OLEH SYAHIDATUL AKMAL DUNYA SABAN tahun tatkala melangkah masuk Rejab, sejarah penting yang berlaku dalam bulan ini Dalam peristiwa yang berlaku usai solat Isyak, Baginda SAW berada di Masjidilharam dibawa ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin kemudian menaiki buraq terus ke langit ke tujuh, semuanya berlaku dalam tempoh satu malam. Maha Besar ALLAH, Tuhan sekalian alam! Tahun kesedihan Baginda SAW Pendakwah, Ustaz Shahrizan Daud menjelaskan, dalam riwayat dan pengkajian kebanyakan ulama sejarah, antara faktor berlakunya peristiwa Israk Mikraj adalah kerana ALLAH berkehendak memujuk kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Ini kerana pada tahun berkenaan juga menjadi tahun kesedihan bagi Rasulullah SAW. Dalam tahun yang dikenali sebagai aamul hazni (tahun kesedihan), Baginda SAW kehilangan dua insan tersayang dan mempunyai peranan sangat penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu pemergian isteri tercinta, Siti Khadijah binti Khuwailid serta bapa saudara yang memeliharanya semenjak kecil lagi iaitu Abu Talib bin Abdul Mutallib. "Pemergian kedua-dua insan penting ini berlaku dalam keadaan kehidupan Rasulullah SAW dan golongan sahabatnya penuh dengan tekanan, pemboikotan dan banyak menerima ancaman bunuh daripada golongan kafir Quraisy ketika itu. "Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja sebagai faktor pujukan ALLAH terhadap Rasulullah SAW semata-mata. Sebaliknya, ia juga adalah saat di mana kefarduan ibadat solat lima waktu disuruh ALLAH dan beberapa gambaran simbolik berkaitan azab dan nikmat pada hari akhirat nanti," katanya kepada Rehal. Menurutnya, malah peristiwa Israk dan Mikraj itu juga adalah satu ujian kepada golongan sahabat yang pernah beriman dan mengikuti Rasulullah SAW. Dalam riwayat sejarah yang lain ada menyatakan terdapat sebilangan daripada mereka telah murtad dan keluar daripada agama Islam hasil daripada perjalanan Israk dan Mikraj kerana ketidakpercayaan mereka kepada peristiwa luar biasa yang tidak mampu diterima akal. Keimanan dan logik akal "Dalam ruangan Halaqah kali ini, saya cuba mengaitkan peristiwa agung ini dengan faktor keimanan dan logik akal menurut perspektif sains melalui perbincangan saya dengan beberapa ahli sains dan astronomi. antaranya peristiwa pengembaraan dan perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW untuk menemui ALLAH SWT (Israk dan Mikraj). Terlampau banyak hikmah yang boleh diteladani dalamnya. "Antaranya penggiat Astronomi Amatur Malaysia dan pengasas www.falakonline.net, Shahrin Ahmad. "Dapat dilihat perkaitan perjalanan dan kelajuan perjalanan Israk dan Mikraj ini adalah melalui teori kecepatan kelajuan cahaya. "Dilihat secara umum, teori E=mc² bersumberkan peristiwa Israk dan Mikraj daripada pengkajian pakar fizik iaitu Albert Eistein, beliau mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk melengkapkan Teori Relativiti Khas kepada Teori Relativiti Umum. "Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh orang bukan Islam. Hampir tiada langsung yang mempercayainya kerana konsep pengiraan: Halaju cahaya = 300,000 km/s. Buktinya sebagai contoh, cahaya tanpa henti untuk sampai ke penghujung alam semesta yang dapat dilihat hari ini melalui teleskop mengambil masa kira-kira 13.1 bilion tahun," katanya yang turut bertugas sebagai tenaga pengajar di Usrah Fitrah dan perunding latihan ini. Beliau menambah, dengan alasan inilah mereka (orang bukan Islam) beranggapan adalah mustahil untuk Nabi Muhammad SAW mengembara dalam hanya satu malam. Firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia." (Surah Al-Isra': 60) Teguh mempercayainya Siapalah kita untuk tidak mempercayai peristiwa agung ini. Ia bukan untuk difikirkan dengan menggunakan akal logik semata-mata, malah paling utama, sebagai seorang yang mengaku beriman, sudah pasti kita akan mempercayainya walaupun ia tidak mampu diterima dek akal. Inilah bukti iman, iaitu antaranya mempercayai perkara yang ghaib dan tidak boleh dilihat dengan mata. Inilah bukti yang cuba ditunjukkan oleh sahabat Baginda SAW yang sentiasa membenarkan, Saidina Abu Bakar As-Siddiq tatkala kafir Quraisy mengatakan Muhammad ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam yang diceritakan kepadanya sebagai satu ejekan dan untuk merendahkan Nabi Muhammad SAW . Namun apa yang dijawab oleh Abu Bakar As Siddiq, dengan lantang beliau berkata: "Kalaulah Muhammad yang menceritakan perkara ini, jangankan ke Masjidil Aqsa, malah kalau Muhammad ke langit sekalipun, pasti aku akan mempercayainya". Sains & kesahihannya Sementara itu, Shahrin menerangkan mengenai perkaitan ringkas teori dan peristiwa ini dari segi istilah sains dan kesahihannya antara jisim dan tenaga. Menurutnya, Teori Relativiti Khas E=mc² adalah sesuatu jisim yang bergerak dengan halaju cahaya, ia akan berubah bentuk menjadi tenaga manakala tenaga yang terhasil ini jika dikembalikan kepada jisim asal, akan terdapat ralat atau kecacatan pada jisim tersebut dengan erti kata lain, bukan dalam keadaan asalnya. "Supaya lebih mudah difahami, lihat sebuah bantal berisi kekabu separa padat dan lakukan eksperimen ke atasnya. Kemudian ayunkan selaju mungkin dengan memegang pada satu bahagian dan cuba lihat bagaimana keadaan bahagian yang lain? Sudah pasti keadaannya akan berubah daripada bentuk asalnya. "Itulah jika diibaratkan dengan badan manusia. apabila kelajuan disentuh pada permukaan kulit, ia akan berubah mengikut bentuk permukaan yang menyentuhnya," katanya. Menurutnya, pada fizikal tubuh dan jasad Nabi Muhammad SAW, tidak terdapat sebarang perubahan walau sedikit pun. Jika dilihat dari segi faktor teori sains fizik, langsung tidak tersenarai faktor lengkap yang menyebabkan kegagalan teori tersebut. Sebabnya adalah sangat mudah. Ini adalah kerana ALLAH memelihara badan Nabi Muhammad SAW daripada segala kecacatan dan kekurangan. Persoalan logik ini juga barangkali sesuai jika boleh dikaitkan dengan teori kelajuan cahaya iaitu: With The Speed Of Light, A Person Is No Bound To Time And Space (dengan kelajuan cahaya, seseorang itu tidak akan tertakluk atau terhad kepada masa dan tempat). |
Posted: 24 May 2014 06:50 AM PDT 1. eBooks Jika anda memiliki kemahiran menulis serta profesion anda sekarang menarik untuk dikongsi bersama umum, apa salahnya mencuba dengan cuba menulis eBooks. 2. Pengaturcaraan Pertambahan blog-blog Wordpress mewujudkan persaingan yang sihat antara satu sama lain. Jika ada yang inginkan plugin ditambah supaya memudahkan ditemui dalam enjin carian blog dalam platform Wordpress mereka, apa salahnya anda tawarkan perkhidmatan. 3. Perniagaan secara langsung dalam talian Cuba-cuba menceburi perniagaan dalam talian yang semakin mendapat sambutan hangat sekarang. Selain dapat memperoleh keuntungan anda juga dapat membina rangkaian. 4. Blog Ribuan orang di seluruh dunia telah berjaya memperoleh ganjaran daripada kegemaran menulis di blog. Apabila memperoleh trafik yang memberangsangkan maka anda hanya perlu menanti keuntungan. 5. Banner Pengiklanan Web Menjual ruang iklan anda sendiri secara langsung adalah salah satu kaedah pencarian wang yang paling menguntungkan. Ia membolehkan anda untuk mengurangkan komisen orang tengah dan menentukan kadar anda sendiri. Format banner yang paling popular di web adalah 728 × 90, 120 × 600, 300 × 250 dan 125 × 125. 6. Domain Jika punyai kemahiran apa salahnya melakukan jual beli Domain untuk mendapat sedikit keuntungan. 7. Pemasaran perkongsian Pemasaran perkongsian adalah satu amalan yang sangat popular di Internet. Di bawah sistem ini, anda mempunyai orang tengah yang membenarkan orang lain (rakan kongsi) menjual secara langsung atau tidak langsung produk dan perkhidmatan, pertukaran untuk komisen. 8. Mengubahsuai rekaan baju Manfaatkan kebolehan anda mengubahsuai baju t-shirt ataupun lain-lain barang-barang yang tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi seperti cetakan untuk sekolah dan lain-lain. Dapatkan tender dan cuba runding nilai terbaik. 9. Senarai e-mel atau risalah maya Senarai e-mel dan surat berita mewakili salah satu dari platform pemasaran yang paling berkuasa dengan penawaran kadar penukaran serta sambutan yang luar biasa. Mewujudkan satu senarai yang besar adalah tugas yang sukar walaupun jadi jika anda mempunyai laman web yang popular anda boleh memanfaatkan untuk meningkatkan bilangan pelanggan pada senarai anda. 10. Direktori Niche Internet adalah terlalu besar untuk menerokai bersendirian. Jadi anda mengambil bantuan enjin carian, tetapi mereka mempunyai had masing-masing. Anda boleh mencipta laman web direktori yang menyediakan senarai produk atau laman-laman web dalam segmen tertentu. 11. Pembantu Virtual Bantu individu yang memerlukan bantuan mencari sesuatu maklumat berkenaan perkara yang amat penting dan sukar serta memerlukan kepakaran anda. 12. Khidmat Pengujian Laman (Web Tester) Cuba dapatkan peluang kerana pemaju laman-laman web sentiasa mencari penguji tapak di forum-forum webmaster. 13. Suntingan Video Tawar nilai yang setaraf dengan kepakaran anda dengan teknik suntingan video yang menggunakan kamera dan perisian suntingan video amatur. Jika pandai mencari pelanggan tidak mustahil anda bakal mendapat manfaatnya memandangkan trend itu semakin mendapat perhatian. 14. Memasukkan data Sesetengah syarikat-syarikat kecil amat-amat memerlukan individu tambahan bagi proses memasukkan data-data sama ada data pekerja ataupun berkenaan dengan kerja-kerja seharian mereka. 15. Bantuan Outsourcing Jika anda mempunyai hubungan dengan industri pelancongan ataupun syarikat-syarikat komunikasi di negara-negara lain tawarkan perkhidmatan bantuan komunikasi untuk perniagaan kecil yang lain secara dalam talian. 16. Penulisan artikel Hasilkan artikel yang berkualiti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan cari platform media-media cetak yang menawarkan sagu hati jika karya anda disiarkan. 17. Gambar digital Minat anda mengambil gambar patut di aplikasi dengan menjual koleksi anda secara digital. 18. Terjemahan Apabila anda mendapat peluang dengan syarikat penerbitan media cetak atau pun elektronik yang inginkan penterjemah bagi setiap karya-karya yang akan diterbitkan, ambil peluang itu dan cabar diri anda lakukan yang terbaik. 19. Donations Meletakkan link "Donations" atau butang di laman web boleh menjadi cara yang berkesan untuk mendapatkan wang lebih-lebih lagi jika blog anda adalah khusus di mana pembaca belajar dan mendapat nilai dari kandungan anda. Pembangunan peribadi dan blog produktiviti misalnya cenderung boleh menunjukkan prestasi yang baik dengan sistem yang berasaskan sumbangan 20. Laman web Bina laman web yang benar-benar dapat menarik perhatian ramai pembaca dan cari jalan mempopularkan laman web anda. 21. Kaji Selidik dan Undian Hanya dengan melakukan kaji selidik dan melakukan undian mengenai sesuatu perkara, anda boleh membuat wang. Tidak percaya? Antara yang popular adalah laman web Vizu Answers yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Pada asasnya, anda perlu mendaftar dengan mereka dan pilih jenis pemilihan yang anda mahu jalankan di laman web anda. 22. Laman web Canned Membangunkan sebuah laman web dalam niche tertentu dan menjualnya dengan beberapa salinan. 23. Brushes dan Styles Industri teknologi kreatif sekarang semakin berkembang jadi ini adalah peluang anda untuk membantu pesaing lebih kreatif daripada yang lain. Cipta Brushes dan Styles untuk perisian suntingan Photoshop dan tawarkan nilai yang terbaik. 24. RSS Feed Ads Dengan penerimaan teknologi RSS yang pantas capaian berjuta-juta pengguna Internet, pemilik laman web boleh mula mencari jalan untuk mendapatkan wang daripada saluran baru ini 25. Aplikasi Telefon Pintar Cuba bina aplikasi untuk telefon pintar seperti yang menggunakan sistem operasi (OS) Android, iPhone dan jualkan dalam Marketplace. 26. Perkhidmatan dalam talian Tawarkan perkhidmatan setup dan customize blog bagi individu yang inginkan blognya kelihatan lebih berkualiti dan profesional. 27. Tutorial Bagi yang mempunyai kemahiran dalam profesion masing-masing, cuba bina video tutorial yang memanfaatkan semua orang dan jualnya kepada yang berminat. Apa yang berlaku sekarang ramai yang hanya mengedarkannya secara percuma sedangkan ribuan orang telah melihatnya. 28. Dropshipping Seperti menjual semula web hosting dan nama domain anda boleh menjual hampir apa sahaja dengan bekerjasama dengan pengeluar yang menawarkan perkhidmatan dropshipping iaitu melibatkan penghantaran produk kepada pelanggan bagi pihak anda. Dalam perniagaan dropshipping, anda mengumpul pesanan itu di laman web anda dan kemudian mengarahkan pengilang untuk menghantar produk kepada pelanggan anda. Pengilang akan dibayar harganya dan anda menyimpan bakinya. 29. Pertandingan menulis Sertai pertandingan-pertandingan menulis dan cuba nasib anda. Tetapi jadikan ia lebih berpotensi untuk menang dengan kajian-kajian dan fakta-fakta berkaitan bagi memastikan artikel anda berkualiti. 30. Web Hosting Bina web hosting anda sendiri yang boleh memuatkan fail-fail html, php script, cgi script, css, imej, database, dan lain-lain. Seterusnya cari individu yang ingin memilikinya. 31. Susunan album gambar Memahat memori dalam bentuk album merupakan trend yang merupakan perkara wajib terutamanya ketika majlis-majlis perkahwinan. Miliki DSLR dan pelajari teknik-teknik yang tepat sehingga meyakinkan orang untuk mengupah anda. 32. Suntingan profesional Aplikasikan apa yang anda peroleh di tempat kerja dengan membuat suntingan atau pemeriksaan akhir untuk kertas kerja pelajar universiti atau pun sesiapa sahaja yang memerlukannya. Pastikan anda turut memiliki kelayakan yang membuatkan pelanggan anda tidak ragu-ragu. 33. Perdagangan Ecurrency: Perdagangan Ecurrency adalah serupa dengan perdagangan saham iaitu salah satu cara yang lebih berisiko untuk mendapatkan wang. 34. eBay Jual barang anda sendiri ataupun jalankan perniagaan secara tetap apabila mendapatkan bekalan lebih murah dan jualnya mengikut harga semasa. 35. Perunding media sosial Menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan dari segi iklan, pembinaan fan page serta melaksanakan pemantauan bagi sesuatu tempoh tertentu. 36. Kandungan Premium Beberapa laman web dan blog-blog memberikan sebahagian daripada kandungan mereka secara percuma dan mengenakan caj bagi akses ke kandungan premium dan bahagian eksklusif. 37. Sub Host Forum Terdapat sesetengah tempat yang membenarkan anda menjalankan pelbagai forum di bawah pelayan jadi tiada salahnya jika anda sebagai pemunya pelayan mengenakan pelayan kepada orang yang menjadi tuan rumah forum atau meletakkan beberapa iklan mereka jika ia ditawarkan secara percuma. 38. Mereka bentuk logo Beratus-ratus laman web yang dilancarkan memerlukan logo sebagai keperluan harian. Jika anda boleh menjadi kreatif dan reka bentuk logo yang menarik, buat duit dengan menawarkan perkhidmatan reka bentuk logo peribadi pada webmaster forum, laman web iklan dan Fiverr. Anda tidak perlu menggunakan perisian Photoshop hanya dengan GIMP atau mana-mana perisian manipulasi imej lain yang bebas. 39. Penciptaan lirik/lagu Jangan menpersia-siakan bakat anda. Cuba kembangkan dengan mencari platform yang sesuai dan pastikan anda sentiasa berhati-hati agar tidak tertipu. Apa yang paling penting ia bukan sahaja mendatangkan pendapatan tambahan kepada anda tetapi mana tahu anda turut boleh menjadi popular. 40. Bermain permainan dalam talian Terdapat laman web yang akan membayar tunai sebenar bagi mata yang anda memperoleh dalam permainan yang berbeza. Untuk melibatkan diri dalam permainan serius dengan wang tunai, pastikan bahawa anda mempunyai kad grafik yang betul, CPU yang telah di naik tarafkan serta lain-lain. Selain itu pastikan permainan yang anda ceburi mempunyai kelulusan yang sewajarnya serta sah di sisi undang-undang. 41. Pemasangan Aplikasi Dapatkan bayaran untuk memasang aplikasi seperti memasang script laman web dan aplikasi atau platform seperti WordPress yang boleh mengelirukan bagi pengguna baru. Mungkin anda boleh melakukan secara percuma sebagai permulaan tetapan mengenakan bayaran untuk memasangnya pada pelayan orang lain. 42. Perkongsian fail Jika anda pernah melawat laman web perkongsian dokumen pasti anda tahu ada yang menawarkan muat turun percuma tetapi apabila sampai ke suatu peringkat, pengguna yang menggunakan link daripada web/blog tersebut dikehendaki melakukan pembayaran. 43. Games Tester Apabila ada game baru dikeluarkan, sebelum pengeluar mahu memperkenalkan kepada pengguna anda boleh mendapatkan peluang sebagai game tester bagi mencuba terlebih dahulu bagaimana kondisi dan keadaan permainan sekarang daripada pelbagai aspek sama ada selamat ataupun mengesan masalah-masalah kecil-kecilan lain. 44. Penulis tetamu Webmaster kadang-kadang memerlukan pakar-pakar tertentu untuk mewujudkan kandungan untuk laman web mereka. Mereka mungkin tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik tertentu atau ingin mempunyai pandangan orang lain. 45. Links Cari peluang dengan bertindak sebagai perantara di antara orang-orang yang sanggup menjual link dan orang-orang yang sanggup untuk membelinya. Hal ini kerana dalam usaha untuk mendapatkan yang lebih tinggi kedudukan enjin carian di Google, ramai orang merasakan bahawa mereka perlu mempunyai banyak backlinks untuk menghalakan blog atau pun laman web ke arah tapak mereka. 46. Storan Anda boleh membangunkan kemudahan-kemudahan penyimpanan mini-warehouse bagi sesetengah pihak yang amat memerlukan dalam proses penyimpanan. Hanya kenakan sedikit bayaran bagi sesuatu kapasiti data yang disimpan. Proses dalam awan ini memberikan ruang untuk penghantaran data-data besar melalui e-mel. 47. Tuan rumah (hosted) e-mel Tawaran menjadi tuan rumah kepada e-mel dengan menjual beberapa e-mel dari domain anda. Jika mana-mana anda semua mahukan e-mel seperti reza@companysaya.com mungkin anda akan boleh dikenakan bayaran. 48. Ringtone Muzik memang boleh buat duit. anda ada gubahan lagu menarik yg boleh dijadikan sebagai ringtone. Masukkan ke laman web percuma talian. bagi versi demo sahaja. siapa yang suka, minta hubungi anda. 49. Forum swasta Walaupun pengguna Internet didedahkan dengan forum bebas ada juga kemungkinan untuk mewujudkan satu forum swasta di mana ahli-ahli perlu membayar yuran seumur hidup atau pun berulang-ulang untuk menyertai. Mungkin jika forum itu mendapat perbincangan hangat daripada seluruh dunia. 50. Tukar e-mata wang Ada orang yang sanggup membayar anda untuk menukarkan wang daripada e-gold dan paypal jika anda mempunyai akaun di kedua-dua tempat. |
Posted: 24 May 2014 06:36 AM PDT Seorang lelaki Itali yang dikenali sebagai Fabio Reggiani telah membina sebuah motosikal yang tertinggi di dunia (Guinness World Record. Ia berukuran 5.10 meter dari hendal motorsikal tu ke tanah,mana kala berat motosikal ini 5,000 kg iaitu 6 kali lebih besar daripada motosikal biasa. Fabio dan pasukannya telah mengambil masa tujuh bulan untuk membina basikal, yang dikuasakan oleh enjin V8 5.7L. |
Posted: 24 May 2014 06:33 AM PDT Oleh Mira merupakan seorang anak bongsu dari dua orang adik beradik. Ibunya seorang penyapu sampah yang sudah tua. Beliau sering sakit-sakit kerana terlalu kuat bekerja untuk memperbaiki taraf hidup merka sekeluarga. Ayah mereka yang selama ini mencari nafkah buat mereka sekeluarga telah meninggal dunia kerana terlibat dalam suatu kemalangan ketika baru pulang dari memotong getah. Kehidupan mereka daif; ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Suatu hari Mira pulang dari sekolah dan terus menuju ke dapur lalu membuka tudung saji di atas meja. Alangkah marahnya Mira apabila melihat tiada satu pun makanan di atas meja. Lalu ibunya yang tua menjadi sasaran kemarahannya. "Ibu, kenapa Ibu tak masak lagi? Kan dah tahu Mira kan balik sekolah tengahari. Dah la bagi duit saku pun tak cukup untuk Mira beli nasi kat sekolah. Ibu! Mira dah tak larat hidup macam ni! Ibu di rumah tahu tidur jer." Begitulah kata-kata Mira kepada Ibunya yang kebetulan pada hari itu tertidur di atas sofa lusuh di ruang tamu. Mira tidak tahu bahawa ibunya mengalami demam yang panas kerana tidak cukup rehat dek kerana mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Mira hanya mementingkan dirinya sahaja. Ibunya diam mendengar leteran puteri kesayangannya itu. Tidak lahir satu pun rasa marah kepada Mira pada waktu itu. Padanya, memang salah dirinya kerana gagal untuk memasak juadah untuk anaknya yang baru pulang dari sekolah. Ibunya teringat pesan arwah suaminya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik. "Mira, lapar ya sayang? Sebentar ibu masakkan ya." Lantas, Ibu pun segera bangun menyediakan juadah untuk anak kesayangannya. Mira menghentak kaki dan segera masuk ke dalam biliknya tanda protes kerana ibunya gagal menyediakan makanan buatnya apabila beliau balik dari sekolah. Ibu hanya diam melihat gelagat anaknya namun beliau tahu Mira hanya ingin meluahkan perasaan marahnya kerana kesalahannya sendiri. Sedang Ibu memasak, pulang anaknya yang sulung, Along, yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Melihat ibunya yang masih belum lega demamnya sedang memasak, Along lantas menyuruh ibunya berehat dan dia mengambil alih tugas ibunya memasak. Along tahu bahawa ibunya sudah penat untuk melakukan semua itu tambahan dengan demam yang dialaminya belum lagi sembuh. Along seorang anak yang amat berhati mulia dan amat memahami kondisi ibunya yang sudah tua dan sudah tidak berdaya lagi. Sedang asyik Along memasak, Mira datang dan bertanya di manakah ibu. Lantas along menjawab bahawa ibu sedang tidur di sofa lusuh di ruang tamu, mungkin ibu penat agaknya. Mira dengan pantas menuju ke ruang tamu dan mengejutkan ibunya untuk meminta wang kerana dia mahu keluar bersuka-ria bersama kawan-kawannya. Along begitu marah melihat gelagat adiknya yang mengejutkan ibu yang sedang lena tidur semata-mata untuk meminta wang. Along memarahi Mira. Namun Ibu dengan segera meleraikan pergaduhan mereka. "Along, janganlah kamu memarahi adik kamu, dia hanya mahu meminta wang untuk membeli buku rujukan bersama rakan-rakannya, lagipun SPM pun dah dekat. Ibu mahu dia berjaya kelak," lantas ibu masuk ke dalam biliknya dan meyeluk saku baju kerjanya. Mira hanya menurut ibunya dari belakang. Ibu memberi RM30.00 kepada Mira namun itu belum cukup bagi Mira, dia merampas wang lebihan yang ada di tangan ibunya. "Jangan Mira, itu wang untuk….." Belum habis ibunya berkata-kata Mira terus keluar dari rumah. Suara Mira dari luar jelas didengari oleh ibunya. "Ibu, duit kita boleh cari lagi. Jangan risau," dia tidak tahu ibunya bertungkus-lumus mencari wang untuk mereka sekeluarga. Namun, ibunya tidak menaruh sebarang perasaan marah kepada anaknya itu kerana anak merupakann kurniaan Allah yang tidak boleh dijual beli baginya. Along tidak melihat apa yang berlaku kerana asyik memasak di dapur. Hari ini tidak seperti hari yang sebelumnya, jam sudah menunjukkan jam 11.00 malam. Mira masih belum pulang ke rumahnya. Ibu dan Along sudah mula risau. Tidak lama kemudian, telefon berbunyi dan Along segera mengangkatnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendengar satu-satu adiknya telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan penglihatannya menjadi buta. Ibu yang mendengar berita itu amat terkejut lalu mencari orang untuk menghantar mereka berdua ke hospital dengan kadar segera. Setibanya di hospital, Ibu melihat teriakan Mira yang amat sedih akibat hilang keupayaan untuk melihat. "Sudah tidak guna lagi aku hidup di dunia ini, aku sudah tidak mampu melihat lagi." Ibu sudah tidak sanggup untuk melihat cahaya matanya yang kedua itu hidup dalam kegelapan selama-lamanya. Dia harus mencari cara untuk mengembalikan penglihatan anaknya semula. Seketika kembali seorang doktor datang ke arah Mira dan berkata bahawa. "Mira, awak jangan risau, kami telah menemui seorang penderma yang sanggup mendermakan matanya kepada awak." Mira merasakan dirinya orang yang paling bertuah setelah mendengar berita yang gembira itu. Hari pembedahan sudahpun tiba, pembedahan semuanya berlaku dengan lancar. Pembedahan itu mengambil masa selama hampir 4 jam. Hasilnya juga mengembirakan. Hari ini hari yang penting buat Mira kerana balutan pada matanya akan dibuka dan menandakan samada beliau berjaya melihat kembali ataupun tidak. Hasilnya amat memberangsangkan. Mira dapat melihat semula. Orang yang pertama dilihatnya ialah Along. Dia tertanya-tanya dimanakah Ibu. Dia mahu meminta maaf kepada Ibu atas semua kesalahan yang telah beliau lakukan. Mira sudah insaf. "Along, di mana Ibu? Mira hendak mencium tangan ibu dan meminta maaf kepadanya. Tangisan air mata jelas kelihatan mengalir di pipi Along. "Along, mengapa menangis? Ibu mana?" pertanyaan itu ditanyakan kepada Along berkali-kali tetapi hanya linangan airmata dapat dilihat mengalir di mata Along. Berbagai persoalan bermain di minda Mira saat itu. "Ibu sudah meninggalkan kita Mira!!! Ibu mengalami komplikasi semasa pembedahan mendermakan matanya kepadamu adik. Dia mengambil risiko untuk menjalani pembedahan walaupun usianya sudah lanjut adik. Ibu telah melakukan satu pengorbanan yang sangat besar kepada kamu Mira!!!" Along cuba menenangkan Mira dan memberikan sepucuk surat kepada Mira. "Mira, Di saat kau membaca surat ini, Mungkin Ibu telah pergi meninggalkan dunia ini, Andai kata Ibu pergi sebelum sempat berjumpa dengan Mira, Ibu pasti Mira pasti sudah boleh melihat… Ibu mahu kamu dapat melihat dunia ini dan kebesaran Ilahi… Ibu sudah mengampunkan segala dosa-dosa Mira… Terimalah sepasang mata ini daripada ibu…" |
Posted: 24 May 2014 06:24 AM PDT Kanser perut merupakan kanser ketujuh yang paling umum menyerang lelaki dan wanita yang berumur dalam lingkungan 70 hingga 74 tahun. Statistik menunjukkan purata lelaki diserang kanser ini adalah 58 peratus berbanding wanita sebanyak 48 peratus. Pakar Radioterapi dan Onkologi dari Pusat perubatan Mahkota (MMC), Melaka, Dr. Sanjeev Chandra Joshi berkata, kanser perut adalah tumor malignan yang timbul daripada lapisan perut. "Kanser perut berlaku lebih kerap dalam lingkungan umur 70 hingga 74 tahun kepada lelaki dan wanita. Kanser perut dikelaskan mengikut jenis tisu di mana mereka berasal. "Jenis kanser perut yang paling am ialah adenocarcinoma, yang bermula dalam tisu kelenjar perut dan menyebabkan 90-95 peratus daripada semua kanser perut. "Jenis kanser perut yang lain adalah limfoma, yang melibatkan sistem limfa dan sarcomas, yang melibatkan tisu perantara (seperti otot, lemak atau saluran darah)," katanya. Dr. Sanjeev berkata, kanser perut boleh diubati jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal iaitu peluang 90 peratus bagi tahap satu, tahap dua (50 peratus), tahap tiga (kurang daripada 10-15 peratus) dan tahap empat (penjagaan paliatif sahaja). Malangnya, prognosis adalah kurang baik jika kanser dikesan sudah di peringkat akhir, malah dalam kebanyakan kes ia dikesan pada peringkat yang sudah terlambat. Tambahnya lagi, punca sebenar penyakit tersebut masih tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser seperti jantina, bangsa, genetik dan jenis kumpulan darah. "Berdasarkan kajian, lelaki lebih daripada dua kali ganda berisiko mendapat kanser perut berbanding wanita. "Sementara itu, orang Afrika, Amerika atau Asia mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding rantau lain. Keabnormalan genetik dan beberapa sindrom kanser diwarisi juga boleh meningkatkan risiko. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kumpulan darah A mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi. "Selain itu, sejarah keluarga juga boleh meningkatkan risiko kanser perut dua atau tiga kali ganda. " Faktor gaya hidup seperti merokok, minuman beralkohol, dan diet yang rendah buah-buahan dan sayur-sayuran atau sangat gemar makanan masin, salai, atau makanan yang diawet dengan nitrat boleh meningkatkan risiko kanser perut. "Terdapat juga kajian yang menyatakan pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti pelombong arang batu, nikel, getah dan pemposesan kayu serta pendedahan terhadap bahan asbestos juga berisiko terhadap kanser," katanya. Dr. Sanjev menambah, kanser perut boleh diubati jika ia dijumpai dan dirawat pada peringkat awal. Ia boleh dirawat secara kombinasi, atau sendirian melalui pembedahan yang dipanggil gastrectomy. Pembedahan ini bertujuan membuang semua atau sebahagian daripada perut, dan juga sebahagian daripada tisu di sekeliling perut. Rawatan kemoterapi dan Radioterapi juga diaplikasikan kepada pesakit kanser. "Kanser perut sukar disembuhkan kecuali dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak. Malangnya, gejala kanser ini sukar dikesan di peringkat awal. "Seeloknya buat pemeriksaan awal dengan berjumpa doktor apabila mempunyai tanda-tanda awal termasuk ketidakhadaman dan ketidakselesaan perut, perasaan kembung selepas makan, loya sederhana, hilang selera makan dan pedih hulu hati. "Gejala-gejala ini adalah lebih kurang sama dengan ulser peptik. Jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini anda perlu berjumpa dengan doktor segera supaya diagnosis boleh dibuat dan rawatan tepat pada masanya boleh diberikan," katanya. Beliau menambah, kanser perut boleh menjadi lebih serius dengan timbul gejala-gejala lain termasuklah ketidakselesaan di bahagian atas atau tengah abdomen, darah dalam najis (berwarna hitam), muntah atau muntah darah, turun berat badan secara mendadak, sakit atau kembung dalam perut selepas makan, lemah atau letih yang berkaitan dengan anemia yang ringan (kekurangan sel darah merah). Untuk mendiagnosis kanser, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk melihat jika ada pembesaran nod limfa, pembesaran hati, peningkatan cecair dalam abdomen (ascites), atau ketulan di bahagian abdomen. Ujian lain termasuk ujian barium iaitu X-ray esofagus, perut, dan bahagian pertama usus yang diambil selepas pesakit diberi minum larutan barium. Ujian gastroskopi dan biopsi pula untuk mengkaji esofagus dan perut, iaitu dengan menggunakan tiub berlampu yang nipis dipanggil teropong perut, yang dimasukkan melalui mulut ke perut. "Melalui teropong perut ini, doktor boleh melihat secara langsung keadaan bahagian dalam perut. "Jika suatu kawasan yang tidak normal ditemui, doktor akan mengambil beberapa tisu (biopsi) untuk diperiksa di bawah mikroskop. Biopsi adalah satu-satunya cara yang tepat untuk mendiagnosis kanser. Gastroskopi dan biopsi adalah kaedah terbaik untuk mengenal pasti kanser perut. "Apabila kanser perut didiagnosis, lebih banyak ujian boleh dilakukan untuk menentukan sama ada kanser telah merebak. "Ujian-ujian ini mungkin termasuk imbasan CT, imbasan PET, imbasan tulang, laparoskopi dan endoskopik," ujarnya. - Siti Aishah Yusoff |
Jeneral Prayuth isytihar diri PM Posted: 24 May 2014 06:16 AM PDT BANGKOK Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri sementara, sehingga penggantinya dilantik secara rasmi untuk mengambil alih pemerintahan negara ini. Majlis Kawalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC) dalam pengumumannya berkata, Prayuth yang juga komander majlis berkenaan, akan bertugas menjaga hal-ehwal pentadbiran termasuk hubungan luar negara. Pengumuman itu dibuat ketika pihak tentera mengarahkan 155 pemimpin parti, aktivis dan ahli politik menghadap kerajaan junta hari ini, termasuk bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan tiga ahli keluarganya serta Perdana Menteri Niwattumrong Boonsongpaisan. Dalam kenyataan yang disiarkan melalui siaran televisyen tempatan, tentera turut mengenakan sekatan ke atas kesemua 155 individu terbabit daripada meninggalkan negara ini bagi memastikan konflik politik yang berlanjutan sejak enam bulan lalu dapat diselesaikan, selain bagi mengekalkan keamanan. Abang ipar Yingluck, Somchai Wongsawat dan dua ahli keluarganya yang lain adalah antara individu yang dipanggil melapor diri kepada pihak berkuasa tentera di Kelab Tentera dekat Bangkok. Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 41 orang pemimpin terkemuka Thailand termasuk Yingluck dan Niwattumrong berbuat demikian pada tengah hari. Pihak tentera memberi tempoh sehingga pukul 3 petang untuk mereka melaporkan diri. Sumber yang rapat dengan Yingluck berkata, bekas pemimpin wanita Thailand itu tiba di Kelab Tentera di Bangkok bersama Niwattumrong sebelum mereka dibawa ke lokasi lain oleh askar kira-kira 30 minit kemudian. Tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kerajaan junta memanggil kesemua pemimpin tersebut. Tindakan tentera Thailand melancarkan rampasan kuasa semalam, turut mengundang kecaman masyarakat antarabangsa yang bimbang situasi politik itu boleh menjejaskan demokrasi di negara ini. - AFP/AGENSI/REUTERS |
Posted: 24 May 2014 06:13 AM PDT NEW DELHI - Malaysia hadir di New Delhi bersama pasukan yang dianggap paling lemah, namun pemain-pemain negara membuktikan semangat juang tinggi berjaya mengatasi segala keraguan dengan melangkah ke final Piala Thomas buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun selepas menundukkan juara 13 kali, Indonesia 3-0 malam tadi. Malah, beberapa jam sebelum perlawanan, keyakinan bahawa peluang untuk merampas kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas 22 tahun cukup cerah setelah melihat Jepun mengejutkan gergasi dunia, China 3-0 turut menjadi motivasi tambahan buat pasukan negara. Datuk Lee Chong Wei, Tan Boon Heong-Hoon Thien How dan Chong Wei Feng, semuanya memberi aksi terpuji biarpun terpaksa mengharungi perlawanan mendebarkan sebelum melakar kemenangan. Chong Wei dipaksa berhempas pulas di set pertama sebelum menjinakkan Tommy Sugiartro 21-19, 21-13 untuk menghadiahkan mata semangat buat pasukan negara. Selepas gagal menghadiahkan mata dalam pertemuan menentang Denmark di suku akhir, gandingan senior, Boon Heong-Thien How kembali menunjukkan taring dengan mengejutkan juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 8-21, 23-21. Daripada sekadar pemain simpanan pada penampilan sulung Piala Thomas di Wuhan, dua tahun lalu, Wei Feng sekali lagi menjadi wira dengan menghadiahkan mata kemenangan Malaysia selepas menumpaskan Dionysius Rumbaka 21-10, 21-17. Bagi Chong Wei dan Wei Feng, mereka adalah tonggak penting yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke perlawanan akhir apabila memenangi semua lima perlawanan setakat ini. "Memang amat teruja apabila berjaya melangkah ke final sekali lagi. Saya tidak merasai pengalaman perlawanan akhir terakhir Malaysia dan gembira melihat pemain-pemain muda ini berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi. "Selepas tiba di sini, ramai yang memandang rendah kemampuan Malaysia, apatah lagi kami dikatakan hadir sebagai pasukan paling lemah, namun hari ini kami membuktikan mereka silap dengan berjaya melangkah ke final. "Saya tidak pernah anggap peluang Malaysia untuk merampas kejuaraan adalah cerah selepas Jepun menewaskan China dalam separuh akhir pada sebelah petang, pada saya berdepan Jepun juga bukan mudah dan mereka adalah lawan yang kental. "Yang paling penting buat semua pasukan adalah fokus kepada permainan sendiri. Kami sudah menyahut cabaran persatuan yang mahu pasukan melangkah ke final, sekarang terpulang kepada kami untuk mencari keputusan lebih baik," kata Chong Wei. Jika rekod pertemuan Malaysia dan Jepun menjadi ukuran, pasukan negara memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu. Namun Jepun, yang menunjukkan peningkatan sangat ketara di bawah bimbingan Park Joo Bong mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada 2010. Kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 kepada Indonesia manakala kejohanan 1992 di Kuala Lumpur adalah kali terakhir pasukan negara muncul juara. - UTUSAN |
Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah Posted: 24 May 2014 06:09 AM PDT PETALING JAYA: Selepas kira-kira seminggu bergelar isteri, pelakon veteran Ruminah Sidek Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, walaupun pada mulanya dia berasa kekok memandangkan sudah 41 tahun menjanda, dia mula serasi dengan kehidupan sebagai sepasang suami-isteri. "Susah nak cakap sebenarnya. Apa yang saya boleh katakan, hati saya sedang berbunga-bunga. Kalau boleh mana-mana pergi kami mesti mahu bersama. "Maklumlah, sekarang ini saya sudah ada peneman dah tak macam dulu. Rasa kekosongan itu terisi," katanya Tambah Ruminah, kedua-dua mereka saling tidak mahu berenggang, namun terpaksa akur kerana masing-masing mempunyai kerja yang perlu dilunaskan. mengakui dirinya berasa cukup bahagia di samping suaminya, seorang peneroka Felda dari Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70. Ditanya apakah rutin wajib dibuat setiap hari, Ruminah berkata dia akan memastikan minuman kegemaran suaminya itu akan dihidang mengikut masa-masa tertentu. "Saya seorang yang tidak minum minuman yang bersusu selain jus buah. Tetapi berbeza pula dengan suami, ada masa dia mahukan teh dan kadang kala kopi. "Jadi saya pun perlu belajar bancuh minuman kegemarannya untuk dihidangkan setiap hari. Alhamdulillah, suami saya tidak cerewet," ujarnya. Ruminah selamat bergelar isteri Al Fatah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, di Meru, Klang pada 17 Mei lalu. Perkahwinan ini merupakan yang kelima buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham pelakon AR Tompel. Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit. Manakala Fatah pula mempunyai 10 orang anak. |
Paru-paru penyanyi tersohor Sharifah Aini dijangkiti kuman Posted: 24 May 2014 06:04 AM PDT Oleh KHADIJAH IBRAHIM KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor, Datuk Sharifah Aini, 61, kini terlantar di wad sebuah hospital swasta di ibu negara bagi menjalani rawatan rapi kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Biduanita negara itu ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, keadaan kesihatannya stabil dan baginya menerima rawatan di wad hospital adalah perkara biasa sejak dijangkiti virus Influenza A (H1N1) lima bulan lalu. Bagaimanapun penyanyi berusia 61 tahun itu berkata, setakat ini beliau tidak bersedia untuk menerima pelawat ekoran daya ketahanan badannya yang masih lemah. Sharifah Aini atau nama penuhnya Sharifah Aini Syed Jaafar yang tabah menghadapi dugaan itu berkata, apa yang dilaluinya adalah ketentuan Allah dan beliau reda jika telah tiba masa untuknya kembali ke pangkuan yang maha Esa. Beliau menerusi akaun laman Facebooknya sejak dua hari lalu menulis kata-kata yang beliau reda dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. "Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan Allah, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan. "Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua," katanya di laman sosial itu. Beliau yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam bidang seni ini turut menyarankan kepada para peminatnya agar menggunakan laman sosial miliknya itu dengan sebaik mungkin. "Seandainya saya sudah tiada, gunakanlah Facebook ini ke arah kebaikan, demi menjaga silaturahim, saling menasihati antara satu sama lain dan bukan untuk mengumpat atau menabur fitnah. Segala perbuatan yang sia-sia akan mendatangkan dosa, kasihanilah diri anda sendiri," katanya. |
You are subscribed to email updates from BERANI KERANA BENAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan