Anak Sungai Derhaka |
Abu Backer tarik diri dan dedahkan Konspirasi Najib menangkan DAP di Bukit Gelugor Posted: 24 May 2014 07:17 AM PDT Hari tu dia menangis-nangis dan merajuk serta hampir tarik diri bila dirinya kurang mendapat liputan media.. Bagaimanapun setelah mendapat liputan besar-besaran dari berbagai media setelah melakukan aksi stunt keatas kereta Guan Eng, dia nak tarik diri juga.. Alasannya ialah dia dah kecewa dengan sistem Pilihanraya negara ini dan paling menarik dia buat pendedahan kononnya Najib mahu DAP menang.. Menurutnya sumber 'tertinggi' (tinggi mana entahlah samada setinggi Komtar atau KLCC hanya dia yang tahu) memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976. Kah..kah..kah... pandai dia ni cari populariti nak fitnah Guan Eng kononnya kereta Guan Eng langgar dia tak boleh pasal ada rakaman video.. dia cari pasal dengan Najib pulak... Najib dan BN nak bagi laluan kepada DAP?.. kirim salam la.. Kalau Najib nak bagi laluan kepada DAP, Dyana Sofya tak terima serangan bertali arus la... Laporan berkaitan...
|
DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk Posted: 24 May 2014 06:30 AM PDT Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk. Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu: 1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan 2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015. KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei. Sementara itu Astro Awani melaporkan.. Pengerusi Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan kesal dengan isu dua cokelat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. yang mengandungi DNA babi (porcine) dan mahu semua cokelat keluaran syarikat berkenaan ditarik balik. "Kami amat kesal dengan kejadian ini. Kami mahu pihak Cadbury bertanggungjawab sepenuhnya. Secara tidak langsung, ia terus menggugat keyakinan pengguna kepada produk berkenaan," kata beliau. Beliau turut mahukan semua produk Cadbury yang diproses di kilang yang sama ditarik balik atau digantung dari pasaran. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu: 1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan 2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015. "Keyakinan terhadap produk Cadbury sudah tergugat. Produk-produk yang lain turut diproses di kilang yang sama cuma mungkin bahan yang sama tidak dapat dikesan," kata Nadzim. Pihak PPIM juga mahukan pihak JAKIM untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan sijil halal supaya mengajar syarikat-syarikat pengeluar makanan untuk tidak mengambil kesempatan. "Perlu ada SOP dimana pihak JAKIM atau berkuasa untuk mengambil persampelan rawak (random sampling) yang dilakukan sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali keatas semua produk. Ia sebagai langkah supaya perkara ini tidak berlaku. "Sebelum ini, pihak JAKIM akan memberikan kompaun, nasihat atau amaran kepada pihak pengeluar dan kemudian memberikan akan memberikan sijil halal kembali. Namun, pihak JAKIM perlu memperketatkan SOP mereka," kata Nadzim. Beliau turut berkata isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menjejaskan pengguna umat Islam tetapi mereka yang vegetarian yang tidak boleh mengambil sebarang kandungan dari binatang. Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullah berkata tindakan yang tegas perlu diambil keatas pengeluar supaya mereka tidak mengambil mudah tentang isu ini. "Kita juga tidak boleh menyalahkan pihak JAKIM sepenuhnya kerana pengeluar akan memberikan sampel kepada JAKIM untuk mendapat sijil halal namun ia tidak praktikal untuk JAKIM memantau setiap produk mereka. "Pihak pengeluar perlu bertanggungjawab dan mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Mereka tidak boleh mengambil mudah tentang ramuan yang digunakan selepas mendapat kelulusan sijil halal," kata Shaani. Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. Sementara itu, JAKIM menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan